Vous êtes sur la page 1sur 21

EDU

3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

1.0. PENDAHULUAN

1.1. Konsep Bimbingan dan Kaunseling


Definisi Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menegaskan peranan penyesuaian
mengikut Mathewson :
Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui
prosedur pendidikan dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan
potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan
lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan
moral.
Disamping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang dihadapi
oleh individu itu semata-mata. Maka dengan itu, James telah menyatakan bahawa:
Fokus bimbingan ialah individu tersebut, bukan masalahnya. Tujuan bimbingan
ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk arahan kendiri.
Bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang, iaitu yang
telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan ke arah yang dituju,
apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan
cara yang paling baik, ia menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam
hidupnya.
Daripada pengertian ini, saya mendapati bahawa bimbingan itu meliputi kaunseling.
Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai sumber,
seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan maklumat, ujian, lawatan, ujian

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang akan menolong murid membuat
pilihan berhubung dengan perancangan dan objektif pendidikan.
Ada baiknya juga jika dibezakan bimbingan dengan tugas-tugas guru yang lain. Di
antara tugas-tugas ini ialah, pengajaran, kaunseling, penyelidikan dan pentadbiran.
( Jones ) = pengajaran ialah tentang hal-hal yang berhubung dengan menolong murid
belajar.
( Ibid ) = kaunseling meliputi perihal menolong murid mengembangkan kebolehannya
dan menyelesaikan masalah-masalahnya sendiri.
( Cribbin ) = mengatakan bahawa penyeliaan bertanggungjawab memberikan pucuk
pimpinan untuk memperbaiki pengajaran.
Pentadbiran pula ialah tentang kawalan, arahan dan pengurusan sekolah, iaitu
penyediaan keadaan-keadaan yang memudahkan pembelajaran.
Seterusnya jika dilihat analisis pengertian bimbingan yang telah diberikan oleh penulispenulis dan pakar-pakar bimbingan yang lain yang telah dibincangkan, saya endapati
bahawa pengertian-pengertian mereka yang berbeza-beza itu membawa tujuan-tujuan
yang berbeza dan yang serba merangkumi.
Pepinsky & Pepinsky dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan kaunseling adalah
satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya.
Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan membantu klien mengubah
tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya.
Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit,
tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain.
Shertzer dan Stone (1974) dalam Abdul Ghani Sulaiman (2003) menegaskan bahawa
kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu ini memahami diri dan
situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan
nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambilnya
untuk masa depannya.
Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) kaunseling membawa
maksud sebagai satu perhubungan interpersonal yang digunakan oleh kaunselor
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

membantu individu secara keseluruhan untuk menyesuaikan diri dengan lebih berkesan
terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap persekitarannya.

Maklumat Murid

2.0. LAPORAN ANALISIS [ SWOT ]


2.1. Maklumat Murid Kajian

NAMA MURID

Muhammad Hafiz Bin Mazlan


KAD PENGENALAN :
061222-02-0349
TARIKH LAHIR

22 Disember 2006
TEMPAT LAHIR

Hospital Sultan Abdul Halim


ALAMAT RUMAH

No 13, Lorong Intan A/8, Taman


Mewah, Sungai Petani, Kedah.
KELAS

Tahun 3 Intan
NAMA AYAH

Mazlan Bin Abu Bakar


PEKERJAAN

Pemandu Lori
MASALAH
- Pasif
- Temper Tantrum
- Suka Menyendiri
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

- Kurang Sosial

3 - Masalah Komunikasi

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

2.2. Laporan Analisis Bimbingan Terhadap Kes Murid


Berdasarkan kes yang telah dialami murid kajian, saya telah memfokuskan skop kajian
saya kepada masalah tingkah laku yang dialami murid ini semasa di dalam kelas. Mohd
Hafiz Bin Mazlan merupakan seorang murid aliran perdana bagi kelas 3 Intan.
Berdasarkan pemerhatian dan beberapa temubual bersama guru-guru subjek kelas 3
Intan, Mohd Hafiz merupakan murid yang bermasalah dari segi tingkah laku, tidak kira
sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Masalah tingkah laku yang dialami oleh Mohd Hafiz adalah temper tantrum iaitu
mengamuk atau marah yang melampau. Perkara ini sering diberi perhatian oleh guruguru subjek kelas 3 Intan. Mohd Hafiz akan bertindak untuk mengamuk sekiranya
dimarahi oleh guru ataupun rakan-rakan. Apabila dalam keadaan marah atau mengamuk,
Mohd Hafiz akan memukul dan merosakkan harta benda di sekelilingnya. Bukan itu
sahaja, dia juga akan bertindak untuk mencederakan rakan-rakannya yang lain.

Berdasarkan kajian di Colorado State University Extension, oleh R.J. Fetsch and B.
Jacobson mengatakan bahwa tantrum biasanya terjadi pada usia 2 sampai 3 tahun
ketika anak-anak membentuk kesedaran diri. Kanak-kanak masih belum cukup
memahami kata aku dan keinginan dirinya tetapi sangat mudah untuk tahu
bagaimana memuaskan apa yang diinginkan. Tantrum adalah hasil dari energi tinggi
dan kemampuan yang tidak mencukupi dalam mengungkapkan keinginan atau
perlakuan dalam bentuk kata-kata.
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

Di samping itu, berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah saya buat, Mohd Hafiz
didapati mengalami beberapa sifat-sifat temper seperti yang dinyatakan oleh guru-guru.
Sebagai bukti, saya telah melihat sendiri Mohd Hafiz cuba untuk mencederakan
rakannya dengan menggunakan penyapu dan pensel semasa dia mengamuk. Selain itu,
dia juga nyaris-nyaris memanjat dan cuba untuk terjun daripada pagar ruang legar di
hadapan kelasnya. Mujurlah saya sempat untuk menghalang perbuatan tersebut dengan
menariknya masuk ke kelas semula. Justeru, beberapa analisis perlu saya lakukan lagi
bagi mengenalpasti masalah dan punca kepada masalah ini.
2.3. Grafik [ Strength, Weakness, Opportunities, Threats ]

Strength

Weakness

- Boleh membaca dan memahami arahan


dengan baik semasa di dalam kelas.

- Mudah mengamuk sekiranya diganggu


dan terlalu tertekan.

- Sentiasa patuh pada setiap arahan yang


disampaikan guru.

- Marah dan bersikap destruktif sekiranya


dimarahi keterlaluan.

- Berpakaian kemas dan lengkap ketika


hadir ke sekolah.

- Sentiasa pasif di dalam kelas dan hanya


menerima arahan sahaja.

- Tidak mengganggu rakan semasa sesi


pembelajaran.

- Kurang memberikan maklumbalas


sekiranya disoal dalam sesi P&P.

- Mendengar dengan baik.

- Tidak dapat mengawal diri sekiranya


marah sehinggakan boleh mencerderakan
rakan-rakan.

- Boleh bercampur dengan rakan-rakan


terutamanya dalam aktiviti kumpulan.
- Memberi pertolongan apabila diminta
oleh rakan-rakan dan juga guru.

Opportunities

- Berindak terburu-buru dalam keadaan


yang tidak dijangka.

- Bertindak
secara membahayakan diri .
- Galakkan murid
untuk berkomunikasi
semasa sesi Pengajaran- dan
Guru perlu merancang waktu lain selain
Pembelajaran.
waktu PdP untuk melaksanakan
intervensi
atau kaunseling.
- Rancang satu aktiviti yang
melibatkan

Threats

o t

murid dengan murid yang


lain.
- Penggunaan
masa yang banyak
diperlukan bagi mengenalpasti punca
- Libatkan murid dalam aktiviti
masalah
murid.
berkumpulan semasa guru
mengajar.

- Pengeluaran
- Laksanakan satu intervernsi
atau sesi kos sampingan dalam
membantu murid untuk menangani
kaunseling terhadap murid.
masalah.
- Banyakkan aktiviti seperti Bermain
- Murid lain akan bertindak meminggirkan
Sambil Belajar bagi menyeronokkan
murid ini sekiranya diketahui mempunyai
murid.
masalah.
- Bantu murid menangani masalah atau
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
- Wujud situasi yang berat sebelah dalam
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1 sekiranya mengalami
stress.
5
PdP disebabkan fokus yang berlebihan
- Kenalpasti punca masalah
murid.
kepada
murid ini.

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

STRENGTH

Peranan Guru Biasa

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

WEAKNESS

Sw

- Guru kerap berjumpa


dengan
- Waktu
bersemuka terhad kepada
murid memandangkan
guruPdP
akansahaja dimana guru
waktu
masuk ke kelas pada setiap
waktukepada kelas dan
fokus lebih
subjek.
bukannya murid kajian.
- Lebih memahami latar
belakang
- Kaedah
peneguhan yang sama
murid kerana mempunyai
tetap masa
digunakan tanpa ada
yang banyak bersamapenambahbaikkan
murid.
pada setiap kali
tingkah
laku negatif ditunjukkan
- Mudah untuk menegur
tingkah
murid
kajian.
laku murid pada setiap
kali sesi
PdP berlangsung. - Guru sudah letih dengan sikap
murid
dan beranggapan murid
- Mengetahui asam garam
tingkah
akan berubah
laku murid dan peneguhan
yang sendiri sekiranya
seharusnya diberikan.dewasa kelak.
- Menggunakan kaedah dendaan
- Lebih mengetahui perkembangan
memberi
tekanan
pada
murid.
- Gurudari
perlu
mengadakan
- yang
Murid-murid
satu sesilain
berasa
tidak
murid
semasa
ke
semasa.
slot khas bersama murid
puas semasa
hati kerana layanan yang
sesi PdP sebagai intervensi.
tidak adil kepada mereka.

THREATS
OPPORTUNITIE
- Menggunakan kekuatan
- Gurumurid
kaunseling akan mengadu
S
sebagai pemangkin bahawa
untuk dia
tugas mereka telah diambil

ot

berubah kea rah yang


alihlebih
olehbaik..
guru-guru.

- Mengaplikasi kaedah
- Murid
peneguhan
terlalu bergantung kepada
yang berbeza dari sebelumnya
ganjaran peneguhan yang
mengikut tahap perubahan
diberikan
tingkah
guru untuk
laku murid.
menunjukkan tingkah laku positif.

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

- Menggantikan dendaan
- Bekerja
kepada
lebih masa serta terpaksa
bentuk nasihat dan teguran
berkorban wang, masa dan tenaga
membina kepada murid.
untuk menjalankan intervensi
murid.
6 ilmu bersama
- Berkongsi
kaunselor
mengenai teknik yang sesuai.

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

STRENGTH

ling Kemahiran Asas

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

WEAKNESS

Sw

- Hubungan antara kaunselor


dan
- Terlalu
berpusatkan klien di mana
klien lebih mesra dan membolehkan
guru perlu memenuhi kehendak
sesi kaunselaing dapat dijalankan
klien seperti keadaan yang
dengan lancar dalam keadaan yang
kondusif dan ke arah perubahan
teraputik.
tingkah laku.
- Langkah-langkah kaunseling yang
sistematik dan jelas. - Konsep kendiri pelajar tidak
sepadan dengan pengalaman
- Memberikan kemahiran berfikir
sebenar. Murid tersebut akan
secara positif untuk berhadapan
memutarbelitkan realiti.
dengan masalah yang akan mereka
hadapi pada masa akan
datang.
- Memerlukan
jangka masa yang
panjang untuk dilaksanakan
- Klien dapat memajukanagak
diri melalui
memandangkan kaunselor perlu
cara berfikir yang positif.
mengikuti rentak pelajar serta
- Kaunselor menggalakkan
klien
mendengar
semua luahan pelajar.
untuk
berfikiran
rasional
dan
positif.
- Guru
berpeluang
-untuk
Murid
mengenali
lain
akan berasa tersisih
murid dengan lebihkerana
mendalam
pemberatan
dari guru lebih
segi dalaman mahupun
kepada
luaran.
murid yang mengalami
masalah sahaja.
- Mengamalkan sikap optimis dalam
apa jua keadaan situasi
- Kos perbelanjaan
serta
bagi sesi terapi
masalah berkaitandan
emosi
intervensi
dan
yang ditanggung oleh
tingkahlaku.
guru serta penggunaan masa yang
berlainan akan membebankan.
- Mengembangkan bakat sedia ada
atau terpendam murid
- Ibu bapa
bagi akan merasa tidak puas
kegunaan yang sesuai.
hati atas sikap guru yang
mengatakan anak mereka
- Mendapatkan bantuan ibu bapa dan
mempunyai masalah.
bagi menangani masalah murid
semasa di rumah -atau
Murid
di sekolah.
akan merasakan dirinya
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1
bermasalah dari murid-murid lain
7
- Mengaplikasi
pelbagai jenis
kerana sesi kaunseling yang diikuti.
intervensi dan terapi yang sesuai.

OPPORTUNITIE
S

THREATS

ot

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

WEAKNESS

Sw

- Murid didedahkan dengan


sikap kerjasama dari rakan
- Memerlukan
yang positif dan negatif
dalam
guru
yang lain bagi mendapatakan
kehidupan seharian. maklumat yang sahih mengenai
keberkesanan intervensi.
- Guru dapat melihat perubahan

rvensi Kaunseling

STRENGTH

tingkahlaku yang dialami


oleh
- Guru
perlu berhati-hati ketika
muridnya itu.
menjalankan intervensi yang
melibatkan
- Membimbing murid dengan
gaya keibubapaan agar ia
tidak menyentuh isu-isu yang
yang betul akan membuatkan
terlalu sensitif.
mereka lebih serasi dengan
persekitaran disekolah
pada
-Memerlukan
kemahiran yang tinggi
amnya..
bagi mengendalikan intervensi
supaya
ianya berkesan secara
- Bantu guru kelas dapat
kenalpasti
efektif.
sebarang masalah yang
dihadapi
oleh murid dan memberi
respon
- Beban
ditanggung sepenuhnya oleh
dengan
kepada
murid
- Gurusertajuga merta
boleh- Kekangan
melibatkan
masa,
murid
dan kos
kaunselor
dalamtenaga
menjalankan
yang
menghadapi
masalah.
dengan
program-program
kepada
guru
anjuran
untuk
menjalankan
intervensi
dan
kaunseling.
Pejabat Pelajaransetiap
Daerah
sesidan
intervensi atau aktiviti.
Jabatan Pelajaran Negeri serta
- Penyediaan borang ujian dan laporan
Kementerian dengan mengambil
perkembangan kaunseling murid dari
bahagiann dalam acara-acara yang
semasa ke semasa.
dipertandingkan.
- Perlu menghadiri kursus kemahiran
- Kursus-kursus kesedaran diadakan
daripada tenaga pakar dan yang
untuk meningkatkan tahap kesedaran
berkemahiran dalam intervensi
rasa kebertanggungjawaban murid
kanak-kanak.
terhadap kejayaan mereka sendiri.
- Ibu bapa akan berasa kecewa
- Murid boleh didedahkan dengan
sekiranya mengetahui anak mereka
beberapa ujian personaliti yang
perlu menjalani intervensi disebabkan
bertujuan untuk mengenali kekuatan
masalah tingkah laku.
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
diri
sendiri.
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1 dan kelemahan
8

OPPORTUNITIE
S

THREATS

ot

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

2.3.1. [ i ] Faktor Kepada Masalah [ PERANAN GURU BIASA ]

FAKTOR PERSEKITARAN. Hal ini kerana guru gagal


menyediakan persekitaran yang kondusif dan teraputik. Sesetengah
kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi
bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Selaras dengan Model Ginott
pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif penting untuk disiplin
yang baik serta membantu komunikasi berkesan antara guru dan
murid.
FAKTOR TUGASAN yang diberikan
juga menyebabkan kanakkanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan
kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang
ditunjukkan. Kekurangan aktiviti yang membina akan
menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Contohnya, guru
bukan hanya setakat memberi buku kepada muridnya tetapi perlu
mengajar kemahiran yang perlu bagi melakukan aktiviti.

FAKTOR DIRI GURU guru yang kurang prihatin terhadap muridmurid, gaya kepimpinan guru serta kaedah dan bahan pengajaran
guru. Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1999), menyatakan bahawa
tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid adalah wujudnya
proses demoralizing di dalam kelas. Demoralizing adalah proses
yang meruntuhkan moral murid sehingga mereka merasakan diri
tidak berguna, tidak dihormati dan tidak dihargai.
FAKTOR KOMUNIKASI diantara guru dan ibu bapa dengan
murid-murid juga boleh menyebabkan berlakunya masalah tingkah
laku terbabit. Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar
tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang
kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh
berkomunikasi dengan baik.

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

FAKTOR SEKOLAH Saiz sekolah juga memberi kesan kepada


guru dan murid. Sekolah yang besar atau keadaan bersesak-sesak
mempunyai pertalian yang disignifikan dengan masalah tidak
berdispilin ( Balley,1971 dan Reynolds, 1977 ). Menurut Dunhill
(1965) mendapati keadaan dalam kelas yang tidak dikelolakan
dengan baik akan menimbulkan disiplin kerana keadaan demikian
akan menimbulkan watak yang kurang baik di kalangan murid.
[ ii ] Faktor Kepada Masalah [ KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING ]
FAKTOR DIRI MURID Menurut Haliza Hamza dan Joy Nesamalar Samuel
(2008), menyatakan latar belakang murid dilihat berdasarkan asuhan yang
diterima, taraf ekonomi keluarga, bilangan ahli keluarga, tempat tinggal,
jiran, rakan sebaya dan media masa yang mempengaruhi sikap dan tingkah
laku murid terhadap sekolah. Misalnya, sesetengah ibu bapa bersikap sangat
tegas terhadap anaknya. Ini akan mempengaruhi setiap fasa dalam
kemahiran asas kaunseling.
FAKTOR KELUARGA Kajian Harbans Kaur (1982) dan K.Kandiah (1982)
mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian
mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba
kekurangan. Mengikut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang
menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak
mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.

FAKTOR DIREKTORI KEPAKARAN pula merujuk kepada kepakaran guru


pembimbing atau kaunselor untuk mengaplikasikan kemahiran asas
kaunseling dengan efektif secara optimum. Kegagalan kaunselor untuk
menggunakan kemahiran tersebut dengan sebaiknya boleh mengakibatkan
sesi kaunseling menjadi tidak berkesan ataupun gagal. Kepakaran dalam
menggunakan teknik dan kemahiran asas kaunseling merupakan tunjang
kepada kejayaan sesuatu sesi kaunseling.
FAKTOR KEWANGAN mejadi titik tolak dalam memulakan dan
menjalankan sebarang aktiviti. Setiap fasa dalam kemahiran asas kaunseling
sudah tentu memerlukan kos dalam bentuk kewangan mahupun sumbangan.
Oleh itu, kekangan dalam aspek kewangan ini boleh menyebabkan setiap
perjalanan atau prosedur dalam kemahiran asas kaunseling ini boleh
terganggu atau tidak dapat diteruskan. Justeru, ianya akan menjadi sekadar
melepaskan batuk di tangga.
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

10

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

FAKTOR MOTIVASI merupakan aspek terpenting dalam memastikan


perjalanan sesuatu sesi kaunseling yang berkesan dari semasa ke semasa.
Murid dan kaunselor yang tidak bermotivasi untuk berubah dan mengubah
murid menyebabkan perjalanan sesuatu kaunseling menjadi sia-sia. Sebarang
tindakan yang dilakukan memerlukan motivasi dari dalam individu masingmasing terlebih dahulu sebelum ianya dapat dilaksanakan dengan berjaya.

[ iii ] Faktor Kepada Masalah [ INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK ]


FAKTOR FIZIKAL MURID merupakan salah satu punca kepada kegagalan
intervensi kanak-kanak. Murid Pendidikan Khas merupakan salah satu
golongan yang disahkan mengalami kecacatan dari segi kognitif. (Heward &
Orlansky ,1980) Kanak-kanak Khas perlu dibantu untuk mencapai potensi
maksima mereka dari segi jasmani, emosi, sosial dan interlek dengan
menyediakan pendidikan yang dirancang secara individu dan sistematik.

FAKTOR MASA merupakan penentu bagi segala keberkesanan intervensi


yang dijalankan. Pengagihan dan pengurusan waktu intervensi yang tidak
teratur akan menyebabkan murid atau klien mula berasa ragu-ragu atau
bosan dengan sikap kaunselor sekaligus menyebabkan mereka mengambil
keputusan untuk tidak meneruskan sesi intervensi lagi.

FAKTOR JENIS INTERVENSI sedikit sebanyak menyumbang kepada


kejayaan atau kegagalan sesuatu intervensi yang dijalankan. Intervensi yang
dirancang perlulah dilaksanakan terhadap masalah yang bersesuaian agar
masalah yang ingin ditangani dapat ditangani dengan berkesan dan efektif di
samping pada kadar yang paling optimum.

FAKTOR SUMBER MAKLUMAT memainkan peranan penting dalam


menentukan jenis intervensi yang sesuai dan efektif. Sumber maklumat yang
tidak sahih dan tidak tepat boleh mengundang kepada perancangan intervensi
atau terapi kaunseling yang tidak bersesuaian sekaligus menyebabkan
masalah dan sesi terapi menjadi lebih teruk dan tidak berjaya. Pemerolehan
maklumat perlulah berdasarkan kaedah yang sesuai dan bertepatan dengan
kajian kes yang sedang dikaji.
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

11

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

FAKTOR KERJASAMA IBU BAPA merupakan salah satu faktor lain yang
boleh menjadi punca kepada keberkesanan intervensi yang dirancang.
Kerjasama ibu bapa dan kaunselor bagi meneruskan intervensi yang di
rancang semasa di rumah dapat memberikan kesan kepada kadar kemajuan
tingkah laku anak-anak. Kerjasama ini dapat diibaratkan sebagai pemangkin
dalam hal melaksanakan intervensi.
2.3.2. Analisis [ SWOT ] Terhadap Masalah Dikaji
Berdasarkan pengagihan setiap aspek mengikut jadual SWOT yang telah dibuat dan
faktor-faktor yang dikemukakan ternyata terdapat pelbagai halangan dan cadangan
dalam melaksanakan bimbingan dan kaunseling terhadap masalah tingkah laku yang
dialami Mohd Hafiz. Walaubagaimanapun, jika dilihat kepada peluang-peluang yang
ada, kaunselor atau guru pembimbing perlu bijak dalam merancang intervensi dan
terapi terhadap Mohd Hafiz. Guru seharusnya berusaha meminimumkan penggunaan
kos yang ada di samping mendapatkan kerjasama serta bantuan dari pelbagai pihak
dalam melaksanakan sesi kaunseling tersebut. Sudah menjadi ragam dalam
melaksanakan sesuatu perkara untuk mengeluarkan tenaga dan kos. Justeru dengan
perancangan yang lebih baik sudah tentu ianya akan berjaya.
Seterusnya kita lihat dari aspek kelemahan-kelemahan atau ancaman yang bakal
diterima sekiranya ingin melaksanakan proses kaunseling dan intervensi terhadap
Mohd Hafiz, tidaklah begitu menyukarkan proses pelaksanaan tersebut sekiranya
guru bijak dalam menangani ancaman-ancaman tersebut. Sebagai contoh, murid
akan berasa dirinya bermasalah sekiranya mengetahui dia mengikuti sesi kaunseling
dapat diatasi dengan menggunakan peranan rakan sebaya dalam sesi kaunseling
seperti kaunseling berkelompok. Dengan itu, barulah murid tidak begitu berasa lain
atau terpinggir daripada rakan-rakannya yang lain. Kesimpulannya, beberapa
ancaman telah dapat diatasi hanya dengan mengaplikasi teknik bimbingan yang
sesuai terhadap sesi kaunseling dan intervensi adik Mohd Hafiz.
Akhir sekali dari aspek kerjasama ibu bapa dan pengeluaran kos dapat ditangani
sekiranya guru atau kaunselor membina hubungan yang mesra dan baik terlebih
dahulu sebelum memulakan sesi kaunseling terhadap anak mereka. Secara tidak

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

12

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

langsung, barulah ibu bapa sedar akan tujuan kaunselor tersebut hanya ingin
membantu anak mereka dan bukan mengasingkan atau mengkategorikan mereka
sebagai bermasalah. Bagi pengeluaran kos pula, guru boleh menggunakan bahan
sedia ada yang terdapat di sekolah mahupun mendapatkan sumbangan daripada
pihak-pihak tertentu seperti guru-guru subjek kelas Mohd Hafiz. Ianya bukan sahaja
bertujuan membantu murid tersebut malah membantu guru-guru menangani masalah
temper Mohd Hafiz di dalam kelas semasa sesi PdP mereka berlangsung.

3.0. ESEI Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan Dalam


Menangani Masalah Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah
BERDASARKAN ANALISIS MURID
Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942)
membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai
potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri
tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Rogers (1987) juga menolak andaian
bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh dipercayai,perlu dipaksa, digalakkan,
diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan diuruskan oleh orang lain yang
lebih berkuasa, lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu. Ia yakin
bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai satu kecenderungan dan
keupayaan semula jadi untuk berkembang.
Beliau juga telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang
kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika
terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika
seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat
menemui kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama ciri-ciri positif di
dalam diri seseorang. Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu
mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang
membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu
yang baik.
Dalam kajian kes masalah tingkah laku dihadapi oleh Mohd Hafiz yang mendakwa
dirinya saya memang tak boleh berubah, dah macam tu dah. Apa nak buat ?.
Pendekatan afektif melalui Teori Pemusatan Klien (Client Centered) Carl R. Rogers

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

13

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

amat sesuai digunakan. Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan


menyatakan manusia akan sentiasa berubah kearah kebaikan sekiranya diberikan
bantuan untuk mencapai tujuan tersebut dengan mementingkan hubungan yang rapat
antara kaunselor dengan kliennya. Kewujudan satu iklim interaksi yang penuh dengan
penerimaan dari kedua pihak kaunselor dan kaunselor boleh menjamin perasaan yang
terpendam diluahkan secara mudah tanpa sekatan. Memandangkan Mohd Hafiz
merupakan murid yang mengalami temper tantrum maka dengan mengaplikasikan
teori ini, sekaligus ianya dapat menangani masalah tingkah laku yang dialami oleh
Mohd Hafiz.
Dalam teori pemusatan perorangan ini telah menekankan sifat kongruen (Congruent)
dalam diri kaunselor. Walaubagaimanapun sikap ini tidak terhad kepada golongan
kaunselor sahaja malah juga kepada guru-guru biasa. Merujuk kepada kes yang
dialami oleh Mohd Hafiz, guru-guru hendaklah berada dalam keadaan kongruen bagi
menangani masalah temper yang dihadapi oleh Mohd Hafiz. Keadaan kongruen ialah
dimana perlakuan luaran sama dengan dalaman. Ini kerana Mohd Hafiz mungkin
mengalami situasi yang tidak kongruen, jadi guru terbabit haruslah memastikan
dirinya kongruen terlebih dahulu dan terlibat dalam hubungan kaunseling. Justeru,
sikap berprasangka buruk guru terhadap murid dan berpura-pura ini dapat dikikis dari
semasa ke semasa.
Selain itu, teori ini juga mengamalkan sifat tidak mengarah (Non-Directive) di mana
guru tidak seharusnya sama sekali menyoal, memberi nasihat, atau mentafsir
pemikiran, perasaan dan tingkah laku murid sebaliknya guru perlu mendengar secara
aktif dan memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling. Berdasarkan
analisis masalah tingkah laku Mohd Hafiz, guru-guru tidak seharusnya kerap memberi
nasihat dan mentafsir pemikiran serta perasaannya mempunyai masalah. Hal ini
kerana, perkara tersebut hanya mendorong Mohd Hafiz untuk lebih cepat marah dan
mengamuk. Guru seharusnya mendengar kepada masalah yang dialami Mohd Hafiz
dan memberi dorongan yang wajar.
Corey (2000) menyatakan bahawa manusia dilihat sebagai rasional dan mempunyai
keupayaan untuk menentukan nasibnya sekiranya diberikan persekitaran yang
menggalakkan pertumbuhan manusia. Oleh itu. Merujuk semula dengan kes yang
dialami Mohd Hafiz, salah satu faktor kepada masalah yang dialaminya juga
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

14

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

disebabkan persekitaran yang tidak kondusif atau kurang menggalakkan. Oleh itu,
dalam teori yang dikemukakan oleh Carl Rogers, persekitaran memainkan peranan
dalam membina hubungan yang baik antara kaunselor dengan klien. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa guru seharusnya mewujudkan suasana yang kondusif terhadap
Mohd Hafiz dan bukannya persekitaran yang boleh menimbulkan tekanan.
Contohnya, sesi Pengajaran dan Pembelajaran guru perlu lebih suasana yang ceria dan
berpusatkan aktiviti murid dan bukannya situasi di mana guru memonopoli seluruh
sesi PdP.
Di samping itu, dalam menangani masalah yang dialami oleh Mohd Hafiz, teori
perorangan telah menekankan konsep penerimaan positif tanpa syarat. Seseorang
kaunselor mestilah menerima klien mereka seadanya tanpa apa-apa syarat yang
dikenakan. Kaunselor harus menerima mereka sebagai seorang yang berpotensi
menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi. Begitu juga dengan guruguru subjek Mohd Hafiz. Guru seharusnya memberi layanan yang adil serta menerima
keadaan Mohd Hafiz seadanya tanpa bersikap prejudis yakni perlu yakin bahawa dia
berupaya dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih baik sekiranya diberi
motivasi dan dorongan yang wajar. Sehubungan dengan itu, guru seharusnya
mengelak sikap menghukum Mohd Hafiz malah mengganggapnya sebagai seorang
yang berhak mendapat layanan tulen. Guru-guru boleh menggunakan kekuatan yang
ada dalam diri Mohd Hafiz sebagai dorongan utama untuk dia berubah dan berjaya.
Dalam memastikan perkara tersebut secara efektif, guru perlu menyedari sekaligus
meningkatkan potensi Mohd Hafiz.
Selain daripada itu, Carl Rogers sentiasa menekankan aspek empati dalam diri
kaunselor semasa memberikan kaunseling kepada kliennya. Empati bermaksud cuba
menyelami dunia klien untuk mengalami situasi yang sedang dilalui oleh klien serta
menghayati perasaan yang sedang dirasainya ketika itu. Tambahan pula empati juga
adalah satu proses yang penting dalam mewujudkan hubungan terapeutik pada klien
(Roger, 1975). Dalam kes yang dialami oleh Mohd Hafiz, layanan yang kerap
diberikan oleh guru-guru kelas lebih kepada tegas. Guru tidak memberi ruang
kepadanya untuk bercakap atau menerangkan sebab mengapa dia melakukan perkara
tersebut. Contohnya, keluar dari kelas tanpa kebenaran guru. Antara kemahiran yang
perlu diterapkan guru berdasarkan teori ini adalah kemahiran melayan. Mimik muka
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

15

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

dan postur badan merupakan indikator kepada murid bahawa guru sedang memberi
tumpuan kepada apa yang diperkatakan dan dirasai. Mohd Hafiz seharusnya diberi
ruang untuk bercakap dan guru menegurnya secara lebih mesra dan bukan
memarahinya. Dengan ini barulah dia berasa selesa dan puas hati dapat meluahkan
segalanya kepada guru sekaligus mewujudkan rasa percaya dalam dirinya. Bukan itu
sahaja, anggukan kepala, konteks mata, senyuman, nada suara, jarak fizikal yang
sesuai dan sentuhan bahu juga penting dalam mewujudkan hubungan yang terpeutik.
Justeru hubungan tegang antara murid dengan guru dapat dielakkan sekaligus masalah
temper yang dialami Mohd Hafiz dapat ditangani dengan efektif.
Sehubungan dengan itu, menurut Rogers klien atau individu itu bermasalah adalah
berpunca daripada konsep kendirinya. Oleh itu, bagi membantu murid seperti Mohd
Hafiz guru perlulah membantunya meneroka diri dan masalahnya. Ini kerana, ciri
utama dalam pemusatan perorangan menekankan tentang tanggungjawab untuk
mendapatkan kesedaran diri individu dan bergerak ke arah satu keadaan yang boleh
memberinya kelegaan dan menguntungkan dirinya dalam keadaan yang sebenar.
Justeru itu, untuk mencapai keadaan tersebut pendekatan pemusatan perorangan
memberi fokus kepada fenomena dan dunia dalaman klien (Othman Muhd, 2000).
Dalam memberi fokus kepada fenomena dan dunia dalaman murid adalah merujuk
kepada konsep kendiri iaitu dalam diri individu terdapat Ideal Self dan Real Self. Ideal
Self merujuk kepada sesuatu personaliti yang unggul yang dimanefestasikan melalui
nilai-nilai masyarakat dan pengalaman. Manakala Real Self merujuk kepada
keseluruhan diri sebenar individu atau dengan kata lain individu selesa menjadi diri
sendiri tanpa rasa takut dengan pandangan atau nilai yang diberikan oleh masyarakat
dan sedikitpun tidak memberi kesan pada dirinya. Oleh itu, guru kelas Mohd Hafiz
perlu bertindak sebagai cermin kepada diri Mohd Hafiz dengan mencari kekuatan
yang ada pada dirinya supaya dia sedar dan menghayati sifat dan ciri yang ada
padanya. Menurut Rogers, jika terdapat banyak persamaan di antara kendiri dengan
pengalaman (merujuk kepada persekitaran), maka seseorang akan mengalami
perasaan kongruen. Sebaliknya pula, bila terdapat banyak keadaan yang tidak sama di
antara kendiri dan pengalaman maka akan wujudlah keadaan tidak kongruen seperti
kerisauan, kekecewaan, kebimbangan dan ketegangan (Amir Awang, 1997).
Kesimpulannya, guru perlu bertindak sebagai fasilitator kepada murid dari semasa ke
AHMAD FADZLEE BIN DONALD
PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

16

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

semasa bagi mengelak masalah tidak kongruen seperti ketegangan dalam diri Mohd
Hafiz berlaku.
Seterusnya, teori perorangan yang dikemukakan Carl Rogers ada menyatakan
kemahiran membina hubungan diantara kauselor dengan klien. Di mana kaunselor
perlu menguasai kemahiran ini bagi memudahkan proses kaunseling di antara klien
dengan kaunselor. Melihat semula kepada kes kajian Mohd Hafiz, ternyata hubungan
di antara guru kelas dengan Mohd Hafiz tidak begitu mesra. Guru hanya lebih kepada
proses menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran tanpa menghiraukan hubungan
mesra dan erat di antara mereka dan murid-murid. Kemahiran membina perhubungan
ini merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah
untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara
kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi
perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama
yang positif. Begitu juga dengan kes Mohd Hafiz, guru perlu bijak membina
perhubungan yang mesra dalam sesi Pengajaran dan Pembalajaran bagi memastikan
murid seperti Mohd Hafiz sentiasa tenang dan merasai selamat bukan sahaja berada di
dalam kelas malah sepanjang berada di sekolah. Bukan itu sahaja, guru juga perlu
membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan
kemesraan dan bukannya suasana tegang dan terlalu strict atau terlalu formal.
Akhir sekali, adalah kemahiran dalam teori perorangan amat menitikberatkan
kemahiran komunikasi kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling. Tanpa
komunikasi yang baik adalah agak sukar bagi guru untuk menghapus tingkah laku
murid yang negatif dengan berkesan. Oleh itu, dalam menangani masalah temper
Mohd Hafiz sekiranya ditegur ini, guru hendaklah menggunakan perkataan-perkataan
yang mudah difahami oleh murid. lni adalah kerana bukan semua murid dating dari
latar belakang keluarga berpendidikan tinggi atau mempunyai pengetahuan yang
sama. Di samping itu juga, guru hendaklah mengelakkan penggunaan ayatayat yang panjang dan berbelit-belit kerana mengelakkan murid daripada keliru dan
tidak faham apa yang telah dikatakan oleh guru. Komunikasi bukan lisan pula
melibatkan gerak badan , kontak mata seperti kaunselor boleh mengangguk kepalanya
danduduk mencodong ke hadapan sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan lain-

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

17

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

lain gerak balas. Begitu juga dalam menggunakan teknik dorongan minima dalam
menggalakkan murid untuk bercakap dan meluahkan masalah yang dialami.
Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada murid
untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon dalam
bentuk ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan murid untuk
terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima dalam
bentuk perkataan adalah seperti bagus , teruskan,selepas itu, jadi, terangkan lagi,
oh , dan dalam bentuk anggota seperti sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi,
senyuman, ya dan lain-lain lagi. Dalam sesi kaunseling, tujuan dorongan minima
adalah untuk memberikan rangsangan kepada klien untuk terus bercerita. Di samping
ia menunjukkan kaunselor mendengar danfaham apa yang sedang diperkatakan oleh
klien. Ianya juga mempunyia situasi yang sama apabila berada di dalam bilik darjah
dan guru biasa memainkan peranan sebagai guru pembimbing untuk membimbing
murid seperti Mohd Hafiz.
( 1633 patah perkataan )

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

18

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

4.0. RUMUSAN KESELURUHAN


Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha
untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi,
akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid
menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat, dan
perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada murid
di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk
menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja,
menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping
membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong
murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha untuk
bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke
semasa.
Selain itu, kemahiran-kemahiran komunikasi interpersonal adalah sangat penting
kepada seseorang kaunselor. Ia bukan sahaja melicinkan proses bimbingan dan
kaunseling, manakala keberkesanan atau keberjayaan proses bimbingan dan
kaunseling adalah bergantung dengan kemahiran komuikasi interpersonal guru
kaunseling tersebut. Dengan komunikasi juga, seorang kaunselor dapat mengubah
sikap dan persepsi murid yang mengatakan mereka tidak boleh berubah. Sehubungan
dengan itu, gandingan komunikasi yang mantap, persekitaran yang kondusif dan
teraputik serta kemahiran asas kaunseling dikuasai dengan mantap sudah tetntu
mampu menentukan kejayaan sesuatu kaunseling.

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

19

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

Justeru itu, masalah pelanggaran disiplin sekolah di kalangan pelajar adalah perkara
yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci memandangkan mereka merupakan
bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai
keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan 2020. Disiplin diri
dikalangan pelajar adalah juga bertujuan untuk menjadi satu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, adil, liberal, progresif dan bertatasusila. Untuk melahirkan disiplin
yang baik di kalangan pelajar, kerjasama dan perhatian yang sepenuhnya dari semua
pihak adalah perlu tidak kira sama ada pihak guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan ,
masyarakat sekeliling dan pelajar itu sendidri.

5.0. RUJUKAN
Rujukan Buku :
Othman Mohamed (1996) Teori-teori Kaunseling dan Psikoterapi. Serdang: IDEAL
UPM.
Combs, A.W. (1989) A Theory of Therapy: Guidelines for Counseling Practise. Newbury
Park, CA: Sage
Corey, G. (2000) Theory and Practise of Group Counseling (5th ed) Pacific Grove, CA:
BooksCole/Wadsworth
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. ( 2012 ). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Psikologi, Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng. ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling, 2nd ed., Shah Alam,
Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mok Soon Sang. ( 2003 ). Ilmu Pendidikan KPLI,Subang Jaya, Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Zulkifli Yusuf. ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan Laman Web :


Diperoleh pada 18 Februari 2015 melalui :
http://repo.uum.edu.my/1837/1/20.pdf
http://www.academia.edu/8008157/TEORI-TEORI_KAUNSELING
http://www.academia.edu/1842198/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELOR

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

20

EDU
3073

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kampus Darulaman, Bandar Darulaman, 06000,
Jitra, Kedah Darulaman.

[ BIMBINGAN DAN KAUNSELING ]

Diperoleh pada 23 Februari 2015 melalui :


http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/kaunseling.pdf
http://www.leesharing.com/2014/04/peranan-guru-kaunseling-di-sekolah.html

AHMAD FADZLEE BIN DONALD


PISMP SEMESTER 7 PK(MP)BM/PJ/PSV-1

21

Vous aimerez peut-être aussi