Vous êtes sur la page 1sur 22

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

1.0 Pengenalan
Kata budaya itu berasal daripada cantuman bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu iaitu,Budhi
(Sanskrit) ialah kecergasan fikiran dan akal.Ini bermaksud budaya itu adalah kecergasan akal
fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu
permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.Daya
(Melayu) ialah kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Kata daya memberi maksud bahawa sesorang individu itu menggunakan segala kekuatan
kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.
Hasil gabungan kedua-dua kata atau perkataan ini menjelaskan maksud bahawa budaya
merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran bagi
ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menyelesaikan permasalahan dan
seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut.
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Dalam bahasa Inggeris kebudayaan dikenali sebagai culture, iaitu berasal dari
perkataan latin cultura. Perkataan culture diterjemahkan dengan maksud budaya, dan
kebudayaan pula ialah terjemahan daripada cultural. . Wen Hua dalam bahasa Mandarin,
bermakna budaya dan Thaqafah dalam bahasa Arab.
Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai budaya adalah, budaya daripada aspek
bahasa adalah cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini.
Daripada aspek istilah pula, budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalakan oleh
kebanyakkan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat sesorang
dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi. Budaya boleh dikaitkan dengan pengalaman
interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya. Budaya merupakan warisan sosial
manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak
masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

1.1.0 Konsep Kebudayaan Melayu


Kewujudan masyarakat Melayu telah bermula sejak sebelum terbinanya empayar
Kesultanan Melayu Melaka lagi kira-kira 500 tahun yang lalu. Ketika ini boleh dikatakan bahawa
masyarakat Melayu adalah antara masyarakat yang tinggi ketamadunannya kerana dengan
wujudnya empayar pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Semenanjung Tanah Melayu
terutamanya di negeri Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagangpedagang dari luar negara terutamanya dari Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi.
Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dikatakan terdiri daripada masyarakat
Melayu sudah Berjaya dalam memajukan ekonomi

bermula dengan perusahaan pertanian

ataupun penangkapan ikan yang hanya mampu menampung keperluan diri dan keluarga telah
berubah sehingga menjadi sumber pendapatan. Secara tidak langsung telah menggalakkan lagi
kedatangan pedagang daripada luar negara. Hasilnya pertembungan kepelbagaian budaya
telah wujud di Tanah Melayu dan ada yang diserap dan diasimilasikan dalam budaya Melayu.
Kebudayaan Melayu adalah satu cara hidup atau amalan seharian yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kepada pendapat yang
telah dinyatakan oleh Mohd Taib Osman dan Malinowsky, budaya dapat dibahagikan kepada 2
jenis iaitu budaya material dan budaya bukan material. Budaya material adalah budaya yang
bersifat kebendaan. Contohnya alatan permainan, pakaian, bentuk rumah dan sebagainya.
Manakala budaya bukan material adalah budaya yang bersifat bukan kebendaan. Budaya
bukan material lebih bersifat kepada kepercayaan dan adat resam sesuatu masyarakat itu
sendiri.
1.1.1 Dinamik
Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakat mengalami
perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuan masyarakatnya. Masyarakat Melayu
misalnya, menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan. Lamakelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu terpinggir dan semakin
dilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan wujudnya keperluan semasa. Pada
masa dahulu, pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu untuk meneruskan
kehidupan tetapi kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan.

KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

1.1.2 Menerima dan Menolak Unsur Tertentu


Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap masyarakat
yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilai dan cara hidup lama yang sedia ada.
Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk tidak sesuai dengan masyarakat
berkenaan. Penerimaan terhadap unsur baharu pula berlaku kerana anggota masyarakat
bersedia

untuk

memasukkan

idea-idea

baharu

yang

membawa

kebaikan

kepada

masyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan
dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan, terutamanya hal yang berkaitan dengan
agama.
1.1.3 Diwarisi
Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Kebudayaan yang
menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu diperturunkan kepada generasi baharu dan
secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat
perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan, seperti
berandam, malam berinai, khatam Quran dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan
walaupun ada perbezaan dari segi pelaksanaannya akibat peredaran zaman.
1.1.4 Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percampuran kumpulan dua minoriti ke dalam kumpulan etnik
yang lebih besar iaitu proses integrasi satu hala..Kumpulan minoriti akan hilang pegangan
asal, agama, budaya, bahasa pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti .Akhir proses
menjadi satu kelompok yang sama dan seragam .Menurut Vander Zanden (seorang ahli
sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir,
berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya
yang sama.
Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakilidengan formula A+B+C =A,
disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik
minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka(kecuali agama) telah
disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apayang berlaku keatas
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses
asimilasi. Contoh lain ialah masyarakat Cina di Indonesia.
KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasiberlaku dalam
konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku
apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi
suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepadakesanggupan etnik
minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulanetnik majoriti; terdapt
banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupankumpulan etnik majoriti
menerima kumpulan etnik minoriti.
1.1.5 Akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu
ataukelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu
kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah dalam kebudayaan sendiri.Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia,
sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan.Proses ini
menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah
serta dijadikan usur kebudayaan sendiri.Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan
seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya.Tetapi, jika unsur
budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan
yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah
masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan
budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat.Unsur-unsur
budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar
diterima.
1.1.6 Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari
serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing.Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C
merujuk kepada budaya.Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati
antara satu sama lain..

KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

1.2.0 Unsur yang Membentuk Kebudayaan Melayu


Terdapat beberapa unsur yang membentuk Kebudayaan Melayu. Namun terdapat unsurunsur yang diterima dan yang ditolak dalam sesebuah masyarakat. Berikut adalah unsurunsur yang membentuk kebudayaan Melayu.
1.2.1 Adat
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim
sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak
berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.
Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep
yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Adat timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu
sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang
mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar
selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. Dalam
pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat
dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi
terus diamalkan.
Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan
hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat
isitadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih
diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang
Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya.
Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung. Terdapat
beberapa upacara rites de passage gabungan unsur Islam dan adat diadakan pada hampir
setiap tahap kitaran hidup. Contohnya, sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai
pantang larang diikuti.
KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

1. 2.2 Kepercayaan
Kepercayaan yang tertanam (believe system) yang

menjadi kerangka acuan dalam

bertindak dan berperilaku (tidak terlihat). Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk
cultural universals yang wujud di kalangan Masyarakat Melayu. Ini juga disebut sebagai
penjelmaan dewa-dewa sama ada jahat atau baik. Islam mengubah budaya orang Melayu
daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman hindu kepada
mempercayai Tuhan yang Maha Esa.
Keramat ini adalah amalan kepercayaan asal penduduk tempatan kepada roh dan
semangat. kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan Melayu
lama dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad
sebagai rasul. Misalnya dalam jampi atau mantera di bawah ini dimasukkan konsep Islam
sebagai menggantikan fahaman ketuhanan, animisme dan Hinduisme.
Dalam budaya masyarakat Melayu, pelbagai upacara agama dilakukan yang
menggambarkan interaksi manusia dengan kuasa ghaib. Penggunaan pelbagai lambang seperti
bulan bintang juga melambangkan hubungan manusia dengan agama Islam. Cerita penglipur
lara juga tidak hilang dalam budaya masyarakat Melayu.. Sebelum kedatangan agama Islam,
masyarakat Melayu mengamalkan kepercayaan animisme dan dinamisme. Animisme adalah
percaya kepada setiap benda ada jiwa, roh dan semangat. Dinamisme pula, kepercayaan
kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan atau benda-benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk.
Kedatangan Hindu atau Buddha telah menjadikan upacara keagamaan masyarakat
Melayu lebih rapi dan formal. Kesan yang jelas sekali ialah pemisahan golongan raja, para
bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata. Ini telah menyebabkan pengaruh Hindu dan
Buddha menular dalam budaya masyarakat Melayu.
Kedatangan agama Islam telah memberi

jawapan

terhadap

kejadian

alam,

memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan tertumpu kepada Tuhan.Namun,


tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh agama Hindu atau Buddha dan agama Islam telah
mengukuhkan lagi sistem kepercayaan, kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu.
Pembentukan budaya masyarakat Melayu mempunyai asas yang kukuh.
Pengaruh utama ialah agama Islam. Masyarakat Melayu akan mengazankan
(membacakan kalimah azan) kepada bayi lelaki dan mengqamatkan bayi perempuan
(membacakan kalimah qamat). Budaya ini telah dilakukan sejak kedatangan Islam ke Alam
Melayu sejak dahulu lagi. Tujuannya ialah untuk memperdengarkan seruan azan, kalimah
syahadah dan untuk meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi. Asas kedua pula ialah

KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

mengamalkan dan mengekalkan adat turun menurun. Ini adalah amalan yang dilakukan sekian
lama atas pengaruh Islam dan Arab.
Konsep adat memancarkan hubungan mendalam serta bermakna antara manusia
dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam sosial dan alam ghaib. Gabungan Islam dan
adat terdapat dalam semua upacara kitaran hidup masyarakat Melayu seperti mencukur
rambut, turun tanah atau mencecah tanah, membela mulut serta berkhatan.
Antara unsur-unsur Islam yang diterapkan secara berterusan ialah kanak-kanak diajar
konsep dosa, pahala, haram dan halal. Begitu juga dengan kanak-kanak diajar sembahyang,
berpuasa dan mengaji al-Quran. Kesemua ini telah membentuk nilai budaya masyarakat
Melayu yang tinggi sehingga kini.
1.2.3 Ekonomi
Budaya malayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti yang
dijalankan masyarakat melayu di Negara ini. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa,
majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk
mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran. Orang Melayu
yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan,
pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dalam kalangan orang Melayu secara
keseluruhannya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk
bukan melayu, terutamanya orang Cina.
1.2.4 Politik
Pada zaman prasejarah mereka belum mempunyai sistem politik yang kompleks, tetapi mereka
sudah mengamalkan sistem mesyuarat yang amat menitikberatkan rundingan dan kata sepakat
untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Pada peringkat awal susunan organisasi tersebut adalah
dalam bentuk unit-unit perkampungan seperti dewasa ini .
Perpaduan dikalangan masyarakat Melayu pada masa lampau berdasarkan asas
kekeluargaan dan kesukuanPolitik merupakan satu sistem yang diperlukan oleh sesebuah
kuasa mahupun organisasi dalam memastikan pergerakan sesuatu organisasi tersebut.
Apabila pengaruh Hinddu Buddha mulai memasuki alam Melayu, organisasi politik
pada awal masihi mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang
kecil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem
pentadbiran politik Hindu telah diserap oleh orang Melayu dan dilaksanakan setelah dilakukan
berbagai penyesuaian,. Ketua negara yang memimpin kerajkaan dinakaman raja iaitu istilah
KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

yang dipnjam daripada bahasa Sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam masyarakat
Melayu adalah sebagai pemimpn kerajaan. Di samping itu raja juga dikatakan berketurunan
dewa-dewa. Konsep dewaraja ialah kepercayaan dan salasilah raja-raja yang diwujudkan
secara ciptaan tadi dikaitkan dengan dewa-dewi dari kayangan penjelmaan daripada Shiva,
Vishnu atau Brrahma, lelembut, mamang atau makhluk halus yang tidak dapat dipandang mata
dari sudut asal usul dan tradisi keturunan nenek moyang mereka, ini adalah warisan dari tradisi
Melayu-Hindu.
Selepas raja Melaka menaganut agama Islam, sistem pemerintahan pun disesuaikan
dengan agama islam. Walaubagaimanapun pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan. Beberapa
perubahan telah berlaku misalnya gelaran Sri maharaja yang dipakai dalam kerajaan srivijaya
telah diubah kepada gelaran Sultan..
Dalam kebudayaan Melayu ini, sistem politik berhubung rapat dengan sistem dalam
masyarakat Melayu. Dalam sistem politik ini bertujuan untuk menentukan peraturan siapa yang
berkuasa dan siapa pula yang dikuasai, wilayah yang dikuasai, hak bertindak dan dasar-dasar
legitiminasi sesuatu kuasa. Sistem politik itu juga memberi pengesahan terhadap kuasa
undang-undang, corak pemerintahan kuasa, birokrasi, organisasi menjalankan kuasa dan juga
persaingan mendapatkan kuasa
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British
dibahagikan kepada tiga unit politik yang utama.Unit politik yang paling besar ialah negeri yang
diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar. Ini diikuti oleh unit politik
seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah Sesebuah negeri yang
diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun Yang Dipertuan Besar. Ini diikuti oleh unit politik
seterusnya, iaitu daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah. Unit politik yang paling
kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau penggawa.Dalam sistem politik
masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang paling besar ialah negeri.
1.2.5 Sosial
Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi
kebudayaan Melayu. Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua
kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi
(bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab
ibu (matrilineal system). Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama

KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan
Islam.
1.2.6 Kesenian
Seterusnya, kebudayaan Melayu juga boleh dilihat dalam unsur kesenian. Dalam masyarakat
Melayu seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan seperti tarian,
nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda
kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan,
anyaman dan lain-lain. Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam
kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga
memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.
Dalam bidang kesenian, pengaruh unsure India dapat dilihat pada binaan dan
bangunan agama. Dalam hal ini pengaruh unsure India jelas kelihatan pada penggunaan batu
dan bata sebagai bahan utamanya kerana ia merupakan bahan yang lebih kekal dan dianggap
sesuai untuk membina rumah dewa dan dewi.
Selain itu, terdapat patung Kuwera dan Hariti yang juga dipuja dalam agama Buddha.
Dari segi ukiran, yang menjadi pola hiasan pada dinding candi-candi atau kuil ialah makhluk
ajaib dan tumbuh-tumbuhan, sesuai dengan suasana Gunung Mahameru. Antara motif ukiran
yang selalu digunakan ialah seperti kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga
Teratai.
Dalam bidang keseniaan pengaruh Islam pula dapat dilihat pada makam atau batu
nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang
pertama sekali masuk ke nusantara
1.2.7 Kesusateraan
Masyarakat peribumi di Tanah Melayu sudahpun mempunyai kesusasteraan yang tersendiri.
Sebelum masyarakat tempatan tahu menulis, melalui cara pertuturan sahajalah mereka
menyampaikan perasaan atau curahan hati masing-masing. Ini dikenali sebagai sastera lisan.
Daripada percakapan yang pendek membawa kepada percakapan yang panjang
hingga menggambarkan sesuatu cerita.Maka , timbullah jenis-jenis kesusasteraan mengikut
kaedah namanya yang sesuai dengan zaman itu seperti bidalan, peribahasa, perumpamaan
dan perbilangan. Selain itu, pantun juga merupakan sastera yang tertua yang terdapat pada
KELAS BM 02

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

masyarakat Melayu. Hasil sastera yang dihasilkan ini adalah melalui pengalaman dan
pemerhatian masyarakat terhadap sesauatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharihari.
Kemudian kesusateraan Melayu telah diserapi oleh pengaruh unsur India iaitu penerimaan dua
buah epik Ramayana, lahirnya karya-karya prosa dan juga puisi seperti Hikayat Seri Rama,
Rama Keling dan sebagainya.
Menurut Prof. Mohd. Taib Osman, karya-karya sastera daripada warisan Hindu itu masih
dipercayai segala isi ceritanya, meskipun orang Melayu sudah menganut agama Islam selama
beratus-ratus tahun. Antara unsur kepercayaan Hindu daripada epik-epik tersebut yang
mempengaruhi karya sastera yang lain ialah cerita dewa-dewi yang bersifat manusia dan
Tuhan, kejadian yang luar biasa seperti penjelmaan dalam pelbagai bentuk serta senjata ghaib
dan sakti. Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu , proses penanaman aqidah Islam melalui
cerita atau kisah-kisah melalui dua cara iaitu dengan mengubahsuai cerita yang sedia tersebar
dengan unsur Islam ddan mengenengahkan cerita-cerita baru yang berasal daripada tradisi
Islam.
Kesusasteraan dimulakan dengan cara lisan kemudian diajarkan pula tulisan huruf
arab (jawi), dan mulalah ditulis dan disalin kitab-kitab yang senang-senang yang berkaitan
dengan agama. Contohnya, seperti kitab-kitab peraturan dan rukun-rukun sembahyang,
peraturan puasa dan sebagainya lagi. Kemudian dikembangkan pula dengan doa-doa dan
kisah-kisah Nabi, kitab fekah, tafsir al-Quran, hikayat Para Nabi, cerita pahlawan Islam dan lainlain lagi. Kedatangan Islam menyebabkan kesusasteraan masyarakat peribumi semakin
berkembang. Kesusasteraan masyarakat tempatan tidak hilang malah ada kekal sehingga ke
hari ini. Contohnya, sehingga ke hari ini khazanah yang begitu bernilai iaitu pantun masih kekal
dan mutunya masih tidak dapat ditandingi oleh ciptaan generasi masa kini.
Kebudayaan Melayu mudah menerima ialah unsur yang bercorak atau bersifat konkrit,
seperti budaya kebendaan (material culture), dan unsur-unsur budaya yang mempunyai fungsi
atau gunanya yang tinggi kepada budaya yang menerima. Sesuatu unsur budaya yang diterima
itu adalah yang mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat yang menerima. Unsur-unsur
yang tidak sesuai dan dianggap sukar adalah lambat diterima.Unsur-unsur budaya yang sukar
diganti ialah unsur-unsur budaya yang sudah meluas dalam masyarakat dan diamalkan secara
turun temurun, seperti sistem kekerabatan. Kedua, unsur-unsur budaya yang dialami dalam
proses sosialisasi pada peringkat awal juga sukar digantikan, seperti makanan. Makanan itu
KELAS BM 02

10

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

adalah sukar diubah. Ketiga, unsur yang melibatkan agama dan kepercayaan juga adalah sukar
diganti dan diubah.
2. 0 Unsur-unsur Budaya yang Terdapat Dalam Filem Jangan Pandang Belakang
Congkak 2
Dalam tugasan BMM 3142 para penuntut PPG Kohort 2 ditugas menganalisis sebuah filem
Melayu dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 telah menjadi piliha. Dalam filem tersebut
unsur-unsur seni berikut terdapat dalam filem tersebut.
2.1 Kesusasteraan
Apabila menyebut sahaja mengenai kesusasteraan Melayu, tidak dapat tidak kita lari daripada
membincangkan tentang puisi. Puisi-puisi ini pada asalnya adalah salah satu bentuk
persembahan yang berbentuk lisan dan diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke
generasi yang seterusnya..
Puisi-puisi ini dicipta atas hasil daya kreativiti pemikiran masyarakat Melayu terdahulu
dalam menyusun bait-bait kata sehinggalah terciptanya pelbagai genre puisi seperti syair,
gurindam, teromba, seloka, pantun dan lain-lain lagi. Keindahan susunan kata ini
mencerminkan ketinggian budi pekerti dan adab sopan masyarakat Melayu dalam
berkomunikasi. Puisi yang terdapat dalam fiem yang dianalisis ialah:
Jangan cabar kami dulu,
Kami gostan(undur) ikut pintu,
Nombor one nombor two.
Ada hantu kami tunggu.

Peribahasa juga terdapat dalam filem Jangan Pandang Congkak 2 ialah


i)

Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai


Cakap siang pandang-pandang, cakap malam.

ii)

Bukan senang untuk senang


Bukan susah untuk susah

iii)

Bila hati sudah melekat


Tahi kucingpun rasa coklat
Laras Bahasa Istana digunakan dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Kebiasaannya
bahasa istana digunakan di kalangan istana sahaja yang menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
juaga terdiri daripada pelbagai golongan, iaitu rakayat dan golongan pemerintah.

KELAS BM 02

11

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Contoh: Wahai anakandaku Seha, mengapakah anakanda bermuram durja ?

2.2 Permainan Tradional Melayu


Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Merujuk tajuk filem tersebut telah menunjukkan
terdapat unsur-unsur kebudayaaan Melayu iaitu permaianan Congkak. Congkak adalah
adalah sejenis permainan tradisional orang Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.

Gambar 1:Congkak
2.3 Seni Ukiran Kayu
Congkak bukan sahaja merupakan permainan tradsional budaya orang Melayu tetapi congkak
juga mempunyai unsur seni ukir juga terdapat pada congkak yang dibuat daripada kayu.
Menurut istilah dewan bahasa seni ukiran merupakan satu proses menorah, menggores,
dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang
perhiasan dan lain-lain.Ukiran kayu adalah kerja mengukir atau menggores kayu mengikut reka
corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat, pisau, dan sebagainya.
Warisan seni ukir Melayu tradisi banyak digunakan hingga kini dalam berbagai rupa bentuk,
corak dan motif.

KELAS BM 02

12

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Gambar 2: Seni Ukiran Kayu


dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2
2.4 Rumah
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu
sendiri.Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat
daripada kayuatau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap
mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara
yang secukupnyakepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan
mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Rumah orang Melayu mempunyai
beranda.

Gambar 3 :Rumah Papan

2.5 Perubatan
Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang diamalkan oleh para bomoh dan Tok
Dusun sejak beberapa abad dahulu. Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan yang

KELAS BM 02

13

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba telah diterima dengan penuh minat oleh masyarakat
Melayu di Malaysia kerana ia merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan
sampingan terhadap tubuh badan manusia.Antara perubatan yang terdapat dalam filem yang
dianalisis ialah mandi bunga.

2.5.1 Mandi Bunga


Mandi Bunga dalam hubungannya dengan budaya orang Melayu memang sudah tidak asing lagi.
Mandi bunga adalah antara amalan yang masyhur. Mandi bunga dilakukan kerana dua sebab
pertama semata-mata untuk mewangikan badan dan menyegarkannya. Sebab kedua pula memiliki
tujuan-tujuan tertentu seperti menghilangkan sial dan sebagainya.
Bagi tujuan kedua, mandi bunga adalah salah satu cara pengawalan atau penyembuhan,
dalam sistem perubatan Melayu tradisional. Selain bertujuan membuang sial, mandi bunga juga
merupakan rawatan untuk menyingkir tenaga asing seperti kuasa sihir, membuang penyakit,
menemukan jodoh, menaikkan seri, mendatangkan tuah dan mencapai hajat tertentu. Dalam filem
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 mandi bunga dilaksanakan untuk mengubati penyakit mimpi
buruk Punai dan Chat serta kerana saka warisan datuk mereka.

Gambar 4: Punai dan Chat sedang mandi bunga

2.5.2 Ilmu Kebomohan

KELAS BM 02

14

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Merujuk Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bomoh bermaksud tabib yang mengubati orang
sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang,
dukun. Manakala perbomohan adalah yang berkaitan dengan bomoh seperti amalannya, selokbelok kerjanya, dan sebagainya.
Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap bomoh adalah satu kepercayaan yang tidak
dapat dipisahkan. Hal ini kerana kepercayaan terhadap bomoh telah tertanam sejak sekian
lama dalam kepercayaan masyarakat Melayu sejak wujudnya sistem kepercaayan terhadap
adanya kuasa yang menguasai diri manusia. Bomoh dianggap sebagai seorang individu yang
berupaya mengawal dan berinteraksi dengan kuasa tersebut.

Gambar 5: Bomoh
2. 6 Mantera
Mantera adalah rangkaian kata yang mengandungi rima dan irama yang dianggap mempunyai
kekuatan atau kuasa ghaib. Mantera biasanya diucapkan oleh seorang bomoh atau pawang
dan berfungsi untuk melawan atau menandingi kekuatan kuasa ghaib. Dalam erti kata lain,
ungkapan kata-kata yang digunakan oleh pawang atau bomoh ini sering digunakan dalam
upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti
digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana. Malah, mantera
juga turut digunakan dalam upacara-upacara ritual, pemujaan kepada penunggu dan semangat,
serta dalam kerja-kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan.
Dalam filem Jangan Pandang Belakang 2 terdapat mantera yang digunakan oleh bomoh
tidak mahu bersepakat dengan apa jua unsur ghaib. Malah dia amat mengharapkan supaya
segala kuasa ghaib pulang ke tempat asal mereka dan turut meminta supaya makhluk ini tidak
mengganggu lagi orang yang sedang diubatinya .Dalam filem Jangan Pandang Belakang

KELAS BM 02

15

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Congkak terdapat banyak mentera, contoh mantera dalam filem Jangan Pandang Belakang
Congkak 2

i)

Wahai jelmaan Mustika


Yang kusedut dan kusimpan ditembolokku
Sebagaimana pakatan kita bersama untuk menipu
keturunan Sudir dan sakanya.
Datanglah, wujudlah melalui angin yang menderu

ii)

Lenyapnya mayat mengikut hajat


Tumbanglah kau musuh keparat

Dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ini juga menunjukkan usur pengaruh Islam
dalam mantera dengan menambah ungkapan Basmallah seperti:
i)

Bismillahirahramanirrahim
Hai jembalang puaka aku tahu asal-usulmu

ii)

Bismillahirahramanirrahim
Warisan nenek moyangku
Berkat tunjuk ajar guruku

Mantera juga digunakan untuk merawat pesakit.Contoh Wak Ketari merawat Seha yang
disantau.
Bismillahirahramanirrahim
Wahai petualang Sang Bayu
Yang meresap di tubuh manusia
Keluarlah kau santau berbisa
2.7 Kepercayaan Terhadap Makhluk Halus (hantu dan jin)
Hantu dan jin merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus atau semangat jahat yang
wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam
masyarakat Melayu hantu, jin, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman
animisme lagi dan hantu dan jin digunakan untuk membuat manusia sakit sepert penyakit
santau.
KELAS BM 02

16

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

2.7.1 Penyakit Santau


Dalam masyarakat Melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan
dengan bomoh dan dukun. Santau sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan
orang atau kemasukan syaitan Membaca ayat-ayat tertentu contoh mentera santau seperti
dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 seperti di bawah:
Wahai puaka belah, kuterapkan kau di bawah kekuasaan ku buktikan
kepada aku dengan santau angin muntah darahkan keturunan Sudir

Gambar 6:Kejadian Santau yang berlaku di kedai makan Punai dan Chat

2.7.2 Saka
Saka ialah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka
biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi
oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari
generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah kehadiran saka berkenaan.
Saka inilah yang menimpa Punai dan Chat dalam Jangan Pandang Congkak 2
2.8 Ekonomi
Ekonomi masyarakat Melayu dalam Jangan Pandang Congkak 2 berniaga kedai makan
secara kecil-kecilan yang dijalankan oleh Punai dan Chat di kampung. Dalam perjalanan
mereka ke rumah Wak Ketari kita dapat lihat pertanian adalah sumber ekonomi dan menjadi
kebudayaan Melayu dan kedai barangan dimiliki oleh orang Cina semuanya berada di pekan.

KELAS BM 02

17

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Gambar:7Kedai makan milik Punai dan Chat

Gambar 8: Kedai barang di pekan

Gambar 9:Sawah Padi

2.9 Pakaian
Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju
Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping
dan selendang.

KELAS BM 02

18

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala
pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju
Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang
dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju
Minangkabau. Dalam Jangan Pandang Congkak 2 terdapat pakaian kebaya, tengkolok, pakaian
Puteri Perak.

Gambar 10 :Contoh Pakaian Tradisional Melayu

2.10 Perhiasan Diri


Barang perhiasan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu barangan yang ingin dihasilkan
secara kasar contohnya kendi, tepak sirih, kaki lilin, kotak barang kemas, cucuk sanggul dan
sebagainya. Jenis kedua ialah barangan perhiasan yang halus cincin, rantai leher, gelang
tangan , kerongsang dan lain-lain lagi. Semua hiasan diri ini terdapat dalam filem Jangan
Pandang Congkak 2

Gambar 11 :Contoh Perhiasan Diri

2.11 Seni Mempertahankan Diri


KELAS BM 02

19

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Dalam filem Jangan Pandang Congkak 2 terdapat seni mempertahankan diri iaitu silat.Seni silat
begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Ia wujud sejak zaman-berzaman. Silat merupakan salah
satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Ianya sinonim dengan
masyarakat Melayu serantau seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara
sekitarnya.
Seni pertahanan diri Melayu ini juga merupakan sejenis sukan dan juga satu bentuk
tarian. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa
Melayu atau di nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan telah wujud di
rantau ini sejak berkurun lamanya, memaparkan gerak badan yang lancar yang bertujuan
untuk menarik perhatian dan mengelirukan lawan.

Gambar 12: Punai dan Chat membuka langkah silat

2.12 Seni Hiburan -Zapin


Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan
sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Zapin
terkenal di Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik . Dalam
Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Diselitkan lagu Zapin. Berikut lirik lagu tersebut:
Adik pandang-pandang pandang pada siapa
Kalau pada abang hai gembira rasanya
Adik senyum-senyum senyuman yang menggoda
Adik jangan bingung abang Punai belum berpunya

2.12.1 Seni Hiburan Tarian Gamelan


KELAS BM 02

20

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klassik. Tarian klasik ini mula di
direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Tarian
gamelan di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman
ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara
estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi
jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu terdapat dalam filem Jangan Pandang Belakang
Congkak 2.

Gambar 13: Tarian Gamelan

2.13 Makanan
Nasi merupakan makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Cara
masyarakat Melayu makan dengan tangan.Ini telah menjadi kebudayaan Melayu dan dalam
filemJangan Pandang Belakang Congkak 2 mempunyai unsur tersebut.

Gambar 14: Makan nasi

2.14 Adat Keluarga


Unsur adat kekeluargaan wujud dalam filem yang dianalisis. Contohnya arahan Wak Ketari
tetap mahu menolong Punai dan Chat. Wak Ketari menolak kehendak Seha yang mahu Wak
Ketari berehat kerana uzur. Kepala keluarga di terajui oleh seorang bapa. Anak gadis Wak
KELAS BM 02

21

IPG IPOH KOHORT 2

Kebudayaan melayu bmm


3142

Ketari iaitu Seha yang menguruskan hala dapur dan masakan merupakan unsur budaya
Melayu.
3.0 Penutup
Secara keseluruhanya dapat dirumuskan bahawa kebudayaan Melayu dibentuk dalam
pelbagai konsep dan unsur-unsur .Berdasarkan analisis filem Jangan Pandang Belakang
Congkak 2 ini terdapat banyak unsur-unsur kebudayaan dalam masyarakat Melayu Antara
kebudayaan Melayu yang diperturunkan pada zaman dahulu dan masih diamalkan oleh
sesetengah masyarakat Melayu hingga hari ini ialah upacara ritual dan pemujaan yang
menggunakan mantera sebagai salah satu cara dalam perubatan.
Masyarakat Melayu harus bijak untuk mengeluarkan unsur-unsur yang bercanggah
dengan agama Islam dan membudayakan agama Islam ke dalam kehidupan seharian
kita.Dalam kebudayaan Melayu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat
besar dan ada unsur kecil. Unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Antara unsurunsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal yang dapat
dibahagikan kepada budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem ekonomi, sistem
sosial, bahasa, kesenian ,permainan, serta kepercayaan dan keagamaan.

KELAS BM 02

22

Vous aimerez peut-être aussi