Vous êtes sur la page 1sur 11

ISI KANDUNGAN

BI

TOPIK

HALAMAN

L
1.
0

Pendahuluan

2.

Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada

pelajar-pelajar pada masa hadapan

3.

Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada

masyarakat pada masa hadapan

4.

Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada

negara pada masa hadapan

5.
0

2-3

3-4

4-5

Penutup

Bibliograf

TAJUK:
Kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap masa hadapan pelajar-pelajar,
masyarakat dan negara secara terperinci dan sistematik.
1.0 Pengenalan
Pendidikan Jasmani merupakan matapelajaran yang bertujuan mendidik pelajar
untuk bersukan, berekreasi, bersosial dan menjaga kesihatan. Selain dari itu, pelajar
juga beroleh kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan dan mengaplikasikan
gaya hidup sihat. Sasaran Pendidikan Jasmani adalah untuk menggalakkan pelajar
untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
yang

aktif.

Pendidikan

menggalakkan

para

Jasmani

remaja

mempunyai

melalui

aktiviti

banyak
fizikal,

matlamat
sosial,

yang

psikologikal

boleh
dan

perkembangan akhlak. Ini bertepatan dengan Matlamat Falsafah Pendidikan dalam


membangunkan para pelajar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan
Sahsiah (JERIS). Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan melibatkan
diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani yang dirancang seperti membina keyakinan,
bersosialisasi, bekerjasama dan sebagainya. Matapelajaran ini telah dibentuk di
dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan warganegara yang sihat dan
cergas di samping menguasai kemahiran sukan dan penerapan aspek pertandingan
apabila terpilih menyertai pasukan sukan
Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh
yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif dan
sosial. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan
mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Pendidikan
Jasmani berupaya menyediakan pelajar untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan
sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi
dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu
aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar. Pendekatan
dalam pendidikan jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan
yang dibina. Pendidikan jasmani juga mampu memberi sumbangan terhadap
perkembangan kemahiran dan kecegasan jasmani serta menjadi pemangkin
2

terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu, matapelajaran Pendidikan Jasmani
dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-kegiatan kognitif seperti penerokaan,
proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan matapelajaran
Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi membina perkembangan
keseluruhan kanak-kanak. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan
matapelajaran yang diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara
domain kognitif dan domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan
penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan
seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.
Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang
cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam
pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial khususnya
kepada pelajar yang memerlukan satu aktiviti dan pergerakkan yang dinamik dan
kondusif untuk minda dan fizikal mereka.

2.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada pelajar-pelajar pada masa


hadapan
Antara kepentingan Pendidikan Jasmani kepada masa hadapan pelajar ialah
Pendidikan

Jasmani

penting

bagi

melahirkan

insan

yang

berpelajaran

dan

berpengalaman tentang kesihatan jasman,fizikal,rohani dan intelek. Di samping itu,


Pendidikan Jasmani juga dapat membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta
melahirkan rasa empati terhadap masalah jasmani dan fizikal yang di alami. Melalui
Pendidikan Jasmani ini juga kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah
dan isu berkaitan dengannya dapat kuasai. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan berperanan aktif dalam
meningkatkan

kualiti

kehidupan

masyarakat

secara

keseluruhan.

Selain

itu

kepentingan Pendidikan Jasmani kepada pelajar ialah memberi peluang kepada


pelajar-pelajar untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan kehidupan yang sihat
dan harmoni serta kesihatan dari segi jasmani dan rohani. Ia juga dapat memberi
pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar untuk membolehkan mereka
mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan pergerakan-pergerakan yang
boleh merenggangkan otot-otot dengan baik. Dalam kehidupan seharian, setiap
3

individu memerlukan pergerakan untuk melakukan semua perkara dan untuk


membantu perkembangan motor individu. Guru akan merangsang pelajar untuk
menggunakan otot-otot secara maksimum agar pertumbuhan dan perkembangan
otot berlaku dengan baik.

Guru juga perlu memantau kelemahan murid. Sebagai contoh terdapat murid yang
mengalami masalah postur badan yang tidak sempurna hingga menjejaskan cara
murid tersebut berjalan. Oleh itu, guru perlu bertindak membantu murid dengan
memberi latih tubi berjalan dengan betul sehingga kemahiran tersebut dapat
dikuasai dengan lebih baik.
Selain itu ia memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar tentang keselamatan diri
dan orang lain, alatan,tempat dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Pendidikan
Jasmani juga dapat memberi maklumat tentang isu-isu berkaitan pendidikan
jasmani dan kesihatan yang mempengaruhi kehidupan seharian pelajar. Pendidikan
Jasmani turut memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep
kendiri kerana hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti secara berpasukan.
Pendidikan Jasmani sangat menekankan nilai yang baik seperti tolong-menolong,
menghargai sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, menghomati orang
lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti. Emosi adalah
suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan
bersama rakan sebaya. Aktiviti Pendidikan Jasmani dapat membentuk emosi yang
stabil di kalangan pesertanya. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat
membantu dalam pembangunan sosial. Seorang pelajar yang pada mulanya jenis
pemalu dan tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan, akan menjadi seorang yang
periang serta dapat menjalinkan persahabatan dengan rakan lain sekiranya aktiviti
yang dilakukan dapat memenuhi kepuasannya ketika terlibat dalam suatu aktiviti.
Secara keseluruhannya Pendidikan Jasmani membantu individu menyesuaikan diri
dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan
teratur oleh guru subjek akan menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai wahana dan
rujukkan penting untuk mencapai matlamat sosial. Senaman dan latihan amat
penting dalam mempertingkatkan kecergasan seseorang. Kecergasan seseorang
bergantung kepada kemampuan sistem tubuh badan, otot-otot, pernafasan,
4

peredaran darah, jantung dan lain-lain dapat berkerjasama dengan cekap . Oleh itu,
senaman dan latihan amat diperlukan bagi membantu seseorang itu mencapai
tahap

kecergasan

yang

maksimum.

Senaman

bukan

sahaja

membantu

meningkatkan tahap kecergasan tetapi membantu mengawal berat badan. Satu


cara membakar lemak ialah melalui senaman dan latihan. Senaman menyebabkan
penggunaan tenaga yang kebanyakannya dihasilkan daripada pembakaran lemak.
Kadar penggunaan tenaga dipengaruhi oleh intensiti dan tempoh kegiatan senaman
dan latihan dilakukan. Tindak balas terhadap senaman ini terjadi apabila perubahan
fungsi yang sementara berlaku dengan mengejut di dalam tubuh badan. Perubahan
fungsi ini pula akan kembali normal selepas masa senaman dan latihan itu tamat.
Antara objektif Pendidikan Jasmani kepada pelajar adalah bertujuan mempertingkat
dan

mengekalkan

kecergasan

berasaskan

kesihatan

dan

perlakuan

motor,

menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri,


melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian, mengaplikasikan
pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan
fizikal, membentuk sahsiah dan disiplin diri, dan membuat keputusan bijak dalam
kehidupan seharian mereka. Aktiviti Pendidikan Jasmani mampu membentuk watak
dan peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan
melalui kegiatan kokurikulum dan sukan ini seperti memupuk sifat kepemimpinan,
membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi
yang berdisiplin. Pendidikan Jasmani juga mampu membentuk personaliti pelajar
yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan
aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan
berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat
dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Selain itu, kesihatan yang baik dan otak
yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.
Selain itu, aktiviti Pendidikan Jasmani dan kokurikulum juga dapat melatih pelajar
menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh,
jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila
pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli
jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh
belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Di samping
5

itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri.
Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau
bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa
latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin.
Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan
kokurikulum.

3.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat pada masa


hadapan
Jika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan
mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan
dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat
membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini.
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti
seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan
aktiviti kesenggangan. Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya
hingga ke tahap maksima.
Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap
komponen kecergasan. "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek
yang

berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi

seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik


(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai
penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsifungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam
aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran
dan sebagainya". Terdapat tiga domain utama dalam matapelajaran Pendidikan
Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan
Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran
motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan
disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Melalui
kegiatan-kegiatan yang dianjurkan dalam Pendidikan Jasmani ialah dapat menyemai
6

perasaan muhibah, perpaduan, integrasi nasional dan nilai-nilai murni secara


langsung atau secara tidak langsung dikalangan masyarakat yang berbilang kaum
di Malaysia. Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia,
sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan
segenap lapisan masyarakat. Hal ini tidak menghairankan kerana kegiatan sukan
yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik telah menyediakan peluang untuk
mereka

sentiasa

bekerjasama,

saling

memahami,

dan

menyemai

konsep

memerlukan antara satu sama lain. Apabila saling bertemu di gelanggang


permainan, akan mengurangkan perasaan prasangka yang selama ini mencacatkan
perpaduan kaum. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan
membentuk dan membina masyarakat yang cergas dan cerdas melalui aktiviti
fizikal dan amalan kecergasan. Penetapan matlamat yang realistik adalah penting
bagi memastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan
masyarakat dan umur. Matlamat aktiviti fizikal dalam pendidikan jasmani adalah
untuk membina masyarakat yang berupaya mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Selain itu ia berupaya
menguasai kemahiran asas pergerakkan dan permainan mengikut kemampuan diri
berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran. Matlamat ini juga menjadikan
senaman dan akiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara
berterusan.Yang paling memberi kesan ialah membentuk sahsiah dan disiplin diri
yang sesuai dengan norma-norma masyarakat. Kegiatan Pendidikan Jasmani dan
kesihatan merupakan asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan
yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat-menghormati. Pelaksanaan dasar ini
turut mengambil kira kepelbagaian agama, budaya serta nilai hidup masyarakat di
Malaysia. Penyampaian pendidikan jasmani dan kesihatan melalui aktiviti- aktiviti
dan medium yang disenaraikan di atas membantu seseorang individu itu
mengamalkan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dalam kehidupan seharian
mereka dan seterusnya melahirkan individu yang mementingkan kesihatan dalam
kehidupan. Sebagai contoh kaunseling individu. Kaunseling individu ini bermatlamat
membantu dan mendidik masyarakat berfikir tentang cara mengatasi masalah
kesihatan yang dihadapi oleh seseorang individu itu. Kaunseling individu ini
dijalankan melalui khidmat nasihat dari pakar- pakar kesihatan seperti doktor,
jururawat dan pekerja sukarela.

4.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani kepada negara pada masa hadapan


Dari segi ekonomi pula, sistem pendidikan jasmani dan sukan telah membuka satu
lagi hubungan erat antara sukan, media, dan syarikat pengiklanan. Syarikat-syarikat
televisyen berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara
sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu
menjadi penaja utama. Hal ini menunjukkan sukan dapat menjana ekonomi
menerusi pengiklanan sesuatu barangan. Bagi negara yang mempunyai rakyat
berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi
dalam

usaha

menyatupadukan

segenap

lapisan

masyarakat.

Hal

ini

tidak

menghairankan kerana kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik
telah menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, saling memahami,
dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Apabila saling bertemu
di gelanggang permainan, akan mengurangkan perasaan prasangka yang selama
ini mencacatkan perpaduan kaum.
Selain itu, jalinan politik antara negara juga dapat diperkukuh dengan pelbagai
temasya sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel, Sukan SEA, dan tidak kurang temasya skan di peringkat kebangsaan
seperti SUKMA. Bagaimanapun kita tidak dapat lari dari pendapat yang mengatakan
bahawa

biarlah

kalah

dalam

pertandingan

asalkan

kita

menang

dalam

pembangunan politik,ekonomi, dan sosial. Oleh itu, sukan membentuk keyakinan


kepada diri sendiri untuk memperoleh kejuaraan.
Perkara yang diperkatakan ialah penglibatan sukan di peringkat nasional dan
antarabangsa. Bagi kegiatan pendidikan jasmani dan sukan di peringkat sekolah, ia
berjaya memanfaatkan masa yang terluang daripada mengisi masa dengan aktiviti
tidak berfaedah seperti melepak atau bercampur gaul dengan budak-budak nakal.
Malah, sukan sebagai alat melepaskan tekanan selepas penat mengulang kaji
pelajaran. Tetapi yang kita kesal ialah ramai pelajar yang berbakat dalam sukan
tidak

memperoleh

galakan

daripada

ibu

bapa

disebabkan

ibu

bapa

lebih

mengutamakan pelajaran. Akhirnya bakat yang besar hilang begitu sahaja. Ada
yang ibu bapa memberi dorongan dan sokongan penuh, tetapi anak yang sering
dimanjakan tiada kesungguhan untuk meningkatkan prestasi diri. Pendek kata,
8

sikap tidak berani menghadapi cabaran menyebabkan remaja berpotensi tidak


mampu berani bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Secara amnya, kegiatan
sukan dan pendidikan Jasmani juga akan memberi manfaat yang menyeluruh
terhadap negara terutamanya dalam aspek politik dan ekonomi. Malaysia akan lebih
dikenali di mata dunia sebagai negara yang peramah dengan membawa sikap
tolenransi sesama negara-negara dunia yang lain. Hal ini, akan membuka peluang
kepada negara lain dalam memudahkan urusan diplomatik dengan negara-negara
lain. Negara juga akan menjadi lebih masyhur dan terkenal di negara asing yang
lain. Dengan itu, ia juga dapat menarik pelancong datang melawat keindahan
negara kita dan menikmati kenikmatan keamanan kehidupan antara bangsa.
Pertukaran wang asing tidak secara langsung memberi sumbangan ekonomi
negara. Pendidikan Jasmani juga amat penting bagi membantu kestabilan ekonomi
negara pada masa akan datang. Pelbagai syarikat jenama dan pengiklanan
mengambil peluang ini dengan menaja permainan atau melantik pemain hebat
menjadi duta mereka. Dengan itu, syarikat tersebut akan mencapai keuntungan
yang baik dan akhirnya sumbangan kemajuan ekonomi negara dapat dijayakan.
Penutup
Rumusan daripada hasil impak Pendidikan Jasmani dan kesihatan serta sosial untuk
jangka masa panjang ialah melahirkan generasi yang matang, sihat dan waras dari
segi mental dan fizikal.

Pendidikan secara berkesan memberi kesan langsung

terhadap perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Pendidikan Jasmani


juga berdiri atas nilai yang besar dan utama dalam mempastikan pelajar,
masyarakat dan negara berada di puncak kemajuan. Kemajuan yang hendak dicapai
hanya selamat dalam kesihatan pelajar dan rakyat yang terjamin. Selain itu,
pelbagai nilai dan falsafah yang amat positif telah dijadikan agenda dalam setiap
acara. Ia bertujuan untuk memupuk dan menanam nilai-nilai murni dalam setiap
individu bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara pada masa akan
datang.

Kesemuanya diharapkan dapat membentuk satu unit individu yang

berkualiti yang akan melengkapkan sistem sosial sesebuah negara yang sihat
seterusnya menyumbang ke arah pembentukan negara yang maju dalam ertikata
sebenar.

Rujukan
Bibliograf

Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Yahya Don, Psikologi Sosial Dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing
Sdn Bhd, 2006
Agensi Antidadah Kebangsaan, Dadah Musuh No 1 Negara, Thinkers
Library Sdn Bhd, 2007
Ragbir Kaur Joginder Singh (2010).Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif
untuk KPLI (Sekolah Rendah).Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Sufean H.(2008).Pendidikan Di Malaysia dan Sejarah Sistem dan Falsafah.
Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahrir @ Charil M.(1999).Isu Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur
Utusan Publication & Distribution Sdn.Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010)Draf Kurikulum Standard Sekolah
Rendah.Pendidikan Kesihatan Tahun Satu.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010)Draf Kurikulum Standard Sekolah
Menengah.Pendidikan Jasmani.
Http://monazman.blogspot.com/2013/03/pkrs-2-implikasi-pendidikan
kesihatan.html
http://zarin58.tripod.com/kecergasan2.html

10

11

Vous aimerez peut-être aussi