Vous êtes sur la page 1sur 9

Lahir, berkembang dan merosot yang menjadi fitrah tamadun manusia tidak sukar

difahami kerana tamadun itu sendiri adalah rakaman perjalanan hidup manusia. Manusia
yang sentiasa memerhatikan perjalanan dirinya akan segera dapat memahami usia tidak
pernah bertahan pada suatu peringkat biologi.
Apakah yang wujud di dalam sesebuah tamadun, dan apakah kandungan dan
pengisian tamadun itu? Inilah antara persoalan penting yang sering kali didebatkan dalam
wacana tamadun semenjak daripada zaman Ibn Khaldun menerusi karya agungnya
Muqaddimah sehingga hari ini. Sesungguhnya penelitian pada apa yang wujud dan apa
yang terkandung di dalam sesebuah tamadun adalah penelitian pada pembinaan,
perkembangan dan kemerosotan tamadun kerana bangun dan jatuhnya sesuatu tamadun
itu sangat dipengaruhi oleh asas dan sumber yang mendasari pembinaannya, hubunganhubungan yang menghasilkan pembangunan itu, serta aspek-aspek yang diberi penekanan
dalam perkembangan dan juga kemerosotannya.
Lahir, berkembang dan merosot yang menjadi fitrah tamadun manusia tidak sukar
difahami kerana tamadun itu sendiri adalah rakaman perjalanan hidup manusia. Manusia
yang sentiasa memerhatikan perjalanan dirinya akan segera dapat memahami usia tidak
pernah bertahan pada suatu peringkat biologi. Manusia bertukar daripada peringkat bayi
kepada peringkat kanak-kanak, peringkat remaja, peringkat dewasa sehinggalah ke
peringkat tua. Apa yang berlaku kepada manusia sebenarnya menggambarkan apa yang
berlaku kepada tamadun.
Tamadun mengalami saat kelahiran, saat perkembangan, saat kecemerlangan dan
diakhiri dengan saat kemerosotan sama seperti apa yang dialami oleh manusia. Analogi
ini menjadi lebih ironi lagi kerana yang melahirkan tamadun itu ialah manusia, yang
mengembangkan tamadun juga manusia, malah yang membawa kepada kemerosotan
tamadun juga manusia. Tepat sekali pandangan Ibn Khaldun bahawamanusia adalah agen
tamadun serta pandangan Malek Bennabi yang menganggap manusialah yang menjadi
unsur terpenting bagi tamadun. Watak-watak yang ditonjolkan oleh manusia adalah
watak-watak yang dengan sendirinya menentukan pembinaan, perkembangan dan

kemerosotan tamadun.

Model-Model Tamadun Perbincangan dan penilaian yang objektif tentang bangun


dan jatuh sesebuah tamadun manusia sangat bergantung kepada kerangka model atau
teori perkembangan tamadun. Oleh yang demikian, dalam bahagian ini, empat model
perkembangan tamadun akan dikemukakan.
Model pertama ialah model tiga tahap perkembangan kerajaan atau organisasi sosial
yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun. Tahap awal atau kelahiran yang dicirikan oleh
perasaan kekitaan atau asabiyah bagi memenuhi keperluan asas, dan kemudiannya
diperkukuhkan oleh peranan agama. Tahap kehidupan menetap atau bertamadun yang
dicirikan oleh kelahiran sistem pemerintahan yang membawa kepada pertumbuhan
bandar dan memberi kesan kepada stratifikasi sosial. Tahap lemah atau kejatuhan yang
dicirikan oleh konflik politik dan krisis ekonomi sehingga membawa kesan kepada
stratifikasi sosial dengan peningkatan kemewahan dan kelunturan semangat kekitaan.
Model Ibn Khaldun ini yang dikenali juga sebagai teori kitaran kemudiannya
dikembangkan pula oleh Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History. Toynbee
sependapat dengan Ibn Khaldun bahawa agama dan stratifikasi sosial memainkan
peranan penting dalam melanjutkan hayat sesuatu tamadun.
Menurut Ali Shariati, ada dua perkara yang penting dalam perkembangan tamadun,
dan kedua-dua perkara tersebut berada dalam diri manusia. Pertama ialah penghijrahan
manusia dari tempat asal ke tempat baru. Dalam sejarah dua puluh tujuh tamadun
manusia, tidak ada tamadun yang lahir dan berkembang di kalangan masyarakat primitif
yang tidak pernah berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kedua, peranan
manusia dalam menentukan nasib dan masa depan hidupnya.
Dengan akal fikiran dan tenaga, manusia bertanggungjawab menguruskan diri dan
masyarakat, mengubah keadaan yang tidak baik kepada baik berpandu bimbingan

daripada asas dan sumber Islam. Keempat-empat model yang dikemukakan ini masingmasing meneliti dengan mendalam ciri-ciri yang wujud dalam setiap tahap tamadun. Ciriciri yang dimaksudkan itu mencakupi kandungan tamadun, hubungan-hubungan dalam
tamadun serta faktor-faktor yang mempengaruhi bangun dan jatuhnya sesebuah tamadun
manusia yang akan dibincangkan di dalam bahagian-bahagian seterusnya. Ibn Khaldun
menyediakan suatu mekanisme penting untuk menilai kandungan apa yang dikatakan
tamadun, iaitu sesuatu pencapaian hanya akan dianggap sebagai tamadun apabila perkaraperkara yang berkaitan dengan asas dan keperluan telah disempurnakan. Ini bermakna
tamadun ialah suatu peringkat penyempurnaan yang melengkapkan segala perkara yang
diperlukan oleh manusia. Oleh yang demikian, isu utama yang dibincangkan dalam
wacana tamadun oleh para pemikir daripada pelbagai disiplin sains sosial sejak peringkat
awal manusia mengenali pengajian tamadun ialah perkara-perkara yang diperlukan oleh
manusia pada tahap-tahap tamadunnya yang tertentu. Trend ini dapat ditelusuri melalui
karya-karya yang ditulis baik oleh Ibn Khaldun sendiri sehinggalah ke hari ini.
Malahan pertembungan tamadun yang digembar-gemburkan sebagai kemuncak
kepada sejarah dunia pada penghujung abad kedua puluh jika benar-benar berlaku adalah
merujuk kepada perbezaan yang wujud antara sebuah tamadun dengan tamadun yang
lain. Yang dimaksudkan persamaan di sini ialah pengiktirafan tamadun sebagai
pencapaian yang tinggi bagi aspek tertentu dalam kehidupan yang merangkumi aspek
agama, moral, sastera, estetika dan juga pencapaian sains dan teknologi. Dengan
demikian, dapat dikatakan keseluruhan pengkajian tamadun berkisar tentang rangkaian
fenomena masyarakat manusia seumpama negara, bandar, sistem sosial, huruf, seni, seni
bina, bangunan, agama, undang-undang dan rangka dasar politik. Fenomena-fenomena
ini daripada sudut pembahagiannya terdiri daripada dua bentuk iaitu fenomena material
dan fenomena spirituil.
Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri
daripada enam ciri asas iaitu: mempunyai kehidupan di bandar, mempunyai sistem
pemerintahan dan kerajaan, mempunyai bahasa dan tulisan, mempunyai sistem
perundangan, mempunyai agama dan sistem kepercayaan, mempunyai pengkhususan

dalam pekerjaan. Hubungan-Hubungan dalam Tamadun Yang dimaksudkan dengan


hubungan-hubungan dalam tamadun ialah kekuatan-kekuatan yang terbentuk di sebalik
elemen-elemen penting dalam tamadun.

Di antara banyak hubungan, hubungan yang paling dominan ialah agama,


ketenteraan dan pasaran. Ciri setiap hubungan ini berbeza antara satu sama lain, dan
masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri. Daripada
sudut pemerkasaan tamadun, hubungan-hubungan ini sangat berpengaruh dan relatif
sehingga dapat dianggap sebagai kuasa yang memberi kekuatan kepada tamadun.
Hubungan-hubungan tamadun ini juga dalam keadaan-keadaan tertentu dapat
mencetuskan persaingan sengit antara tamadun-tamadun manusia. Agama dan Tamadun
Dalam pengertian yang lazim difahami, agama ialah kepercayaan pada Tuhan dan sifatsifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya.Secara fitrahnya,
agama dan kepercayaan bukan hanya merupakan perkara asas yang wujud dalam diri
setiap manusia, tetapi juga sudah menjadi keperluan kepada manusia.
Faktor-faktor yang mendorong manusia beragama adalah faktor-faktor semula jadi
yang bersumberkan diri manusia sendiri iaitu seperti rasa takut yang membawa kepada
kecenderungan untuk mendapatkan keselamatan dan perlindungan daripada Tuhan.
Dalam hubungan agama dan tamadun, jatuh bangunnya sesebuah tamadun atau kerajaan
adalah selari dengan jatuh bangunnya sesuatu agama. Kepelbagaian nasib politik adalah
dimanifestasikan oleh kepelbagaian perkembangan agama. Contohnya, tamadun Barat
dipengaruhi oleh agama Kristian, tamadun Timur Tengah, Rusia dan China
kebanyakannya dipengaruhi oleh agama Islam dan tamadun Asia Tengah oleh pengaruh
Hindu dan Budha.
Agama juga mempunyai hubungan fungsi dengan unsur tamadun yang lain seperti
moral, etika, ekonomi, undang-undang estetika dan sains. Lazimnya, agama mengajar
manusia melaksanakan perkara-perkara yang positif dalam kehidupan seperti berusaha,

amanah, sabar dan sebagainya yang dapat melahirkan tamadun manusia. Secara
perbandingan antara perspektif tamadun Islam dan Barat, terdapat persamaan dalam
menilai hubungan agama dan tamadun. Bagi tamadun Islam, agama menjadi asas yang
melambangkan citra tamadun itu sendiri, atau dengan kata lain, tamadun Islam ialah
tamadun agama dan bukannya tamadun bangsa atau tamadun wilayah. Tamadun Barat
juga menganggap agama sebagai satu daripada unsur utama tamadun manusia.

Keterbatasan keupayaan dan ketiadaan kepakaran yang tinggi mendorong manusia


menggunakan kekerasan bagi mencapai kemahuannya. Kekuatan fizikal dan keberanian
banyak mempengaruhi seseorang itu menggunakan kekerasan terhadap orang lain. Dalam
budaya Melayu, kekuatan baik bersifat fizikal, emosi dan material memang pernah
menjadi mekanisme penguasaan antara sesama manusia. Ini terbukti dengan kewujudan
ungkapan seperti siapa kuat dialah kudrat. Penggunaan ketenteraan atau militer pada
peringkat yang lebih besar semakin ketara apabila berlakunya persaingan dan perebutan
kuasa pada peringkat intratamadun dan antara tamadun. Persaingan antara negara-negara
Eropah yang melibatkan Portugis, Sepanyol, Perancis, Itali, Belanda dan Inggeris dalam
gerakan imperialisme dan kolonialisme dapat disifatkan sebagai persaingan intratamadun.
Manakala persaingan antara tamadun Barat dan tamadun Islam dalam siri Perang Salib
pula dapat dianggap sebagai persaingan antara tamadun.
Daripada sudut kesan hubungan kuasa ketenteraan dan perkembangan tamadun,
ketenteraan lebih banyak meninggalkan nilai-nilai negatif berbanding nilai-nilai positif.
Hakikat ini tidak dapat dinafikan lagi apabila kuasa ketenteraan sering kali membawa
kepada peperangan, dan balas dendam akibat daripada penggunaan elemen-elemen
pembunuhan, penyeksaan, penindasan, penganiayaan, kekejaman dan paksaan dalam
interaksi ketenteraan. Dalam sejarah dunia moden, Perang Dingin antara Amerika dan
Rusia sebagai contoh meninggalkan kesan moral dan kemanusiaan yang kekotorannya
terpalit bukan sahaja di bumi kedua-dua negara tersebut, tetapi juga di negara-negara lain
sehingga wujud blok demokrasi dan blok komunis.

Perang saudara yang sering kali meletus di negara-negara dunia ketiga seperti
Afghanistan dan Ethiopia juga tidak menjadi penyelesaian kepada masalah-masalah yang
dihadapi oleh negara-negara keadaan. Justeru, pada prinsipnya, sebagai tamadun yang
mengutamakan nilai-nilai kesejahteraan, tamadun Islam tidak menggunakan ketenteraan
sebagai kuasa utama dalam perluasan wilayahnya. Penggunaan ketenteraan dalam
tamadun Islam adalah untuk tujuan mempertahankan diri, dan peperangan sebolehbolehnya cuba dielakkan melalui rundingan dan perdamaian.
Perluasan tamadun Islam dari Tanah Arab ke Mesir pada zaman kerajaan Umayyah
yang diketuai oleh Amru bin al-As sebagai panglima bukan bererti perluasan
menggunakan mata pedang tetapi disifatkan sebagai pembukaan yang berlaku dengan
penuh keharmonian dan penghormatan terhadap nilai-nilai kemanusiaan. Pasaran dan
Tamadun Kegiatan ekonomi menjadi sebahagian daripada kegiatan dalam interaksi
manusia dengan alam. Kegiatan ekonomi mengiringi pertumbuhan bandar, pertambahan
penduduk, penempatan, stratifikasi sosial, sistem politik, sistem sosial dan sebagainya
dalam kerangka tamadun.
Dalam tamadun klasik, pasaran dalam perdagangan lebih bersifat memenuhi
keperluan-keperluan tempatan. Tetapi perkembangan demi perkembangan yang dicapai
oleh manusia khususnya yang berasaskan teori-teori ekonomi Barat sama ada ekonomi
konvensional atau ekonomi moden, telah mengubah peranan pasaran sehingga menjadi
kuasa dalam tamadun. Dengan kata lain, transformasi telah berlaku dalam peranan
pasaran sehingga pasaran dapat menentukan jatuh bangunnya tamadun serta dapat
menentukan pengaruh dan sumbangan sesuatu tamadun terhadap tamadun yang lain.
Namun begitu, kuasa pasaran sendiri sekalipun berjaya menyatukan ideologi politik
manusia yang berbeza seperti yang cuba dicapai melalui globalisasi, tetapi sebenarnya
didasari oleh kebebasan nilai yang relatif sifatnya. Sebagai contoh norma kedaulatan
pengguna Barat menafikan apa-apa campur tangan agama untuk mengenakan sekatan
terhadap penggunaan sesetengah barangan. Pasaran Barat juga menggunakan metode

objektif dengan tidak menerima mana-mana dalil metafizik dan menyingkirkan


pertimbangan nilai dengan menganggapnya sebagai tidak saintifik dan tidak dapat
disahkan.
Akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap consumerism dan langsung
mengabaikan nilai-nilai moral, manusia yang dibentuk oleh pasaran Barat tidak menerima
hakikat manusia mempunyai keperluan material dan spirituil bagi mencapai kepuasan
pasaran sebenar. Pasaran Barat menganggap seseorang itu pada asasnya memang
individualistik secara semula jadi dan tidak perlu mempedulikan orang lain. Penilaian
terhadap hubungan-hubungan tadi dengan jelas menunjukkan agama adalah elemen yang
paling sejahtera kerana membawa kepada kerahmatan kepada manusia berbanding
hubungan-hubungan lain.

Agama menjadi elemen induk yang menaungi hubungan-hubungan lain termasuk


budaya. Kuasa agama dalam tamadun mampu menyatukan bangsa-bangsa di dunia
dengan penuh kedamaian berbanding kuasa ketenteraan yang lebih banyak menyaksikan
peperangan, kematian dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh manusia, serta
kuasa pasaran yang lebih menonjolkan ciri-ciri persaingan individualistik dan
materialistik.
Faktor Pembinaan, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun Manusia Berdasarkan
kajian mengenai model dan teori kerangka tamadun yang diketengahkan oleh beberapa
orang tokoh pemikir dalam ilmu sejarah dan sosiologi abad ke-20 dan sebelumnya,
beberapa rumusan tentang perkembangan dan kemerosotan tamadun manusia dapat
disenaraikan seperti yang berikut: Pegangan kepada Agama Faktor ini amat signifikan
dengan tamadun Islam yang memang merupakan tamadun agama. Rasulullah SAW
sendiri pernah menyebutkan hal ini secara terang dan nyata di dalam hadis baginda: Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekali-kali kamu tidak akan sesat selagi kamu
berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah nabi-Nya. - riwayat

Malik.
Semangat Kerjasama yang Tinggi dan Rasa Kekitaan (asabiyyah) Bagi tamadun
Islam, faktor ini diasaskan kepada akidah, syariah dan akhlak dengan bersumberkan alQuran dan sunah. Bagi tamadun Barat pula, ideologi dan doktrin menjadi asas kepada
faktor ini dengan bersumberkan nilai dan norma budaya tempatan. Keselesaan Hidup dan
Kemewahan Dalam banyak keadaan, faktor ini menanamkan di dalam jiwa manusia sifatsifat negatif seperti lalai, ego, materialistik dan individualistik tanpa mengambil kira
kepentingan manusia lain.
Dalam mengawal keselesaan hidup dan kemewahan daripada menyeleweng, tamadun
Islam mewujudkan institusi zakat supaya wujud tanggungjawab keselesaan dan
kemewahan merupakan hak yang tidak kekal dan mesti dikongsi bersama dengan orang
lain. Kepimpinan dan Politik Faktor ini merujuk kepada personaliti dan ketokohan
pemimpin serta bentuk pemerintahan yang digunakan. Rasulullah SAW adalah contoh
terbaik dalam perkara ini sehingga membawa kepada kelahiran dan perkembangan
tamadun Islam. Bentuk pemerintahan yang berasaskan agama mampu bertahan lama
berbanding bentuk pemerintahan yang berasaskan pengalaman dan pengkajian manusia
seperti komunisme dan sosialisme.
Ekonomi Faktor ini sangat mempengaruhi perkembangan sosial dan politik. Ekonomi
yang diasaskan di atas asas dan prinsip yang baik mampu membangunkan tamadun serta
memberi kesejahteraan kepada hidup manusia. Sistem ekonomi yang dapat mengimbangi
kemajuan dari sudut material dan spirituil adalah sistem ekonomi yang wujud dalam
kerangka tamadun Islam. Hijrah Dalam pengertian objektif hijrah ialah perpindahan
secara fizikal daripada suatu tempat ke suatu tempat yang lain.
Dari sudut subjektif, hijrah ialah transformasi sikap, cara hidup, budaya, amalan,
prinsip dan sebagainya yang tidak membawa kemajuan kepada yang membawa
kemajuan. Dalam hal ini, muhasabah menggunakan mekanisme agama sangat-sangat
penting. Penutup Model-model yang dikemukakan di dalam pelajaran ini bukanlah

bersifat teoretikal semata-mata. Berpandukan nas-nas al-Quran dan hadis, jelas sekali
faktor-faktor yang membawa kepada kelahiran, perkembangan dan kemerosotan tamadun
seperti yang dibincangkan di dalam pelajaran ini adalah faktor-faktor yang sama yang
dipaparkan oleh kedua-dua sumber tersebut melalui perjalanan sejarah tamadun umat
silam. Latar belakang dan perjalanan sejarah tamadun umat silam sebenarnya menjadi
sebahagian daripada inti sari penting kandungan al-Quran.
Oleh itu, apa yang berlaku dalam ruang lingkup kosmologi tamadun umat silam
kesemuanya bersifat fungsional iaitu menjadi rujukan dan pengajaran kepada umat Nabi
Muhammad SAW dalam rangka memperkukuhkan sifat ubudiyyah atau perhambaan
kepada Allah SWT. Dari perspektif ini, falsafah al-Quran ternyata mengajak manusia
menjadikan sejarah sebagai rujukan paling baik dalam menilai perjalanan tamadunnya.
Pegangan agama ternyata menjadi faktor paling penting yang menentukan pembinaan,
perkembangan dan kemerosotan tamadun manusia. Pada umumnya, agama bukan hanya
membekalkan kepada manusia nilai-nilai ketuhanan, tetapi turut membekalkan peraturanperaturan sebagai panduan kepada manusia dalam konteks hubungan kemanusiaan. Di
samping itu, agama juga menyediakan bimbingan kerohanian dan pengisian emosi supaya
manusia dapat menjalankan fungsinya sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya, dan
seterusnya menepati ciri-ciri madani yang secara fitrah telah sedia wujud dalam dirinya.

Vous aimerez peut-être aussi