Vous êtes sur la page 1sur 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/1
SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN BIL 1/(2014)
Tarikh

: 22 Januari 2014

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Wacana Akal SKC

Pengerusi

: Puan Dora Binti Saat (Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan )

Kehadiran(Bilangan) : 7 ORANG
Turut Hadir (Jika ada) : Encik Rohadi bin Kamaruddin- GPK Kurikulum SKC
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran semua guru
Pendidikan Kesihatan.
1.2 Majlis dimulakan dengan membaca surah al-fatihah dan Encik Johari bin Mamat.
1.3 Mengalu-alukan kehadiran GP Kurikulum En. Rohadi bin Kamaludin sebagai wakil
pihak pentadbir.Majlis dimulakan dengan membaca surah al-fatihah.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.
- Tiada
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (Laporan Jemaah Nazir 2013)
3.1 Rujuk Bil 22 - Tahap 2,guru yang mengajar PK dan PJ mesti orang yang sama.
Tindakan: Pentadbir
3.2 Rujuk Bil 31 Encik Mohd Haizam
i. Ahli ahli panitia perlu bantu ketua panitia.
ii. Sebahagian keperluan dalam panitia seperti RPT berselerak.
iii. RPT yang diperoleh daripada PPD,murnikan dengan tarikh,minggu dll
Tindakan : Ketua Panitia P. Kesihatan
4. UCAPAN GPK KURIKULUM EN. ROHADI BIN KAMALUDDIN
4.1 Panitia merupakan tulang belakang perjalanan aktiviti akademik. Oleh itu,ketua panitia
harus berperanan dan proaktif.Panitia hendaklah di urus dengan jumlah fail yang telah
ditetapkan dengan isi kandungan sentiasa dikemaskini.
4.2 GPK Kurikulum mengingatkan supaya panitia hendaklah menyediakan 1 fail induk

PK07 Pengurusan Mesyuarat

(berada di pejabat) dan 6 fail keras.


4.3 Senaraikan 6 fail keras adalah seperti berikut:
4.3.1 Sukatan pelajaran
4.3.2 Program Kecemerlangan
4.3.3 Pentaksiran dan penilaian
4.3.4 Penyeliaan/Pencerapan
4.3.5 Pemeriksaan Buku Rampaian
4.3.6 Maklumat Guru.
4.4 Pastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan
berkesan mengikut tarikh.
5. FOKUS MESYUARAT PUAN DORA BINTI SAAT
5.1 Ketua Panitia PK menyatakan bahawa setiap guru yang mengajar matapelajaran
Pendidikan Kesihatan perlu mempunyai Sukatan Pelajaran,Huraian Sukatan
Pelajaran dan Rancangan Tahunan yang disahkan oleh Guru Besar.
5.2 Guru-guru boleh mendapatkan salinan dokumen tersebut dengan melayari laman
Web yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kokurikulum.
5.3 Penulisan rekod mengajar KBSR adalah seperti berikut :
5.3.1 Tunjang
5.3.2 Tajuk
5.3.3 Objektif
5.3.4 Aktiviti
5.3.5 Impak
5.4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)
5.4.1 Penerangan berkaitan dengan KSSR dan Tahap Pencapaian.
5.4.2 Pastikan maklumat untuk pengisian offline direkod dan disimpan
untuk tujuan pengekodan.
5.4.3 Penulisan rekod mengajar adalah seperti berikut:
5.4.3.1 Modul
5.4.3.2 Tajuk
5.4.3.3 Standard Kandungan
5.4.3.4 Aktiviti
5.4.3.5 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
5.4.3.6 Impak
Maklumat: Guru Pendidikan Kesihatan
6. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUN 2014

PK07 Pengurusan Mesyuarat

6.1 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurang 3 kali setahun.


6.2 Mengadakan kursus dalam LDP mengikut keperluan semasa.
Maklumat : Guru Pendidikan Kesihatan
7. HAL-HAL LAIN
7.1 Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan
4
5
6
6.1
7.1.1 Pastikan semua guru telah mengambil tindakan tentang tarikh pencerapan dan
Semakan buku latihan.
7

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Puan Dora binti Saat berharap
agar semua guru memberi kerjasama bagi memastikan pengurusan panitia dalam
keadaan baik dan semua perancangan dapat dilaksanakan.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

..........................................

Disemak Oleh,

................................

(FAIROL HISYAM MUHAMMAD)

(DORA BINTI SAAT)

Setiausaha

Ketua Panitia,

Panitia Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan

SK Clifford,Kuala Lipis

SK Clifford,Kuala Lipis

Tarikh : 29 Januari 2014

Tarikh : 29 Januari 2014

Vous aimerez peut-être aussi