Vous êtes sur la page 1sur 5

ALAT MUZIK SARAWAK, SABAH

ALAT MUZIK SARAWAK


Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah satu seni yang dihasilkan sama ada secara
individu atau berkumpulan. Ianya dapat dimainkan dengan pelbagai jenis alat
muzik. Diantara alat-alat muzik yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

TAWAK

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengahtengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi
tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada
bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak,
dong, peng'.
SAPE

Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan


berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang.
Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban
Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
ENGKROMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah
permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang
panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.
Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta
dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada
dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu Hari Gawai ia juga dipamerkan kepada
orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik
masyarakat Iban khususnya dinegara ini.

ALAT MUZIK SABAH


Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai
contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat
daripada buluh.
Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.
Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang
bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di
Sabah, dikelaskan kepada ;Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan)
Membranofon -(kompang,gendang atau tontog).

GONG

Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan
ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan
masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama
untuk menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia
juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat
dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di
Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli
di sini.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta
tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

BUNGKAU
Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai
polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya
memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasankawasan suku-kaum Dusun.
Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya
dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi
dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya
melalui salun (bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta
kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas
tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

SOMPOTON (Erofon)
Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara
alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada
sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip
buluh yang disusun dalam dua lapisan.
Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan
berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk
alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu,
sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang
merdu.
Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau)
diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut
dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin
lebah.
Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang
baru disiapkan.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.
Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga
daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan
dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip
yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.
Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian
atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan
sukukaum Kadazandusun.

TOGUNGGAK (idiofon)
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di
kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon
bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau
perarakan di pesta-pesta.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan
menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan
bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

KULINTANGAN (Idiofon)
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi
secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa
suku Dusun/Kadazan.
Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis
perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong
tradisional.
Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap
daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul.
Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah
rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan
barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

Vous aimerez peut-être aussi