Vous êtes sur la page 1sur 24

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN BONEKA TANGAN TERHADAP KOMUNKASI


KANAK-KANAK

OLEH:
NUR DIYANA BINTI SAAT
AISYAH BINTI AB RASHID
RABIATUL ADAWIAH BINTI ZAKARIA
NOR SYAZWANIE BINTI MOHAMAD ZAMAL
TENGKU NUR ATIRAH BINTI TENGKU MOHD KHAIRI

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan adalah kerana timbul kesedaran kepada diri sendiri seperti anjakan
paradigma untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berusaha mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Masalah ini dapat
dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru mendapati terdapat
segelintir kanak-kanak yang takut dan tidak berkeyakinan untuk menjawab pertanyaan guru
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, kurang dalam penguasaan bilangan
perbendaharaan kata serta kurang berkomunikasi dengan baik semasa aktiviti pembelajaran
dijalankan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah temubual kepada kanak-kanak
dimana guru tidak menggunakan boneka tangan semasa berkomunikasi dalam aktiviti
bercerita. Hasil tinjauan awal menunjukkan kanak-kanak kurang berkomunikasi dan
berinteraksi dengan guru. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
tersebut kami menggunakan bahan bantu mengajar iaitu boneka tangan untuk berkomunikasi
bersama kanak-kanak semasa melakukan aktiviti bercerita. Tiga aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dalam tempoh tiga hari. Hasil pemerhatian daripada aktiviti yang

dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan dalam komunikasi kanak-kanak semasa aktiviti


bercerita. Kanak-kanak lebih berminat untuk berkomunikasi apabila menggunakan boneka
tangan semasa aktiviti bercerita. Perubahan yang positif ditunjukkan oleh kanak-kanak
apabila guru menggunakan boneka tangan dalam aktiviti bercerita, dimana kanak-kanak
lebih yakin untuk berkomunikasi sesama mereka, penguasaan bilangan perbendaharaan kata
dapat ditingkatkan dan kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan baik semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah ini haruslah dikekalkan kerana melalui penggunaan boneka tangan yang dipilih ini,
menunjukkan kanak-kanak begitu berminat dan teruja untuk berkomunikasi sesama mereka
dan guru.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS
Pertama sekali kami ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuas hati kerana
tidak memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak dalam meningkatkan komunikasi
mereka. Kami mendapati bahawa kanak-kanak kurang penguasaan perbendaharaan kata
apabila guru meminta kanak-kanak menjawab apa yang ditanya sebagai contoh kanak-kanak
hanya menjawab beberapa patah perkataan sahaja apabila ditanya. Selain itu juga, kanakkanak kurang berinteraksi semasa melakukan aktiviti bercerita dimana mereka hanya berdiam
diri sahaja apabila melakukan sesi soal jawab. Bagi kami kanak-kanak tersebut tidak tertarik
dengan kaedah penceritaan yang digunakan oleh guru kerana guru tidak menggunakan apaapa bahan atau alatan semasa melakukan aktiviti bercerita dan kanak-kanak juga tidak
bersemangat untuk berkomunikasi melalui kaedah tersebut.
Melalui pembacaan kajian lepas dari Zaharatullaili (2006) dalam Mohd Fhayrus
Abdullah (2012), telah menjalankan kajian mengenai penggunaan boneka dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Boneka dijadikan sebagai bahan bantu mengajar
yang dapat menarik minat kanak-kanak terhadap pembelajaran kerana fitrah

semulajadi

kanak-kanak yang sukakan alat permainan seperti boneka. Kajian beliau mendapati bahawa
kaedah penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam
meningkatkan perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan
kanak-kanak. Selain itu juga, dengan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat memberi penerangan dan menghuraikan sesuatu, memberi arahan, mengucapkan
sesuatu yang lucu, bercerita, bersoal jawab dan juga untuk mencipta situasi drama yang
melibatkan kanak-kanak. Penggunaan boneka dapat memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga memberi peluang untuk
perkembangan kemahiran imaginatif.

Jadi, kami telah membuat keputusan untuk melaksanakan kajian dengan bersungguhsungguh bagi memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti bercerita
untuk mempertingkatkan komunikasi kanak-kanak. Kami telah memulakan kajian dengan
beberapa langkah iaitu membuat temubual, pemerhatian dan soal selidik. Kemudian kami
merancang aktiviti serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan kami jalankan iaitu
aktiviti bercerita dengan menggunakan boneka tangan, dimana kami memilih cerita Gajah
dan Arnab dengan menggunakan boneka tangan gajah, arnab dan binatang lain. Langkahlangkah yang seterusnya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan yang berikut.
Kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa penggunaan boneka tangan dapat
meningkatkan komunikasi kanak-kanak. Dengan itu, guru dapat menggunakan kaedah ini
bagi membantu meningkatkan keupayaan komunikasi murid-murid.

2.0 KERANGKA TEORI

Keberkesanan Penggunaan Boneka Tangan Terhadap Komunkasi Kanak-Kanak

Teori Friedrich Froebel (1782-1852)

Teori Perkembangan Jean Piaget (1963)

Komunikasi

Pengunaan boneka

Rajah 1: Kerangka teori kajian

2.1 TINJAUAN LITERATUR


Menurut Tillis (1990) dalam Loy Chee Luen (2004), menyatakan bahawa boneka merupakan
benda atau objek yang abstrak yang memerlukan imaginasi yang tinggi daripada pemain dan
penonton boneka. Menurut Currell (1972) dalam Loy Chee Luen (2004), boneka ialah sejenis
objek yang tidak bernyawa yang boleh dimanipulasikan oleh pengguna boneka. Menurut
Bustam (1988; 2005) dalam Loy Chee Luen (2004) pula mengatakan boneka tidak kaku dan
boleh digerakkan serta boleh dimainkan dalam pelbagai watak. Boneka atau patung adalah
hasil ciptaan yang berbentuk 26 haiwan, manusia dan lain-lain yang digunakan untuk
menyampaikan mesej atau maklumat. Boneka merupakan sejenis patung, seperti manusia atau
binatang yang boleh digerakkan badannya dengan memasukkan tangan ke dalam badannya
atau dengan menarik tali yang dilekatkan pada bahagian badannya. Boneka dianggap sebagai
alat atau barang permainan yang sangat unik dan mempunyai kebaikan untuk kanakkanak.Penggunaan boneka dalam pengajaran dapat meningkatkan interpersonal kanak-kanak.
Ensiklopedia bebas menyatakan boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu
boneca yang bermaksud alat permainan yang boleh direka bentuk dengan pelbagai rupa
terutamanya manusia atau binatang serta tokoh-tokoh fiksi.Boneka dikenali sebagai alat
pedagogi yang mempunyai ciri fizikal yang ajaib dan menakjubkan.Boneka mempunyai daya
tarikan yang menarik dan istimewa untuk menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dan
membantu menguruskan tingkah laku mereka menurut Salmon dan Sainato (2005), dalam
Loy Chee Luen (2004). Hal ini kerana, boneka yang digunakan dalam pengajaran sebagai
prop lakonan dalam aktiviti dramatika kanak-kanak melibatkan perkembangan bahasa, muzik,
seni visual, drama, dan pergerakan fizikal boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meluahkan perasaan dan akan mewujudkan interaksi antara kawan-kawan yang lain.
Kebiasaannya kanak-kanak lebih menggemari aktiviti pembelajaran yang berasaskan
alat permainan seperti boneka atau patung kerana mereka dapat merasakan dan menghargai
sifat-sifat yang terdapat pada boneka tersebut.Menurut Kamarudin dan Siti (1998) dalam Loy
Chee Luen (2004), boneka merupakan alat atau bahan yang disediakan serentak dengan skrip
yang dibaca atau skrip bebas yang boleh disesuaikan dengan boneka tersebut. Jackman
(2001), dalam Loy Chee Luen (2004), pula menyatakan bahawa kanak-kanak di peringkat
pendidikan awal usia, boneka sebagai objek yang boleh digunakan untuk berdialog. Oleh hal

demikian,

melalui

penggunaan

boneka

dalam

pembelajaran

dapat

meningkatkan

perkembangan bahasa dan kemahiran komunikasi kanak-kanak.


Maksud lain bagi boneka pula ialah objek yang boleh digeraklakonkan oleh pemain
samada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Terdapat
pelbagai objek yang boleh dijadikan boneka dan pemain pula akan mencuba untuk
mengaksikan watak samada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau membuat
lakonan boneka tanpa sebarang dialog. Kajian lepas membuktikan bahawa penggunaan
boneka dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan pengalaman baru kepada
kanak-kanak dari segi bahasa, emosi dan sosial.Oleh itu, guru perlu membiasakan diri dengan
kaedah pedagogi boneka supaya kanak-kanak mendapat pengalaman baru semasa berada di
prasekolah.
Menurut Owens (1990) dalam Puteri Roslina Wahid (2008), mendefinisikan
komunikasi sebagai proses bagaimana individu bertukar maklumat dan menyampaikan
pendapat. Komunikasi merupakan proses aktif yang memerlukan penghantar memahami
mesej yang disampaikan. Komunikasi juga sebagai perhubungan secara langsung atau tidak
langsung melalui perantara surat, telefon, radio, dan lain-lain. Komunikasi adalah salah satu
seni yang boleh menyampaikan maklumat, pendapat dan sikap-sikap dari seseorang kepada
orang lain. Definisi ini mementingkan penyaluran sesuatu maklumat daripada seseorang
individu kepada individu lain. Melalui komunikasi juga, seseorang individu tersebut boleh
bergaul rapat dengan rakan-rakannya yang lain serta dapat bertukar pendapat dan berkongsi
maklumat dengan individu lain. Komunikasi sangat penting kepada kanak-kanak kerana
melalui komunikasi kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan bahasa pertuturan dan
dapat menambah perbendaharaan kata yang baru.
Kajian ini berlandaskan teori Friedrich Froebel (1782-1852) yang menyatakan bahawa
kanak-kanak perlu belajar melalui aktiviti bermain kerana mereka berkembang melalui
bermain. Friedrich Froebel (1782), juga mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu
menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Oleh itu, dengan
penggunaan boneka sebagai bahan pengajaran adalah sesuai untuk menarik minat kanakkanak untuk meningkatkan keupayaan berkomunikasi.Penggunaan boneka dalam pengajaran
juga adalah satu kaedah belajar sambil bermain.Melalui kaedah ini, dapat menggalakkan

kanak-kanak supaya berinteraksi sesame mereka di dalam kelas dan dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi mereka.
Kajian ini juga bersandarkan Teori Perkembangan Jean Piaget (1963) yang
menjelaskan tentang peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Terdapat empat
peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget, iaitu peringkat sensori motor (0 hingga 2
tahun), peringkat pra operasi (2 hingga 7 tahun), peringkat operasi konkrit (7 hingga 11
tahun), dan operasi formal (12 tahun keatas). Kajian ini memberi fokus kepada peringkat
praoperasi iaitu semasa kanak-kanak berumur dua tahun hingga tujuh tahun, kanak-kanak
menggunakan

simbol

untuk

mewakili

objek

atau

benda

yang

terdapat

di

persekitarannya.Kanak-kanak mula bercakap tetapi percakapannya bersifat egosentrik.Topik


perbualannya adalah berdasarkan tentang dirinya sendiri. Pada peringkat ini juga, kanakkanak kurang berkomunikasi dengan orang lain dan enggan menerima idea-idea daripada
orang lain. Oleh itu, boneka digunakan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi
oleh kanak-kanak bagi meningkatkan keupayaan komunikasi dan bilangan perbendaharaan
kata kanak-kanak.
Kesimpulannya, penggunaan boneka dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan
keupayaan kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan baik.Penggunaan boneka ini adalah
melibatkan kanak-kanak dan guru bercerita dengan menggunakan bineka. Kanak-kanak juga
berpeluang menggunakan boneka untuk bersoal jawab dan berkongsi pendapat dengan rakanrakannya yang lain. penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
sangat berkesan untuk membantu dalam kemahiran komunikasi dan meningkatkan
perbendaharaan kata kanak-kanak.

3.0 FOKUS KAJIAN


Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kebolehan atau keupayaan komunikasi
kanak-kanak semasa melakukan aktiviti bercerita iaitu cerita Gajah dan Arnab. Kajian ini
adalah penting bagi kanak-kanak untuk meningkatkan komunikasi mereka dengan
menggunakan boneka tangan semasa aktiviti bercerita. Jika guru tidak menggunakan apa-apa
bahan atau alatan semasa aktiviti bercerita kanak-kanak akan menganggap aktiviti bercerita
yang dilaksanakan oleh guru sangat membosankan dan keadaan ini akan membuatkan mereka
tidak berminat untuk berkomunikasi. Kesannya mereka akan menghadapi banyak masalah
6

seperti kurang keyakinan untuk berkomunikasi, kurang penguasaan bilangan perbendaharaan


kata dan kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas dan lancar.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

4.1

Objektif umum

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan
komunikasi kanak-kanak dengan menggunakan boneka tangan.

4.2

Objektif khusus
1. Membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan jelas dan lancar menggunakan
boneka tangan.
2. Meningkatkan penguasaan bilangan perbendaharaan kata murid menggunakan
boneka tangan.

4.3

Persoalan kajian
1. Adakah boneka tangan boleh membantu kanak-kanak berkomunikasi dengan jelas
dan lancar?
2. Adakah penggunaan boneka tangan boleh membantu kanak-kanak menguasai
bilangan perbendaharaan kata?

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 2 orang kanak-kanak lelaki yang berumur 5 tahun, dari
Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Kami mengambil keputusan untuk
mengadakan kajian ke atas kanak-kanak di Tadika ini supaya mereka semua mendapat faedah
dan manfaat kerana dengan kaedah ini dapat meningkatkan perbendaharaan kata dan dapat
membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih jelas dan lancar. Kanak-kanak
tersebut dipilih menjadi sampel kajian kami kerana mendapati bahawa kanak-kanak tersebut
terlalu pasif dan kurang berkomunikasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Kanak-kanak A merupakan anak kepada seorang tukang kebun sekolah dan ibunya bekerja
7

sebagai penjual kuih di pasar malam. Dia merupakan anak yang ketiga daripada lima orang
adik beradik. Manakala kanak-kanak B merupakan anak kepada seorang peniaga pasar malam
dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik.

5.0

Perlaksanaan Kajian

5.1

Tinjauan masalah

Jadual 1: Kaedah Mengutip Data


Langkah/
Tarikh

Kaedah
Penilaian

Kumpulan
Sasaran

Tujuan

Langkah 1

Temubual
Pemerhatian

2 orang kanak- - Temubual dan pemerhatian


kanak berumur
dilakukan terhadap
2 orang kanak-kanak
5 tahun
berumur
5 tahun untuk
mengenalpasti masalahmasalah yang dihadapi.
- Aktiviti bercerita dan
berkomunikasi dilakukan
bersama kanak-kanak
tanpa penggunaan boneka.

Langkah 2

Pemerhatian

2 orang kanak- - Pemerhatian dilakukan bagi


kanak berumur
mengenal pasti keupayaan
5 tahun
komunikasi kanak-kanak
untuk mendapatkan
kepastian pada masalah
yang dihadapi.
- Penyelidik menggunakan
boneka untuk

Catatan

(Lampiran 1Temubual)

menyampaikan cerita dan


berkomunikasi dengan
kanak-kanak.
Langkah 3

5.2

Soal selidik
Pemerhatian

2 orang kanak- - Soal selidik digunakan bagi


kanak berumur
mengenalpasti keupayaan
5 tahun
komunikasi kanak-kanak.
- Pemerhatian dilakukan
terhadap komunikasi
kanak-kanak semasa
aktiviti bercerita dengan
menggunakan boneka
tangan oleh penyelidik
dan kanak-kanak.

(Lampiran 2Soal selidik)

Analisis tinjauan masalah


Jadual 2: Analisis tinjauan masalah

Langkah/
Tarikh
Langkah 1
6 April 2015

Aktiviti

Aktiviti
dijalankan
bersama kanakkanak
tanpa penggunaan
boneka.

Masalah telah
dikenalpasti
2 orang kanak-kanak
yang ditemubual tidak
dapat berkomunikasi
dengan baik tanpa
penggunaan boneka
tangan.
Kanak-kanak kurang
memberi perhatian
ketika ditemubual
Tidak fokus semasa
aktiviti bercerita
dijalankan

Catatan

Cikgu:
-Apakah warna gajah dan
arnab?
Kanak-kanak:
-Warna hitam , arnab warna
putih pink (A dan B)
Cikgu
-Adakah gajah dan arnab
bersahabat baik?
Kanak-kanak
-Tak (A dan B)
Cikgu:
-Apa yang ingin dilakukan
oleh gajah dan arnab?
Kanak-kanak:
-Nak berlari (A)
-Berlumba (B)
Cikgu:
9

-Kenapa arnab mengajak


gajah untuk berlumba?
Kanak-kanak:
-Sebab arnab jahat.. (A)
-Tiada jawapan (B)
Cikgu:
Kenapa gajah dan arnab
ingin membuat perlumbaan?
Kanak-kanak;
-tiada jawapan- (A dan B)
Cikgu:
-Apa yang terjadi semasa
arnab sedang tidur?
Kanak-kanak:
-tiada jawapan- (A dan B)
Cikgu
-Siapakah yang memenangi
perlumbaan?
Kanak-kanak:
-Gajah (A dan B)
Cikgu:
-Bagaimana gajah boleh
memenangi perlumbaan?
Kanak-kanak:
-Sebab gajah lari laju (A)
-Tiada jawapan (B)
Cikgu
-Kenapa arnab tidak dapat
memenangi perlumbaan
walaupun dapat berlari laju?
Kanak-kanak:
-Arnab tidur (A)
-tiada jawapan-(B)
Cikgu:
-Apa yang patut dilakukan
oleh arnab kepada gajah
selepas kalah dalam
perlumbaan?
Kanak-kanak:
10

-Mintak maaf (A dan B)


Cikgu:
-Apakah nilai-nilai murni
yang ada dalam cerita
tersebut?
Kanak-kanak:
-Jangan sombong (A)
-Lari laju (B)
Langkah 2
7 April 2015

Aktiviti

i. Kanak-kanak tidak yakin


untuk
dijalankan
berkomunikasi
bersama kanak- ii. Gemar bermain bersama
kawan-kawan
kanak
menggunakan
boneka
(boneka
digunakan oleh
guru sahaja)

Langkah 3
8 April 2015

Aktiviti

Soal selidik dan


pemerhatian dilakukan
dijalankan
untuk mengenalpasti
bersama kanakmasalah dari segi:
kanak
i. Komunikasi
- Kebanyakan
menggunakan
kanak-kanak
boneka
kurang
(boneka
berkomunikasi
digunakan oleh
guru dan kanakkanak)

ii. Keberkesanan alat bantu


mengajar
- Sebelum
menggunakan
boneka, kanakkanak kurang
memberi
perhatian
iii.Penglibatan murid
sebelum kajian
- Pasif dan kurang
aktif
11

5.3

Tindakan yang dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal, didapati kanak-kanak kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi


apabila cerita disampaikan tanpa penggunaan boneka. Ini adalah kerana aktiviti yang
dijalankan kurang menarik perhatian kanak-kanak untuk berkomunikasi dan tidak melibatkan
mereka secara aktif dalam aktiviti komunikasi. Oleh itu, kami memilih untuk menggunakan
boneka tangan bagi aktiviti bercerita bersama kanak-kanak dan melibatkan mereka secara
aktif dalam komunikasi dengan penggunaan boneka tangan bagi mengatasi masalah ini:
i.
ii.
iii.
iv.

Penggunaan boneka tangan semasa aktiviti dilakukan bersama kanak-kanak


Boneka tangan yang digunakan perlu sesuai dengan cerita yang disampaikan
Kanak-kanak perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan
Langkah-langkah yang dijalankan bersama kanak-kanak dengan menggunakan
boneka tangan ialah:
Jadual 3: Langkah-langkah menggunakan boneka tangan
Langkah 1

Aktiviti bercerita menggunakan pelbagai cerita pendek berunsur

Langkah 2

nasihat dan teladan


Guna intonasi dan nada suara yang betul dalam menyampaikan

Langkah 3

cerita
Sesi soal jawab dijalankan secara individu terhadap kanakkanak. Pada masa ini, kanak-kanak berpeluang menggunakan

Langkah 4

boneka tangan semasa menjawab soalan


Kanak-kanak melakukan aktiviti lisan dengan melakonkan
watak yang diminati dalam cerita yang telah disampaikan
menggunakan dialog sendiri

5.4

Perlaksanaan Aktiviti

5.4.1 Perlaksanaan aktiviti 1


Pemerhatian
Tarikh : 6 April 2015
Tempat : Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota Bharu
Masa: 10.00am 10.30 am
Peristiwa:
12

Guru berbual dengan kanak-kanak tentang perkara yang dilakukan oleh mereka. Mereka tidak
sabar untuk mengetahui tentang aktiviti yang guru ingin lakukan. Namun tidak semua kanakkanak yang tertarik dan ingin berbual dengan guru. Guru menceritakan cerita Gajah dan Arnab.
Semasa sesi bercerita, terdapat kanak-kanak yang berjoget dan ada juga yang asyik melihat muka
guru. Kami mendapati kanak-kanak tidak memberi tumpuan dan tidak mahu berkongsi idea
dengan guru.

Refleksi:
Kanak-kanak tidak memberi sepenuh perhatian semasa sesi bercerita. Walaupun guru
menggunakan intonasi suara yang baik semasa bercerita, namun kanak-kanak tetap tidak
bersemangat untuk menjawab soalan guru apabila guru bertanya tentang watak-watak dalam
cerita. Guru terpaksa mengulangi nama watak berulang kali. Untuk aktiviti seterusnya, kami
ingin membawa boneka bersama-sama apabila bercerita dengan kanak-kanak.

5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2


Kami masih menggunakan teknik bercerita namun pada kali ini kami membawa bersama
boneka tangan. Sesi ini hanya guru sahaja yang menggunakan boneka.
Pemerhatian
Tarikh : 7 April 2015
Tempat : Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota Bharu
Masa: 10.00am 10.30 am
Peristiwa:
Kanak-kanak melihat bahan yang guru bawa ke Taska. Kanak-kanak tertarik apabila melihat
guru membawa boneka tangan. Kanak-kanak mula menunjukkan minat apabila melihat boneka
tangan yang dibawa. Kanak-kanak mula berkomunikasi dengan guru dan di antara mereka serta
memberitahu nama boneka tersebut (nama haiwan). Kanak-kanak cuba menyentuh boneka yang
ada pada guru.

13

Refleksi:
Kanak-kanak begitu bersemangat sekali untuk mendengar cerita. Kana-kanak lebih tekun
untuk mendengar cerita berbanding sesi sebelum ini. Mereka mula bercakap-cakap dengan
guru dan cuba memegang boneka yang ada pada guru. Kami bercadang untuk membawa
boneka yang lebih banyak kepada kanak-kanak supaya mereka lebih kerap berkomunikasi
dengan guru dan rakan sebaya.

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3


Kaedah dan tajuk yang digunakan masih lagi sama seperti sesi sebelum ini. Kali ini guru
memberi boneka kepada kanak-kanak. Kanak-kanak digalakkan berbual menggunakan
boneka yang telah disediakan oleh guru.
Pemerhatian
Tarikh : 8 April 2015
Tempat : Tadika Kemas Lembah Sireh, Kota Bharu
Masa: 10.00am 10.30 am
Peristiwa:
Kanak-kanak makin tertarik apabila guru memberi dan membenarkan mereka untuk memegang
dan bermain dengan boneka. Mereka saling meneka dan berbual dengan rakan tentang nama
boneka tersebut. Kanak-kanak mula berbual menggunakan boneka dan dapat menjawab soalan
guru. Kanak-kanak yang kurang bercakap juga mula menunjukkan minat untuk berbual
menggunakan boneka.

14

Refleksi:
Penggunaan boneka memang dapat meningkatkan komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak
lebih mudah memahami cerita apabila menggunakan boneka. Kanak-kanak sangat gembira
apabila bercakap menggunakan boneka. Kanak-kanak sangat gembira apabila dapat memakai
dan melakonkan boneka tangan. Kanak-kanak juga dapat menyebut nama haiwan (boneka)
dengan baik. Komunikasi kanak-kanak makin bertambah apabila mereka bercakap dengan
guru, rakan dan dengan boneka itu sendiri.

5.5

Refleksi Kajian

5.5.1 Penilaian pencapaian murid


Persoalan Kajian Pertama: Adakah penggunaan boneka tangan boleh membantu kanakkanak berkomunikasi dengan jelas dan lancar? Hasil analisis kaedah soal selidik dan
pemerhatian yang dijalankan telah dapat mengenal pasti keupayaan berkomunikasi kanakkanak dengan menggunakan boneka.
Jadual 1: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak A dan B dengan menggunakan
Cerita Gajah dan Arnab. Sebanyak enam soalan telah diberikan kepada kanak-kanak bagi
kaedah ini.

Jawapan
Jumlah Skor
Peratusan (%)

Kanak-kanak A
Benar
Salah

Kanak-kanak B
Benar
Salah

6/6
100%

4/6
66.67%

0/6
0.00%

2/6
33.33%

Jadual di atas menunjukkan peratusan yang diperolehi hasil daripada analisis kajian
soal selidik yang diberikan kepada kanak-kanak A dan B yang terdiri daripada kanak-kanak
lelaki. Berdasarkan jadual yang diperolehi, didapati kanak-kanak A memperolehi peratusan
100%, manakala kanak-kanak B memperolehi 66.67%. Berdasarkan kepada dapatan kajian
yang diperolehi mendapati kanak-kanak memberikan respon dan tindak balas yang baik
terhadap soalan yang telah diberikan.
Melalui sesi bercerita menggunakan boneka tangan, kanak-kanak dapat membentuk
pertuturan yang baik melalui komunikasi serta tindak balas dan respon yang diberikan
15

terhadap sesi tersebut. Komunikasi yang berlaku menunjukkan kanak-kanak mula melakukan
proses berfikir bagi menjawab soalan-soalan yang diajukan. Oleh itu penggunaan boneka
dapat meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak melalui proses
berfikir dengan menghasilkan komunikasi yang jelas dan lancar. Vygotsky dalam Sharifah dan
Aliza (2011) berpendapat bahawa proses perkembangan mental kanak-kanak yang tinggi akan
berlaku melalui proses komunikasi semasa aktiviti praktikal dijalankan.
Jadual 2: Hasil analisis pemerhatian terhadap kanak-kanak bermain boneka
Kanak-kanak Jumlah bilangan ayat yang disebut oleh kanak-kanak
A
7
B
5
Berdasarkan jadual yang diperolehi, dapatan kajian menunjukkan bilangan ayat yang
disebut kanak-kanak A adalah 10 manakala kanak-kanak B pula adalah tiga. Rumusan dapatan
kajian

pemerhatian

mendapati

bahawa

kanak-kanak

melakukan

interaksi

apabila

menggunakan boneka. Kanak-kanak juga memberi perhatian mengenai perkara yang


disampaikan dan soalan yang diajukan. Kanak-kanak berinteraksi dengan guru dan rakanrakan dengan baik. Walaupun pada awalnya kanak-kanak tidak memberikan respon yang baik,
tetapi melalui pengunaan boneka kanak-kanak mampu memberikan respon yang baik dan
lancar.
Jadual 3: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan keupayaan
kemahiran berkomunikasi kanak-kanak
Kanak-kanak

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Jumlah

A
B

(%)
33.33%
16.67%

Peningkatan (%)
66.67%
50%

(%)
100%
66.67%

Jadual 3 menunjukkan jumlah peratusan peningkatkan komunikasi kanak-kanak bagi


sampel kajian yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan peratusan peningkatan kanak-kanak
A adalah 66.67% manakala kanak-kanak B pula adalah 50.00%. Dapatan kajian yang
diperolehi menunjukkan berlaku peningkatan komunikasi dalam sampel kajian yang dikaji.
Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan boneka tangan membantu dalam memberi
rangsangan komunikasi terhadap kanak-kanak.
16

Persoalan Kajian Kedua: Adakah penggunaan boneka tangan boleh membantu


kanak-kanak menguasai bilangan perbendaharaan kata? Hasil analisis temu bual yang
dijalankan telah dapat mengenal pasti peningkatan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak
dengan menggunakan boneka.
Jadual 4.1 Hasil analisis temu bual Kanak-kanak A dan B menceritakan semula cerita bagi
Cerita Gajah dan Arnab.
Kanak-kanak
Skor
Peratusan (%)

Kanak-kanak A
9/11
81.82%

Kanak-kanak B
6/11
54.55%

Dapatan kajian mendapati kanak-kanak A mendapat skor 9/11 dengan peratusan


81.82%, manakala kanak-kanak B memperolehi 54.55%. Keputusan diambil melalui respon
dan jawapan yang telah diberikan oleh kanak-kanak melalui kaedah temu bual yang
dijalankan. Kanak-kanak juga boleh menceritakan semula kisah yang telah disampaikan oleh
guru melalui penggunaan boneka yang diberikan. Kebolehan menceritakan kembali
menunjukkan kanak-kanak faham mengenai kisah yang telah disampaikan kepada mereka.
Peningkatan komunikasi yang diberikan menunjukkan penguasaan bilangan perbendaharaan
kata kanak-kanak juga turut bertambah.

Jadual 5: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan penguasaan
perbendaharaan kata oleh kanak-kanak.
Kanak-kanak
A
B

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Jumlah

(%)
27.27%
9.09%

Peningkatan (%)
54.55%
46.46%

(%)
81.82%
54.55%

Jadual 5 menunjukkan peratusan peningkatan perbendaharaan kata kanak-kanak.


Peratusan peningkatan kanak-kanak A adalah 54.55%, manakala kanak-kanak B adalah
46.46%. Intervensi yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak menunjukkan peningkatan
perbendaharaan kanak-kanak dalam menggunakan boneka tangan.

17

Nillie Mc Caslin (1984) mengatakan bahawa boneka boleh dijadikan sebagai alat atau
bahan bantu mengajar bagi

menarik perhatian kanak-kanak, mewujudkan suasana yang

menyeronokkan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai motivasi kepada kanak-kanak untuk
memberi perhatian dan belajar di dalam kelas. Melalui kajian yang telah dijalankan ini
menunjukkan bahawa penggunaan boneka tangan tersebut boleh meningkatkan komunikasi
kanak-kanak.
Kesimpulannya hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan
boneka

sememangnya

dapat

meningkatkan

keupayaan

kanak-kanak

berkomunikasi

terutamanya berkomunikasi dengan guru dan rakan kelas. Penggunaan boneka juga mampu
meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak serta memberikan keyakinan kepada kanakkanak untuk berkomunikasi dengan individu yang lain.

6.0

PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, kanak-kanak berupaya berkomunikasai dengan lancar dan jelas
dengan menggunakan boneka tangan malah mereka menjadi lebih yakin ketika
berkomunikasi. Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Zaharatullaili (2006)
dalam Mohd Fhayrus Abdullah (2012), iaitu penggunaan boneka dapat memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga
memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif.
Kanak-kanak juga dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka ketika
mereka sendiri yang bermain atau

menggunakan boneka. Hal ini menunjukkan bahawa

mereka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan interpersonal. Dapatan ini


disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Loy (2004), dimana menurut beliau penggunaan
boneka dalam pengajaran dapat meningkatkan interpersonal kanak-kanak.
Selain itu, didapati kanak-kanak boleh bermain boneka tangan bersama rakanrakannya. Hal ini menunjukkan bahawa perbendaharaan kata dan kemahiran komunikasi
kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui penggunaan boneka ketika bermain. Jackman (2001),
dalam Loy (2004), pula menyatakan bahawa kanak-kanak di peringkat pendidikan awal usia,
boneka sebagai objek yang boleh digunakan untuk berdialog. Oleh it, ketika kanak-kanak
menggunakan boneka secara tidak langsung menggerakkan diri mereka untuk berkomunikasi
secara semula jadi.
18

Secara tuntasnya, hasil penyelidikan kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak dapat
bercerita kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Kanak-kanak berupaya
berkomunikasi dengan lancar dan jelas. Bilangan perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak
juga bertambah daripada sebelum menggunakan boneka tangan. Hal ini dapat dilihat dari
kajian ini dimana sebelum menggnakan boneka tangan, kanak-kanak kurang berinteraksi atau
menjawab soalan yang diberikan seolah-olah mereka teragak-agak untuk bercakap. Akan
tatapi apabila guru menggunakan boneka tangan, penglibatan aktif kanak-kanak dapat dilihat.
Oleh itu, penggunaan boneka tangan perlu digunakan bukan sahaja ketika sesi bercerita malah
pada waktu-waktu lain yang dirasakan perlu bagi guru.

7.0

CADANGAN

Berdasarkan hasil kajian ini, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan dan
penambahbaikan yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Berikut merupakan cadangan
yang dirasakan sesuai oleh penyelidik:
1. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya menggunakan pentas ketika sesi
bercerita. Pentas tersebut haruslah menarik dan bersesuaian dengan cerita yang hendak
disampaikan. Hal ini kerana kajian ini hanya dijalankan didalam kelas tanpa penggunaan
pentas boneka.
2. Kajian ini menggunakan boneka yang telah ada di pasaran. Oleh itu selain meningkatkan
komunikasi kanak-kanak, melalui aktiviti menghasilkan boneka sendiri secara tidak
langsung dapat meningkatkan kreativiti dan motor halus kanak-kanak.
3. Kajian ini hanya menumpukan kepada aspek perkembangan komunikasi kanak-kanak.
Oleh itu penyelidik berharap agar kajian seterusnya dapat dijalankan bagi mengenalpasti
aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
4. Penyelidik hanya menggunakan boneka tangan. Oleh itu, kajian selanjutnya boleh
mempelbagaikan jenis boneka yang lain seperti boneka lidi, boneka jari dan sebgainya.
5. Kajian ini hanya tertumpu pada kanak-kanak prasekolah iaitu kanak-kanak yang berumur
4-6 tahun sahaja. Untuk kajian selanjutnya, penyelidik boleh menjalankan kajian
penggunaan boneka terhadap kanak-kanak TASKA.
19

6. Dalam kajian ini penyelidik hanya menggunakan satu cerita sahaja. Oleh itu, bagi kajian
seterusnya boleh menggunakan beberapa cerita yang berbeza.
7. Kajian selanjutnya dicadangkan agar tidak menggunakan terlalu banyak soalan dan perlu
lebih berfokus pada tujuan kajian bagi sesi temubual. Dalam kajian ini pengkaji
menggunakan soalan yang kurang berfokus dan bilangan soalan yang banyak terhadap
kanak-kanak.

20

Rujukan

Creative Thinking (2011). 5 Basic techniques for Good Puppetery. Retrieved on March, 13th
2015, from https://weirproductions.wordpress.com/2011/01/25/5-basic-techniques-for
-good-puppetry/.
Creative Thinking (2013). Penggunaan boneka dalam membantu perkembangan bahasa awal
kanak-kanak. Retrieved on March, 10th2015, from http://cikamal.com/penggunaan
-boneka-dalam-membantu-perkembangan-bahasa-awal-kanak-kanak.html.
Fadhila & Idrul Hisham (2013). Penggunaan boneka tangan dalam kaedah bercerita dan
kesannya

terhadap

kemahiran

komunikasi

kanak-kanak

Pendidikan

Khas.

Terengganu: IPG Kampus Dato Razali Ismail.


Green, A. A. (2003). Approches to needs assessment in childrens services. United Kingdom:
Jessica Kingsley Publishers.
Ivy Deirdre Mangkau (2012). Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar.
Johor Bharu: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Loy, C. L. (2004). Teater boneka sarung tangan di Perpustakaan Negara Malaysia: Unsur
unsur pendidikan dan teknik persembahan. Kuala Lumpur: Pusat Kebudayaan
Universiti Malaya.
Loy, C. L. (2011). Boneka sebagai alat pedagogi dalam pengajaran kanak-kanak prasekolah
Loy Chee Luen. PhD thesis, University of Malaya.
Mohd Fhayrus (2008). Penggunaan boneka bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak di
prasekolah. Kuala Lumpur: IPG Kampus Bahasa Melayu.
Piaget, J. (1963). The origins of intelligence in children. (M. Cook, Trans). New York:
Norton.

21

Sawyer, W. E. (2004). Growing up with literature. Australia: Delmar Learning.


Sayed Mahussain & Fathiah (2010).Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam
kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Selathurai Nadeson. (1982). Peranan drama/lakonan dan role playing dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran, Keluaran 64, Jilid XXVVII Disember 1982, Jurnal
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.

Sharifah Nor Puteh dan Aliza (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan
Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Bangi, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Zaharatullaili Mohd Daud. (2006). Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran
prasekolah di Daerah Raub satu tinjauan KSPK. Kuala Lumpur: Institut Bahasa
Melayu Malaysia.

22

Lampiran
Lampiran 1
Catatan temubual
Tarikh:
Masa:
Tempat:
Beberapa soalan diajukan kepada kanak-kanak untuk mengenalpasti masalah komunikasi.
Antara soalan dalam temubual tersebut, ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

Apakah warna gajah dan arnab?


Adakah gajah dan arnab bersahabat baik?
Apa yang ingin dilakukan oleh gajah dan arnab?
Kenapa arnab mengajak gajah untuk berlumba?
Kenapa gajah dan arnab ingin membuat perlumbaan?
Apa yang terjadi semasa arnab sedang tidur?
Siapakah yang memenangi perlumbaan?
Bagaimana gajah boleh memenangi perlumbaan?
Kenapa arnab tidak dapat memenangi perlumbaan walaupun dapat berlari laju?
Apa yang patut dilakukan oleh arnab kepada gajah selepas kalah dalam

xi.

perlumbaan?
Apakah nilai-nilai murni yang ada dalam cerita tersebut?

23

Lampiran 2
Borang soal selidik
Maklum balas kanak-kanak terhadap komunikasi
Jawapan melalui aktiviti soal jawab bersama kanak-kanak:
YA

TIDAK

1. Kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan baik.


2. Kanak-kanak yakin dalam berkomunikasi.
3. Kanak-kanak menunjukkan minat dalam aktiviti
bercerita menggunakan boneka.
4. Alat bantu mengajar dapat meningkatkan perhatian
kanak-kanak dalam aktiviti bercerita.
5. Perbendaharaan kata kanak-kanak meningkat
dengan penggunaan boneka.
6. Kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif
dalam berkomunikasi melalui penggunaan boneka.

24

Vous aimerez peut-être aussi