Vous êtes sur la page 1sur 4

Asas pembentukan Falsafah Pendidikan kebangsaan

Dalam menuju kepada sebuah negara bangsa, kestabilan politik, ekonomi dan
pendidikan amat diperlukan. Maka dengan itu dasar pendidikan yang mantap akan menjadi
asas kepada rujukan berfokus untuk mengelakkan daripada konflik seperti masalah perpaduan
kaum, ketidakpuasan hati antara kaum dan perpecahan. Keadaan ini akan menyumbang
kepada masalah pembangunan, keamanan dan kemajuan sesebuah negara. Dasar pendidikan
negara adalah manisfestasi daripada Falsafah Pendidikan yang mula ditulis pada tahun 1988,
falsafah-falsafah yang terkandung didalamnya mengandungi matlamat, pelaksanaan
pendidikan, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu dan hal-hal yang terkait dengan
bidang pendidikan. Sebelum tahun 1988, falsafah pendidikan bersifat tersirat sahaja iaitu
hanya merujuk kepada perkara-perkara asas daripada dasar kerajaan seperti Rukun Negara,
Dasar Ekonomi dan ideologi kerajaan ketika itu.
Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara bermula daripada pembentukan negara
Malaysia yang merdeka dah berdaulat, ia bermula sejak Malaysia menuntuk kemerdekaan
daripada penjajah British. Dasar Pecah dan Perintah oleh pihak Inggeris pada sekian lamanya
telah menjadi dasar pendidikan ketika itu, usaha-usaha perpaduan sama ada antara suku kaum
yang ada atau antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar. Keadaan ini
mengundang kepada hala tuju pendidikan rakyat yang kabur pada ketika itu, sekolah-sekolah
vernakular yang diperkenalkan lebih kepada pengekalan ideologi dan identiti satu-satu kaum
sahaja dan asasnya bersifat tidak kukuh.

Perkembangan sistem pendidikan terus berkembang secara perlahan dan berterusan,


tetapi masih lagi wujud isu-isu seperti pengekalan identiti kaum sendiri, tiada tujuan
pendidikan untuk kemajuan dan pembangunan negara bangsa serta tiada usaha untuk tujuan
perpaduan kaum bagi pembentukan negara Malaysia. Falsafah pendidikan ketika itu tidak
secara tersirat, malah hanya bertujuan untuk memenuhi keperluan kepada satu-satu kaum
sahaja pada masa itu sahaja. Kesan daripada dasar pecah dan perintah oleh penjajah berjaya
mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan bersatu padu ini, tujuan penjajah untuk
menangguh kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu jelas dengan menjadikan alasan perpaduan
kaum tidak dicapai ketika itu.
Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin politik tempatan telah sedar untuk
mengubah sistem pendidikan penjajah kepada sistem pendidikan kebangsaan selaras usaha
untuk membentuk sebuah negara bangsa ketika itu. Pada tahun 1956 satu jawatankuasa yang

dikenali sebagai Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah
ditubuhkan. Laporan jawatankuasa ini akan dilaksanakan sebagai dasar pendidikan apabila
Tanah Melayu telah merdeka kelak. Laporan ini juga dikenali sebagai Penyata Razak 1956
yang seterusnya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan
Othman 2008).
Selepas Merdeka, Penyata Rahman Talib 1960 diwujudkan sebagai kesinambungan
penyata Razak 1956. Kementerian Pelajaran ketika itu banyak merujuk kepada Penyata Razak
1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 dalam usaha mencipta dasar pendidikan kepada rakyat
Malaysia yang baru merdeka. Pokok utama dalam mengkaji kedua-dua penyata ini ialah isu
perpaduan kaum, usaha pendidikan juga terjurus kepada pembangunan sebuah negara yang
baru merdeka, insfrastruktur dan kemudahan awam. Usaha ini juga mengharapkan agar
keperluan sumber manusia sebagai penggerak kemajauan negara bangsa akan dapat dipenuhi
melalui pendidikan.
Falsafah pendidikan masih belum lengkap dan digunapakai sebagai dasar pelajaran
negara ketika itu. Walaubagaimana pun, pelbagai pindaan ke arah lebih baik dilakukan dari
masa ke semasa, Jawatankuasa Kabinet 1974 telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan
sistem pendidikan sejak tahun1961. Daripada hasil laporan Jawatankuasa 1974 ini, banyak
pindaan dibuat dalam sistem pendidikan negara seperti penekanan kepada keperluan asas iaitu
3M (membaca, menulis dan mengira). Selain itu, ditambahkan juga pendidikan kerohanian
dan kurikulum menggunakan acuan Malaysia ketika itu. Pengenalan KBSR 1982 dan KBSM
1988 juga merupakan kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 selain permulaan
kepada pembentukan falsafah pendidikan negara. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman
2008).
Laporan Jawatankuasa Kabinet telah diterbitkan pada tahun 1979 sebagai permulaan
falsafah pendidikan negara yang tersurat dan memenuhi keperluan rakyat ketika itu. Ia
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan FPN diperkenalkan secara bertulis
pada tahun 1988. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman 2008) Antara asas pembinaan FPN
ialah pertama merangkumi pelbagai perkara termasuklah pembangunan insan, pembangunan
negara, keadaan rakyat yang berbilang kaum serta agama kearah pewujudan satu bangsa
Malaysia yang maju, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek,
rohani, emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada ketuhanan.
FPN juga diasaskan kepada hasrat dan aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis
memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang
dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi umbangan kepada
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini seterunya menjadi satu matlamat

asas dan penting dalam sistem pendidikan kebangsaan. Penekanan terhadap diri, masyarakat
dan negara penting bagi mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Walaupun terdapat
pelbagai kaum di Malaysia, ia merupakan satu tanggungjawab diri menyumbang kepada
masayarakat yang berbilang bangsa dan khasnya Malaysia tanpa ada prejudis terhadap kaum
lain.
Asas FPN juga mengambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa dan negara yang
agak panjang. Dalam falsafah ini digariskan bahawa harus selari dengan kehendak agama
Islam sebagai agama rasmi serta pembangunan negara. Pemahaman terhadap asas ini penting
kepada kaum-kaum penganut agama lain untuk mengakui dengan jelasnya terhadap
kedudukan agama Islam dalam perlembagaan Malaysia, oleh itu FPN dibentuk berlandaskan
syariah dan bukan ideologi sekular dalam pendidikan kita. Falsafah pendidikan Islam
dimasukkan dalam FPN iaitu menekankan perkembangan seimbang diri individu dari segi
rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu beriman, berilmu,
berakhlak, bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat, hormat-menghormati dan
bantu membantu antara satu sama lain. (resolusi dan konsensus sedunia pendidikan Muslim,
1977)
Selain itu, dalam FPN juga menekankan nilai baik seperti yang terdapat dalam falsafah
barat, tetapi lebih daripada itu pemilihan nilai-nilai yang baik itu daripada pelbagai sumber
dan falsafah. Apabila unsur dan nilai baik ini dimasukkan dalam FPN maka ia seharusnya
diterima oleh lapisan masyarakat tanpa ada keraguan dan tiada pihak akan menolaknya. FPN
merupakan gabungan terbaik daripada pelbagai sudut, ini memungkinkan sistem pendidikan
negara akan terarah dengan lebih jelas dan sistematik serta mudah difahami. Guru sebagai
pelaksana FPN harus memahami secara mutlak asas dan nilai-nilai yang terdapat dalam FPN
ini, dengan hala tuju yang jelas ini diharapkan semua pihak akan berusaha merealisasikan
FPN supaya pembangunan negara akan lebih berkembang lancar seiring dengan moral rakyat
dan masyarakatnya yang baik dan mulia.
FPN yang telah mengalami beberapa penambahbaikkan dalam usaha memantapkanya
harus dilaksanakan dengan strategi yang bersepadu. Jika melihat kepada tujuan pendidikan
yang mahukan masyarakat yang makmur dan sejahtera antara manusia sesama manusia,
hubungan manusia dengan tuhan dan manusia dengan alam. Oleh itu, strategi-strategi
pelaksanaan FPN amat penting untuk merealisasikan tujuan ini. Perkara yang paling penting
ialah daripada pendidikan ini akan menghasilkan rakyat yang berilmu, berakhlak,
bertanggungjawab dan berhak menikmati kebahagian hidup serta sedia berbakti kepada
keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Berasaskan FPN, ia mempunyai usaha-usaha untuk menyediakan bekalan sumber


manusia dan ada menyentuh berkaitan soal pembangunan sosial manusia dalam menerapkan
unsur integrasi dalam FPN ini. Ia merangkumi penyediaan kepada rakyat Malaysia peluang
untuk menuntut ilmu dan kemahiran, dengan ilmu dan kemahiran ini dapatlah mereka
melakukan kerja serta dapat membezakan antara perkara baik dan perkara yang kurang elok
untuk dipilih dalam kehidupan mereka nanti. Keduanya ialah memperluaskan pengetahuan,
kefahaman dan kesedaran tentang tanggungjawab rakyat Malaysia yang demokratik. Ketiga
memberikan peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira agama, kaum,
umur, keturunan dan keadaan fizikal. Keempat ialah untuk membolehkan seseorang itu
menghayati Rukun Negara untuk menjadikan seseorang rakyat Malaysia yang taat, progresif,
petrotik, toleransi dan bermoral. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman 2008).

FPN merangkumi juga definisi yang jelas dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu
bermula pada peringkat pra-sekolah hingga pendidikan tinggi dan begitu juga Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar didalam sistem pendidikan kebangsaan. FPN yang telah mantap dan
menjadi asas kepada kebanyakkan akta-akta pendidikan di Malaysia seperti Akta Pendidikan
1996 telah dikekalkan sifatnya, tetapi terdapat beberapa penambahan perkataan bagi tujuan
memantapkan lagi falsafah ini dan FPN seterusnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) sebagai nama baharu untuk falsafah pendidikan negara kita sekarang.

Vous aimerez peut-être aussi