Vous êtes sur la page 1sur 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE3103
KRAF TRADISIONAL

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY


EDUCATION)

WITH HONOUR

NAMA

SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN

NO. MATRIKULASI

820123065319001

NO. KAD PENGENALAN :

820123-06-5319

NO. TELEFON

010-5432142

E-MEL

shaha_din@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

KUANTAN LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2014

Isi Kandungan
1.0

PENGENALAN

Muka Surat
2

2.0

4 JENIS KRAF TRADISIONAL

2.1

Batik
2.1.1

2.2

Ukiran
2.2.1

2.3

2.4

Motif Ragam Hias Batik

5
6

Motif Ragam Hias Ukiran

Tenunan

2.3.1

10

Motif Ragam Hias Tenunan

Anyaman

11

2.3.4

12

Motif Ragam Hias Anyaman

3.0

ANALISA PENGARUH ALAM SEKITAR PADA RAGAM


HIAS DAN FUNGSI MOTIF-MOTIF TERSEBUT

14

4.0

FUNGSI MOTIF RAGAM HIAS KEPADA BUDAYA

19

5.0

PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT DENGAN MOTIF


RAGAM HIAS

20

6.0

PENUTUP

22

7.0

RUJUKAN

23

1.0

PENGENALAN
Kraf tradisional merupakan warisan peninggalan nenek moyang kita. Kraf tradisi

melambangkan kebudayaan dan identiti sesebuah masyarakat. Ia merupakan harta yang


1

bernilai yang perlu kita hargai dan kita pelihara supaya tidak ditelan dengan perkembangan
dunia teknologi sekarang ini.
Seni kraf dihasilkan dengan kerja tangan yang sangat halus dan cantik. Kraf
tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja sini yang melibatkan kemahiran
kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun
( Open University Malaysia, 2011 ). Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsurunsur budaya yang boleh dilihat melalui bentuk, sifat, gaya, gerak, garis dan warnanya.
Setiap kraf tradisional yang dihasilkan berfungsi dalam kehidupan seharian seperti keris,
lembing, batik dan sebagainya.Kraf-kraf ini dihasilkan untuk digunakan di dalam kehidupan
harian dan juga di dalam upacara-upacara keagamaan semenjak dahulu kala dan berkembang
sehingga sekarang.
Menurut William Hunt dalam sebuah buku berjudul An Introduction to The Malayan
Aboriginese mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang
keturunan Melayu dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantau Asia.
Pendapat ini disokong oleh seorang ahli anthropologi iaitu Gustay Schenk yang mengatakan
bahawa sebahagian kepulauan Indonesia merupakan tanah besar yang bersambung dengan
Australia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Dato Sulaiman Osman ( 1994)
pula berpendapat sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga turut dipengaruhi
oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya
purba mereka.
Kraf tradisional yang dihasilkan masyarakat Melayu dahulu adalah seperti batik,
tenunan, tembikar, anyaman,gasing, wau dan ukiran. Kehalusan dan keindahan kraf-kraf yang
dihasilkan menjadikan ia semakin berkembang sehingga sekarang dan telah terkenal di
seluruh dunia. Kecantikan kraf-kraf ini dapat dilihat pada motif ragam hias yang dihasilkan
pada permukaan kraf. Ragam hias ialah bentuk dasar hiasan yang biasanya akan menjadi
pola berulang-rulang dalam sesuatu seni kraf.
Apa yang uniknya kraf tradisional ini ialah keindahan motif ragam hias yang
dihasilkan memberi pelbagai makna atau gambaran yang menceritakan tentang kisah dalam
masyarakat Melayu sama ada berkaitan adat resam, budaya dan juga kepercayaan.

2.0

4 JENIS KRAF TRADISIONAL


2

Kraf tradisional merupakan warisan bangsa kita. Ia merupakan sesuatu


peninggalan yang sangat berharga. Hasil cipta kraf tradisional ini sangat indah
dimana ia kaya dengan unsur-unsur budaya pada rekaanya yang jelas terzahir
melalui bentuk, sifat, gaya, garis, gerak dan warnanya. Pada setiap kraf tradisional
yang dihasilkan mempunyai motif-motif yang menjadikan kraf tersebut sangat
indah. Motif dalam seni membawa maksud sesuatu yang ingin disampaikan sama
ada berbentuk corak atau reka bentuk yang bercirikan alam persekitaran seperti
flora dan fauna. Terdapat 4 jenis kraf tradisional yang akan kita bincangkan iaitu
batik, tembikar, ukiran dan. Kita juga akan membincangkan motif ragam hias
setiap kraf tradisional tersebut.
2.1

Batik
Batik merupakan satu kraf tradisional yang cukup terkenal bukan sahaja di

kalangan rakyat negara kita bahkan juga di negara-negara luar. Keindahan seni
lukisnya mempamerkan kreativiti dan kehalusan yang sangat tinggi. Perkataan
batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada
pada kain yang berwarna dan juga bercorak ( Open University Malaysia, 2011 ).
Jika ditafsirkan di dalam Bahasa Melayu, batik membawa maksud titik.
Dipercayai, seni batik mula wujud semenjak 2000 tahun yang lalu bermula
di Mesir dan Parsi. Namun begitu, ia mula digunakan di China dan Jepun semasa
abad ke 7. Kini, seni batik ini telah mula berkembang di negara kita dengan negara
Kelantan dan Terengganu cukup terkenal dalam menghasilkan seni ini.
Sejarah seni batik di negara kita bermula di Kota Bahru, Kelantan pada
tahun 1914 dan kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak
yang berasal dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat seni batik ini
dinamakan Kain Pereira atau Kain Pelangi iaitu sejenis kain sutera tiruan yang
diimport di Siam. Bermula dari situ, seni batik mula berkembang ke Terengganu
dan negeri-negeri yang lain.
Seni batik boleh dihasilkan melalui empat jenis teknik yang berikut iaitu
batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker.
Yang kedua iaitu batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudiannya
digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak. Yang ketiga ialah
3

batik pelanggi. Batik ini dihasilkan tanpa menggunakan lilin. Yang keempat atau
yang terakhir iaitu batik tulis atau canting yang dihasilkan menggunakan alat
canting dan melilinkan bahagian untuk membuat corak.

batik skrin

batik canting

batik blok

batik pelangi

2.1.1 Motif Ragam Hias Batik


Motif batik banyak dipengaruhi alam sekitar seperti flora dan fauna. Motifmotif menunjukkan bahawa hubungan rapat dan kepekaan masyarakat dengan alam
sekitar. Terdapat 6 jenis motif alam sekitar yang digubah menjadi corak atau
ragam hias yang menarik iaitu :

A)

Unsur flora
i.

Motif flora seperti bunga, ranting, pucuk, kudup, putik dan daun
digunakan

ii.

sama

ada

secara

tunggal

atau

berterabur

untuk

menghiaskan kain batik ela.


Untuk menghiasi badan batik sarung, penggunaan motif seperti
bunga, puntik, kuntum, ranting dan pucuk di susun menjalar datar
dengan bentuk lembut. Selain itu, penggunaan motif helaian daun,

iii.

kelopok, ranting dan bunga. Bunga disusun berdahan tegak.


Untuk menghiasi bahagian kepala kain, penggunaan motif pucuk
rebung digunakan, reka corak digubah bukan secara realistic tetapi
campuran gaya organik dan geometri.

B)

Unsur fauna
i.

Penggunaan motif-motif seperti ikan, burung, rama-rama, dan


pelbagai lagi haiwan.

C)

Unsur geometri
i.

Untuk fungsi unsur geometri dalam menghasilkan batik pula ialah :


Hiasan gigi atau kaki kain : penggunaan susunan garis-garis
halus, motif banji atau swastika, motif parang rosak dan motif

pinggir awan.
Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif
seperti cengkerang, jarring bersilang, siput, kisi-kisi,dan

sebagainya.
Menghiasi batik panjang : penggunaan motif kawung dalam
susunan empat bentuk bujur.

ii.

Contoh motif berunsurkan geometri ialah parang rosak, kawung,


jalur, kisi-kisi, swastika, keluk pinggir awan persegi, pilin berganda,
buntut siput.

D)
i.

Unsur benda buatan manusia


Biasanya motif unsur benda buatan manusia digunakan untuk hiasan batik
ela.

ii.

Contoh motif-motif berunsurkan benda buatan manusia ialah jaring ikan,


wau, dan lain-lain lagi

E)

Unsur motif isen

i.

Isen bermaksud motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau

ii.

sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak.


Contoh jenis isen ialah ada-ada, atap, cacah gari, berangan, cecek-cecek,
cecek pitu, cecet sawut daun, gelandangan, mata dara, penutup, poleng,
sisik dan sebagainya.

Contoh motif ragam hias batik

unsur flora

2.2

unsur fauna

unsur geometri

Ukiran
Ukiran kayu tradisional ialah hasil kreativiti orang-orang Melayu yang

sangat indah dan mengagumkan, Ukiran-ukiran yang indah in iboleh dilihat pada
masjid, rumah, istana perabot dan juga pada barangan kegunaan harian. Apa yang
uniknya, ukiran tradisional ini bukan sahaja dihasilkan oleh masyarakat Melayu
bahkan juga masyarakat yang lain seperti masyarakat Orang Asli, suku kaum di
Sabah dan Sarawak. Menurut pendapat Khairuddin Talib pada tahun 2011, ukiran
membawa maksud sebagai mengukir sesuatu bahan sebagai contoh kayu diukir
dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool.
Sejarah awal ukiran di negara kita dipercayai berdasarkan maklumat yang
dicatatkan pada sebuah buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang dikarang
oleh Tun Sri Lanang pada abad ke-17 bahawa tercatat keindahan seni bina semasa
6

pemerintahan Sultan Mansur Syah di Melaka pada tahun 1459 hingga 1477.Rakyat
Melaka mengelar istana yang terukir indah itu sebagai Istana Hawa Nafsu . Satu
lagi catatan mengenai ukiran tradisional ini ialah di dalam Hikayat Misa Melayu.
Catatan dalam hikayat tersebut adalah mengenai seni ukir istana yang terletak di
Pulau Indera Sakti,iaitu sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun 1756 hingga 1780.
Ukiran

kayu

zaman

dahulu

bertahan

lama

disebabkan

pengukirnya

menggnakan kayu-kayu yang berkualiti tinggi seperti cengal, merbuk dan


sebagainya. Kita boleh lihat, banyak bangunan-bangunan lama yang terdapat di
negara kita masih lagi utuh.
Hasil ukiran kebanyakkan berunsurkan alam sekitar. Bentuk ukiran kayu
Melayu mementingkan sifat yang bermula dari sesuatu punca dan terus timbul
perlahan serta berliku-liku. Biasanya ukiran ini mempunyai imbanagan yang sama
ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif.

Contoh ukiran-ukiran kayu

2.2.1 Motif Ragam Hias Ukiran


Kecantikan sesuatu ukuran juga terletak pada motif ragam hias yang dihasilkan.
Motif ragam hias yang terdapat pada ukiran kayu ialah :
A)

Unsur flora

i.

Motif ini terdiri daripada bunga dan daun. Contoh motif bunga yang selalu
diukirkan ialah ketumbit, cempaka, raya, ros, kedup, lawang, kemunting,
kundur, terantai, tanjung, matahari, cengkin dan sebagainya.

ii.

Manakala ukiran menggunakan motif daun seperti ketola, bayam perasi,


bayam kukur, jari buaya, selit, setualang, ketumbit, kangkung, pucuk paku,
pucuk rebung, pucuk kacang, dan pelbagai lagi.

B)

Seni khat iaitu ukiran terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran.

C)

Unsur fauna iaitu motif yang terdiri daripada itik pulang petang.

D)

Unsur geometri terdiri daripada motif yang mempunyai corak berupa bentuk
geometri.

E)

Unsur kosmo yang terdiri daripada bulan, matahari, bintang, awan, gunung,
bukit dan sebagainya.

F)

Unsur Awan Larat yang terdiri daripada awan yang bergerak di langit. Awan
ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan bentuk yang indah.

Contoh motif ragam hias pada ukiran

Unsur flora

Unsur fauna

Unsur geometri

2.3

Unsur khat

Unsur awan larat

Tenunan
Tenunan merupakan salah satu kraf tradisional yang terkenal di Malaysia.

Hasil tenunan Malaysia sangat halus dan tinggi kualitinya mencerminkan bahawa
ia dihasilkan oleh tukang tempatan yang mempunyai kreativiti dan kemahiran
tinggi. Perusahaan tenunan di negara kita sangat terkenal di negeri Kelantan,
Pahang dan Terengganu. A.J Hill ( 1949 ), berpendapat bahawa menenun adalah
perusahaan yang tertua yang dihasilkan di Kelantan dan Terengganu dengan
menggunakan kei berkaki .
Menurut definisi daripada Open University Malaysia, 2011, tenunan
membawa maksud hasilan daripada jalinan benang lonseng ( yang menunggu )
dengan benang pakan ( yang mendatang ). Seni tenunan sangat terkenal dalam
kebudayaan Nusantara. Ia semakin berkembang disebabkan kedudukan rantau ini
yang strategik dari kedudukan geografinya. Kedudukannya yang strategik
menjadikan ia tempat persinggahan kapal-kapal pedagang dari negara-negara Arab,
India dan China. Antara bahan dagangan pada ketika itu ialah kain tenunan dan
disebabkan itu seni tenunan banyak dipengaruhi dari negara-negara berkenaan.

Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo, merupakan antara


tenunan yang cukup terkenal di negara kita. Tenunan awal yang dihasilkan
menggunakan alat tenun duduk yang masih lagi digunakan oleh masyarakat Iban
sampai sekarang. Antara jenis kain tenunan ialah kain bujang atau samping, kain
sarung, kain sarung tenunan corak berang, kain kampuh, kain lepas dan kain
selendang.

tenunan songket

2.3.1 Motif Ragam Hias Tenunan


Motif ragam hias mempengaruhi keindahan kain tenunan. Motif-motif yang
digunakan pada kain tenunan cenderung kepada motif flora, fauna dan juga
geometri.
i)

Motif berasaskan flora


Contoh corak-corak yang digunakan untuk menghasilkan ragam hias ialah
bunga tanjung, bunga cengkeh, pucuk rebung, bunga gorek, bunga lawang,
bunga kunyit dan sebagainya.

ii )

Motif berasaskan fauna

10

Contoh motif fauna ialah kuda laut, kupu-kupu, ayam jantan, bunga merak,
gigi belalang, dada kaki lipan, lawi ayam,siku keluang besar, siku keluang
kecil.
iii )

Motif berasaskan geometri


Contoh motif geometri ialah mahkota dan bintang pecah lapan.

Contoh motif ragam hias pada tenunan

Unsur flora

2.4

Unsur Geometri

Anyaman
Seni anyaman merupakan salah satu kraf tradisi masyarakat Melayu. Kraf

ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi.


Anyaman

merupakan

satu

proses

penyilangan

bahan-bahan

daripada

tumbuh-tumbuhan seperti buluh, daun mengkuang, lidi, bertam dan sebagainya


untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan yang
digunakan mudah dikeringkan dan dilembutkan. Secara amnya, kebanyakan
anyaman yang dihasilkan tidak banyak perbezaan dan ianya bergantung kepada
tumbuh-tumbuhan yang digunakan. Antara produk yang dihasilkan daripada proses
anyaman ialah bakul, tikar, tudung salji dan sebagainya.
Sejarah permulaan seni anyaman ini dipercayai bermula pada zaman
Neolitik dan kebanyakkan manusia pada masa itu menghasilkan tali, rumah dan
11

peralatan-peralatan harian. Bahan daripada akar dan rotan merupakan bahan asas
awal yang digunakan untuk menghasilkan anyaman. Siti Zainun dalam buku Reka
bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan bahawa semasa pemerintahan Long
Yunus bermula pada tahun 1756 hingga 1794, anyaman digunakan oleh raja di
negeri Kelantan. Anyaman yang digelar Tikar Raja itu dihasilkan

daripada

pokok bemban. Kini, seni anyaman ini sangat popular di serata negeri-negeri
Malaysia. Seni anyaman tidak hanya menghasilkan produk-produk tradisional
tetapi ia dipelbagaikan untuk menghasilkan produk-produk yang lebih menarik.

anyaman lidi

anyaman mengkuang

anyaman daun sal

anyaman buluh

anyaman rotan

2.4.1 Motif Ragam Hias Anyaman


12

Terdapat dua ciri penting dalam ragam hias anyaman iaitu penciptaan kelarai
( motif ) dan corak.Kelarai dikhususkan kepada motif yang berbentuk sementara
corak ialah merujuk kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan
warna dan bentuk motif. Kebanyakkan kelarai dihasilkan berdasarkan unsur-unsur
alam semula jadi iaitu flora dan fauna. Berikut adalah jenis-jenis kelarai :
i. kelarai unsur flora
ii. kelarai unsur fauna
iii. kelarai unsur geometri
iv. kelarai unsur abstrak
v. Kelarai unsur nama tempat dan nama pereka

Contoh motif anyaman kelarai

13

3.0

ANALISA PENGARUH ALAM SEKITAR PADA RAGAM HIAS DAN


FUNGSI MOTIF-MOTIF TERSEBUT
Kewujudan kraf tradisional berasaskan alam sekitar telah bermula sejak

zaman dahulu. Beberapa penemuan barang kraf tradisional telah menampakkan


penghasilan ragam hias pada permukaannya bermotifkan alam sekitar.
Unsur alam sekitar seperti flora dan fauna banyak digunakan sebagai motif ragam
hias pada kraf-kraf tradisi. Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan alam
sekitar. Menurut satu dapatan kajian yang dijalankan oleh Hamdzun Othman pada tahun
2002, mendapati bahawa objek-objek dari alam semulajadi menjadi pilihan bagi
menghasilkan motif yang menjadi unsur utama dalam menghasilkan ragam hias. Motif-motif
dalam alam sekitar ini bukan sahaja mencantikkan kraf yang dihasilkan tetapi juga
mengandungi falsafah tersendiri dan juga mempunyai pengajaran moral melalui motif yang
dihasilkan yang dapat mendidik masyarakat pada ketika itu.
Penghasilan motif-motif dari alam semulajadi seperti flora dan fauna menggambarkan
bahawa kehidupan masyarakat pada ketika itu sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan dengan
alam sekitar. Mereka menjadikan alam sekitar sebagai sumber makanan, perubatan, sumber
ekonomi, kesenian, pendidikan, adat dan kepercayaan dan pelbagai lagi.
Antara

sebab

tumbuhan

dipilih

sebagai

motif

ialah

masyarakat

Melayu

menjadikannya sebagai tumbuhan hiasan di halaman-halaman rumah seperti bunga raya,


kekwa, matahari, melor dan sebagainya. Selain mencantikkan halaman rumah, ia juga ada
mengeluarkan bau yang wangi. Kalau kita lihat, kebanyakkan masyarakat Melayu di
kampung-kampung suka menanam pokok bunga di halaman rumah mereka.
Masyarakat dahulu bergantung pada perubatan tradisional. Ia terbawa-bawa
sehingglah sekarang. Terdapat tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam perubatan seperti
kunyit, daun bunga raya, daun sireh dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengaruh tumbuhan
dalam perubatan telah digunakan sebagai motif ragam hias dalam kraf-kraf tradisi.
Terdapat juga tumbuhan yang digunakan dalam upacara adat dan upaca ritual.
Misalnya, daun kelapa dikibas apabila seseorang dirasuk. Contoh yang lain, daun sireh
digunakan dalam adat perkahwinan orang Melayu. Maka, pengunaan tumbuhan dalam adat
dan upacara ritual telah mempengaruhi dalam membuat motif ragam hias pada kraf-kraf
tradisi.
14

Berikut adalah contoh-contoh motif ragam hias yang dipengaruhi alam sekitar yang
digunakan pada kraf-kraf tradisi :

3.1

Batik

Sumber dari : http://rumahkainbatik.blogspot.com/2011/12/motif-daun-sirih.html

Daun sireh cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu dulu-dulu
banyak menanam pokok sirih kerana ia mengandungi banyak khasiat. Daun sireh digunakan
dalam perubatan tradisional seperti mengurangkan demam panas, mengurangkan sakit
disebabkan gigitan seranga, mengurangkan bau nafas, kembung perut dan sebagainya.
Masyarakt dahulu kala juga menggunakan daun sireh dalam bidang perbomohan dalam jampi
serapah. Ia masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu juga, daun sireh juga
digunakan untuk membuat sireh junjung dalam majlis pertunangan dan perkahwinan. Bagi
kaum wanita, daun sireh juga dipercayai dapat merawat masalah keputihan. Dalam kehidupan
masyarakat Melayu juga, daun sirrh digunakan sebagai satu bahan yang penting dalam adat
ziarah. Tetamu yang datang akan dijemput untuk menjamah sireh dan pinang. Cara memakan
daun sireh juga mempunyai maksud yang tersirat. Ia mencerminkan kesopanan dan
kelembutan pada orang yang memakannya. Jari manis melambangkan sesuatu yang indah dan
sopan, jadi jari tersebut digunakan dalam mengadunkan daun sireh dengan kapur. Selain itu
juga, daun sireh digunakan dalam pantun-pantun yang berbudi. Jadi, penggunaan daun sireh

15

yang cukup sebati dalam masyarakat Melayu, maka daun ini banyak digunakan sebagai motif
ragam hias dalam menghasilkan batik.

3.2

Tenunan

Motif pucuk rebung


Sumber gambar : http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-5.html

Pokok-pokok buluh hidup subur di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan


kawasan air terutamanya ditebing-tebing sungai. Sungai merupakan kawasan penting bagi
masyarakat dahulu. Di situlah tempat tinggal mereka dan juga tempat mereka mencari rezeki.
Selain itu juga, sungai merupakan satu jalan perhubungan antara masyakat ssebuah kampung
dengan sebuah kampung yang lain. Oleh sebab itu, tumbuhan buluh cukup sinonim dengan
masyarakat dahulu kala. Ada pepatah Melayu menggunakan tumbuhan ini dalam peribahasa
iaitu seperti aur ( buluh ) dengan tebing. Maka, keakraban ini ada pengkarya mengilhamkan
pucuk rebung sebagai motif ragam hias dalam menghasilkan tenunan seperti songket.
Penggunaan motif ini bukan sahaja pada tenunan , bahkan juga pada kraf tradisi yang lain
seperti tembikar, wau, batik dan pelbagai lagi. Tumbuhan buluh juga menggambarkan
kesuburan. Rebung buluh juga dikaitkan dengan proses mendidik anak. Agama Islam
menekankan proses mendidik anak itu semenjak dari kecil lagi. Ibarat pepatah Melayu iaitu
melentur buluh biar dari rebungnya . Begitulah eratnya perkaitan antara tumbuhan buluh
dengan masyarakat Melayu.

16

3.3

Ukiran
Sama juga dengan kraf-kraf lain, elemen atau unsur alam sekitar banyak digunakan

sebagai motif dalam ukiran Melayu. Pengaruh alam sekitar sangat kuat disebabkan banyak
aktiviti seharian mereka melibatkan alam sekitar.

Ukiran motif bangau pada perahu


Sumber dari : http://adiatsauri.blogspot.com/2010/02/memburu-bangau-di-pulaugajah-ii.html

Pengukir telah mengilhamkan haiwan bangau sebagai motif ragam hias yang
diletakkan pada hujung perahu atau bahagian laluan perahu nelayan. Sebenarnya, motif
bangau ini telah terkenal sebelum kedatangan Islam lagi di Tanah Melayu. Ketika itu, orangorang Melayu telah menerapkan unsur-unsur keagamaan yang diambil dari agama Buddha
dan Hindu dalam menghasilkan motif ragam hias pada ukiran. Penggunaan fauna bangau
adalah disebabkan bangau merupakan haiwan yang cekap menangkap ikan. Oleh yang
demikian, menurut kepercayaan mereka dengan meletakkan fauna bangau sebagai motif
ragam hias pada ukiran perahu ia akan membawa rezeki kepada mereka sebagai nelayan.
Selain itu juga, bangau ini akan membawa tuah dan juga akan melindungi keselamatan
mereka semasa berada di laut.

17

4.0

FUNGSI MOTIF RAGAM HIAS KEPADA BUDAYA


Kebudayaan boleh ditakrifkan sebagai satu cara hidup. Kebudayaan diwarisi

daripada satu generasi kepada satu generasi. Oleh yang demikian, kebudayaan
mempunyai satu hubungan yang rapat dengan masyarakat. Adanya masyarakat,
maka wujudlah budaya dalam masyarakat tersebut. Budaya merupakan satu
lambang kepada sesuatu masyarakat dan untuk mengetahui masyarakat tersebut,
kita perlu mengenali kesenian yang dimilikinya,
Identiti sesuatu bangsa boleh dilihat pada motif-motif yang diilhamkan pada
kraf-kraf yang dihasilkan. Setiap motif yang dihasilkan pada setiap kraf tradisi
terdapat nilai-nilai ilmu di sebaliknya. Hubungan yang akrab antara manusia
dengan alam akhirnya menghasilkan pelbagai motif yang berkaitan dengan alam.
Menurut Hamdzun Othman ( 2002 ) dalam kajiannya, flora dan fauna banyak digunakan oleh
masyarakat Melayu dahulu dalam aktiviti-aktiviti atau upacara-upacara seperti perkahwinan,
kelahiran dan juga kematian.
Penggunaan bahan perasa dalam masakan sangat penting bagi masyarakat
Melayu. Ia bertindak sebagai aroma dalam masakan dan menjadikannya lebih
sedap. Bunga lawang, bunga cengkih merupakan antara bahan-bahan yang
diletakkan dalam masakan. Selain itu juga, bunga cengkih ini digunakan dalam
perubatan tradisional dan pergigian. Oleh itu, bunga lawang dan bunga cengkih ini
banyak digunakan sebagai motif ragam hias pada kraf-kraf tradisi seperti pada
tenunan songket Melayu.
Pucuk Rebung, iaitu motif ragam hias yang sinonim pada batik dan tenunan
songket

dipercayai menggambarkan kepercayaan orang Melayu dahulu dalam

mendidik anak biarlah dari kecil agar tidak timbul masalah apabila dewasa. Ia
membawa maksud bahawa rebung bersifat lembut dan akan mengeras apabila
sudah matang atau tua. Secara tidak langsung mesej yang disampaikan ialah proses
mendidik anak lebih mudah pada peringkat kanak-kanak berbanding apabila
mereka sudah dewasa. Peribahasa ini masih lagi digunakan dalam masyarakat
Melayu sampai sekarang.
Dalam perkahwinan masyarakat Melayu terdapat pelbagai adat yang
dijalankan. Ia termasuklah menggunakan daun sireh untuk dijadikan sireh junjung
18

semasa majlis meminang dan juga semasa majlis perkahwinan. Penggunaan daun
sireh adalah sebagai satu lambang utama semasa majlis peminangan terutamanya
bagi masyarakat Melayu dahulu, telah memberikan satu inspirasi kepada
pengkarya menjadikannya sebagai ragam hias dalam kraf tradisional. Antara kraf
yang menggunakan ragam hias daun sireh ialah pada batik-batik tradisional
Melayu. Penggunaan daun sireh juga bukan sahaja digunakan semasa majlis
peminangan tetapi juga digunakan dalam perubatan Melayu tradisional.
Ukiran merupakan satu karya yang dihasilkan melalui kerja tangan yang
sangat halus dan mengambarkan kreativiti yang sangat tinggi yang ada pada
pembuatnya. Seni ukir dapat dilihat pada rumah-rumah orang Melayu, istanaistana di raja, masjid-masjid dan juga alatan-alatan kegunaan harian. Ukiranukiran yang dibuat juga mempunyai maksud dan nilai yang tersendiri. Siti Zainon
pada tahun 1985 menyatakan bahawa pengaruh kepercayaan agama Hindu sangat
menebal dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu sehingga terdapat
haiwan-haiwan dijelmakan sebagai tuhan. Oleh yang demikian, motif-motif
berunsurkan haiwan seperti motif angkuk berbentuk burung dan juga ikan
digunakan kerana haiwan itu dianggap pesuruh yang

setia, kuat dan tinggi

martabatnya dan dianggap perantara antara mereka dengan tuhan. Sehinggalah


kedatangan Islam ke Tanah Melayu, ukiran kalimah-kalimah berbentuk Islamik
seperti Allah, Muhammad, dan sebagainya diukir pada kayu-kayu dan diletakkan
pada rumah-rumah dan masjid-masjid. Selain itu, konsep ukiran teratai sering
diletakkan

pada

mimbar-mimbar

masjid

membuktikan

bahawa

wujudnya

penghayatan Islam di kalangan orang-orang Melayu.

5.0

PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT DENGAN MOTIF RAGAM HIAS


Seni kraf tradisional Melayu sudah wujud semenjak zaman Neolitik lagi. Penggunaan

bahan dari alam semulajadi merupakakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan
kraf tradisional. Pada masa dahulu, kraf tradisional dihasilkan bertujuan sebagai alat
kegunaan harian seperti tikar, tembikar dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk motif yang
dihasilkan daripada pengaruh alam sekitar mewarnai barangan kraf-kraf tradisional.

19

Terdapat tiga motif utama alam semulajadi yang diaplikasikan pada permukaan kraf
tradisional iaitu motif flora, motif fauna dan kosmos iaitu berkaitan dengan cakerawala.
Masyarakat Melayu zaman dahulu menjadikan pingiran-pingiran hutan dan tepi-tepi sungai
sebagai penempatan mereka. Mereka akan berburu ke hutan untuk mencari sumber makanan
dan juga mencari sumber pendapatan seperti rotan, kayu-kayan, haiwan pemburuan dan
sebagainya. Selain itu juga, hutan-hutan juga sebagai tempat mereka mencari keperluan
harian seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bahan-bahan untuk ubatubatan. Oleh kerana itu, motif-motif daripada flora dan fauna dijadikan sumber motif dalam
menghasilkan ragam hias pada permukaan kraf tradisi. Banyak motif berbentuk flora dan
fauna dijadikan ragam hias pada batik, tembikar, anyaman, ukiran dan sebagainya. Antara
motif-motifnya ialah buluh, rebung, cempaka, anggerik, burung, ikan dan pelbagai lagi.
Selain itu juga, kebanyakkan masyarakat zaman dahulu terlibat dengan kegiatan
ekonomi sara diri seperti menanam padi yang dijalankan di kawasan bukit dan juga daratan
lembah. Terdapat tukang-tukang kraf menjadikan motif padi sebagai ragam hias dalam kraf
yang mereka hasilkan. Motif ini bukan sahaja menarik tetapi juga menurut kepercayaan
masyarakat Melayu dahulu semangat padi yang dijaga oleh makhluk halus yang boleh
menghasilkan tanaman yang baik. Motif-motif padi banyak dihasilkan pada permukaan
barangan kraf seperti tikar, tekat dan tembikar.
Semua sudah maklum bahawa tumbuhan-tumbuhan memainkan peranan yang penting
dalam kehidupan masyarakat dahulu. Pada masa dahulu, kaum lelaki akan masuk ke hutan
untuk mencari sumber makanan dan juga sumber yang boleh dijadikan pendapatan mereka.
Manakala kaum wanita akan duduk di rumah untuk menjaga anak dan memasak. Kebiasaan
kaum wanita akan menggunakan bahan perasa sebagai aroma bagi menaikkan rasa masakan.
Bunga cengkih dan lawang biasanya digunakan di dalam masakan Melayu. Maka, kedua-dua
perasa ini dijadikan motif yang sering digunakan di dalam menghasilkan kraftangan
tradisional. Ragam hias yang bermotifkan pandan yang terdapat pada tenunan songket
Melayu misalnya digunakan oleh kaum ibu sebagai pewangi dalam masakan dan juga sebagai
pewarna.
Selain itu juga, ada motif-motif daripada alam semula jadi yang dijadikan ragam hias
sering digunakan dalam upacara adat dan keagamaan. Mereka menjalankan aktiviti ini
bertujuan untuk memperolehi sesuatu hajat. Penggunaan daun kelapa misalnya dalam upacara
ritual dipercayai digunakan untuk menghalau roh jahat dan juga digunakan semasa kanak20

kanak berkhatan yang dipercayai dapat menghilangkan sakit semasa berkhatan. Daripada
aktiviti keagamaan ini, penghasil kraftangan menjadikannya sebagai motif ragam hias.
Contohnya ukiran-ukiran
Wau adalah satu kraf tradisi negara dan telah dimainkan sejak berzaman sehinggalah
sekarang. Masyarakat Melayu zaman dahulu akan memainkan sukan tradisi ini apabila
berakhirnya musim menuai padi atau apabila musim tengkujuh tiba. Tempoh masa antara ini,
mereka akan mengadakan majlis-majlis keramaian dan juga perlawanan permainan
tradisional termasuk wau. Ketika itu, masing-masing akan cuba menghasilkan wau yang
berbagai-bagai bentuk

dan menghiasainya dengan ragam hias yang halus dan menarik.

Selain itu juga, permainan tradisional ini juga merupakan satu aktiviti yang dimainkan oleh
masyarakat dahulu pada waktu petang atau masa lapang setelah penat bekerja sebagai petani
dan juga nelayan.

Penghasilan ragam hias wau sedikit sebanyak berkait rapat dengan

kegiatan harian dan ekonomi yang mereka jalankan. Motif-motif berbentuk flora dan fauna
seperti pucuk rebung dan bunga matahari banyak dihasilkan pada wau.

21

6.0

PENUTUP
Kraf tradisi merupakan satu peninggalan nenek moyang kita yang sangat berharga. Ia

melambangkan identiti atau kebudayaan sesuatu bangsa. Kraf tradisi merupakan satu proses
penghasilan hasil seni yang memerlukan kreativiti dan kemahiran yang sangat tinggi.Krafkraf yang dihasilkan cukup indah dan mempunyai pelbagai maksud yang diterjemahkan
melalui motif-motif dan corak-corak yang dihasilkan.
Biasanya, barang-barang kraf tradisi ini dihasilkan untuk digunakan sebagai peralatan
harian, upacara keagamaan atau upacara adat resam, aktiviti riadah dan pelbagai lagi. Warisan
seni kraf masih lagi diperlihara sehingga kini seperti tenunan songket, batik, gasing, wau,
anyaman, tekat, tembikar, dan perhiasan diri.
Keunikan atau kecantikan sesuatu hasil kraf adalah terletak pada motif ragam hias
yang dihasilkan. Ragam hias yang menghiasi setiap kraf mempunyai cerita dan maksud
tertentu. Reka corak yang dihasilkan dipengaruhi dengan budaya dan juga aktiviti seharian
masyarakat setempat. Penggunaan motif flora, fauna dan geometri banyak dijadikan ragam
hias pada kraf-kraf tradisi. Begitulah istimewanya masyarakat Melayu zaman dahulu. Mereka
kaya dan mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan alam sekitar. Mereka
menggunakan alam sekitar ini untuk melakukan pelbagai aktiviti sama ada sebagai sumber
makanan, perubatan, kesenian, pendidikan, adat dan kepercayaan, dan sebagainya. Mereka
menggunakan bentuk bunga, haiwan dan kosmos sebagai motif pada kraf-kraf tradisi. Kini,
motif ragam hias ini telah dipelbagaikan bentuk dan rupanya bergantung pada kreativiti
pembuatnya.
Kesimpulannya, kraf tradisi ini ia merupakan satu harta berharga bukan sahaja untuk
bangsa Melayu tetapi juga kepada negara Malaysia. Ia harus sentiasa diperlihara dari satu
generasi ke satu generasi agar ia tidak lupus ditelan dengan arus kemajuan dan kemodenan
pembangunan.

22

7.0

RUJUKAN

Khairuddin Talib. ( Oktober 2011 ). Kraf Tradisional.Open University Malaysia : Meteor


Doc. Sdn. Bhd.
Khatleen Chee. ( 2006 ). SPM focus U : Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi :
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Mohamad Nazri Ahmad. ( 2000 ). Siri Kraf Tangan : Batik & Seni Ukiran Keris. KualaLumpur :
Pustaka Mawar.
Mohamad Nazri Ahmad. ( 2000 ). Siri Kraf Tangan : Seni Anayaman. Kuala Lumpur : Pustaka Mawar.

23

Vous aimerez peut-être aussi