Vous êtes sur la page 1sur 16

KOMSAS

1.0

Pengenalan

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan


Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga
Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000. Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca di
kalangan pelajar, serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, membaca, dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan
Melayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan
persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan,
kemasyarakatan dan budaya. Komponen Kesusasteraan Melayu akan dijalankan secara
berperingkat-peringkat mulai bulan Mac 2000. Bilangan teks bagi setiap tingkatan adalah
seperti yang berikut:

a. Satu novel daripada pilihan 4 judul yang ditetapkan. Ini bermakna, seorang pelajar hanya
wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan,

b. Satu teks antologi yang mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden (sajak), 6 puisi
tradisional, dan 4 prosa tradisional.

Karya-karya sastera dalam bentuk novel dan antologi ini akan diletakkan di bawah Skim
Pinjaman Buku Teks.. Walau bagaimanapun, kelonggaran akan diberi kepada pihak sekolah
untuk memilih judul novel yang sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah berkenaan mengikut
keupayaan pihak sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Sukatan
Pelajaran, dan Huraian Sukatan Pelajaran (Edisi Penyesuaian) dari Tingkatan I hingga
Tingkatan 5 bagi menjayakan pelaksanaan program ini. Dua waktu diperuntukkan kepada
komponen Kesusasteraan Melayu daripada enam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu.
Penaksiran pada peringkat sekolah dan peringkat pusat ialah:

i. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai pada Tahun 2001.


ii. Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai pada Tahun 2002.

1
2.0

Kewajaran Pengajaran Komsas dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun
2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil pelaksanaannya masih belum banyak dilakukan
oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau
bagaimanapun, sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan
sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji
bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi. Othman (2001)
dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu antara lain
menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pemelajaran
komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud perancangan atau
strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru yang mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusasteraan akan membawa pengajaran di
dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses
pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana dalam peperiksaan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) bahan sastera ialah pilihan
utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikanpetikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalansoalan terutamanya soalan pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai

kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih,
memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang
bernas dan bahasa yang baik. Kajian Subadrah Nair (2000) menunjukkan pengajaran skema
sastera secara terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan
pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Implikasi
penyelidikan ini menunjukkan model skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan
dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan Komsas di kalangan
pelajar.

2
Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk mewujudkan
wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens, mencadangkan idea
baru dan menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa
sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Fauziah (1999) telah memetik
kenyataan penulis-penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter
dan Long(1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan
bahawa sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa
Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik
sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi
semantik mahupun pragmatik. Dengan kajian-kajian serta pendapat-pendapat yang
dikemukakan tersebut diharapkan lebih banyak lagi kajian lain mengenai pelaksanaan
Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang baru dilaksanakan dalam kurikulum
persekolahan negara kita dapat dibuat demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu serta dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib
tersebut. Kajian-kajian berkaitan boleh dijadikan asas serta panduan kepada guru-guru bahasa
khususnya Bahasa Melayu bagi tujuan melihat keberkesanannya apabila hasil perlaksanaan
Komsas diuji buat pertama kalinya melalui peperiksaan SPM pada akhir tahun 2001.

Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan emosi,

membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan estetik.
Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu
dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya.
Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid
menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui peniruan
watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Keadaan ini
secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana
murid tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan
teliti dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin.

3
Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan nilainilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam
pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal
sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan
pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Kadang-kadang, proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam
subjek Bahasa Melayu sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya
kepada murid. Hasil atau bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada kalanya
bukannya hasil kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan
murid, tetapi lebih berupa cerita semata-mata. Malah kajian yang dijalankan sebelum ini juga
mendapati bahawa buku-buku bacaan kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu
sesetengah daripadanya kurang sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik
Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1997: 189). Oleh yang demikian, kurikulum baru yang
berorientasikan komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu
yang berminat dengan karya-karya yang bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan
Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu
dan mempercepat proses itu, selari dengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan
lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa

hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping menanamkan bibit-bibit penghayatan yang


dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan
kebangsaan yang dimiliki bersama itu.
Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat
yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan
pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai,
pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang
lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf
kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan
tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan
seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis
karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru.

4
2.1

Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa
Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar untuk
membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera,mengetahui
latar belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan
sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek
asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah:

Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional.

Mengenal puisi moden dan puisi tradisional.

Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.

Memahami binaan dan teknik plot.

Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan

dan kebudayaan.

Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan

kemasyarakatan.

Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini juga
bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas Bahasa Melayu
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini adalah berteraskan
teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4 dan 5.
Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajarpelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4 (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000).

5
2.2

Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera dari segi pelaksanaannya

Pada 1999, Pusat Perkembangan Kurikulum dalam Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengeluarkan Edisi Penyesuaian kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Tingkatan IV dan V bagi memasukkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen
wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Edisi
Penyesuaian ini menerangkan dengan terperinci kaedah melaksanakan kandungan

kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
menengah atas dari segi kemahiran sastera ynag perlu dicapai oleh pelajar. Misalnya:

(1)

Kemahiran mendengar dan mengenal nada dalam puisi (sajak, pantun, syair, gurindam

dan seloka) (Jenis-jenis nada yang dimaksudkan ialah nada melankolik, romantik, patriotik
dan sinis);
(2)

Kemahiran mendengar dan memahami sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, latar

serta watak dan perwatakan dalam karya;


(3)

Kemahiran melafazkan puisi (pantun, sajak, gurindam dan seloka) dengan nada dan

gaya pengucapan yang menunjukkan pemahaman dan penghayatan;


(4)

Kemahiran menghuraikan dan menyatakan sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan,

plot, latar serta watak dan perwatakan;


(5)

Kemahiran menyampaikan ulasan karya secara spontan dari aspek kesusasteraan;

(6)

Kemahiran menghuraikan unsur dan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan

kebudayaan;
(7)

Kemahiran mengenalpasti genre cerpen, novel, drama dan prosa (tradisional dan

moden);
(8)

Kemahiran menghurai karya dari aspek sastera dengan menggunakan pelbagai gaya

bahasa;
(9)

Kemahiran menulis karya kreatif dalam bentuk surat dan catatan harian, dialog dan

skrip drama, sinopsis bagi karya prosa dan ulasan karya dari aspek sastera;
(10)

Kemahiran menghasilkan pelbagai karya puisi seperti sajak, pantun, seloka, syair dan

gurindam.

6
Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (juga
disebut sebagai komsas) telah berjalan sehingga 2000. Pada 2001, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengeluarkan catatan kedua Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang disemak
semula untuk memberi penekanan pada nilai-nilai murni dan semangat patriotik.

Ini adalah untuk menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara maju dan masyarakat berilmu
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: .v)

Pelajar abad ke-21 dikehendaki mampu berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertatetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunkan teknologi maklumat dan berkomunikasi secara kerkesan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 ini merangkumi 3 bidang
penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik.
Komponen kesusasteraan Melayu (komsas) diharap dapat memupuk minat membaca dan
melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
Di antara 5 objektif kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001, tiga daripadanya
adalah menjurus kepada elemen-elemen kesusasteraan seperti berikut:

(a)

Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada pelbagai bahan

sastera dan bukan sastera;


(b)

Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan tulisan secara kreatif dan

berkesan;
(c)

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan

perasaan cinta akan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001:.3).

Hasil pembelajaran bidang estetik dalam kurikulum Bahasa Melayu ini difokuskan kepada
keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang
estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat
apresiasi, dan penghayatan. Hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai oleh pelajar dalam
bidang estetik ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: 11).

7
Demikian itu, didapati penekanan yang besar diberikan kepada komponen
kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Strategi pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum Bahasa
Melayu semakan 2001 ini ialah dalam aspek kemahiran berfikir, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kecerdasan pelbagaian dan kajian masa depan
(muka surat 18).

Pada 2003, Kementerian Pendidikan Malausia mengeluarkan pula Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu KBSM bagi memperincikan sukatan pelajaran 2001 yang telah disemak dan
diberi nilai tambah. Huraian itu menyebut tujuan semakan ini ialah;

..untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi arus globalisasi serta ekonomi


berasaskan ilmu pada abad ke 21 .
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003; .ix)

Organisasi kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 masih lagi sama, iaitu
mencakupi 3 bidang penggunaan bahasa: bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang
estetik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Penumpuan kepada bidang-bidang ini akan
membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu secara lebih berkesan dalam kehidupan
seharian dan pekerjaan. Komponen kesusasteraan Melayu diperkukuhkan dengan menambah
bahan-bahan bacaan yang lebih banyak dan pelbagai dan bersifat universal. Objektif

komponen kesusasteraan Melayu dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu seperti yang telah
disebut pada awal bab ini adalah untuk memupuk minat membaca dan mendapatkan
keseronokan daripada membaca bahan-bahan sastera, di samping memberi kemahiran kepada
pelajar menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Perkara yang dititikberatkan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu 2003 ini ialah dari segi hasil pembelajaran yang perlu
dicapai oleh pelajar. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini dinyatakan secara jelas 3 aras
pencapaian hasil pembelajaran; iaitu Aras 1, Aras 2 dan Aras 3. Pemeringkatan ini didasarkan
kepada konsep pembelajaran masteri yang membolehkan pelajar terus maju tanpa
mengabaikan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah. Aras 1 adalah yang paling asas yang
harus dicapai oleh pelajar; Aras 2 ialah peringkat pencapaian sederhana, manakala Aras 3
ialah yang paling tinggi iaitu pencapaian cemerlang (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

8
Dengan berasaskan pembelajaran masteri ini, strategi pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih felksibel. Pendekatan yang dicadangkan adalah pendekatan berpusatkan pelajar, yang
menggunakan pelbagai teknik, bahan dan sumber pengajaran. Pendekatan bertema adalah
amat digalakkan bagi menyepadukan ketiga-tiga aspek kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran
bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2003). Ilmu daripada disiplin lain juga perlu diserapkan. Guru-guru juga
dikehendaki memberi peluang kepada pelajar untuk membaca luas bagi meningkatkan daya
berfikir dan minat ingin terus membaca. Penggabungjalinan merupakan aspek penting dalam
pengajaran dan pembelajaran, termasuk juga konsep serapan. Proses ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran bernilai tambah dalam diri pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Unsur-unsur penyerapan yang disarankan (muka surat 80)
ialah:
(a)

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan;


(b)

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif; dan

(c)

Kemahiran ICT, kemahiran belajar cara belajar dan kajian masa depan.

Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa sepanjang satu setengah dekad dari 1990 hingga
2005, kurikulum Bahasa Melayu telah dilakukan semakan semula beberapa kali untuk
penambahbaikan secara berterusan. Dari segi penekanan aspek sastera dalam sukatan
pelajaran bahasa Melayu dapat dilihat ia telah berkembang dan diberi kepentingan yang
tinggi, iaitu daripada hanya unsur sastera dengan bahan-bahan sastera yang terhad digunakan
dalam pengajaran kepada satu komponen yang besar meliputi sepertiga daripada keseluruhan
kurikulum Bahasa Melayu dan sebagai satu komponen wajib dalam peperiksaan di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia.

3.0

Pembentukan Jati Diri Pelajar melalui pengajaran KOMSAS

Karya sastera boleh memupuk nilai murni seperti semangat nasionalisme dan cintakan negara
yang menjadi teras bagi penyatuan semua etnik di seluruh Malaysia. institusi pendidikan
adalah mekanisme yang ampuh bagi mewujudkan semangat kekitaan dan hubungan muhibah
semua etnik. Melalui pembelajaran sastera perpaduan, mereka juga perlu diasuh dengan
kehalusan jiwa dan ketulusan budi semasa berurusan dengan orang lain.

9
Dalam era globalisasi ini, pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan
kemanusiaan, amat memerlukan kesempurnaan jiwa dan rohani yang antara lain boleh dicapai
melalui sastera (Misran Rokimin 1999: 224). Dengan menerapkan pendidikan sastera secara
meluas, pelajar dan pembaca akan terdedah kepada budaya dan cara hidup masyarakat etnik
lain. Ini sangat membantu usaha saling memahami dan merapatkan kefahaman antara budaya
dan perpaduan mereka (Janak Pandey & rakan-rakan 1996: 86). Hasil kajian ini
diperkukuhkan pendapat Gajendra K. Verma & Christopher Bagley (1979, 1984) bahawa
pengajaran tentang hubungan etnik di institusi pendidikan kepada golongan remaja akan
memupuk sifat toleran sesama sendiri berbanding mereka yang tidak terdedah tentang ilmu
tersebut.

Zahirah Aziz dalam kertas kerjanya, Pengajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran
Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Konsep dan Batas Pengajaran, Zahirah Aziz dan
Kamaruzaman Abdullah (2001:l-2) menyatakan bahawa terdapat enam objektif pemelajaran
KOMSAS dalam mata pelajaran BM di sekolah menengah, iaitu:

(a)

Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti

novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional.
(b)

Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan

penvatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai munli dan pengajaran.
(c)

Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran

bertutur, membaca dan menulis.


(d)

Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang

Sasterawan Negara.
(e)

Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.

(f)

Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel, cerpen,

sajak, dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.


(Zahirah Aziz dan Kamarulzaman Abdullah, 2001 :2)

10
Objektif yang dinyatakan seperti di atas adalah selaras dengan falsafah sebab musabab pelajar
wajar mempelajari sastera. Menurut Zahirah dan Kamaruzaman Abdullah ( 2001, 1-2 ) lagi:
Kesusasteraan ialah karya ciptaan yang mengungkapkan pengalaman dan perasaan manusia.
Oleh itu, pelajar boleh menghargai dan menghayati nilai estetika yang terdapat dalam
sesebuah karya. (Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah, 2001 :2).

Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah (2001 :3) selanjutnya menerangkan bahawa
melalui pemelajaran KOMSAS, pelajar diharapkan dapat:
(a)

menyelami masalah kehidupan dan pengalaman orang lain melalui cerita dalam karya

sastera.
(b)

menyelesaikan masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan melalui peristiwa dalam

karya sastera. Penyelesaian masalah secara posjtif dapat membantu pelajar berhadapan
dengan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka yang sebenar.
(c)

memikirkan nilai-nilai baik dan murni yang tersirat dalam cerita yang dibaca.

(d)

memberi kepuasan dan keseronokan dalam menghayati watak-watak dan plot dalam

karya sastera.
(e)

menambah perbendaharaan kata dan membantu pelajar menghasilkan karangan atau

karya dengan menggunakan gaya bahasa yang baik.


(Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah, 2001)

11
4.0

Kesimpulan

Pengajaran komponen sastera secara formal dalam bilik darjah dapat memperkemaskan lagi
usaha melahirkan golongan masyarakat berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia.
Pembelajaran dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang luas. Setiap ilmu berkaitan
sastera boleh melahirkan pelajar yang lebih berjaya dan memperkembangkan ilmu
pengetahuan.

Penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain membolehkan


pelajar menikmati keseronokan dengan menerapkan unsur-unsur sastera secara tidak langsung
melahirkan pelajar yang suka membaca. Ini kerana di Malaysia, sukar mencari orang yang
suka membaca. Mempelajari komponen sastera memberi peluang warga Malaysia menyedari
aktiviti membaca perlu disertai dengan minat.

Perkembangan sahsiah pelajar dibentuk apabila mereka melangkah masuk ke sekolah


menengah iaitu dengan mempelajari nilai-nilai murni ataupun yang lebih penting iaitu nilainilai kemanusiaan. Ini dapat diketahui melalui karya-karya atau genre sastera yang dipelajari.

Pelajar adalah aset utama yang memerlukan kekuatan bahasa. Kesusasteraan Melayu
khazanah yang bernilai tinggi kerana masih ada nilai-nilai kesantunan tersembunyi di celahcelah kehidupan masyarakat. Ini adalah salah satu cara mengangkat darjat bahasa Melayu di
peringkat global.

(3060 patah perkataan)

Jumaat, 21 Jun 2013 http://seprianiq.blogspot.com/2013/06/komsas_2740.html Sepri Ismail

12
BIBLIOGRAFI

(1989). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2000). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian). Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(2000). Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan

Pembelajaran Komsas. Kuala Lumpur:

Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2000). SPM Format Baru Kertas Bahasa Melayu dan Kriteria Penskoran Ujian Lisan. Kuala
Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fauziah Ahmad. (1999). Pemelajaran Bahasa Melalui Sastera: Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua. Jurnal Dewan Bahasa 43(11).
Misran Rokimin. (1998). Era Globalisasi: Pendidikan Sastera Masih Adakah Kepentingannya
Lagi?. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, hlm. 220 - 237.
Othman Puteh, (2001). Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan
Siswa, Mac: 20-21.
Subadrah Nair. (2000). Kesan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera. Prosiding
Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pendidikan 2000,
hlm.113125

Vous aimerez peut-être aussi