Vous êtes sur la page 1sur 30

ASSIGNMENT

JANUARY 2015 SEMESTER


SUBJECT CODE

EMA 643

SUBJECT TITLE

: EMERGING PERSPECTIVES IN EDUCATIONAL


LEADERSHIP

LEVEL

MASTER OF EDUCATION

STUDENTS NAME

FAUZIAH BINTI JALPAH

MATRIC NO.

E60101140151

PROGRAMME

MASTER

ACADEMIC
FACILITATOR

DR. BONAVENTURE BONIFACE

LEARNING CENTRE

KOTA KINABATANGAN

SOALAN 1
Describe the leadership style that he demonstrates in your school or organization.
a)
Dalam menempuh dunia globalisasi zaman kini, sistem kepimpinan sesebuah organisasi perlulah
mantap dan efektif bagi menjamin keberkesanan kualiti kerja bagi anak-anak buah dibawahnya. Sistem
kepeimpinan yang agak autokratik akan membuatkan keberkesanan kerja agak lemah dan kurang
menarik yang akan membuatkan sesebuah organisasi menjadi lemah. Dalam sesebuah sekolah, sudah
semestinya pemimpin yang paling diatas ialah guru besar ataupun pengetua. Saya merupakan seorang
guru sekolah rendah dan sudah semstinya pemimpin saya ialah guru besar.Guru besar merupakan orang
yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang
berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk
mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Guru besar haruslah
berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar
mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk
melonjakkan pencapaianan sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Fiedler, beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan
tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variable iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan
persekitaran. Tingkahlaku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara
manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu,hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan,
dan kedudukan kuasa.
Guru besar di sekolah saya berkhidmat merupakan seorang guru besar yang mempunyai banyak
pengalaman dalam dunia pendidikan.. Beliau banyak menimba pengalaman sebagai seorang guru
bermula daripada sekolah pendalaman yang mana beliau juga belajar dari kesusahan dan kepayahan
sehingga beliau berjaya memimpin sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sinar Jaya, Kinabatangan ,
tempat saya berkhidmat sekarang.
Daripada pemerhatian saya, corak kepimpinan yang beliau tunjukkan adalah bersifat demokratik.
Beliau banyak berbincang dengan orang bawahannya sebelum sesuatu keputusan dibuat. Dalam hal ini,,
guru -guru penolong kanan beliau adalah antara individu yang terlibat dalam perbincangan beliau.
Setelah itu, beliau akan memanggil guru-guru yang lain untuk bermesyuarat bersama.
Selain daripada itu, beliau juga tetap turut serta dalam apa juga aktiviti sekolah yang dijalankan
2

,malah beliau adakalanya menyumbangkan sesuatu yang berfaedah untuk menaikkan semangat anakanak buahnya. Sebagai contoh, apabila aktiviti gotong-royong dijalankan, beliau akan menyumbangkan
makanan dan minuman sebagaidorongan dan galakan semangat kepada kami.
Dari segi kurikulum dan pentadbiran, beliau amat mementingkan prestasi akademik dan sentiasa
memantau proses pembelajaran dan pengajaran didalam kelas. Setiap pagi, setelah menghadirkan diri ke
sekolah, beliau terus bergerak ke satu kelas ke kelas yang lain bagi memastikan setiap guru menjalankan
tugas dengan baik. Malahan, beliau turut serta masuk ke dalam kelas memantau proses pembelajaran
dan pengajaran yang berlaku. Kprihatinan beliau menjadi contoh teladan kepada guru- guru lain dan
sememangnya sikap ambil berat yang sedemikian perlu diamalkan dari masa ke semasa.
Walaupun adakalanya beliau terlalu sibuk dengan tugas- tugas pentadbiran beliau di pejabat, namun
tugas lain juga amat beliau titikberatkan. Sikap sedemikian menjadi contoh kepada kami guru-guru
bawahannya. Beliau berpesan selagi tugas hakiki kita tidak selesai kita perlu menyelesaikannya sebelum
berpindah ke tugas yang lain. Sebagai contoh, dia tidak membenarkan guru- guru pergi ke kantin dengan
tujuan bersantai-santai sebelum tugas mengajar belum selesai. Kprihatinan dan keberanian beliau amat
disanjungi dan saya berharap saya dapat meneladani kepimpinan beliau dalam mengurus dan mentadbir
sesebuah organisasi agar ia membawa perubahan yang lebih baik.

Soalan B
Discuss some of strength of his leadership style.
Sebuah sekolah semestinya memerlukan pemimpin yang dipanggil guru besar ataupun pengetua.
Sebagai seorang guru yang bekerja di bawah arahan guru besar, saya juga menilai kekuatan guru besar
saya dalam kepimpinan beliau seharian dalam setiap aspek yang bukan sahaja kepimpinan beliau di
sekolah.
Menurut (Gordon 1955), kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara individu dengan
kumpulan atau khususnya

di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai

kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang
tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini
ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi. Kepimpinan wujud dalam apa
jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak
langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah
proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka
yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan
dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh
mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan
Saya berpendapat antara kekuatan guru besar saya ialah beliau seorang yang bersemangat dalam
urusan pentadbiran beliau. Kekuatan dan ketabahan beliau terserlah apabila terdapat masalah di sekolah
yang rumit, beliau akan terus memanggil guru-guru penolong kanan beliau untuk berbincang tentang
cara untuk mengatasi masalah tersebut sebelum diutarakan kepada guru-guru lain. Beliau tidak
mengambil masa yang lama atau tidak membiarkan masalah tersebut berlanjutan sehingga menjumpai
cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain daripada itu, antara kekuatan guru besar lagi ialah, beliau mempunyai kejujuran dan integriti
yang tinggi dalam corak kepimpinan beliau. Ia merupakan nilai-nilai murni yang wajib diteladani bagi
menjamin ketelusan dalam memberi khidmat bakti yang terbaik untuk anak-anak murid. Dalam hal ini,
saya berpendapat, bukan sahaja dalam bidang pendidikan yang patut mengamalkan kejujuran dan
integriti tetapi juga dalam semua bidang pekerjaan yang lain. Sekiranya semua penjawat awam
menekankan sifat kejujuran dan integriti di dalam melaksanakan tugas, sudah pasti ia akan meningkat
produktiviti negara ke arah yang lebih berkualiti.
4

Antara kelebihan yang saya nampak pada guru besar saya lagi ialah beliau seorang yang mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang beliau. Setakat artikel ini ditulis, guru besar saya telah memegang
jawatan selama hampir 21 tahun sebagai seorang pemmpin disekolah. Setiap kali mesyuarat di sekolah,
beliau akan membentangkan tentang permasalahan disekolah dan cara yang lebih efektif untuk
menanganinya berdasarkan kepada peraturan dan pekeliling pendidikan sedia ada.. Ini menunjukkan
keprofesional beliau dalam mennyelesaikan sesebuah masalah bergantung dengan kepakaran beliau
terhadap bidang kepimpinan untuk anak-anak buah dibawahnya.
Sikap keyakinan diri beliau juga amat tinggi. Saya berpendapat untuk menjadi seorang pemimpin
yang berjaya, kita wajiblah mempunyai sikap keyakinan diri yang tinggi untuk berdepan dengan apa
juga ujian dan cabaran globalisasi yang mendatang.
Selain daripada itu, apabila berhadapan dengan permasalahan murid, beliau lebih bersikap terbuka
dan menjadi pendengar yang baik. Adakalanya, pelajar agak takut untuk berdepan dengan beliau
memandangkan ketegasan beliau dan ada pelajar yang berpendapat beliau agak garang, namun disebalik
ketegasan beliau, beliau merupakan seoarng yang mudah menerima

pendapat orang lain . Sifat

kebapaan beliau juga merupakan antara kekuatan beliau mengendalikan masalah murid-murid disekolah.
Beliau sendiri mempunya lima orang anak dalam keluarga beliau. Oleh itu, kprihatinan dan sifat kasih
sayang beliau adalah antara resepi kejayaan beliau dalam mentadbir dan memimpin disekolah.
Secara keseluruhannya, gaya kepimpinan beliau adalah menepati gaya kepimpinan seorang
pemimpin. Dalam erti kata yang lain, pemimpin yang berjaya memimpin adalah mereka yang memimpin
anak buahnya dari yang tidak tahu menahu sehingga berjaya meneladani sifat kepimpinannya..Gaya
kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan
sebenarnya memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera atau
mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera, politik, agama dan
sosial. Perjuangan dan gaya pemimpin yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos
sehungga kini.

Soalan c
Assume that you have been promoted to his position. Explain five ways in which you would attempt to
improve on his leadership style.
Pada pendapat saya, pemimpin ataupun guru besar saya adalah pemimpin yang baik dan
berketrampilan. Beliau memenuhi kriteria sebagai seoarng pemimpian yang baik dan dihormati.
Walaupun begitu, jika saya diberi peluang untuk berada dalam kedudukan beliau sebagai seorang
pemimpin, terdapat lagi cara- cara untuk meningkatkan gaya kepimpinan sebagai seorang pemimpin
terutamanya dalam memimpin sesebuah sekolah.
Pertama, seorang guru besar perlu lah mempunyai sifat kreatif dalam membuat satu-satu jalan
penyelesaian masalah. Semua orang boleh menyelesaikan masalah namun cara penyelesaiannya berbeza
dari satu individu kepada individu yang lain. Menyelesaikan masalah secara kreatif ataupun membuat
sesuatu dengan kreatif adalah satu tahap yang tinggi dan tidak semua orang boleh mencapai tahap ini.
Sebagai contoh, seorang guru besar yang baik akan memikirkan kaedah yang terbaik dalam menceriakan
sebuah sekolah. Dalam erti kata yang lain, saya perlu mempunyai anjakan paradigma untuk
membolehkannya melihat sesuatu dengan lebih luas. Ia sekaligus melihat sesebuah masalah yang wujud
dalam kakitangan dan orang di bawahnya boleh diselesaikan dengan pelbagai cara yang berbeza
bergantung dengan keberaniannya membuat keputusan yang terbaik demi kesejahteraan semua pihak.
Kedua, antara cara untuk meningkatkan gaya kepimpinan yang baik ialah dengan kebolehan
semulajadi menyampaikan maklumat dan idea serta dapat berkomunikasi dengan berkesan. Sebagai
contoh, apabila seorang pemimpin memberi maklumat atau berucap di khalayak ramai, beliau sepatutnya
mempunyai aura tersendiri yang membuatkan beliau disegani kerana ketrampilan beliau yang unik dan
tersendiri. Sebenarnya, tidak semua orang mempunyai bakat dalam mendepani sesebuah organisasi
secara berkesan. Oleh itu, saya berpendapat sekitranya seorang pemimpin dianugerahkan kebolehan
sedemikian , ia sudah tentu akan membuatkan orang bawahannya kagum dengan corak kepimpinan
beliau dan menjadi role model kepada masyarakat.
Ketiga, seorang pemimpin yang baik adalah mereka yang mengutamakan kebajikan orang
bawahannya. Sikap sebegini membolehkan orang bawahannya menyayangi beliau dan membuatkan
kepimpinan beliau amat dihormati. Sebagi contoh, guru besar yang baik menjadi pendengar masalah
yang baik bukan sahaja kepada guru malah kepada para pelajar. Sudah tentu, sebagai orang bawahan,
kita kan rasa lebih dihargai dan akan bekerja bersama-sama pemimpin kita demi masa depan bersama
6

yang lebih gemilang. Kita sedia maklum bahawa masyarakat hari ini lebih bijak dan tahu menilai
pemimpin yang mana lebih mengutamakan kebajikan mereka. Mereka juga mahu hak-hak mereka
diambil kira dan diutamakan dari masa ke semasa. Oleh itu, sekiranya saya sebagai guru besar, sikap
ambil berat terhadap hak dan masalah orang bawahan ini adalah satu cara berkesan dalam meningkatkan
gaya kepimpinan yang lebih berkesan.
Keempat,,untuk meningkatkan gaya kepimpinan sebagai seorang pemimpin ialah mereka yang
bersikap terbuka. Pemimpin yang baik pada pendapat saya ialah mereka yang berani turun padang
memantau sendiri permasalahan anak buahnya. Malah, boleh duduk bersama dalam satu tempat
berbincang bersama-sama tanpa hanya mengharap orang bawahannya bekerja. Sebagai contoh, seorang
guru besar yang mudah mesra dan bersembang secara santai bersama dengan anak buahnya tetapi dalam
masa yang sama ia juga menunjukkan kewibawaannya dalam memimpin di sekolah. Sebagai orang yang
dipimpin, kita akan lebih menghormati pemimpin yang sedemikian kerana bersama-sama merasai susah
payah didalam sesebuah organisasi.
Kelima, antara cara lagi untuk meningkatkan gaya kepimpinan sebagai seorang guru besar , saya
seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan saya bekerja ke arah
pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut
dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguhsungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan
produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan
menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan
perbincangan dan membuka peluang kepada orang bawahan untuk mengemukakan idea-idea baru
kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk
meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat
dan berdedikasi.
Kesimpulannya, gaya kepimpinan yang berkesan boleh dicapai hanya dengan kerjasama dari
pelbagai pihak dan bersungguh-sungguh dalam merealisasikan matlamat organisasi atau sebuah sekolah.

Rujukan:
7

Dr. Muhaya Muhammad.(7.2.2014 ) . Perbezaan Antara Ketua Dan Pemimpin.Di akses pada 4.2.2015
daripada www.utusan.com.my
Ms.wikipedia.org.ketidakcekapan pentadbiran.Diakses pada 10.2.2015 daripada www.wikipedia.oeg

Soalan 2
8

Discuss the role of strategic leadership in educational institutions. Provide specific examples.
Bincangkan peranan kepimpinan strategik di institusi pendidikan. Berikan contoh tertentu.
Kepimpinan boleh dikatakan sebagai satu amanah atau tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang pemimpin di dalam
memastikan hala tuju sesuatu matlamat organisasi itu dicapai seiring dengan keharmonian yang wujud di antara pemimpin
atau ketua dengan pekerja bawahan. Kepimpinan ini melibatkan kemahiran mendengar, bekerjasama, mencipta serta
berkomunikasi secara berkesan di antara pemimpin dan pekerja bagi memastikan misi dan visi organisasi dapat membentuk
satu kekuatan di dalam mencapai matlamat organisasi.
Kepimpinan Strategik pula ialah daya dan kebolehan sesorang pemimpin melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut bagi
membolehkan organisasi yang dipimpinnya mencapai sasaran berdasarkan perancangan strategik yang dilaksanakan.
Kepimpinan, satu aspek penting dalam pengurusan

organisasi. Semua peringkat pemimpin ingin memiliki kepakaran

kepimpinan seperti Gandhi, J. F. Kennedy dan Abraham Lincoln, namun tidak ramai yang berjaya dalam menemui resepi
yang benar-benar dapat melahirkan seorang pemimpin. Bagi seorang pengurus dan pemimpin yang berjaya pemahaman
tentang apakah itu kepimpinan strategic adalah penting. Tidak juga dinafikan bahawa gaya kepimpinan berubah-ubah dari
masa ke semasa bergantung kepada keadaan dan persekitaran.

Kepimpinan sekolah atau dalam kata lain, guru besar dilihat sebagai pemimpin sesebuah sekolah
yang bertanggungjawab kepada seorang atau lebih individu. Manusia sebagai satu sumber manusia
dilihat sebagai satu faktor penting dalam organisasi sekolah disamping ciri-ciri lain seperti kewangan,
kemudahan fizikal, iklim dan budaya untuk mencapai matlamat sekolah yang ditetapkan. Tugas utama
guru besar sebagai agen perubahan ialah memastikan sekolah mencapai matlamat melalui penggunaan
semua sumber yang ada.
Tidak dinafikan bahawa sekolah yang berjaya

adalah memiliki pemimpin yang memahami

fungsinya sebagai pemimpin. Iaitu beliau tahu bahawa dalam segala hal kepimpinan beliaulah sebagai
perancang aktiviti, menjadi tempat rujuk, menjadi lambang organisasi, menjadi model kepada ahli lain,
meneruskan matlamat organisasi, boleh menyelesaikan masalah, dapat membahagikan tugas ahli dengan
adil dan boleh memberikan penghargaan kepada ahli kumpulan. Dengan adanya ciri seperti ini amat
bertuahlah sekolah tersebut kerana kejayaan akan dapat digapai.
Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bidang pendidikan telah
dikenalpasti sebagai salah satu faktor penentu kejayaan (critical success factor) utama. Oleh yang
demikian, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan
penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia.

Antara langkah yang diambil termasuklah

memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
9

PIPP telah mengariskan Sebelas Anjakan untuk meningkatkan pendidikan di Malaysia. Dalam
kepimpinan sekolah PIPP telah mengariskan ANJAKAN YANG KELIMA (5) . Iaitu memastikan
pemimpin

berprestasi

tinggi

ditempatkan

disetiap

sekolah.

Untuk

itu,

Kementerian

akan

memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi, serta
memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai tahun 2013.
Selain itu, kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah
luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah.
PIPP telah digubal sebanyak dua kali. Kedua-dua pelan pembangunan ini dirancang untuk
melonjakkan lagi mutu pendidikan di Malaysia agar sejajar dengan kehendak global iaitu menghasilkan
sumber manusia yang berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
Pengubalan dibuat adalah untuk penambahbaik perancangan yang sedia ada. Beberapa pendekatan baru
yang menjurus kepada transformasi pendidikan Negara telah diperkenalkan. Oleh yang demikian, antara
fokus utama PPPM ini adalah untuk melaksanakan transformasi pendidikan negara untuk 15 tahun akan
datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan
segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke
21(Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025). Para pemimpin pendidikan
terpaksa mengalas dibahu mereka system pendidikan Negara berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian,
serta identiti nasional. Tidak dinafikan menjadi tanggunjawab pemimpin sekolah untuk melaksanakan
tranfomasi PIPP ini. Untuk merealisasikannya perlulah peranan kepimpinan strategik. Samada
kepimpinan sekolah dapat menyahut cabaran ini atau tidak ianya bergantung sejauh mana pemimpin
sekolah menggunakan gaya kepimpinan mereka. Salah satu cara membantu meralisasikan aspirasi KPM
ini ialah dengan mengiktirafkan IAB sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan
pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat
KPM itu sendiri. Seperti yang kita maklum bahawa IAB menghasilkan organisasi pendidikan yang
berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi maju mengikut acuan sendiri.
Hasil produk keluaran IAB telah banyak membantu sekolah yang tidak berupaya untuk membangun
kepada lebih baik dan cemerlang . Ini dapat dibuktikan dengan lahirnya beberapa pengiktirafann KPM.
Dalam tahun 2012 hingga 2014, KPM telah menyenaraikan beratus buah sekolah di Malaysia yang
10

diisytiharkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Bestari, Sekolah Kluster, sekolah Wawasan,
sekolah Contoh, sekolah Harapan dan sebagainya.
Sekolah Berprestasi tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti
yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi
budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik
dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sekolah kluster merupakan idaman banyak sekolah, Kluster menunjukkan sekolah tersebut
mempunyai kehebatan tersendiri dan seterusnya mampu melahirkan pelajar yang lebih baik dan
berkesan. Sumber : Senarai Sekolah Kluster Akademik Mengikut Kebitaraan
Sekolah bestari pula merupakan satu konsep sekolah di Malaysia selain daripada sekolah
Kluster yang mempunyai konsep yang hampir sama. Konsep ini akan membawa kepada
pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan
sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Perkembangan Sekolah Bestari
telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam
reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila
menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.(BTP Portal)
Anugerah Sekolah Harapan Negara" merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kementerian
Pelajaran Malaysia terhadap segolongan guru (secara kolektif), di sebuah sekolah, iaitu, satu unit
institusi asas pendidikan, di atas dedikasi serta pengorbanan mereka sebagai pendidik terhadap
pembangunan pendidikan umumnya serta pembinaan warganegara khususnya.
Sekolah harapan ini adalah juga dibawah pimpinan guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan
strategik. Menafaat dari kepimpinan ini guru -guru dapat dibimbing dan menjadikan mereka sentiasa
memberikan

kerjasama

yang

padu

demi

kejayaan

sekolah

mereka.

Wawasan kerajaan untuk tahun 2020 akan menjadi satu wawasan yang tercatat dalam buku
sahaja sekiranya pemimpin sekolah tidak peka dengan kehendak pendidikan masa kini. Tanggungjawab
11

mereka dalam memimpin sekolah adalah berat. Ini bermakna seseorang pemimpin sekolah itu untuk
membangunkan pendidikan di Malaysia harus rela mengorbankan masa dan tenaga.
Hampir semua sekolah di Malaysia masing-masing ingin mempamerkan kejayaan sekolahnya.
Guru besar cuba untuk menggunakan gaya kepimpinan yang berkesan bagi

menaikkan prestasi

akademik sekolah tersebut. Dengan penggunaan NKRA sebagai alat pengukur kepada kejayaan
sesebuah sekolah menjadikan pemimpin sekolah berasa tidak senang
duduk. Mereka sentiasa mencari fomula untuk kejayaan sekolah mereka pimpin. Pelbagai strategik
mereka gunakan untuk mencapai tujuan tersebut.
Terbukti kebanyakan sekolah yang mengamalkan cara kepimpinan strategik itu berjaya dan
mendapat pengiktirafan dari KPM. Oleh itu kepimpinan strategik pada masa kini telah digunakan secara
meluas sebagai satu pendekatan baru bagi meningkatkan prestasi dan mengekalkan prestasi sekolah.
Oleh itu pelbagai pendekatan kepimpinan yang digunakan. Mereka ingin kepimpinan mereka
dilihat oleh KPM dan masyarakat. Sesungguhnya Guru besar sedar bahawa kecemerlangan sesebuah
sekolah itu akan diukur dari banyak aspek, antaranya kecemerlangan akademik, ko-kurikulum,
pentadbiran, hubungkait antara guru dan ibu bapa dan sikap dan disiplin guru. Mereka cuba untuk
membina kepimpinan strategik iaitu dengan membuat keputusan bijak dengan melakukan perkara yang
betul, pada masa, tempat, kos dan orang yang betul.
Dalam setiap perenggan, kita hanya memperkatakan berkenaan pemimpin strategik,
kejayaannya dan wawasan PIPP. Kita harus tahu bahawa setiap kejayaan dipihak sekolah, tulang
belakangnya adalah ppd daerah. Sokongan dan dorongan mereka adalah teramat penting. Merekalah
yang paling hampir dengan pihak sekolah sebagai pelaksana tugas. Kejayaan kepimpinan pihak sekolah
juga banyak bergantung kepada kepimpinan pihak ppd sebagai pengarah arahan, manakala pihak
sekolah pula sebagai pelaksana arahan tersebut. Komunkasi berkesan kedua pihak adalah penting.
Perkara ini penting kerana setiap arahan dapat dijalankan dengan betul dan tepat. Dengan demikian
pengurusan kepimpinan berjalan dengan lancar tanpa sebarang rungutan daripada pihak pelaksana yakni
peminpin sekolah dan stafnya. Peranan guru besar selaku pemimpin sekolah adalah penting dalam
mengwujudkan komunikasi berkesan dengan pihak ppd.
12

Kejayaan kepimpinan sekolah juga banyak bergantung kepada kerjasama PIBG. Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang
berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi
pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Di
antara peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
Contohnya jika berlaku salah faham antara kedua-dua belah pihak apabila berlakunya kejadian salah
laku di kalangan pelajar. Menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar. Tabung ini boleh diisi
bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu.
PIBG juga boleh mengadakan seminar dan kem motivasi untuk para pelajar di setiap sekolah. Peranan
lain yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah.
Peranan-peranan PIBG ini jika dilaksanakan adalah juga penyumbang kepada kemantapan
sesebuah sekolah. Pemimpin yang bijaksanapun tidak akan berupaya mengurus sekolah dengan
cemerlang tanpa kerjasama yang utuh dari pihak ibubapa dan masyarakat dan komuniti setempat. Oleh
itu guru besar yang strategik akan menggunakan keupayaan tenaga PIBG ini untuk memajukan sekolah
bersama-sam

KESIMPULAN;
Pemimpin sekolah perlu sedar bahawa kejayaan yang mereka capai dalam memimpin sekolah
bukan saja mereka mempunyai cirri-ciri pemimpin yang strategik tetapi juga adalah hasil komitmen dan
usaha gigih para guru, ibu bapa, anggota masyarakat dan kerajaan untuk meningkatkan pencapaian
murid di negara kita. Namun, di sebalik lakaran kejayaan ini, masih banyak lagi yang perlu kita capai.
Ketika sistem pendidikan kita menempa beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang
lalu, sistem pendidikan di negara-negara lain juga telah bergerak pantas dalam perlumbaan untuk
13

menjadi sistem yang terbaik di dunia.


Untuk melihat guru besar memainkan peranannya sebagai pemimpin sekolah adalah mereka
yang bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada
punca potensi kepimpinannya. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal
melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang
bawahan. Penonjolan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan
pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau
seorang pemimpin sentiasa bersembunyi dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk
berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan staf dan organisasi akan
lemah.
Pendek kata seorang pemimpin adalah seorang pendorong yang berkesan. Ia mampu
mendorong anak buahnya dan dapat mengubah mereka kearah yang baik, lebih hebat dari keadaan asal.
Pemimpin yang strategik mampu bertindak sebagai pembolehubah yang sangat penting pada organisasi,
kerana tampanya organisasi akan menjadi longgokan manusia sahaja. Pemimpin yang strategik dan
berwibawa berperanan besar mencetus idea, inovasi,kreatif dan imaginasi ke arah pembentukan generasi
pendidik yang berketrampilan dan cintakan perubahan.

Rujukan:
Husin Mahmood, ( 1993), Kepimpinan Berkesan Sekolah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Yahya Don, (2005), Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia, PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd
Dr

muhaya

Muhamad.(

2014).Anda

Seorang

pemimpin

www.nasi.wise.blogspot.com
14

atau

ketua.

Diakses

pada

5.3.2015

daripada

Soalan 3.
Describe the characteristics of successful school leadership.
Huraikan ciri-ciri kepimpinan sekolah yang berjaya.
Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berjaya. ia boleh
mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat dan mencapai
wawasan organisasinya. Sebenarnya ciri-ciri kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung
kepada kepimpinan seseorang pemimpin sekolah itu. Kerana dalam melayari bahtara sesebuah
organisasi, ketua sangat penting menentukan matlamat dan hala tuju. Pengetua atau pemimpin sentiasa
disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa. Pengetua
sebagai pemimpin dan kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks Pemimpin yang
15

berkesan mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting bagi organisasi. Kejayaan organisasi
dan maruah kakitangan dikatkan dengamn kualiti kepimpinan. Pemimpin yang cemerlang ialah
pemimpin yang berkesan, iaitu pemimpin yang dapat meningkatkan martabat organisasi.
Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan
cabaran negara dalam era globalisasi. Oleh itu, pemimpin utama di sekolah rendah iaitu guru besar perlu
memainkan peranan penting dalam mendepani segala cabaran melestarikan kecemerlangan pendidikan
negara tanpa meminggirkan kerjasama yang erat dengan semua kakitangan.
Menurut YB En. Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) dalam ucapannya (Bandar Baru Nilai, 8 April 2010) Kepimpinan Transformasi merupakan
kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah dengan mencipta
wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan perubahan dengan berkesan seterusnya perubahan
yang dibawa akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi dikalangan orang bawahannya,
merujuk kepada ucapan Yang Berhormat ini
Dalam konteks sekolah, guru besar antara asas utama dalam pembinaan dan pembentukan imej
sekolah yang baik. Oleh kerana itu guru besar memainkan peranan yang sangat besar dalam merangsang
iklim sekolah yang positif. Menurut Edmonds (1979), kejayaan sesebuah sekolah terletak ditangan
pengetua atau guru besar. Ini bermakna pengetua atau guru besar di Malaysia mesti mempunyai
kebolehan untuk interpretasikan perubahan dalam sekolah serta menggunakan gaya kepimpinan yang
sesuai dan tepat agar dapat berfungsi sebagai pemimpin yang efektif dalam kepimpinan kakitangan
akademik, kakitangan bukan akademik dan pelajar ke arah mencapai visi dan misi sekolah juga negara.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di
kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah
faktor yang signifikan. Kepimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang
hanya dalam keadaan biasa kepada sekolah yang berkesan atau cemerlang. Sebagai seorang pengurus
pendidikan, tanggungjawab utama pengetua atau guru besar ialah menjalankan kertja-kerja pentadbiran
dan sekaligus bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran.
Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi fungsi pengurusan seperti membuat
rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal terutama sumber manusia, kurikulum, ko16

kurikulum, perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Peranan tersebut juga meliputi
tugas-tugas mentadbir, pengurus, memimpin, pendidik.

Dalam usaha untuk melahirkan sekolah

cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh pengetua.
Antara kriteria yang pertama perlu ada pada pengetua atau guru besar ialah boleh dijadikan
sebagai sumber rujukan. Sebagai orang yang bertanggungjawab dengan kewangan sekolah, pengetua
perlu menguasai peraturan penggunaan kewangan sekolah. Pengetua perlu membimbing Ketua Panatia
dan guru-guru bagaimana berbelanja berhemah tetapi murid dapat banyak menafaatnya. Sebagai
pemimpin sekolah, pengetua juga harus lebih memahami dasar-dasar KPM dan boleh menerangkan
dasar-dasar tersebut kepada staf dengan tepat tanpa mengelirukan mereka. Justeru pengetua mestilah
berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang telah disediakan, keupayaan
untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki oleh
pengetua berkenaan. Di sinilah letaknya perbezaan antara seorang pengetua dengan yang lain.

17

Kriteria yang seterusnya perlu dimiliki oleh pemimpin sekolah ialah mempunyai Visi,
Misi dan objektif yang jelas supaya staf dapat memahami dan boleh menterjemahkannya
dengan perbuatan. Pengetua sebagai tunggak kepimpinan hendaklah memastikan visi dan misi
sekolah dikongsi dan difahami bersama oleh semua lapisan pekerja. Pengetua memainkan peranan
untuk mencapai kecemerlangan keintelektualan pelajar secara holistik bukan saja dalam bidang
akademik tetapi juga pembangunan sahsiah. Ianya merujuk kepada pentadbiran yang mengamal
tindakan pengurusan secara konsisten dengan mewujud kesetiakawanan antara warga sekolah.
Komitmen bersama adalah penting untuk menambahbaik, mengekal dan meningkatkan budaya
kecemerlangan di sekolah.
Menurut kajian(Leithwood et al, 2006)dalam hujahnya menyatakan bahawa ciri-ciri peribadi
pengetua juga terbukti mempunyai kaitan dengan keberkesanan kepimpinannya. Pengetua adalah
komponen utama dalam kejayaan sesebuah sekolah. Di mana dalam ciri pemimpin yang
berjaya pengetua harus berfikiran terbuka dan bersedia belajar daripada orang lain.
Mereka perlu fleksibel untuk menghadapi atau menjalankan tugas kepimpinan. Pengetua yang
boleh mengatasi segala cabaran dalam kepimpinannya akan lebih ditaati, dihormati, disegani
bukan ditakuti. Pengetua yang mempunyai gaya kepimpinan autokratik (tegas) tetapi adil akan
mudah mempengaruhi staf untuk peningkatan produktiviti dan kualiti. Penting juga seorang
pengetua itu mempunyai sifat merendah diri tetapi kuat peribadi dan bijaksana.
Menurut Bennis (1989)menggariskan seseorang pemimpin perlu memiliki personaliti yang
mulia untuk mencapai kecemerlangan. Kecemerlangan bermula dengan pemimpin yang
mempunyai personaliti yang mulia dan melibatkan diri dalam keseluruhan proses kepimpinan
Pemimpin yang bersikap sebegini akan dihormati, disenangi dan dalam masa yang sama mudah
mengawal organisasi. Sebagai role modal kepada staf, pengetua atau seseorang pemimpin itu
mestilah seorang tertib dan beradab serta mengamalkan disiplin dalam hidupnya. Pengaruh teladan
yang positif dariapada pemimpin ini boleh mendatangkan hasil atau faedah yang baik dan banyak,
begitu juga yang negatif boleh membawa pada yang buruk.

18

Selain faedah kepada staf sekolah, pemimpin mudah mesra ini, biasanya akan mudah
mendekatkan diri dengan masyarakat setempat untuk lebih membantu pentadbirannya kerana
dengan wujudnya komunikasi yang berkesan ibubapa akan lebih yakin dengan kepimpinannya.
Dengan itu mudahlah mendapat kerjasama daripada mereka.
Kepimpinan Transformasi merupakan gaya kepimpinan yang digemari oleh Guru Besar
dan Pengetua serta pegawai- Pegawai di pejabat-pejabat Pendidikan Daerah. Menurut Laithwood
1992 kepimpinan Transfomasi lebih bertepatan dengaan peranan guru besar sebagai pemimpin , iaitu
membuat perubahan kepada organisasi dan dalam masa yang sama mengubah sikap, cara berfikir dan
tingkahlaku guru-guru. Pemimpin cemerlang adalah pemimpin yang melebarkan kepimpinan dengan
melatih pengganti yang lebih baik daripada dirinya. Usaha membimbing pegawai-pegawai baru oleh
pegawai-pegawai senior perlu dijadikan budaya dan tidak menganggap mereka sebagai saingan kata
beliau lagi. Dengan wujudnya mentor mente dikalangan staf sekolah maka kesinambungan kepakaran
dalam kepimpinan tidak akan tandus atau berakhir. Kecemerlangan sekolah akan berterusan kerana
mendapat kepimpinan yang berkesan setiap sesi peralihan kepimpinan.
Kebanyakan isu sekolah berkesan adalah mengaitkan sekolah dengan pencapaian akademik. Ia
adalah kerana di negara kita Malaysia kini, sekolah berkesan banyak diukur melalui pencapaian
peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Dengan itu setiap kepimpinan sekolah menggunakan
pelbagai kaedah kepimpinan untuk menaikkan imej sekolah dengan menaikan prestasi akademiknya
melalui peperiksaan awam tersebut.
Biasanya guru besar cemerlang perkara utama yang di lakukan ialah membuat pemantauan
kemajuan akademik pelajar.

Beliau akan

memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan

kemajuan pelajar, menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian masalah
pelajar di sekolah. Guru besar juga akan mempastikan

analisis dan pentaksiran data keputusan

peperiksaan dibuat secara terprinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan
padat. Perkara ke dua penting dilakukan oleh guru besar ialah
mengawal dan melindungi waktu pengajaran. Guru besar melakukan penguatkuasaan polisi mengawal
dan melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan. Guru besar yang mudah untuk
berbincang akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi
19

pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira serta semangat jitu demi memartabatkan lagi
profesion perguruan. Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut
tahap atau kemampuan murid serta mood pembelajaran pada sesuatu masa.
Untuk merapatkan hubungan dan rasa dihargai pula kepimpinan yang cemerlang akan
memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada guru. Pelajar juga diberi ganjaran

untuk

memberangsangkan pelajar utuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik mereka. Apabila
pemimpin menghargai setiap pihak makan mudahlah untuknya mencapai visi atau wawasan yang
dikehendaki kepada sekolah.
Guru besar cemerlang juga seharusnya seorang yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan.
Beliau akan menjadi modal terbaik kepada guru. Guru besar cemerlang akan tidak akan merasa jemu
menyampaikan ilmu dan sentiasa bersedia merancangkan unit-unit pengajaran, memotivasikan dan
menilai murid dari semasa ke semasa.Selain meningkatkan akademik, guru juga diberi Latihan Dalam
Perkhidmatan untuk menjadikan mereka pakar dalam tanggungjawab masing-masing. Mereka akan
dilihat peningkatan prestasi melalui SKT mereka setiap tahun. Guru besar cemerlang ini akan sentiasa
mengingatkan guru-gurunya agar membimbing dan menyelesaikan masalah murid secara individu
sebagai kawan.
Guru besar yang cemerlang mampu mengubah tabiat semua sumber di bawah kawalannya,
contohnya, guru-guru yang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari yang tidak berdedikasih kepada
berdedikasih dengan cara yang berhemah. Pendek kata semua nilai negatif mampu dipositifkan demi
mencapai kejayaan yang cemerlang. Komitmen guru besar terhadap semua perkara dibawah kawalannya
menjadikan guru memberi ketaatan, kasih sayang dan rasa hormat serta menjalankan tanggungjawab
dengan penuh iktizam.
Ciri guru besar cemerlang ini akan dapat melatih pelajarnya memberikan kerjasama yang baik dengan
pihak sekolah kearah mencapai pencapaian akademik yang baik. Tahap disiplin yang tinggi, bersikap
positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar sentiasa memberi sokongan cita-cita
sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya sekolah baik dari segi fizikal mahupun sosial.
20

Sekolah cemerlang juga adalah hasil sumbangan daripada ibubapa. Masalah disiplin pelajar,
kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar dengan pihakpihak diluar
sekolah

terutama

dengan

ibu

bapa.

Peranan guru besar cemerlang adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan
khususnya dalam melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi
cabaran masa depan. Guru besar cemerlang harus bijak menggunakan ibubapa dan persatuan PIBG bagi
menaikkan prestasi akademik dan keceriaan persekitaran sekolah.
Ciri pemimpin sekolah yang amat perlu dimiliki oleh guru besar ialah kental dalam menghadapi
cabaran. Setiap cabaran akan dapat ditangani dengan bijaksana dengan tidak cepat melatah. Bijak
menggunakan sumber yang ada dalam menyelesaikan semua perkara adalah cara yang terbaik.
Melibatkan staf juga dalam penyelesaian masalah telah menunjukkan guru besar sangat menghormati
mereka dan percaya bahawa mereka berkemampuan bersama-sama menghadapi apa saja cabaran yang
menganggu ketenteraman sekolah.
Pemimpin sekolah yang disegani kerana sahsiahnya. Pemimpin sekolah yang dihormati kerana ilmu
dan kebolehanya. Oleh itu amat mudah untuk menjadi pemimpin yang cemerlang sekiranya pemimpin
itu mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik. Melalui keunggulan pemimpin atau guru besar yang
memiliki ciri-ciri di atas akan dapat mengurus sekolah seperti yang diharapkan oleh Kementerian, guruguru, staf sokongan, dan terutamanya ibubapa yang menghantar anaknya ke sekolah.Menurut Howard
(1974), iklim sekolah merupakan sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi
tingkah laku orang yang di dalamnya yang mesti ada seorang penegtua atau pemimpin sekolah ialah
mereka mestilah merupakan seorang yang berwawasan. Untuk menjamin kecemerlangan sekolahnya,
pengetua mestilah mempunyai visi dan misi. Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha
untuk melahirkan pelajar yang holistik iaitu memiliki pelbagai kemahiran dan kebolehan serta bersedia
menghadapi sebarang persaingan dan cabaran. Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin
utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan dan strategi tertentu. Bagi mencapai hasrat tersebut
mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada semua peringkat warga sekolah.

Bagi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara,
21

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk
dilaksanakan oleh semua sekolah.Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki
sifat dedikasi, bertanggungjawab, berkeyakinan tinggi dan tidak mudah berputus asa. Bukanlah suatu
yang mudah untuk mentadbir ratusan orang guru dan beribu bilangan pelajar di sesebuah sekolah.
Hal ini belum lagi berhadapan dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Namun demikian perancangan
yang rapi dan ditambah dengan keupayaan peribadi kebiasaannya segala masalah dan halangan dapat
diatasi dengan mudah.
Kemahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas
dengan lancar. Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan
akan dapat mempengaruhi orang bawahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Dengan kata lain pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang berkebolehan menggunakan pelbagai
stail kepimpinan mengikut situasi dan keadaan.
Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan
dapat membantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada
sekolah.
Dengan memberikan empowerment dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas
dengan yakin dan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan. Pengetua yang
berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti perlu
diadakan secara berterusan seperti majlis jamuan makan malam, gotong royong atau solat hajat.
Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar
dengan

pihak-pihak

di

luar

sekolah

terutama

dengan

ibu

bapa.

Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam
melahirkan warga negara yang kompeten, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa
depan.

Laporan dari DCSF, 2009 membentangkan penemuan daripada sebuah negara mengenai porjek
22

penyelidikan yang dijalankan selama tiga tahun mengenai kesan kepimpinan dan outcome murid,
merujuk khusus kepada kepimpinan guru besar.
Peranan Pelajar
Pelajar sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah kearah mencapai pencapaian
akademik yang baik. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana
kejayaan akademik memerlukan sikap-sikap positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar
di sekolah sentiasa menyokong cita-cita sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya sekolah
baik dari segi fizikal mahupun social
.
Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat
Ibu bapa di sekolah berkesan juga memiliki nilai-nilai yang seperti berikut dalam menyumbangkan ke
arah

pendidikan

yang

cemerlang.

Ibu bapa bekerjasama dan selalu mengmbil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekoalah. Ibu bapa selalu
mengawasi perkembangan anak-anak dengan berhubung dengan guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga
sentiasa menyarankan pelbagai idea kepada pihak sekolah sekiranya ada perjumpaan rasmi dan tidak
rasmi. PIBG di sekolha berkesan bergiat aktif dan menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan
membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah.
Persekitaran sekolah
Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik.Keceriaan merupakan salah satu aspek terpenting
dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah juga amat memberangsangkan belajar dan mewujudkan
situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kesimpulan
23

Sekolah berkesan mempunyai ideologi yang jelas dan murni yang membandingkan organisasinya dari
tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Sekolah Berkesan adalah tanggungjawab
semua pihak. Pendekatam yang bersepadu dan bersinergi adalah kritikal untuk menghasilkan
kecemerlangan yang diharapkan. Sekolah berkesan akan mewujudkan rentetan positif yang akan
memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru itu, semua sekolah mestilah berusaha dan istiqamah
untuk

melahirkan

sekolah-sekolah

berkesan.

Rujukan:

Amir Hasan Dawi,(1999). Penteorian Sosiologi dan Pendidkan.Tangjung Malim: Quantum Book.

Scheerens, J (1989). Effective Schooling: Research, Theory and Practise.London: Cassel.

Abdul
Shukor
Abdullah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(1998).

Fokus

Pengurusan

Pendidikan

K.L:

Sharifah Md.Nor, (2000 ). Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi.

Mohd.Salleh Lebar,(1998) . Pengenalan Ringkasan : Sosiologi dan Pendid


Soalan 4.
The educational leader today is more that of an instructional leader rather than administrator or manager.
Discuss.
24

Pemimpin pendidikan hari ini adalah lebih kepada pemimpin yang mengarah berbanding menjadi
pemimpin yang mentadbir dan mengurus. Bincangkan.

Sebagai sebuah negara yang giat membangun, kita amat memerlukan pemimpin yang benar-benar
bekerja keras untuk memajukan negara kita. Tidak kira siapa, dimana atau bagaimana, semuanya
bergantung kepada pelaksanaanya yang benar-benar berkesan dalam melaksanakan tugas sebagai
pemimpin. Kenyataan bahawa pemimpin hanya berhak mengarah sudah tidak relevan lagi kerana rakyat
semakin bijak dalam menilai kompetensi seorang ketua yang berhak dihormati.
Menurut ( Yazid Deraman, 2013 )Pengurusan dan kepimpinan dua perkara saling berkaitan dan
bersepadu, ini kerana pengurusan yang baik, cekap dan berkesan mencerminkan kualiti kepimpinan.
Pengurusan dan kepimpinan yang berkesan akan dapat mengerakkan anggota organisasi melaksanakan
tugas dengan penuh didikasi ke arah mencapai aspirasi dan objektif yang dirangka. Kajian perubahan
atau kemajuan mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang dapat mengerakkanya
supaya dapat dilaksanakan, salah satu pengerak dengan dengan kepimpinan yang berkesan . Pemimpin
yang berkesan dapat mengubah organisasi dan tingkahlaku kakitangan dari sedia wujud kepada suatu
kedaan yang lebih dinamik dan mempunyai matlamat pencapian. Ini dilakukan dengan mencipta
wawasan organisasi, menanam semangat bertanggungjawab melaksankana perubahan pada pekerja dan
menyemai budaya dan strategi baru bagi organisasi. Kepimpinan yang berkesan tidak dapat
dinafikan terbukti boleh mempengaruhi organisasi dan tingahlaku serta sikap kaki tangan dibawahnya .
Oleh itu, saya membahagikan kertas kali ini kepada dua iaitu
;
1.

Pemimpin yang mengarah

2.

Pemimpin yang mengurus

Pemimpin sebagai pengarah.


Pemimpin sebagai seorang pengarah adalah tidak dapat dinafikan.Setiap kali apabila timbul
25

permasalahan di segenap organisasi, ketua atau pemimpin menjadi tonggak utama dalam menyelesaikan
masaalah atau konflik tersebut. Kakitangan bawahannya menjadikan mereka sebagai sumber utama
dalam menyelesaikan masalah.
Namun, realitinya pada masa kini, terdapat pemimpin yang hanya menjadi boneka dalam sesebuah
organisasi. Golongan ini hanya bergantung kepada orang orang kanannya dalam melaksanakan tugas
yang sepatutnya didominasi oleh mereka. Mereka hanya mengarahkan sesuatu tanpa menilai sejauhmana
kerelevenan arahan itu untuk dikeluarkan. Sebenarnya permimpin yang hanya tahu mengarah adalah
seorang pemimpin yang tidak mempunyai misi dan visi dalam arah tuju organisasinya. Pemimpin tanpa
sebuah visi bagaikan pemandu kenderaan yang tidak tahu arah tujuan, Hal ini menyebabkan orang yang
dipimpin menjadi lesu dan bekerja tanpa tujuan dan semangat. Pemimpin yang tidak mampu
mengendalikan organisasinya akan menyebabkannya menjadi tidak maju dengan pesat, sehingga
penghargaan terhadap orang bawahannya pun tidak dapat diberikan.
Kelemahan dalam mengendalikan sesebuah organisasi oleh pemimpin akan menyebabkan ia tidak
dapat bertahan lama dalam kedudukannya. Pemimpin seharusnya memahami dengan lebih luas bidang
kepimpinan beliau seiring dengan harapan dan kepercayaan yang diberikan kepada mereka.
Tugas mengarah sememangnya menjadi antara tugas seorang pemimpin , namun dalam tugas
sedemikian, adalah perlu seorang ketua membuat

pemantauan tanpa membiarkannya secara terus

kepada orang bawahannya. Istilah lepas tangan tidak boleh digunakan kerana selain mengarah,
pemimpin sepatutnya tahu kesan arahan tersebut untuk jangka masa akan datang.
Menurut Dr. Muhaya Mohamad ( 2014 ), dalam rencananya yang bertajuk Beza Antara Ketua Dan
Pemimpin ada menyebut tentang perbezaan yang signifikan tentang pemimpin yang hanya tahu
mengarah dan pemimpin yang bersungguh-sungguh menguruskan organisasinya. Banyak orang boleh
menjadi ketua, tetapi tidak ramai yang mampu menjadi pemimpin. Apakah perbezaan antara ketua
dengan pemimpin? Ada sembilan perkara yang membezakan antara seorang pemimpin pengarah dengan
seorang pemimpin yang mengurus.
Pertama, seorang pengarah bersifat pendesak, yang hanya tahu menyampaikan maksud dan tujuannya
tanpa mengambil kira keadaan orang yang didesaknya. Yang difikirkannya berapa banyak yang boleh dia
dapat manfaat daripada orang sekelilingnya, bukan berapa banyak manfaat yang mampu diberikannya.
Kedua, seorang pengarah ialah seorang yang mahukan penghormatan, tetapi seorang pemimpin dia
mendapatkan penghormatan. Apakah perbezaannya antara mahukan penghormatan dengan mendapat
penghormatan. Orang yang sentiasa berasa dirinya penting ialah orang yang mengharapkan atau
26

mahukan penghormatan dan dia tidak perlu berusaha mendapatkan penghormatan itu, kerana dia berasa
itu haknya sebagai ketua. Dia akan marah jika orang tidak menghormatinya dan tidak tahu dia sebagai
ketua.
Ketiga, seorang pengarah apabila membuat sesuatu kerja dia suka mengatakan saya, tetapi seorang
pemimpin dia akan mengatakan kami/ 'kita. Seorang ketua akan berfikir bahawa dia orang nombor
satu dan sesuatu yang diusahakan itu berjaya kerana kehebatan dan usaha gigih dirinya (saya).
Keempat, seorang ketua yang hanya tahu mengarah, akan menakutkan orang/menimbulkan rasa takut
orang sekeliling terhadap sesuatu perkara, tetapi seorang pemimpin menjadikan inspirasi untuk
mewujudkan semangat yang bergelora dan minat yang mendalam. Seorang ketua, dia suka orang takut
kepadanya. Dia akan menggunakan kuasanya menggertak atau mengugut orang, akan memberikan
hukuman dan menarik segala hak yang patut diperoleh orang sekelilingnya, jika enggan patuh kepada
arahannya.
Kelima, seorang ketua, meletakkan salah kepada orang lain, tetapi seorang pemimpin dia memikul
kesalahan. Seorang ketua suka menyalahkan dan mencari kesalahan. Tidak suka melakukan refleksi diri
sendiri atau muhasabah diri, tetapi suka menunjukkan kesalahan orang lain yang menyebabkan sesuatu
kegagalan.
Keenam, seorang ketua menggunakan orang ataupun staf, tetapi seorang pemimpin membangunkan
orang lain, dan membina bakat/kepakaran. Menggunakan orang atau dengan kata lainnya memerah
tenaga,mental dan fizikal secara maksimum untuk mendapatkan hasil atau keuntungan yang maksimum
tanpa memikirkan kebajikan orang, itulah sikap seorang ketua.
Ketujuh, seorang ketua hanya mahu menerima penghargaan/pujian, tetapi pemimpin suka memberikan
penghargaan/pujian. Seorang ketua, suka mengungkit kesilapan orang berkali-kali hingga tidak nampak
langsung kebaikan orang kepadanya. Apabila orang melakukan kebaikan, berat mulutnya untuk memuji
dan berterima kasih, tetapi dia sendiri sentiasa mengharapkan orang memuji, memberi penghargaan, dan
menyebut serta mengenang kebaikannya.
Kelapan, seorang ketua hanya tahu mengarah membuat kerja, tetapi seorang pemimpin suka mengajak
melakukan kerja. Disinilah jelas bahawa pemimpin yang hanya mengarah tanpa berfikir untuk bekerja
bersama kakitangannya. Kata-kata kesukaan seorang ketua biasanya yang berupa arahan, contohnya
pergi buat kerja (lebih kepada arahan dan paksaan) tanpa mengambil tahu sama ada orang itu
boleh/sanggup/suka melakukannya.
Sebaliknya seorang pemimpin lebih suka menggunakan kata-kata yang membawa makna mengajak
27

melakukan bersama, contohnya jom/mari buat kerja Dia akan bertanya kepada orang dahulu,
adakah orang itu bersedia/berupaya/tidak beban untuk melakukannya? (Lebih mengharapkan sikap
sukarela dan keikhlasan orang melakukannya).
Kesembilan, sikap seorang ketua dia suka meminta penyelesaian, tetapi pemimpin mencari
penyelesaian. Apabila berhadapan dengan masalah, seorang ketua akan sibuk mencari siapa yang
menjadi punca masalah, serta banyak menghabiskan masa dan tenaga memikirkan bagaimana perkara
tersebut boleh terjadi; siapa yang silap, kelemahan siapa? Mudah patah semangat dan tidak dapat
mengawal emosi negatifnya hingga tidak mahu bertanggungjawab dan meminta orang selesaikan
masalah itu. Takut untuk berhadapan dengan masa hadapan kerana asyik dibayangi oleh kegagalan masa
silam. Sebagai contoh, situasi kita disekolah:
Guru besar; Saya minta cikgu tolong cari jalan bagaimana cara untuk meningkatkan tahap pencapaian
sekolah kita? Saya teramat malu apabila ppd menayangkan dihadapan keputusan sekolah kita dalam
mesyuarat pagi tadi...
Cikgu : Baik cikgu, saya akan cuba..

Pemimpin sebagai pentadbir yang mengurus


Seorang pemimpin yang benar-benar mengurus ,dia menjadi pemberi inspirasi kepada orang.
Mendahului kawalan emosi; dengan memberikan sebanyak mungkin kasih sayang dan menanamkan
kepercayaan orang sekeliling terhadap dirinya. Dia mempercayai dengan kasih sayang dapat
menyelesaikan semua masalah, kerana orang akan mendengar kata atau nasihat orang yang disayanginya
sahaja.
Kedua, pemimpin ialah orang yang mendapatkan penghormatan. Dia akan berusaha berbuat sesuatu
yang bermanfaat kepada orang sekelilingnya dengan ikhlas, dan menerima hakikat penghormatan itu
bukan hak hakikinya. . Sekiranya dia berjaya mendapat penghormatan, itu satu respons positif yang
diperolehnya hasil daripada tindakan positifnya.
Seterusnya, seorang pemimpin, dia lebih suka mengambil konsep kebersamaan. Kejayaan sesuatu usaha
itu adalah kerana adanya sikap bantu membantu dan kerjasama antara dirinya dengan orang
sekelilingnya.
28

Keempat, seorang pemimpin dia memudahkan, membahagiakan orang dan membangkitkan


semangat orang sekelilingnya. Memandang orang bukan sahaja dengan pandangan mata akal, tetapi
menggunakan mata hati. Keprihatinannya amat tinggi; sedih melihat orang sedih dan bahagia melihat
orang bahagia.
Kelima, seorang pemimpin dia akan mengambil tanggungjawab dan sanggup mengambil risiko
memikul kesalahan di atas bahunya sendiri.
Keenam, seorang pemimpin, memberikan peluang kepada orang membina kepakaran dan
menambahkan kemahirannya, dengan memberikan peluang menambahkan ilmu, serta memberikan
latihan kemahiran dan kepakaran.
Yang ketujuh,, seorang pemimpin, dia yang memberikan penghargaan dan memuji. Sangat baik hati
dan pemurah hati untuk memberikan sesuatu kepada orang sebagai tanda dia berterima kasih dan
mengenang serta menghargai jasa baik orang kepadanya.
Kelapan, seorang pemimpin lebih suka menggunakan kata-kata yang membawa makna mengajak
melakukan bersama, contohnya jom/mari buat kerja Dia akan bertanya kepada orang dahulu,
adakah orang itu bersedia/berupaya/tidak beban untuk melakukannya? (Lebih mengharapkan sikap
sukarela dan keikhlasan orang melakukannya).
Akhirnya, seorang pemimpin yang mentadbir dengan sepenuh hati ialah apabila berhadapan dengan
masalah, dia cepat mencari jalan penyelesaian. Setiap masalah dia anggap sebagai dugaan/ujian/cabaran
dan dipandang sebagai satu peluang untuk mencipta kejayaan setelah kegagalan. Masalah
dipandangnya sebagai batu loncatan bukan batu halangan untuk dia memacu kejayaan yang lebih baik
di masa akan datang.
Sebagai contoh disekolah guru besar yang benar-benar mengurus sekolah akan membawa guru-guru
bawahannya bekerja bersamanya.
Situasinya dalah seperti berikut:
Guru Besar : Cikgu, saya rasa kita patut mula awal la kelas tambahan upsr untuk tahun ini sebab tahun
lepas kita mula agak lewat, keputusan pun ala kadar je..kalau awal, mungkin keputusan akan meningkat
untuk tahun ini.
Cikgu : Saya pun sependapat juga dengan cikgu ni..nanti saya akan maklumkan dengan cikgu lain.
Guru Besar: Saya rasa kita mula awal februari minggu depan, nanti buat surat pemakluman ibu bapa
segera yang mungkin untuk saya tandatangan..
Cikgu, Baik Cikgu..
29

Kesimpulannya, kejayaan seorang pemimpin yang berjaya adalah mereka yang telah merasai terlebih
dahulu pelbagai ujian dan bermula dari bawah sebelum menjawat jawatannya sebagai seorang
pemimpin. Pada pendapat saya, mereka yang mempunyai pengalaman sejak dari mula berkhidmat akan
lebih mengutamakan kebajikan anak buahnya kerana telah merasai perit jerih sebagai salah seorang
orang bawahannya pada satu masa. Hasil dari pengalaman tersebut itulah yang akan membentuk corak
kepimpinan berkesan yang benar-benar berkualiti untuk diteladani oleh anak-anak buahnya pada masa
akan datang demi meningkatkan keberhasilan pendidikan dan kemenjadian murid seiring dengan
standard Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM ) 2010.
Rujukan.
Husin Mahmood, ( 1993), Kepimpinan Berkesan Sekolah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul
Shukor
Abdullah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(1998).

Fokus

Pengurusan

Pendidikan

K.L:

Dr. Muhaya Muhammad.(7.2.2014 ) . Perbezaan Antara Ketua Dan Pemimpin.Di akses pada 4.2.2015
daripada www.utusan.com.my

30

Vous aimerez peut-être aussi