Vous êtes sur la page 1sur 10

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

tujuan - menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan


sekolah mampu meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah.

program terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan


keperluan semasa

Enam teras utama PBSS

- Polisi Kesihatan Sekolah,

- Persekitaran Fizikal Sekolah,

- Persekitaran Sosial Sekolah,

- Penglibatan Komuniti,

- Kemahiran Kesihatan Diri,

- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.

Kerjasama sekolah dgn masyarakat

- tujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan masyarakat.

satu proses dua hala - sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama
untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.

sumbangan terhadap masyarakat dan sebaliknya,

menilai status kesihatan murid,

- memberi khidmat rawatan dan rujukan,

- memberi bimbingan dan kaunseling,

- memberi penjagaan rawatan/kecemasan,

- mencegah dan mengawal kejadian penyakit mendiagnosis

- membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas.

pogram berkaitan kesihatan

- Perkhidmatan Kesihatan Sekolah,

- Perkhidmatan Pergigian,

- Rancangan Makanan Tambahan (RMT),

- Program Susu Sekolah (PSS),

- Pendidikan Pencegahan Denggi,

- menjadikan sekolah kawasan larangan merokok,

- menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan

- mengadakan program bebas dadah

- kempen cara hidup sihat.

PERLAKSANAAN PBSS

sejak tahun 1967 - bertujuan melahirkan pelajar dan masyarakat sekolah yang
sihat dan produktif.

meliputi semua kegiatan dan amalan yang direka untuk mempertahankan,


menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid,

- untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah

- untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini, mengenai


kesihatan.

ditakrifkan sebagai jumlah pengalaman sama ada di sekolah atau di mana-mana


yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan amalan seseorang murid dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS

* adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama

- diberi kepada seseorang yang tercedera dalam suatu kemalangan atau sakit
secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang
bertauliah.

* diberikan kepada mangsa dapat mengurangkan kesakitan, mencegah kecederaan


daripada menjadi lebih serius dan dapat menyelamatkan nyawa mangsa.

* Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur R.I.C.E


merehatkan/menenangkan mangsa (rest),

- mendemah bahagian yang tercedera (ice),

- melakukan tuaman pada bahagian tercedera (compression)

- meninggikan bahagian yang tercedera (elevation).

* Mangsa kecederaan yang mengalami tersekat pernafasan boleh dibantu dengan


prosedur E.A.R iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan udara (airway)
supaya laluan udara tidak tersekat dan memberikan mangsa bernafas dengan
sempurna (resuscitation).

* perlu diberikan perhatian semasa memberikan pertolongan cemas ialah:

(i) Bertindak dengan segera,.

(ii) Dilarang mengerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau


belakang

(iii) Memastikan seseorang ditugaskan untuk menghubungi ambulans dan doktor


sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas.

(iv) Dilarang menarik pakaian mangsa yang lukanya terbakar.

(v) Menenangkan mangsa.

(vi) Pastikan mangsa yang tidak sedarkan diri tidak dipaksa untuk mengambil
sebarang cecair.

PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

dijalankan secara kerjasama antara kakitangan kesihatan, pergigian dan pihak


sekolah. membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah kepentingan penjagaan
kesihatan

Pengesanan masalah kesihatan, merawat dan merujuk kes.

Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit

Ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dengan memberi maklumat kesihatan


yang tepat tentang anak mereka

memberi kebenaran untuk pemeriksaan serta imunisasi.

Kerjasama yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak kesihatan dan pendidikan
membantu meningkatkan tahap kesihatan murid dan masyarakat amnya.

Kajian oleh pihak WHO - 5 juta kanak-kanak dari kalangan bayi hinggalah yang
berumur 14 tahun meninggal dunia setiap tahun di negara membangun akibat
penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan persekitaran mereka.

Kekotoran alam sekitar melalui pembuangan sampah terutama di kawasan


perumahan dan projek terbengkalai telah disifatkan sebagai mesra aedes.

- Pencemaran udara bentuk baru menyebabkan seperti penghasilan


kimiaberbahaya dioksin, furan dan sebagainya.

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

menggunakan pendekatan 'holistic' dan bersepadu untuk memastikan generasi


akan datang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi

Kejayaan rancangan kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dirancang


untuk murid-murid.

rasional rancangan ini diwujudkan adalah kerana terdapat beberapa keadaan


morbiditi yang didapati tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah

- malnutrisi,

- karies gigi,

- jangkitan cacing,

- masalah penglihatan,

20 peratus jumlah penduduk terdiri daripada masih di bangku sekolah.


peningkatan kesihatan di sekolah merupakan faktor penting dalam kemajuan
masyarakat.

Dari sudut pembangunan, murid merupakan agen perubahan, mereka lebih


mudah menerima sesuatu pengetahuan atau perubahan.

- Mereka boleh mempengaruhi ahli keluarga mereka. Murid sekolah sebagai


captive audience,

Sekolah ialah sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia dan
sebagai pusat pendidikan atau agen perubahan dalam masyarakat.

RKS berasaskan konsep kesihatan yang menyeluruh yang merangkumi kesihatan


fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Murid- sebagai salah satu agen perubahan. kanak-kanak lebih mudah menerima
sesuatu pengetahuan/pendapat daripada orang dewasa. diharapkan perubahan
sikap dan amalan kesihatan akan dapat mempengaruhi ibu bapa, adik beradik dan
rakan sebaya mereka melalui pergaulan harian mereka.

Matlamat Pendidikan Kesihatan adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan


yang positif terhadap kesihatan. lebih mudah dan berkesan jika kita "melentur
buluh biarlah dari rebungnya" sebelum mereka dipengaruhi oleh sikap dan amalan
kesihatan yang negatif dan yang tidak diingini.

Sekolah mempunyai sumber yang besar dari segi kemudahan, tenaga manusia
yang boleh digembelingkan dijadikan agen perubahan dalam masyarakat.

Sebagai sebuah institusi membolehkan murid-murid mendapat pendidikan dan


menghabiskan masa kira-kira 6-10 jam sehari,

- persekitaran sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa dalam keadaan


selamat, bersih, selesa

dan indah.

Kerjasama antara sekolah dengan masyarakat bertujuan untuk mengintegrasikan


aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.

- Ianya merupakan satu proses dua hala di mana kedua-dua sekolah dan
masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan
mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak.

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

perintis berjaya dilaksanakan. Aktiviti dan program yang dijalankan boleh


diperbaiki dan dipertingkatkan lagi di masa akan datang

Kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan yang berkaitan sangat dihargai
dan merupakan satu faktor program berjaya dilaksanakan.

satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan

* Penglibatan masyarakat adalah dalam pelbagai bentuk memberi sumbangan


kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan pihak
sekolah.

* boleh memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi rolemodel yang baik.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Program Amalan Kebersihan sekolah melibatkan semua ahli komuniti sekolah


untuk bekerjasama menyediakan murid-murid untuk meningkat dan melindungi
kesihatan

mereka.

* Program yang dijalankan meliputi kurikulum kesihatan formal dan tidak formal;
mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat.

Penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan dan penglibatan ibu bapa dan


komuniti dalam usaha peningkatan kesihatan.

Pelaksanaan aktiviti atau program kesihatan mengikut keperluan dan sumber


yang sedia ada di sekolah ialah sebahagian dari ciri-ciri HPS yang sedang
dilaksanakan