Vous êtes sur la page 1sur 3

Analisis Video Lontar Peluru

Sejarah
Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat
daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid
sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran
iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry OBrien.
Peraturan Asas Lontar Peluru

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.

Peluru mesti mendarat dalam sector 40.

Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas
kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan.

Pelontar boleh keluar dari bahagin belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat.

Gaya Parry O'Brien


Gaya Parry O'Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O'Brien sendiri.
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956,
dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi
pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan Iontaran melebihi 18 meter jaraknya.
Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik
melontar, Parry O'Brien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa
pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.
Lakuan sedia
Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelakangkan arah Iontaran.
Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir
selari dengan tanah.

Subjek memegang peluru menggunakan teknik yang betul. Peluru diletakkan pada
posisi yang telah diajarkan iaitu menggunakan jarai dn tapak yang betul.
Peluru ditekkan di bawah telingan dengan teknik yang betul tetapi bagi kedudukan siku
subjek kurang membuka bukaan siku. Oleh itu subjek perlu buka sedikit lagi bukaan siku.

Lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan
melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan
bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagianhadapan
bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Pergerakan subjek adalah linier tetapi kesalahan yang subjek telah lakukan ialah beliau
tidak menggelunsur meggunakan teknik yang betul. Oleh itu subjek perlu melakukan
latihan tanpa menggunakan peluru terlebih dahulu untuk mendapatkan teknik
menggelunsur denagn betul.

Kilasan badan

Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di belakang
papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan adalah
hampir sarna dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini).
Butiran yangpenting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar ialah lungsuran dan kilasan badan
hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-me:lerus supaya tidak menjejaskan
pengumpulan daya untuk membuat lontaran.

Lontaran, ikut lajak dan pulihan


Rujuk kepada "lontaran" dan "pulihan" di bawah gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik
kesemua fasa ini adalah harnpir sama.

Vous aimerez peut-être aussi