Vous êtes sur la page 1sur 5

Orang Jasin Harus Tahu Siapa Sebenarnya Pejuang Kemerdekaan !

Ditulis oleh BO
Isnin, 31 Ogos 2009 06:58 - Terakhir dikemaskini Isnin, 31 Ogos 2009 12:39

Hari ini adalah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan


British, yang kononnya dipelopori oleh Umno dan setelah 52 tahun
perginya penjajah, kebanyakan rakyat Malaysia difahamkan
bahawa Umno sahaja yang berjuang menentang penjajah.
Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui kerana samada ianya telah
dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan
janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah.

Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di
depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula
pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan
di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji
Abbas Mohd. Taha)

Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan
dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya
adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad
Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy

Semasa perang dunia ke-2, (1942 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember

1/5

Orang Jasin Harus Tahu Siapa Sebenarnya Pejuang Kemerdekaan !


Ditulis oleh BO
Isnin, 31 Ogos 2009 06:58 - Terakhir dikemaskini Isnin, 31 Ogos 2009 12:39

1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau
Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA).

Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun.
Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu
gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA
dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.

Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai
aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau
penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak
Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan
Ustaz Abu Bakar Al Baqir

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi
tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya

1. API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18
Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2. AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun
1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

2/5

Orang Jasin Harus Tahu Siapa Sebenarnya Pejuang Kemerdekaan !


Ditulis oleh BO
Isnin, 31 Ogos 2009 06:58 - Terakhir dikemaskini Isnin, 31 Ogos 2009 12:39

3. BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya
ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan
Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar Kedah, Selangor
Musa Ahmad, Pahang Abas,Johar Kadir dan Negeri Sembila Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin,
Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh
Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5. Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al
Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun
1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul
Muslimin yang dianggap Parti Islam Merah dan merupakan bahaya dari gunung kepada
mereka.

6. GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah
CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8. Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada
1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden
dan Chen Lu sebagai Setiausaha.8.Kesatuan Opera Melayu.

9. Persatuan Pemandu Teksi.

10. PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak
penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11. Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

3/5

Orang Jasin Harus Tahu Siapa Sebenarnya Pejuang Kemerdekaan !


Ditulis oleh BO
Isnin, 31 Ogos 2009 06:58 - Terakhir dikemaskini Isnin, 31 Ogos 2009 12:39

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan
menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan
bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan
Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan
menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.

HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu
mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat
Malaya.

Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar yang kini dikenali sebagai Umno),
menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan
rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta
melantik Dato Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun
1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato Onn Jaafar.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan
komunis di Malaya dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil
tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan pecah

4/5

Orang Jasin Harus Tahu Siapa Sebenarnya Pejuang Kemerdekaan !


Ditulis oleh BO
Isnin, 31 Ogos 2009 06:58 - Terakhir dikemaskini Isnin, 31 Ogos 2009 12:39

perintah British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA
ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul
Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia
(PAS)

Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan
telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaituUMNO.

5/5

Vous aimerez peut-être aussi