Vous êtes sur la page 1sur 4

TEKNIK EKONOMI TOKEN

Definisi Ekonomi Token


Menurut Miltenberger (2004), token ekonomi adalah sebuah teknik dimana individu
mendapatkan token untuk tingkah laku diingini yang ditunjukkan. Token yang dihasilkan boleh
ditukar pula dengan peneguh simpanan (backup reinforcer). Tujuan token ekonomi dilakukan
adalah untuk meneguhkan tingkah laku yang diinginkan terhadap klien. Token ekonomi juga
digunakan sebagai intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini melalui
sebuah aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kata lain, ekonomi token ialah satu sistem pengurusan di mana guru dan murid
bersetuju tingkah laku sasaran yang akan diberi peneguhan. Murid diberi token dengan segera
jika melakukan tingkah laku sasaran. Token ini kemudiannya boleh ditukarkan dengan ganjaran
atau hadiah yang disukai oleh murid.
Bagaimana ekonomi token dijalankan
Sebelum ekonomi token dijalankan, beberapa perkara perlu diambil kira agar tingkah laku yang
diingini itu tercapai.Antaranya ialah:Mengenali dengan jelas tingkahlaku yang ingin diubah . Jelaskan perilaku tersebut kepada para
pelajar secara spesifik.
Pilih jenis token yang akan digunakan. Token adalah satu keadaan atau benda yang mempunyai
nilai yang boleh dikumpul dan ditukar yang menjadi sokongan kepada sesuatu peneguhan
tingkah laku. Guru boleh menggunakan token yang mudah untuk dihitung, dapat dilihat, disukai,
sukar untuk dipalsukan dan selamat digunakan serta menarik perhatian pelajar seperti chip poker,
stiker-stiker, jumlah objek seperti bintang atau wang permainan. Token yang telah dikumpul
kemudiannya ditukar dengan sesuatu yang bernilai, penghargaan atau aktiviti yang disukai.
Token diberikan dengan murid menampal token tersebut pada kad yang disediakan. Jika
sebarang tingkah laku negatif wujud token akan ditarik.
Pilih peneguh (back-up reinforcer) atau hadiah yang boleh ditukar dengan token . Pilih hadiah
yang dapat ditukar dengan token yang telah dkumpulkan contohnya seperti dapat keluar rehat
lebih awal, memilih aktiviti yang ingin dilakukan, atau memberikan makanan kesukaan.

Hitung berapa nilai token untuk suatu perilaku. Guru perlu menetapkan berapa nilai token untuk
suatu tingkah laku yang diinginkan. Contohnya datang awal ke kelas bernilai 1 token atau
mengangkat tangan sebelum bertanya bernilai 1 token.
Tentukan waktu penukaran token. Guru perlu berbincang dengan pelajar-pelajar untuk
menentukan waktu mereka dapat menukarkan token secara berkala.

Pelaksanaan teknik ekonomi token.


Memberi penjelasan tentang teknik ini. Guru harus menjelaskan dengan sejelas-jelasnya
bagaimana teknik ini akan dilaksanakan kepada para pelajar.
Berikan token beserta pujian. Pada masa pelajar menunjukkan perilaku yang diinginkan, token
dan pujian harus diberikan dengan cepat dan tidak boleh ditunda.
Kurangi token dan kekalkan pujian. Untuk perilaku baru yang positif, token hendaklah diberikan.
Token dikurangkan apabila perilaku tersebut sudah mula dimiliki oleh pelajar, namun pujian
tetap diberikan sebagai peneguhan . Token tetap diberikan untuk perilaku-perilaku baru yang
harus dikuasai oleh pelajar.
Buat penyesuaian yang diperlukan. Untuk menjaga motivasi dan minat pelajar, sesuaikan harga
untuk hadiah yang akan ditukar dengan token dan sesuaikan sasaran aras kesukaran tingkah laku.
Apabila perilaku terlalu mudah atau terlalu sulit maka para pelajar akan tidak bermotivasi untuk
terlibat aktif dalam program ekonomi token.

TEKNIK MODELING
Teknik modeling juga dikenali sebagai teknik peniruan atau pemerhatian.Kanak-kanak
mempunyai banyak respon positif dan negatif daripada pemerhatian terhadap orang lain. Justeru
itu, modeling adalah satu teknik tingkah laku di mana guru-guru menetapkan satu tingkah laku
yang baru di kalangan murid bermasalah dengan menyuruh murid ini membuat pemerhatian
terhadap murid-murid lain yang sedang menunjukkan tingkah laku yang positif. Selepas
membuat pemerhatian, murid-murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah disuruh untuk

membuat simulasi atau role play mengenai keadaan yang diperhatikannya supaya murid
tersebut dapat menunjukkan tingkah laku positif yang sama.
Perry dan Furukawa (dalam Abimanyu dan Manrihu 1996) mendefinisikan modeling
sebagai proses belajar melalui pemerhatian di mana tingkah laku dari seorang individu atau
kelompok, sebagai model, berperanan sebagai rangsangan bagi cara pemikiran, sikap, atau
tingkah laku dari individu yang lain yang memerhati model yang ditampilkan.
.

Bandura (1986, 1994) dalam Feist (2008 : 409) memberikan sedikit pernyataan mengenai

modeling bahawa teknik modeling melibatkan proses-proses kognitif, jadi ia

tidak hanya

meniru, lebih dari sekadar menyesuaikan diri dengan tindakan orang lain kerana sudah
melibatkan dapatan secara simbolik dan menyimpannya untuk digunakan di masa depan.
Teknik modeling ini sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak. Teknik ini
boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid cara betul untuk bercakap dengan orang
dewasa serta tidak menggunakan kata-kata yang kesat.
Pelaksanaan
Apabila teknik ini hendak digunakan, guru perlu meminta pelajar berkenaan untuk
memerhati apa yang ditunjukkan oleh model.Sebelum itu, guru perlu memilih model yang sesuai
dalam memaparkan tingkah laku yang akan diperhatikan oleh pelajar lain.Ketika model membuat
demonstrasi,pelajar berkenaan boleh turutmengambil bahagian secara langsung.Selepas itu, guru
perlu meminta pelajar tadi membuat kesimpulan dari pemerhatiannya terhadap model tadi dan
guru perlu member penjelasan tentang tingkah laku positif yang telah dilihat oleh pelajar .
Guru perlu menarik perhatian pelajar dahulu dengan menyediakan model yang menarik,suasana
yang nyaman dan persekitaran yang selesa sekiranya ingin teknik ini berjaya.Guru juga perlu
memberi penerangan yang jelas kepada pelajar terlibat dan meminta pelajar menterjemah semula
tingkah laku model dengan melakonkan semula.Akhir sekali, guru juga boleh memberi motivasi
kepada pelajar berkenaan sama ada dalam bentuk ganjaran atau pujian.

Vous aimerez peut-être aussi