Vous êtes sur la page 1sur 7

Bincangkan Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan tidak Bertulis.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang mustahak untuk sesebuah negara.


Perlembagaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Perlembagaan bertulis dan Perlembagaan Tidak
Bertulis. Kedua-dua jenis perlembagaan ini

memainkan peranan yang sangat penting untuk

mengekalkan keharmonian masyarakat, memastikan

pemerintahan dan pentadbiran negara

berjalan dengan lancarndan juga memberi jaminan perlindungan kepada rakyat.

Perlembagaan Bertulis
Perlembagaan bertulis merupakan merupakan sumber undang-undang yang utama atau
tertinggi

di Malaysia. Ia juga merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan

perundangan. Terdapat beberapa perlembagaan bertulis. Antaranya ialah seperti Perlembagaan


Persekutuan, Perlembagaan negeri, akta, enakmen, Ordinan, Perundangan subsidiary dan Undangundang Islam.

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan persekutuan

adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan berfungsi

sebagai asas atau garis panduan kepada semua undang. Perlembagaan Persekutuan mengandungi
183 perkara. Secara keseluruhannya, Perlembagaan Malaysia, terbahagi kepada tiga komponen
yang besar iaitu, Kebebasan asasi, Kewarganegaraan, dan Sistem pemerintah. Semua undang yang
digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan,
undang-undang tersebut dianggap tidak sah. Ketiga-tiga badan iaitu, badan eksekutif , kehakiman
dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan Tambahan lagi, Duli Yang
Dipertuan Agong juga

perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang

seperti yang

diperuntukkan dalam perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah telah diluluskan pada 27


Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena
pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu.

Perlembagaan Negeri
Pelembagaan Negeri merupakan perlembagaan yang terbentunya, apabila berlaku
perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekeutuan.

Kerajaan Persekutuan menjamin

mana-mana negeri bagi mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak perlembagaan dan
keistimewaan negeri. Jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan perlembagaan sesuatu negeri
tidak di patuhi, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu di patuhi.
Peruntukan kuasa negeri ialah perkara perlu.Tiap-tiap perlembagaan Negeri mesti mempunyai
peruntukan tetap.

Akta
Akta merupakan sebuah statut atau lebih dikenali sebagai undang-undang. Akta ini biasanya
dikuatkuasakan sebagai undang-undang utama atau primer oleh suatu Parlimen kebangsaan atau
sub-kebangsaan. Di Malaysia Akta merupakan undang-undang yang digubal oleh parlimen
(Dewan Rakyat) sejak September 1959. Manakala sekiranya cadangan undang-undang tersebut
masih dibahaskan di Parlimen serta belum diluluskan, akan dikenali sebagai rang undang-undang.
Secara keseluruhannya, Akta Parlimen adalah nama umum kepada pelbagai akta yang telah
diluluskan oleh Parlimen. Contoh akta-akta yang termasuk undang-undang yang diluluskan oleh
Parlimen adalah di antaranya seperti, Akta Kontrak, Kanun Tanah Negara, Akta Syarikat, Kanun
Keseksaan.

Enakmen
Enakmen bermaksud, undang-undang yang digubal di Dewan Undangan Negeri (kecuali
negeri Sarawak). Enakmen juga merupakan satu proses pemilihan undang-undang, atau sebahagian
daripadanya, dan perjanjian menjadi satu penguatkuasaan undang-undang . Untuk penguatkuasaan
tersebut, sebilangan undi yang diperlukan. Contohnya, seperti Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Perlis, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Perak) 2004dan sebagainya.

Ordinan
Ordinan boleh dibahagikan kepada tiga. Iaitu, undang-undang yang digubal oleh Dewan
Negeri Sarawak, undang-undang yng digubal oleh Majlis Perundangan Persekutuan antara 1946
hingga September 1959, dan undang-undang yang dibuat oleh yang Dipertuan Agong semasa
darurat. Sesuatu ordinan yang diisytiharkan menurut Fasal 2B (semasa darurat) hendaklah terus
berkuatkuasa sepenuhnya sehingga ordinan itu dimansuhkan oleh kedua Majlis Parlimen atau
ordinan itu luput apabila habis tempoh enam bulan daripada tarikh pengisytiharaan darurat itu.
Contoh ordinan di Malaysia adalah seperti, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan sebagainya.

Perlembagaan Tidak Bertulis

Perlembgaan Tidak Bertulis bermaksud undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan


oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan
Negeri. Ia hanya digunakan apabila tiada undang-undang bertulis dan todak bercanggahan dengan
penerimaan masyarakatan tempatan. Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis seperti, Undangundang lazim(common law), keputusan-keputusan mahkamah, undang-undang Hindu, undangundang adat (Adat Perpatih ,Adat Temenggung ), undang-undang syariah, dan adat resam kaum
masing-masing.

Undang-undang Adat
Undang-undang yang menjadi adat dalam kehidupan harian dikenali sebagai undang-undang
adat. Di Malaysia terdapat dua jenis undang-undang adat iaiatu Adat Temenggung dan Adat
Perpatih.

Adat Temenggung
Adat ini dibawa masuk dari Palembang, Sumatera. Adat ini mengikut prinsip patriakal iaitu
bernasab bapa. Adat ini juga banyak menyentuk hal-hal tentang kesalahan jenayah, dan
hukumannya, peraturan hamba abdi, warisan tanah, hutang piutang dan peranan raja serta
pembesar. Jika dikaji, adat ini dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Hindu dan Islam. Mengikut
adat ini, orang Melayu boleh berkahwin dengan sepupunya sendiri. System Pemerintahan
Mengikut adat Temenggung ialah seperti di bawah.

Sultan
Raja Muda

Raja di Hilir

Raja
Rajakecil
KecilBesar
Bongu
Putera sultan yang memerintah
Raja
Raja kecil
kecilTengah
Muda

Contoh Adat Temenggung ialah seperti, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka, undang-undang Pahang, Undang undang Johor dan sebagainya.

Adat Perpatih

Adat perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabaudari Palembang,
Sumatera pada abad ke 16. Adat ini diwarisi secara lisan ataupun melalui puisi. Adai ini mengikut
prinsip matriakal iaitu bernasab ibu.adat ini juga banyak menyentuk hal-hal tentang kusa dan
bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat , kaedah-kaedah hukuman ganti rugi dan
warisan harta Mengikut ini, perkahwinan antara sepupu tidak digalakan malah menggalakan
perkahwinan antara suku. Hukuman yang dikenakan mengikut adat ini bersifat mencegah.

Undang-undang Islam Tidak Bertulis


Undang-undang Islam tidak bertulis di Tanah Melayu berkembang dengan bentuk yang
tersendiri apabila British meletakkan pengaruhnya secara dominan dalam sistem pentadbiran,
kehakiman dan pemerintahan negara. Secara umum, istilah pentadbiran undang-undang lebih
hampir kepada urusan siasatan yang membawa maksud bagaimana mengurus sesuatu perkara
yang merujuk kepada kehendak dan kepentingan masyarakat itu sendiri atau dengan perkataan lain
difahami sebagai kuasa budibicara melalui autoriti pemerintah yang dibuat secara rasmi. Hukum
Syarak di negara ini sebahagiannya telah dilanjutkan selepas merdeka hingga kini meskipun
konsep atau niat asal penggubalan undang-undang tersebut lahir secara kebetulan semata-mata
untuk menjaga kepentingan atau maslahah masyarakat yang mereka tadbir.

Prinsip Undang-Undang Inggeris


Prinsip undang-undang Inggeris adalah terpakai di Malaysia setakat yang dibenarkan sahaja.
Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini terkandung dalam common-law dan ekuiti Inggeris.
Pemakaian prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini adalah terhasil secara tersirat dan tersurat.
Ianya tersirat bila mahkamah cuba menafsirkan sesuatu arahan untuk mengadili kes berasaskan
keadilan dan hak sebagai secara tak langsung menerima pakai undang-undang Inggeris.
Selain dari itu, prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah diterima pakai sebagai sumber
undang-undang Malaysia yang tersurat semenjak 1807 bila First Charter of Justice digubal bagi

membawa masuk undang-undang Inggeris di Pualu Pinang. Beberapa statut lain kemudiannya
muncul dan hari ini kita merujuk kepada Akta Undang-Undang Sivil.

Vous aimerez peut-être aussi