Vous êtes sur la page 1sur 6

KERTAS KERJA

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA 2015

1. Nama Program:
Latihan Kebakaran
2. Pendahuluan:
Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan
bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak hal ehwal murid Sekolah
Menengah Kebangsaan Merchang bersetuju untuk mengadakan latihan yang pertama bagi
tahun 2015. Program ini dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya
bertindak pantas menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar di sekolah.
3.Matlamat:
Matlamat utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan
pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan
diri ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.

4. Objektif:
4.1 Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
4.2 Memberi pendedahan kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang tentang
bahaya kebakaran
4.3 Membiasakan pelajar / guru/warden / kakitangan dengan tempat berkumpul dan tempat
melaporkan diri
4.4 Menentukan arahan-arahan kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan
4.5 Untuk menguji peralatan kebombaan seperti loceng kecemasan, Salur Bantu Mula dan lainlain befungsi
4.6 Untuk merekodkan anggaran masa yang dapat dicapai oleh warga sekolah/asrama dalam
latihan kebakaran. (7- 15 minit)
1

5. Anggaran Perbelanjaan: 6. Tempat :

Dataran Aman Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang.

7. Tarikh & Hari :

27 Mac 2015 (JUMAAT)

8. Sasaran :

Semua pelajar, guru-guru,warden dan staf sokongan


Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang

9. Pelaksanaan:

9.1 1.00 pagi : Siren kecemasan dibunyikan


9.2 Semua warga sekolah/asrama bergerak dalam keadaan pantas
menutup
tingkap, pintu dan mematikan semua suis.
9.3 Semua warga menuju ke tempat berkumpul mengikut laluan
kecemasan yang ditetapkan
9.4 Pelajar bekumpul di Dataran Aman mengikut kelas masingmasing
9.5 Ketua Dorm merekodkan kehadiran ahli dorm
9.6 Biro Asrama membuat rondaan dan memeriksa setiap dorm
dan bilik serta persekitaran sekolah.
9.7 Warden dan Biro Asrama melaporkan situasi kepada
Warden Bertugas.
9.8 Warden Bertugas membuat ulasan dan nasihat kepada semua
warga sekolah/asrama
9.9. 1.45 pagi : Pelajar beredar ke dorm masing-masing.

10. Aktiviti:

10.1 Mesyuarat AJK Kerja


10.2 Penyediaan Kertas kerja
10.3 Perlaksanaan
10.4 Penilaian
2

11. Penilaian Program:

Dokumentasi

12. Sumber Kewangan : 13. Penutup : Program ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi
impak yang positif kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat
pengetahuan mengenai keselamatan di sekolah.

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
Che Engku Noor Aien Bt Che Engku Mahmood
(Pengetua SMKM)

NAIB PENGERUSI
En. Mohd Nasir B. Ibrahim ( PK HEM)
En. Mohd Suberi Bin Abdullah (PK Pentadbiran)
En. Muhammad Bin Salleh (PK Kokurikulum)

SETIAUSAHA
En. Mohd Tarmizi Bin Mohd Shah

AHLI JAWATAKUASA
En. Mohd Tarmizi Bin Mohd Shah
En. Hanafiah
Cik Yatimah Bt. Wahab
Pn Suriyani
Biro Bertugas

JAWATANKUASA PROGRAM
SIREN KECEMASAN
En. Mohd Tarmizi Bin Mohd Shah
Biro Bertugas
PENJAGA MASA
En. Hanafiah
PEMERIKSA BANGUNAN
Biro Bertugas
PELAPOR
En. Mohd Tarmizi Bin Mohd Shah

FOTO
En. Mohd Tarmizi Bin Mohd Shah
Biro Bertugas
DISIPLIN DAN KESELAMATAN PELAJAR
Semua Warden
Biro Asrama
Ketua Dorm

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

................................................
( EN. MOHD TARMIZI BIN MOHD SHAH)

....................................................
(CHE ENGKU NOOR AIEN BT CHE
ENGKU MAHMOOD )
Pengetua,
Sekolah Men. Keb. Merchang

Setiausaha,
Program Latihan Kebakaran
Sekolah Men. Keb. Merchang