Vous êtes sur la page 1sur 14

Asal Usul Orang Melayu

Warisan Budaya Alamiah

Skip to content

Rumah

Dukun Asmara

Lagu Tema Dukun Asmara

Pakcikli

Orang Melayu mudah sawan


Burung kesukaan orang Melayu

Pantang orang Melayu


Posted on 15 Ogos 2012 by Sifuli
Pantang larang orang Melayu adalah sebagai panduan dan juga untuk mendidik tidak kira tua
atau muda kearah yang lebih baik. Ada pantang larang yang masih kita ikut kerana mungkin
terjadi secara kebetulan. Diantara yang penulis selalu nasihatkan kepada anggota wataniah yang
baru. Sebelum masuk kedalam hutan jangan cakap besar. Jangan buang tuala wanita dan kencing
merata-rata. Baca doa keselamatan dan doa perjalanan. InsyaAllah selamat pergi dan balik
menjalani latihan hutan. Bukan senang nak jaga anggota sukarela yang terdiri dari pelajar-pelajar
Politek dan Kolej. Itu cerita empat tahun yang lalu.
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau
berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah bertujuan untuk
mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut
bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang
yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Diantara pantang larang Melayu.

1. Jangan duduk di atas bantal, nanti akan naik bisul di ponggong. Sebenarnya kita dilarang
sama sekali duduk di atas bantal kerana bantal ialah tempat kita meletakkan kepada sewaktu
tidur. Memang tidak senonoh perangai meletakkan ponggong di atas bantal. Dengan
menggunakan ponggong kita duduk di merata tempat tidak kira tempat itu kotor atau bersih.
manusia juga mengeluarkan najis menerusi lubang di anatara kedua-dua belah ponggong.
2. Orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau menyanyi di dapur akan dapat suami
tua. Kalau difikirkan secara logik perempuan muda tidak akan hendak bersuamikan orang-orang
tua. Tapi jika dapat Tan Sri dan Dato-Dato yang loaded apa salah.. Mertua pun tumpang
senangkan..kan..kan. Menerusi pantang larang ini orang perempuan dilarang menyanyi di dapur
kerana sewaktu menyanyi boleh terleka. Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu
masa dengan sempurna. Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang dibimbangi jari terluka. Jika
menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah tertentu yang tidak dibubuh
dalam masakan. Akibatnya makanan yang dimasak tidak sempurna. Kesannya ahli keluarga atau
sesiapa yang makan makanan tersebut akan tidak berselera.
3. Orang mengandung jangan memukul ular, nanti anak yang dilahirkan akan cacat atau tidak
sempurna sifatnya. Bini penulis tak mengandung pun tengok gambar ular pun dah melatah.
Orang perempuan yang mengandung tidak boleh melakukan perkara yang lasak contohnya
memukul ular. Jika seseorang memukul ular dia akan pukul dengan penuh geram dan sekuat hati.
Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang mengandung dibimbangi anak yang berada
dalam kandungan akan mengalami keguguran. Ditakuti juga orang yang mengandung akan
terjatuh. Akibatnya akan berlaku kecederaan kepada ibu dan mungkin juga kepada anak dalam
kandungan.
4. Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang. Maksud tersirat yang ingin
disampaikan kepada orang Melayu ialah Seisi keluarga hendaklah makan bersama-sama iaitu
selepas sembahyang Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim sesama ahli
keluarga. Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak mencukupi untuk
ahli keluarga yang lain. Lauk yang ada perlu dikongsi bersama. Masyarakat Melayu zaman
dahulu jarang menyediakan lauk yang banyak kerana ingin berjimat. Pendapatan yang diperolehi
tidak lumayan. Mereka perlu menabung duit untuk pergi ke tanah suci Makkah.
Pantang Larang Wanita Hamil. Yang ini banyak terjadi secara kebetulan atau pembalasan.
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan
cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang
bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal
lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin
tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing
yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki. Ini pun kadang-kadang terjadi secara kebetulan juga.
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Bayi.
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi
kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana
dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.


7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin
menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.
Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.


2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas
suami orang.
Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.


3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.
Sekian, Wasallam.
About these ads

Related
Agama dan Kepercayaan 0rang Melayu
Wangian yang hilang di timur jauhWith 2 comments
Mandi bunga dan limau Melayu

About Sifuli
Bicara tentang makan minum, tidur baring, dan beranak pinak yang membina adat resam untuk
kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga. Diantara weblog Sifuli yang popular adalah seperti
berikut: Dukun Asmara bicara tentang beranak pinak. Hipnotis Sifuli bicara tentang tidur
baring. Jalan Akhirat bicara tentang adat resam (agama) Doa Ayat dan Zikir untuk rohani

jasmani jiwa dan raga. Jika tak suka sekali pun janganlah tinggalkan komentar yang keterlaluan.
Kerana segalanya adalah sekadar ilmu pengetahuan. Wasalam.
View all posts by Sifuli
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.
Orang Melayu mudah sawan
Burung kesukaan orang Melayu

Tinggalkan Jawapan

Asal Usul Orang Melayu

ORANG MELAYU

Log Masuk/ Keluar


o Daftar
o Log masuk
o RSS Entri
o RSS bagi komen-komen
o WordPress.com

Blog Stats
o 820,925 hits

Waktu sekarang
Kalendar

Ogos 2012
K

Jul
6
13
20
27

7
14
21
28

1
8
15
22
29

Sifuli Terapi

Kitab Hadis

2
9
16
23
30

J
Sep
3
10
17
24
31

S
4
11
18
25

A
5
12
19
26

Belajar Bersuci

Belajar Solat

Profile
o A-botd
o Amal Ibadat Orang Islam
o Darah Daging dan Nafas Manusia
o Doa Ayat dan Zikir
o Gunung Ganang di Malaysia
o Gunung Ledang Melaka
o Jalan Akhirat
o Kehidupan Nabi Muhammad saw

o Pakcikli00
o Rahsia Kayu Batu Dan Logam
o Rahsia Rumahtangga
o Sejarah Hang Tuah
o Sejarah Pulau Besar Melaka
o Syariat Hakikat Tarikat Makrifat
o Wannura
o Wannura Orkid
o Wannura Terapi

Blog-blog Kenalan
o Karimon
o Perubatan Islam 7 Puteri

Kiriman terbaru
o Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu
o Ciri adat, bahasa dan agama orang Melayu
o Agama dan Kepercayaan 0rang Melayu
o Animisma diantara kepercayaan orang Melayu
o Perempuan Melayu paling kuat bersetubuh selepas India

Tulisan Terbaik
o Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu
o Siapakah sebenarnya Bani Tamim ?
o Agama dan Kepercayaan 0rang Melayu

o Perempuan Melayu paling kuat bersetubuh selepas India


o Kesultanan Melayu Melaka

Isi Kandungan
o asal-usul-orang-melayu
o orang-melayu
o perlembagaan-malaysia
o melayu-kami-sudah-jumpa-anda
o melayu-dari-bangsa-gunung-yang-gagah
o melayu-hari-dijanjikan-hampir-tiba
o melayu-pada-huruf-mim-yang-terahsia
o melayu-dari-keturunan-ibunda-katurah
o bangsa-melayu-dalam-kesusasteraan-kunu
o melayu-bangsa-yang-hilang
o melayu-wangian-yang-hilang-di-timur-jauh
o menyusuri-jejak-jejak-melayu
o melayu-misi-terahsia-ke-timur-jauh
o melayu-kambuja
o melayu-bangsa-gunung
o kunci-rahsia-melayu-dari-pedang-misteri
o sejarah-melayu-malay-annals
o pedang-melayu-cura-simanjakani
o wangian-yang-hilang-di-timur-jauh

o rahsia-melayu-yang-kian-terbongkar
o epek-pengembaraan-melayu-misteri
o kunci-rahsia-pada-pemberian-rahsia-melayu
o rahsia-melayu-dari-keturunan-nabi-nuh-as
o pintu-rahsia-melayu-akan-terbuka-di-mistis-file
o rahsia-melayu-dan-bahtera-nabi-nuh-as
o siapakah-keturah-yang-melahirkan-bangsa-melayu
o alter-terahsia-bangsa-melayu
o kumpulan-artikel-dari-mistis-organization-alter-terahsia-bangsa-melayu
o seroja-melayu-s-effendy
o bunga-teratai-melayu
o bunga-seroja-melayu
o bunga-kemuning-melayu
o bunga-melati-melayu
o bunga-kenanga-melayu
o bunga-cempaka-melayu
o bunga-kemboja-melayu
o bunga-di-kubur-melayu
o mandi-bunga-dan-limau-melayu
o melayu-dan-bunga
o kemenyan-dan-melayu
o rahsia-terahsia-wangian-melayu

o parameswara
o kesultanan-melayu-melaka
o kegemilangan-kesultanan-melaka
o kejatuhan-kesultanan-melaka
o sejarah-kesultanan-melayu-perak
o sejarah-negeri-perak
o istiadat-pertabalan-sultan-perak
o istiadat-tabal-jin-kesultanan-perak
o sejarah-beting-beras-basah
o istiadat-pertabalan-sultan-perak-di-beting-beras-basah
Asal Usul Orang Melayu
The Twenty Ten Theme. Create a free website or blog at WordPress.com.
Follow

Follow Asal Usul Orang Melayu


Get every new post delivered to your Inbox.
Join 129 other followers
Build a website with WordPress.com

Vous aimerez peut-être aussi