Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah
mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat
para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama
zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka
menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara
mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin.
Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai
membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis
Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk
mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka
bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun
"Oh" ?
PRAKATA
Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta
salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat.
Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya
ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama
Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula
dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang
mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan
perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh
umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang
melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada
dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali
bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada
serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam,
sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang
biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang
beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai"
(Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab
penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam
Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum.
Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang
sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan
dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan
tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan
mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri.
Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was
kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang
kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan
mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulamaulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua
ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!
Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana
Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah
menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap
kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)
dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun
bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira
diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira
dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"
Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada
tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada,
yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini
adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya.
Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf (perbezaan pendapat
para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang
muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya
akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang
berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini,
semoga ianya menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para
"ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat
dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah
merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi
ingin saya kemukakan 3 kenyataan:
1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibolehkan.
Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madh'
(puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga dibenarkan, begitu juga dengan
kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara seUmmah adalah
dibenarkan dan digalakkan.
2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal
tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar
orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka.
3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang
berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang
tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan
Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda
beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh
memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada
hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan
membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.
Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut
Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.
Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).
Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang
mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada
mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah
akan mencintai kamu" (3:31)
2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).
Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai
Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan
cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan
taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda
sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah
(s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin
dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada
anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari
Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri
kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku
sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah
(s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat alQuran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56).
Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah
kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada
dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada
Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.
2-2 Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda
Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah
(s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan
itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib
telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam
Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang
termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api
yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis
didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu
al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada
Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar
iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila
baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari
kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut,
kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi
anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan dan baginda bersabda: Adam
dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini
merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah
(s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama
telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta
bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu
Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan
perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah
khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi
baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin
kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati
sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin,
bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan
akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh
dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal pada hari
Isnin" dibawah)
lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari
'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada
hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya
dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah
tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup
terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut
('Ashura) dan hari sebelumnya.
2-7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik
KETUJUH: Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat
baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il),
khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui
oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda,
iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda
dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk
memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan
redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia
untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah
sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.
Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang
panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w) semasa baginda menakluki dan memasuki Makkah, dan
Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar
Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau
memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah
apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga pernah meminta
Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang
untuk membaca syair puji-pujian yang mengandungi 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi
Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair memuji baginda (s.a.w) dan beliau amat
menyenanginya."
Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi (s.a.w):
Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya seorang yang telah hilang segala
deria rasa Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan
kekal didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat Dan
untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.
kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan
dibenarkan.
2-12 Nabi (s.a.w) Meraikan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of
Prophets]
KESEMBILAN: Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam hadith mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabinabi yang terdahulu. Baginda (s.a.w) juga membesarkan hari Jumaat kerana pada hari itu menurut
baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Jumaat dimuliakan
kerana ianya merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan kerana ia
merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan
hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi bersabda,"Sesungguhnya
Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi
merupakan sesuatu antara tanah dan air." Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi
dalam Dala'il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith yang hasan lagi
sahih.
2-13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin
Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz
(Pengkebumian), Bukhari mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal
pada hari Isnin'; didalam topik tersebut tercatat, hadith daripada A'isha yang menceritakan mengenai
pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi (s.a.w) wafat?" Beliau menjawab,"
Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini
hari Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya Allah, agar mematikan
aku pada hari Isnin sama seperti hari wafatnya Nabi (s.a.w)."
Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar kematiannya jatuh pada
hari Isnin? Supaya hari meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat
barakah pada hari tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang keinginan Abu
Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah hari tersebut? Kenapa
sekarang ramai orang yang menolak keutamaan menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi
(s.a.w) untuk mendapatkan barakah?"
2-14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi
Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz', al-Haythami didalam
kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan Mikraj, Nabi
(s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat di Baitul Laham
(Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda (s.a.w),"Tahukah kamu dimana
kamu telah bersolat sebentar tadi?" Apabila Nabi bertanya kepada
Jibril,"dimana?"Jibril pun menjawab,"Kamu telah bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."
Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui
perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh
sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap
batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."
berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga,
Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."
tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang
penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa
untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat
'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini
juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh alKhamis.
8-2 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on
the Meetings of Dhikr]
Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh
didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd
al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan
berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan
serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuknunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah
perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi
Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam
Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta
berdoa."
8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi
'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan
pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul
Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata
tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir
membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah
menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan
malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi
kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar
dan malam yang tidak ternilai."
8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and
Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]
Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul
Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya
mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi
jawapan secara bertulis:
Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak
pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah.
Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji
dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.
Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar
shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan
tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong
didalam bida'ah hasanah.
Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh
digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi
berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari
kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka,
kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah
diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan
kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita
kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya
bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai
jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran JUSTERU ITU
RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI,
RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA
HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA
TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG
TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT
KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA
MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA
SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.