Vous êtes sur la page 1sur 25

Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan sesuatu yang baru dan


menggabungkan tiga elemen seni utama. Elemen-elemen tersebut adalah
merupakan gabungan tiga seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Dalam seni visual, seni ini lebih memberi penekanan terhadap
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam
sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari.
Matlamat

Seni

Dalam

Pendidikan

adalah

untuk

membentuk

keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai


estetika yang tinggi dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, kritis, imaginatif, inovatif, inventif dan mempunyai nilai jati diri yang
tinggi (Lampiran 1). Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan
yang holistik.
Melalui Seni Dalam Pendidikan, murid diberi peluang menggunakan
pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya
imaginasi

untuk

mencapai

pembelajaran

optimum,

menyeluruh

dan

menyeronokkan. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang penting


dalam memahami keperluan, kebolehan serta teori perkembangan kanakkanak untuk merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai, bermakna dan
menyeronokkan

berdasarkan

tahap

perkembangan

murid

dalam

mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah peningkatan


sistem pendidian di Malaysia dalam usaha kita mengejar impia status negara
maju.

Seni Dalam
Pendidikan

Seni Visual
Seni Muzik
Seni Pergerakan

Rajah 1:

Elemen-elemen Seni Dalam Pendidikan

1.0 Teori Perkembangan Kanak-Kanak


Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah
sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
perancangan kurikulum dan memilih kemahiran pedagogi berdasarkan tahap
perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan
dua proses yang saling berkait (Lampiran 2). Pengetahuan mengenai teori
pertumbuhan dan perkembangan dapat membantu kita untuk mengenali
pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu reka bentuk penyelidikan dan
cadangan yang disyorkan untuk menangani masalah pembelajaran kanakkanak.
Mengikut kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890),
Newman (1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap
individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza. Hal ini mempunyai
persamaan dengan Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang
diasaskan oleh Howard Gardner (1983), beliau menyatakan bahawa potensi
manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences).
Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah verbal-linguistik, logik-matematik,
visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis
(Lampiran 3). Menurut beliau, setiap individu mempunyai kelapan-lapan
kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi
kekuatan dan kemahiran. Berdasarkan Seni Dalam Pendidikan (SDP),
elemen seni visual keupayaan memperkembangkan kecerdasan visual-ruang
dengan menerusi empat bidang seni visual
menggambar,

membuat

rekaan

dan

(KSSR) iaitu kegiatan

mencorak,

membentuk

dan

membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Kecerdasan visualruang


merujuk kepada kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang,
warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual
dan ruang secara grafik. Seorang yang mempunyai kecerdasan ini boleh
membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga
berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca
peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat.

Dari aspek muzik, kecerdasan muzik dapat dipertingkatkan melalui


kandungan Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah (KSSR) iaitu
pengalaman muzikal, penghasilan muzik, apreasiasi muzik serta
membaca dan menulis notasi muzik. Kecerdasan muzik merujuk kepada
kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran
mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti
suara manusia dan alat muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik
yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan
aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik. Dari aspek seni
pergerakan pula, murid dapat memperkembangkan kecerdasan kinestetik
secara tidak langsung dengan menerusi aktiviti fizikal seperti kemahiran
pergerakan, aplikasi pengetahuan dalam pergerakan, kecergasan
meningkatkan kesihatan, aplikasikan pegetahuan dalam meningkatan
kecergasan dan kesukanan (KSSR). Kecerdasan ini merujuk kepada
kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk
menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi,
fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan
kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari,
bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran
motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi,
permainan, main peranan dan membina model.
Selain daripada teori tersebut, teori Sosial-konstruktivisme diasaskan
oleh Leo Vygotsky (1962) juga perlu diberi penekanan. Melalui teori Sosiokonstruktivisme,

kanak-kanak

dipercayai

mempunyai

kebolehan

dan

berpotensi mencari pengalaman atau meneroka sesuatu yang bermakna di


sekeliling mereka. Oleh sebab itu, kita melihat kanak-kanak suka bermain dan
tidak boleh duduk diam. Perkembangan kognitif mereka berlaku apabila
mereka aktif dan berinteraksi dengan alam persekitaran dan sesama
manusia. Melalui Seni Dalam Pendidikan, aktiviti apresiasi akan dilaksanakan
di akhir sesuatu pebelajaran sama ada melalui aktviti seni visual, seni muzik,
dan seni pergerakan. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi dalam
3

pelbagai aktiviti dapat diapresiasikan dengan menghayati aktiviti yang telah


dilakukan. Melalui aktiviti seni dalam pendidikan, murid dapat menyatakan
apa yang didapati oleh pancainderanya. Pada masa yang sama, murid
menilai ideanya berasaskan pandangan dan pendapat rakan-rakan. Hasil
daripada itu, terbentuk suatu kefahaman yang

berasaskan persetujuan

bersama.
Dalam teori konstruktivisme pula, konstruktivisme merujuk kepada
pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada
pengetahuan sedia ada. Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakkan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan
dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain (McBrien &
Brandt,1997). Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang
diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah
bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif
dengan penyerapan unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran
mereka. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakan murid mencipta
penyelesaian mereka sendiri serta menggalakan murid mencari idea, buat
kajian, yakin diri dan dapat membuat berinteraksi sehingga tercetusnya
proses inkuiri penemuan.
Dari aspek pendidikan seni visual, teori Perkembangan Artistik
Kanak-Kanak oleh Lowenfeld dan Britain (1982) boleh digunakan sebagai
panduan pengajaran oleh guru dalam merancang aktiviti seni yang sesuai.
Teori ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat
preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat
pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art in high school (Lampiran 4).
Melalui teori ini, guru dapat memahami tahap perkembangan murid murid dan
keperluan seni kanak-kanak dalam peringkat permulaan proses pengajaran,
melalui kefahaman ini, guru dapat menyediakan atau merancang aktiviti
berdasarkan kemampuan dan tahap umur mereka. Karya yang dihasilkan
oleh kanak-kanak merupakan satu kaedah bagi mengenal pasti proses
perkembangan mereka. Guru boleh gunakan pengetahuan ini untuk mengatur
aktiviti yang menggalakkan perkembangan artistik mereka. Selain daripada
4

itu, berikan peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi


pengalaman dengan rakan-rakan seusia dengan mereka supaya pengalaman
rakan yang lain turut menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran.
Dari aspek pendidikan seni muzik, guru boleh merujuk kepada teori
pekembangan kognitif manusia oleh Jean Piaget (1896-1980). Beliau
telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat peringkat yang
mengikut turutan umur, peringkat-peringkat perkembangan dikenalpasti oleh
beliau ialah peringkat Sensorimotor (0-2 tahun), peringkat Praoperasi (2-7
tahun), peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun), peringkat Operasi Formal (1115 tahun). Pada peringkat sensorimotor, bayi dapat memberi respon terhadap
bunyi yang didengarinya. Apabila usia mula mencecah 1 hingga 2 tahun,
segala bentuk pergerakan seperti menari dan menyanyi dapat ditiru oleh
kanak-kanak.

Pada

peringkat

praoperasi

pula,

kanak-kanak

mampu

memahami serta meniru perlakuan orang dewasa. Hal ini demikian,


pengajaran dan pembelajaran muzik akan lebih mudah disampaikan pada
peringkat ini. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting pada
peringkat ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak telah memahami
bahasa dan cuba untuk bertutur. Maka, kanak-kanak pada tahap ini sudah
pasti dapat menyanyi lirik lagu, dalam masa yang sama, kanak-kanak
menghafalnya melalui kaedah peniruan. Pada peringkat operasi konkrit dan
operasi formal, kanak-kanak sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran
logik dan dapat memahami konsep nombor, abjad, simbol dan juga notasi
dengan baik. Pada peringkat ini, murid dapat mengingat serta menghafal
bunyi pic dan dapat menyanyikannya dengan tepat. Bedasarkan teori
tersebut, guru dapat memahami tahap perkembangan kognitif kanak-kanak
mengikut kematangan mereka adalah berkaitan langsung dengan keupayaan
murid pembelajaran muzik. Menurut Montessori (1896), kanak-kanak akan
menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka
cukup matang dan bersedia memperlajarinya.
Dari aspek pendidikan seni pergerakan, Teori Perkembangan Arnold
Gesell (1880-1961) boleh dijadikan panduan guru untuk memahami
kebolehan kanak-kanak dalam aktiviti fizikal. Menurut Arnold Gesell,
perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. kematangan
5

fizikal

juga

akan

mempengaruhi

kelancaran

kanak-kanak

terhadap

pembelajaran. Kanak-kanak diberi peluang berkembang pada kadar sendiri


dan tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu. Terdapat lima peringkat
dalam perkembangan kanak-kanak dalam tempoh lima tahun (Lampiran 5),
lima tahun pertama merupakan tapak asas perkembangan tingkah laku dan
aspek yang lain juga akan membawa kesan kepada perkembangan yang
seterusnya. Dalam buku Robert Havighurst yang bertajuk Human
Development and Education (1953) telah meyenaraikan tugas-tugas
perkembangan kanak-kanak bahawa pada peringkat kanak-kanak (612
tahun), kanak-kanak sudah boleh menguasai beberapa kemahiran dalam
permainan, kemahiran menulis, membaca dan mengira, mula berkawan dan
berkomunikasi dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta
moral. Manakala, Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat
kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan otak kanan melalui proses
mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya
berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-pertimbangan rasional
mengenai apa yang kita ingin lakukan.
2.0 Keperluan seni kanak-kanak dalam peringkat permulaan proses
pembelajaran
Bagi menjayakan pelaksanan kurikulum dan mengoptimum pengajaran
dan pembelajaran kanak-kanak peringkat awal, guru perlu mempunyai
pengetahuan berkenaan psikologi dan keperluan kanak-kanak. Keperluan
Kanak-kanak merangkumi beberapa aspek yang asas iaitu fizikal, intelektual,
bahasa, emosi, sosial dan personaliti serta nilai dan moral (Lampiran 6).
Sebagai seorang guru, haruslah membantu kanak-kanak dalam
memperkembangkan

kebolehan

kreatif

dan

imaginatif

kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami naluri semulajadi kanak-kanak


dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan
peringkat umur. Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983), Kanakkanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang
tidak boleh dipuaskan. Dauer dan Pangrazi (1993) telah mengenal pasti
sembilan keinginan asas kanak-kanak, iaitu keinginan untuk bergerak,
6

keinginan untuk berjaya dan diiktiraf, keinginan untuk diterima oleh kelompok
sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat, keinginan untuk bersaing,
keinginan untuk memperolehi ketangkasan fizikal dan daya penarik, keinginan
untuk meneroka, keinginan untuk pencapaian kreatif, keinginan untuk
melahirkan perasaan melalui pergerakan berirama dan keinginan untuk
kefahaman (Lampiran 7).
Seni merupakan asas perkembangan kanak-kanak. Jika diajar dengan
baik maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria
merupakan ruang bagi pembelajaran. Pendidikan menjadi satu keperluan dan
keinginan asas kepada kanak-kanak. Bedasarkan teori pembelajaran
Abraham Maslow, beliau telah memperkenalkan lima hierarki keperluan
semula jadi manusia yang ditujukan kepada tingkah laku manusia. Keperluan
tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan
kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri (Lampiran 8). Menurut beliau
keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat
pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Keperluan asas ini dipenuhi
sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki ksempurnaan
kendiri. Ini bermakna aktiviti pemngajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar dapat
dipenuhi. Oleh itu, guru perlulah memastikan keperluan asas pelajar telah
dipenuhi terdahulu seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan
pakaian, pastikan suasana bilik darjah kondusif untuk pembelajaran, bersifat
penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang, memupuk nilai
penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai, merancang aktiviti pengajaran berdasarkan
kebolehan pelajar dan memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya
pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
Dari aspek keperluan seni visual, kanak-kanak secara semula jadi
menyukai seni serta warna. Mereka suka menggunakan imaginasi membantu
mereka untuk belajar. Kebanyakkan mereka mempunyai sifat yang dinamik
serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.
Kanak-kanak dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui
dunia di sekeliling mereka. Melalui pendidikan seni visual, ia merupakan asas
7

untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak yang mana
turut menjadi mereka kreatif dan imaginatif. Lowenfeld (1975) percaya
bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong
dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh
dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab
guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid
(Md Nasir Iberahim& Hassan, 2003). Kreativiti perlu dibangunkan pada
peringkat awal persekolahan lagi untuk membolehkan mereka tahu potensi
kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri
mereka. Penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar
untuk meluahkan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu
membina dan meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses
menggambar pembentukan sikap melalui nilai murni dapat dilakukan semasa
proses penghasilan lukisan di dalam kelas.
Dari aspek keperluan seni muzik, muzik adalah satu aspek yang
sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan
kognitif kanak-kanak. Pada mulanya, muzik dianggap sebagai hiburan,
sebenarnya ia mampu mengurangkan tekanan perasaan pelajar. Muzik sering
menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan
perasaan bagi kanak-kanak. Sehubungan itu, muzik berpotensi untuk
mempengaruhi kelakuan dan pemikiran pelajar. Mengikut buku Pendidikan
Muzik Semasa (Johami Abdulah,1993), Lowell Manson, seorang tokoh
pendidikan muzik yang pernah digelar Bapa pendidikan Muzik di Amerika
berpendapat bahawa semua pelajar boleh menyanyi dan berhak untuk
mempelajari muzik. Beliau juga mengatakan bahawa pembelajari muzik
adalah baik terhadap seseorang individu. Perkembangan kanak-kanak yang
lebih sempurna jika dikaitkan dengan pendidikan muzik secara langsung
ataupun tidak langsung. Hal ini demikian disebabkan pelbagai jenis dapatan
kajian yang memberi kesan yang positif terhadap muzik dan kanak-kanak.
Melalui sumber yang diperolehi dari blog Johami Abdullah, beberapa orang
para saintis telah menemui salah satu faktor perkembangan otak kanakkanak adalah dari pembelajaran muzik. Kajian membuktikan bahawa, ingatan
kanak-kanak bertambah baik dalam jangka masa setahun. Selain itu, kajian
8

juga menunjukan kanak-kanak yang memperlajari muzik pada peringkat awal


menunjukkan perubahan yang besar dalam pemarkahan Intelligence
Quotient, IQ. Dengan kata lain, muzik dapat mempertingkatkan daya ingatan
dan kognitif murid-murid. Di samping itu, pembelajaran muzik pada peringkat
awal dapat menguatkan hubungan antara saraf-saraf neurons dalam otak
yang baru yang baru terbentuk. Tambahan pula, terdapat bukti kajian-kajian
berkaitan dengan ciri perkembangan bayi yang menunjukkan bahawa mereka
mempunyai kebolehan semula jadi untuk memproses aspek-aspek muzik.
Dai aspek keperluan seni pergerakan, pendidikan pergerakan
merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan
keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang
keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar. Pendidikan pergerakan
juga ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.
Mengikut pendapat Dauer dan Pangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai
keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak
boleh dipuaskan. Sejak dilahirkan, kanak-kanak berkembang melalui proses
pengalami sesuatu. Kanak-kanak belajar, berlari, melompat, bertutur,
berkawan dan bersosial melalui pengalaman sendiri. Proses belajar melalui
pengalaman langsung ini merupakan cara semula jadi manusia belajar.
Bagaimana yang kita sedia maklum, pengalaman langsung kanak-kanak
amat

mempengaruhi

perkembangan

dan

pembelajaran

kanak-kanak.

Pengalaman langsung yang paling asas dan semula jadi ialah bermain.
Kanak-kanak adalah sangat bertenaga dan suka bergerak. Dapat disimpulkan
bahawa, kanak-kanak belajar sesuatu melalui proses bermain. Morrison
(1998) menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu proses
permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar. Seperti yang diketahui, mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan lebih memfokuskan kepada
aktiviti-aktiviti fizikal. Melalui aktiviti fizikal, murid dapat mempertingkatkan
kecerdasan kinestetik secara tidak langsung. Peringkat perkembangan awal
kanak-kanak merupakan tempoh yang terbaik bagi proses pembelajaran.
Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah lebih mudah menerima pengaruh
rangsangan persekitaran sama ada dalam berbentuk positif atau negatif.
Rangsangan yang positif akan melonjakkan lagi kecemerlangan diri kanak9

kanak tersebut. Pada peringkat ini juga, kemahiran dan potensi kanak-kanak
lebih mudah untuk dikembangkan ke peringkat yang optimum.

3.0 Menilai sejauh manakah keberkesanan konsep pembelajaran yang


melibatkan elemen Seni Dalam Pendidikan
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan. Quadrant
Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan
kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Pada masa yang
sama, kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Hal ini juga
sejajar dengan pendekatan didik hibur (2009) yang baru diperkenalkan. Didik
hibur merupakan satu teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang bersifat santai dan menyeronokkan melalui empat aspek seperti aktiviti
nyanyian (seni muzik), bercerita, lakonan (seni pergerakan), dan puisi.
Penggunaan Seni Dalam Pendidikan (SDP) ini menyentuh perasaan estetika
dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk
menjalankan aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan
pancaindera mereka.
Menurut Leonardo da Vinci, beliau menyatakan bahawa penghayatan
seni yang betul akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang
kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan
professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu membina sesuasa
pembelajaran yang bersifat santai dan menyeronokkan serta aktiviti
pembelajaran yang pelbagai, menarik dan bermakna. Aktiviti pembelajaran
yang besifat variasi dan dinamik mampu menarik perhatian serta tumpuan
pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Sebagai contohnya,
melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan
mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan
10

kecerdasan murid-murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di


dalam bilik darjah.
Melalui penyerapan Seni Dalam Pendidikan, hal ini dapat melahirkan
tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah negara yang
sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional seperti
jurutera, arkitek, doktor, saintis, pereka dan sebagainya merupakan bidang
kerjaya yang amat diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita
terpaksa mengimport tenaga manusia dari luar negara. Dalam bidang kerjaya,
seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi
memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan
negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang untuk membentuk
satu profesion baru. Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini,
namun telah terdapat ramai artis yang mampu hidup mewah dengan
menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh masa.
Seni dalam pendidikan adalah keberkesanan untuk mengoptimumkan
proses pengajaran dan pembelajaran melalui seni visual. Sebagai contoh,
dalam aktiviti seni visual, lukisan merupakan bentuk komunikasi awal
kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ia juga dijadikan
sebagai alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Sebagai
contohnya, pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan
keyakinan diri. Melalui lukisan juga, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan
dan emosi di samping dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga
dapat membantu menajamkan daya intuisi mereka. Selain itu, penganjuran
aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu
membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Aktiviti seni yang
menggunakan alat dan bahan dapat memberikan satu bentuk latihan
berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan dengan
mata. Murid boleh menajamkan penggunaan pancaindera atau deria
melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat
di sekeliling mereka. Selain itu, mata pelajaran pendidikan seni juga dapat
memupuk semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang
11

dibentuk. Melalui aktiviti seni, ia juga memberi peluang dan kebebasan


kepada murid untuk melakukan eksplorasi, percubaan dan inkuiri
penemuan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini,
pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi.
Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Sebagai
contohnya, latihan dan projek seni visual yang bersifat terbuka dapat
membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan
projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding
dengan hasilan akhir. Ini bermakna, proses ini menyuburkan budaya
pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu,
aktiviti

pendidikan

seni

visual

menggalakkan

eksplorasi

dan

eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam


bidang hasil karya. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid
akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara
pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,
alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Sementara
kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi
bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis
dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat
interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Seni dalam pendidikan adalah keberkesanan untuk mengoptimumkan
proses pengajaran dan pembelajaran melalui seni muzik. Antara faedahnya
ialah kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang kritikal
apabila menikmati bunyi muzik, di samping memperoleh kemahiran muzik.
Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan dan emosi mereka melalui aktiviti muzik. Aktiviti mendengar muzik
dapat dapat menenangkan perasaan kanak-kanak secara tidak langsung.
Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang
kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik
perhatian kanak-kanak dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam
bilik darjah. Muzik memainkan peranan penting dalam memperkembangkan
kemahiran kognitif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kerajinan yang
12

diperlukan dalam pembelajaran kemahiran bermain sesuatu alat muzik dapat


membina disiplin kanak-kanak. Kanak-kanak yang aktif bermain muzik
secara

berkumpulan

pula

dapat

memperkembangkan

kemahiran

berinteraksi secara sosial. Keyakinan diri pula diperkembangkan apabila


seorang kanak-kanak itu berjaya bermain sebuah lagu. Daya kreatif dapat
dibina apabila kanak-kanak digalakkan mencipta lagu sendiri. Muzik yang
mengandungi unsur-unsur nilai murni yang baik dapat menyerap dan
membentuk jiwa murid. Hal ini sangat relevan dengan Kurikulum Pendidikan
Muzik di Malaysia. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang
tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif,
murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Dari
aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi
dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Aktiviti muzik dan pergerakan bukan
sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik. Sebagai contohnya,
kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor melalui penggunaan
peralatan muzik atau kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan
kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. Hal ini dapat menggalakkan
koordinasi anggota badan, mata serta tangan selain dapat meningkatkan
kemahiran motor halus misalnya dengan pergerakan jari dan penggunaan
alat muzik tertentu. Selain daripada itu, kajian terbaru membuktikan bahawa
muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa. Muzik sememangnya
menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia
merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai
bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk
meningkatkan memori supaya ingatan menjadi lebih kekal lama. Di samping
itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang
harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman
mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk
elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.
Seni dalam pendidikan adalah keberkesanan untuk mengoptimumkan
proses pengajaran dan pembelajaran melalui seni pergerakan. Pendidikan
13

pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah


perkembangan keseluruhan pelajar dalam bentuk sikap dan sahsiah
pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar
berdasarkan kepada holistik perkembangan kanak-kanak. Jesse William
(1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi
sumbangan serta mempengaruhi arah perkembangan program pendidikan
jasmani di sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1960-an. Beliau berpendapat
bahawa Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan
kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok
untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal,
mental

dan

sosial.

mempertingkatkan

Aktiviti

kekuatan

fizikal

yang

seseorang

sering
dan

dilakukan

elemen

boleh

kekuatan

ini

merupakan faktor penting dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor


(Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982). Aktiviti seni pergerakan bertujuan
membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan
amalan kecergasan. Melalui pendidikan pergerakan, ia dapat meningkatkan
kesedaran dan kefahaman kanak-kanak mengenai tubuh badan sebagai
perantaraan untuk pergerakan. Selain itu, membolehkan murid untuk
membangun

dan

mengekalkan

kekuatan,

daya

tahan

otot

dan

kardiovaskular, kelembutan serta mobiliti. Lebih penting lagi, ia dapat


memperkembangkan motor kasar dan motor halus kanak-kanak secara
langsung. Perkembangan kedua-dua motor ini sangat penting kepada
pertumbuhan kanak-kanak, kemahiran motor pada amnya melibatkan
hubungan antara otak, sistem saraf dan otot yang kerja secara bersama.
Selain itu juga, pendidikan jasmani ini juga merupakan salah satu cara untuk
mencabar

daya

pemikiran

kanak-kanak

dengan

melaksanakan

pertandingan kecil atau permainan kecil. Muridmurid dapat bertindak dan


menyelesaikan masalah dengan kreatif dalam lingkungan batas-batas
kemampuan

mereka. Dalam aktiviti kumpulan pula, setiap kumpulan

mempunyai seorang ketua. Oleh itu, motivasi dan sifat kepimpinan akan
terbentuk secara tidak lansung. Dari aspek permainan, menerusi permainan
kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti
yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan
game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat
14

membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut.
Dengan

memahami

dan

menghayati

pengetahuan,

kemahiran

dan

pengalaman Pendidikan Jasmani, murid dapat mengamalkan gaya hidup


cergas sebagai budaya Malaysia.

4.0 Isi kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah


Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting
dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, terutamanya di
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai implikasi yang besar
terhadap pembentukan kurikulum. Menurut Kamaruddin Haji Husssin (1994),
beliau mengatakan bahawa Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang
kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta
selaras dengan cita-cita dan kehendak Negara.
Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi pendidikan, iaitu
satu proses perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah. Pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada
masanya. Maka dengan itu, pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat
membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan
keperluan pendidikan semasa.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KSSR akan mula diperkenalkan dan
diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang
baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan
serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahuntahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Matlamat ini juga sejajar
dengan konsep Seni Dalam Pendidikan yang memainkan peranan yang
penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya
15

persepsi, estetik dan kreativitinya. Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah


menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Pengabungan
tiga jenis seni ini akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat
holistik.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard
kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap
persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai
perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard
Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Terdapat
pelbagai perbezaan antara KBSR dan KSSR (Lampiran 9).
Organisasi

kandungan

dalam

Pendidikan

Seni

Visual

disusun

berasaskan kepada empat standard pembelajaran iaitu persepsi estetik,


aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni (Lampiran 10). Berdasakan
kandungan Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah adalah disusun
berasaskan modul kurikulum iaitu, pengalaman muzikal, penghasilan muzik,
apreasiasi muzik serta membaca dan menulis notasi muzik (Lampiran 11).
Seterusnya, Kurikulum Pendidikan Jasmani (KSSR) dibina berasaskan lima
aspek antaranya aspek kemahiran pergerakan, aplikasi pengetahuan dalam
pergerakan, kecergasan meningkatkan kesihatan, aplikasi pengetahuan
dalam meningkatkan kecergasan, kesukanan (Lampiran 12).

5.0 Membincangkan dan mengemukakan beberapa cadangan baharu


yang mungkin boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di
Malaysia
Dengan merujuk kepada Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang mejurus
kepada tiga seni utama iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan baharu yang boleh
dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pertama sekali, dari
aspek seni visual, saya mendapati bahawa aktiviti seni visual hanya tertumpu

16

kepada dalam bilik darjah sahaja. Oleh sebab itu saya bercadang untuk
menggalakkan guru banyak menjalankan aktiviti kegiatan seni di luar
bilik darjah. Dengan cara ini, murid dapat mengenali alam sekitar secara
konkrit dengan sentuhan atau penggunaan pancaindera mereka sepenuhnya.
Cara ini berupaya merangsang minda kanak-kanak dan pembelajaran adalah
bersifat lebih kekal jika di banding dengan menggunakan gambar foto dan
penerangan di bilik darjah sahaja. Sebagai contohnya, guru boleh
merancangkan aktiviti luar bilik darjah dengan aktiviti melukis di atas pasir,
menyusun batu-bata, pengumpulan corak permukaan alam sekitar yang
terdapat di kawasan sekolah dengan teknik capan dan gosokan, bermain
permainan tradisional dan sebagainya. Hal ini demikian, kanak-kanak adalah
sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Dengan menggunakan cara ini,
dipercayai bahawa tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Selain itu,
aktiviti seni seperti pameran, lawatan sambil belajar, projek dan sebagainya
harus diadakan bagi murid-murid untuk meroka, menajamkan persepi, inkuiri
penemuan serta merangsang pemikiran yang kritis dan kreatif melalui aktiviti
luar bilik darjah. Cadangan aktiviti luar bilik darjah juga oleh dilakukakan
dengan melawat atau mengunjungi sekolah-sekolah lain sebagai sebahagian
proses pembelajaran mereka.
Cadangan kedua saya iaitu penggunaan ICT iaitu penggunaan alatan
digital dan elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan seni visual. Pada sistem pendidikan kini, pihak sekolah kurang
memberi penekanan terhadap pengunaan alat teknologi terutamanya dalam
mengajar mata pelajaran seni visual serta hanya memberi fokus kepada
penghasilan kerja tangan atau secara manual sahaja. Penggunaan ICT dalam
pengajaran memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk meneroka
teknik dan kemahiran perisian perkakasan di samping dalam menguasai
kemahiran cara penggunaan komputer dengan cekap. Kanak-kanak boleh
didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu untuk membantu
mereka mencipta imej-imej, reka corak, reka bentuk, bentuk huruf, animasi,
logo dan sebagainya dengan menggunakan komputer. Komputer bukan
sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah
17

mampu bergerak dan bersuara. Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan


kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam
komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan
penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual. Peralatan
digital dan elektronik digunakan secara bijak dan terancang mampu
meningkatkan

keberkesanan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

Pendidikan Seni Visual dan menyeronokkan. Dengan penggunana ICT, Guru


dapat menjimatkan masa untuk menyediakan peralatan bahan atau masalah
kekurangan bahan dan alat yang dibekalkan di sekolah. Guru juga dapat
menanyakan video atau gambar yang menarik untuk merangsangkan
pemikiran murid dan memudahkan kefahaman murid semasa dalam
penghasilan sesuatu karya seni. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa
guru untuk memberi penerangan dan murid dapat melibatkan aktif dalam
pengajaran guru.
Cadangan ketiga, pihak sekolah perlu menyediakan satu bilik khas
untuk menjalankan aktiviti seni. Bilik pendidikan seni visual boleh dijadikan
ruang aktiviti seni selain sebagai ruang pembelajaran, ia merupakan
persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru
perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid
supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk
pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas,
mengurus bahan-bahan pengajaran yang lebih berkesan serta mengawal
disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dalam suasana selamat, kondusif dan lancar. Dengan cara ini,
murid secara tidak lansung akan mematuhi peraturan, menjaga kebersihan
dan displin diri semasa menggunakan bilik pendidikan seni visual. Dalam bilik
seni juga, guru boleh mempamerkan karya seni sama ada dalam bentuk duadimensi (2-D) atau tiga dimensi (3-D) untuk meransang pemikiran kreativiti
murid-murid. Misalnya, guru boleh mempamerkan bahan-bahan maujud,
koleksi gambar foto, hasil krat tempatan dan sebagainya. Selain itu, hasil
kerja murid yang baik juga boleh dipamerkan di bilik seni sebagai
pengiktirafan terhadap murid tersebut untuk memotivasi murid dalam
pembelajaran seni visual. Cadangan ini juga perlu dilaksanakan dengan
18

menghiaskan bilik seni dengan cara yang sesuai seperti lukisan mural
dinding, pameran bahan 2-D dan 3-D, pengredaran udara yang baik, dihias
dengan koleksi gambar, lukisan karya,

susun meja dan peralatan yang

bersistematik dan sebagainya.


Berdasarkan seni muzik ini, saya ingin mengemukakan beberapa
cadangan baharu yang boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Pertama sekali, saya bercadangkan menambahkan jumlah masa
proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran muzik. kanak-kanak
adalah lebih bersuka untuk belajar apabila suasana bilik darjah yang santai
dan

menyeronokkan.

Ini

dapat

dibuktikan

bahawa

aktiviti

nyanyian

merupakan aktiviti pembelajaran yang disukai oleh ramai murid di sekolah


rendah. Muzik merupakan salah satu teknik didik hibur yang amat disukai
oleh murid. Dengan itu, dipercayai bahawa murid akan lebih berminat dan
penglibatan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Guru
boleh menggunakan elemen muzik seperti nyanyian untuk membantu murid
menghafal sesuatu, menguasai perbendaharaan kata, perkembangan bahasa
dan ingatan murid adalah lebih kekal berdasarkan pengalaman mereka.
Cadangan ini boleh dilaksanakan dengan mengadakan kelas tambahan
muzik di luar waktu sekolah. Cadangan seterusnya, ialah penambahan
infrastruktur peralatan muzik di sekolah. Kini, boleh dikatakan bahawa
kebanyakkan

sekolah

tidak

mempunyai

kemudahan

yang

lengkap

terutamanya alat muzik atau bilik khas untuk muzik. Dengan itu, penambahan
infrastruktur muzik adalah asal permulaan untuk menerapkan bidang ilmu
muzik kepada murid-murid.

Dengan ada kemudahan yang lengkap, guru

dapat merancang aktiviti dengan lebih kreatif dan menarik. Pembelajaran


akan menjadi lebih seronok dengan suasana yang kondusif. Penggunaan
peralatan di sekolah juga dapat merangsang minat kanak-kanak serta
mengcungkil bakat yang terpendam dalam jiwa murid-murid. Cadangan ini
juga boleh dilaksanakan dengan berkongsi peralatan muzik dengan sekolah
lain bertujuan menjalin hubungan erat dengan murid lain serta kaji atau
meneroka mengenai kemahiran muzik secara bersama. Seterusnya, saya
juga bercadangkan untuk penggunaan komputer dalam pengajaran muzik.
Pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan peralatan elektronik kepada
19

guru muzik supaya guru dapat manfaat kemudahan tersebut untuk mengajar
muzik. Sebagai contohnya, murid boleh didedahkan dengan perisian-perisian
penghasilan lagu atau penyunting lagu kepada murid untuk mencipta lagu
yang ringkas dan mudah. Ini boleh menggantikan peralatan muzik yang
mahal serta sukar dipermainan atau di kuasai oleh murid dalam masa yang
lama. Dengan penggunaan komputer juga, guru boleh menunjukkan video
pergerakan mengikut retakan muzik atau sebagai media pengajaran muzik.
Secara tidak lansung, murid dapat mengepresiasi keindahan muzik serta
penggunaan bahasa badan (pergerakan) mengikut retak muzik yang
dimainkan. Dengan penggunaan komputer juga dapat membantu murid
mengenali pelbagai jenis bunyi alam sekitar, haiwan, buatan manusia dan
jenis alatan muzik serta ciri-cirinya yang tidak dapat dihasilkan melalui
peralatan muzik. Cadangan ini juga digalakkan murid untuk mereka cipta
muzik persembahan yang mengikut urutan dengan menggunakan komputer
serta mengaplikasi dalam lakonan, berdrama, main peranan dan sebagainya.
Dari aspek seni pergerakan, saya ingin mengemukakan beberapa
cadangan baharu yang boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Cadangan pertama iaitu, mewujudkan ruang-ruang bacaan atau
pondok bacaan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di
sekolah. Ini adalah bertujuan untuk memberi ruang untuk murid membaca
dan memupuk minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Ini merupakan
satu aktiviti untuk murid mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Pihak sekolah perlu mewujudkan ruang dan pondok yang menarik dan selesa
sebagai tempat rujukan dan penambahan ilmu pengetahuan murid. Ruang
dan pondok bacaan hendaklah disediakan bahan bacaan yang sesuai
mengikut tahap umur murid dalam berkaitan dengan ilmu pendidikan jasmani.
Dengan cara ini, keseronokan pasti akan tercapai dan minat murid pasti akan
lebih mendalam terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.

Cadangan

ini

juga

dilaksanakan

dengan

mengadakan

perbincangan kumpulan dan pembelajaran koperatif di ruang pondok


tersebut.

Cadangan

seterusnya,

iaitu

setiap

kelas

diwajib

untuk

mengajurkan satu persembahan lakonan atau drama yang ringkas dan


dipersembahkan semasa perhimpunan sekolah. Dengan cara ini, murid
20

secara tidak langsung akan menggunakan bahasa badan mereka untuk


menyampaikan

maksud

mereka. Aktiviti

lakonan

atau

drama

dapat

menggalakkan murid untuk menghasikan pergerakan berdasarkan situasi


tertentu.

Melalui

cadangan

ini,

murid

keupayaan

penggunaan

jenis

pergerakan yang sesuai untuk menyampaikan mesej kepada penonton.


Selain ia, juga dapat membantu murid untuk membina keyakinan diri serta
peyerapan nilai murni dengan berkerjasama dengan antara mereka. Lebih
penting lagi, ia juga dapat mencungki bakat yang terpendam dalam murid
serta penguasaan penggunaan bahasa dan sebutan intonansi yang tepat.
Cadangan akhirnya saya iaitu menjalankan program senaman mingguan
di sekolah, Senaman memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak. Mengikut kajian yang dibuat, kanak-kanak
akan aktif selama 30 minit setiap hari. Aktiviti senaman ini boleh dibimbing
oleh para guru untuk semua murid di sekolah. Aktiviti ini adalah baik untuk
kesihatan kita semua, guru perlu menjalankan aktviti senaman bersama-sama
dengan murid dengan iringan muzik yang sesuai selama 30 minit pada waktu
pagi. Matlamat cadangan ini bukan sahaja untuk memupuk amalan budaya
sihat di kalangan murid, ia juga bantu murid untuk menguasai pergerakanpergerakan yang kreatif serta perkembangan otot halus dan otot kasar murid.
Di samping itu, bersenam dapat mencerdaskan minda murid. Murid dapat
belajar dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika guru sedang
mengajar dengan tubuh badan yang sihat. Murid juga tidak cepat letih dan
penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah apabila badan
mereka yang cergas. Selain itu, aktiviti senaman ini dapat merangsang minat
murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Akhir kata, "tubuh yang sihat membawa kepada akal yang sihat".

Rumusan
Seni dalam Pendidikan adalah untuk membantu perkembangan secara
menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aktiviti seni yang
terancang

membolehkan

kanak-kanak

mendapat

pengalaman

dan

pemahaman serta membantu memperkembangan potensi mereka secara


21

menyeluruh. Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini
mempunyai motif dan peranan yang sama. Pengintegrasian ini akan
memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman murid tentang tajuktajuk yang diajar. Melalui aktiviti seni, ia dapat mendorong kanak-kanak
menggunakan

imaginasi,

Pengetahuan

tentang

ekspresi,
teori-teori

inkuiri

dan

kesenian

kecerdasan

dapat

pelbagai.

membantu

kita

mengembangkan lagi tahap kemahiran sedia ada. Pengaplikasi teori dalam


pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara ringkasnya, seni dalam pendidikan adalah sangat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana,
pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat murid serta
menjadikan suasana pembelajaran yang bersifat menyeronokkan dan tidak
membosankan.

Rujukan
Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.
Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan
Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak. OUM.
Meteor Doc.Sdn.Bhd.

22

Gardner, H. (1983). Dalam Universiti Terbuka Malaysia. Kecergasan Pelbagai,


Pusat Pengajian HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Universiti Terbuka
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya,
(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan
Idris Tanjong Malim.
Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung
Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik).
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.
Noriati A. Rahid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),
Murid dan Alam Belajar: Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur:
Impression One. Sdn. Bhd.
Mazlan Mohamad. ( 1996 ). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Md. Nasir Hj. Ibrahim. ( 2003 ). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn.
Bhd.
23

Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. ( 2000 ). Kuala


Lumpur : AG Grafik.
Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2002 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohani Abdulah (2003), Perkembangan Kanak-Kanak: Penilaian Secara
Portfolio. Serdang, Selangor : Universiti Putra Malaysia.
Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar.
Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan
Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

AkuC.gis (2012), Nota Seni Dalam Pendidikan. Dilayari pada 27/8/2013 dari:
http://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalampendidikan.html.
Ar-rifke (2012). Perkembangan kanak-kanak. Dilayari pada July 28/8/2013
dari:http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/pkk-faktor-faktorperkembangan-kanak.html.
Chin Lee Mei (2012), psikologi bab 1 dan bab 2. Dilayari pada 28/8/2013 dari:
24

http://psikologimuzik.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangankanak-kanak.html.
Psikologi perkembangan awal kanak-kanak. Dilayari pada 28/8/2013 dari:
http://www.scribd.com/doc/13950186/Teori-Kematangan-Arnold-Gesell.
Teori perkembangan kanak-kanak. Dilayari pada 28/8/2013 dari:
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kanakkanak.html.
Zainuddin Abu Bakar. Teori-teori Perkembangan. Dilayari pada 28/8/2013
dari:
http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf.

Zawati (2009), Memahami Kanak-Kanak. Dilayari pada 27/8/2013 dari:


http://memahamikanakkanakdalampp.blogspot.com/2009/12/sembilankeinginan-asas-kanak-kanak.html.

25

Vous aimerez peut-être aussi