Vous êtes sur la page 1sur 14

Rundingan kolektif

1.Why do workers join trade unions?


Menurut Seksyen 2 Akta Kesatuan Sekerja 1959,
kesatuan sekerja ialah apa-apa pertubuhan atau
gabungan orang-orang kerja atau majikan di mana
tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat,
Sabah dan Sarawak.
-

Pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana ianya


dapat menjaga kebajikan anggota atau pekerja. Selain
itu,dapat mewujudkan perhubungan yang baik antara
majikan dengan pekerja, dapat mengadakan perjanjian
bersama majikan, mewakili pekerja dalam tuntutan
atau
dakwaan
di
mahkamah,
mengatur
dan
mengadakan aktiviti sosial antara anggota kesatuan,
dan dapat menganjurkan tindakan perusahaan melalui
peruntukan undang-undang seperti mogok.

Oleh itu secara kesimpulannya adalah kesatuan


sekerja amat penting terutamanya dalam usaha
pekerja-pekerja menuntut hak dan kebajikan mereka
secara bersama. Dengan wujudnya kesatuan, hak
pekerja lebih terbela. Hal ini kerana tuntutan yang
dibuat oleh seorang pekerja terhadap majikan tidak
akan dilayan atau perhatian berbanding sekumpulan
pekerja. Dengan mewujudkan kesatuan sekerja adalah
cara terbaik supaya suara pekerja dapat didengar oleh
majikan. Menurut Maimunah, terdapat tiga sebab
utama mengapa pekerja membentuk kesatuan sekerja,
iaitu kerana tuntutan ekonomi, hak dan sosial.

2.Is registration of trade union by Director-General


of trade union automatik.
Tidak, Pendaftaran kesatuan sekerja bukannya berlaku
secara automatik dipersetujui oleh Ketua Pengarah
Kesatuan Sekerja. Ini kerana terdapat prosedur yang
harus diambil. Menurut seksyen 8 Akta Kesatuan
Sekerja 1959, setiap kesatuan mesti didaftarkan
mengikut undang-undang dalam tempoh satu bulan ia
ditubuhkan. Permohonan ini, mestilah dikemukakan
kepada KP yang akan memutuskan sama ada kesatuan
tersebut
boleh
didaftar
atau
sebaliknya.
Walaubagaimanapun KP berhak melanjutkan tempoh
pendaftaran tidak melebihi 6 bulan sekiranya perlu.
Antara salah satu prosedur sebelum membuat
pendaftaran pihak tersebut perlu mendapatkan
tandatangan sekurang-kurangnya 7 orang anggota
kesatuan. Setiap permohonan mestilah disertakan
bersama yuran yang ditetapkan dengan satu salinan
bercetak berkenaan dengan keadah atau peraturan
kesatuan yang ditandatangani oleh anggota kesatuan
yang membuat permohonan tersebut. Selain itu,
maklumat lain juga perlu disertakan seperti nama
jawatan dan alamat ahli yang membuat permohonan,
nama dan alamat ibu pejabat kesatuan serta nama
kesatuan serta nama, umur, alamat dan jawatan
pegawai kesatuan. Selepas itu, sekiranya kesatuan
sekerja telah didaftarkan dengan sempurna barulah
Ketua Pengarah akan mengeluarkan pengakuan atau
sijil pendaftaran kesatuan.
Walaubagaimanapun Ketua Pengarah berhak menolak
pendaftaran kesatuan seperti yang termaktub seksyen
12 (3) Akta Kesatuan Sekerja 1959 iaitu:

a) Kesatuan sekerja itu digunakan bagi tujuan


menyalahi undang-undang atau bertentangan
dengan tujuan penubuhannya.
b)Kesatuan sekerja gagal mematuhi akta dan
peraturan.
c) Tujuan, keadah dan keanggotaan kesatuan sekerja
bercanggah dengan peruntukan akta dan peraturan.
d)Nama kesatuan sekerja itu sama atau hampir sama
dengan nama kesatuan sekerja yang lain,
Atau
Pada pendapat Ketua Pengarah nama itu tidak diingini,
melainkan nama itu dapat diubah dan diterima oleh
ketua pengarah.
3. Why do employers join unions?
Menurut seksyen 2 akta perhubungan perindustrian
1967, majikan ditafsirkan sebagai mana-mana orang
atau kumpulan smaada yang diperbadankan atau tidak
diperbadankan yang mengambil pekerja dibawah satu
kontrak pekerjaan, termasuklah kerajaan dan manamana pihak berkuasa berkanun melainkan apabila
diperuntukkan secara nyata selainnya dalam akta ini.
Manakala akta kerja 1955, majikan pula adalah manamana orang yang membuat kontrak perhidmatan
supaya mengambil berkerja mana-man orang lain
sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus atau
faktor yang berkaitam dengan mengambil berkerja.
Majikan-majikan menyertai kesatuan majikan untuk
memastikan hak-hak dan kepentingan majikan
dilindungi dan terpelihara. Kesatuan membolehkan

majikan-majikan menubuhkan forum untuk khidmat


nasihat serta perbincangan antara ahli-ahli mengenai
perkara-perkara
yang
saling
berkaitan
seperti
pertukaran maklumat kajian dan latihan. Kesatuan
membekalkan ahli-ahlinya dengan nasihat, panduan
dan bantuan di dalam semua aspek berkaitan dengan
undang-undang buruh dan perhubungan perusahaan
seperti terma-terma pekerjaan, masalah disiplin
pekerja, pemberhentian pekerjaan, jam bekerja dan
kerja lebih masa, pengiktirafan kesatuan, tuntutan
kesatuan terhadap terma dan syarat pekerjaan.
4.What is the role and function of bodies like the
Malaysian Trades Union Congress (MTUC) and
Malaysian Employers Federation (MEF)
Fungsi utama kesatuan sekerja adalah untuk bersuara
bagi pihak anggota mereka dan cuba mendapatkan
terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk
pekerja dalam organisasi. Setiap kesatuan berikan
keutamaan kepada keperluan anggota mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, banyak kesatuan pula adalah
anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Badan ini melaksanakan beberapa fungsi termasuk:
a) Menyelidik mengenai perkara yang berkaitan
dengan pekerjaan
b) Melatih pemimpin-pemimpin kesatuan
c) Mewakili semua pekerja di seluruh negara,
termasuk mereka yang tidak menjadi anggota
kesatuan.
Fungsi ketiga di atas selalu menyebabkan MTUC
dilaporkan dalam berita. MTUC bukan merupakan
kesatuan sekerja (ia didaftarkan di bawah Akta
Persatuan 1966) dan oleh itu tidak boleh menjalankan

perundingan bersama, piket atau mengaturkan mogok.


Walau bagaimanapun, hanya anggotanya sahaja, iaitu
kesatuan sekerja yang mempunyai hak undangundang, boleh lakukan aktiviti tersebut.
Persekutuan MajikanMajikan Malaysia (MEF)
adalah organisasi utama majikan sektor swasta di
Malaysia diiktiraf di peringkat kebangsaan, serantau
dan antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 1959, MEF
menggalakkan
dan
perlindungan
hak-hak
dan
kepentingan majikan. MEF menyediakan satu forum
untuk perundingan dan perbincangan di kalangan ahliahli mengenai perkara-perkara kepentingan bersama,
dan berusaha untuk menerima pakai prinsip-prinsip dan
amalan sumber dan perindustrian hubungan manusia
melalui
maklumat,
nasihat,
penyelidikan
dan
maklumat, latihan dan aktiviti-aktiviti lain.
MEF memberikan khidmat nasihat kepada majikan,
bimbingan dan bantuan dalam semua aspek undangundang buruh dan hal-hal perhubungan industri seperti
keadaan kerja, masalah disiplin, pemberhentian kerja,
jam kerja dan kerja lebih masa, pengiktirafan kesatuan
dan tuntutan kesatuan atas terma-terma dan syaratsyarat.
MEF
juga
mengkaji
cadangan
yang
dikemukakan kepada ahli-ahli kesatuan sebelum
memulakan tawar-menawar kolektif. Nasihat diberi
tentang bagaimana untuk berurusan dengan tuntutan
itu dan bagaimana untuk menyediakan cadangan balas
dan bantuan disediakan dalam rundingan Perjanjian
Kolektif.

5.State and discuss the Union in Malaysia.


a) Kesatuan Kakitangan Am International Islamic
University Malaysia (KURNIA)
Mengatur perhubungan di antara pekerja
dengan majikan bagi maksud melaksanakan
perhubungan
perusahaan
yang
baik,
meningkatkan
daya
pengeluaran
dan
memperolehi serta mengekalkan bagi ahliahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai,
syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan
keselamatan pekerjaan.
Mengatur perhubungan di antara ahli dengan
ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja
atau di antara ahli dengan Kesatuan atau
pegawai Kesatuan atau antara pegawai
Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan
sebarang perselisihan atau pertikaian di antara
mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat
atau melalui jentera penimbangtara
Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari
segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut
undang-undang.
b) Kesatuan
Kebangsaan
Pekerja-Pekerja
Telekomunikasi, Semananjung Malaysia
Mencapai matlamat supaya semua pekerja yang
menjadi
anggota
kesatuan
memajukan
kepentingan ahli-ahlinya dalam perkara-perkara

yang berkaitan dengan perhubungan perusahaan,


kemasyarakatan dan pendidikan.
Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan
majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan
perusahaan yang baik dengan mengambilkira
Code of Conduct for Industrial Harmony.
Meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi
serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji
yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang
berpatutan dan keselamatan pekerjaan.
c)

Kesatuan sekerja perguruan.


Pembela kaum guru dan profesion keguruan
Sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru
Meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi social
dan material
Membantu kaum guru memahami perananya
dalam mengisi hasrat Falsafah Pendidikan Negara
Meningkatkan imej dan martabat professionalisme
guru
d) Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perladangan
(NUPW)
Mewakili buruh-buruh dan pekerja-pekerja separuh
mahir bagi seluruh semananjung Malaysia
e) Kongres
Kesatuan
Pekerja-pekerja
dalam
Perkhidmatan
Awam
dan
Jabatan
Kerajaan
(CUEPACS).
Menangani isu-isu wanita.
Membantu menetapkan gaji minimum.
Membantu menangani kegawatan ekonomi.
Mempercepatkan penyelesaian dalam sebarang
masalah pertelingkahan.

6.What is the different between unilateral and


bilateral decision making?
Pembuatan keputusan unilateral adalah satu bentuk
pembuatan keputusan yang hanya melibatkan satu
pihak sahaja semasa proses pembuatan tersebut
dijalankan. Pembuatan keputusan sebegini lazimnya di
laksanakan oleh pihak pengurusan atau majikan secara
sendiri tanpa melibatkan mana-mana individu atau
pihak-pihak lain. Pembuatan keputusan mengenai
perkara-perkara seperti di dalam prerogatif majikan
sering memerlukan pembuatan keputusan sebegini.
Contohnya pembuatan keputusan majikan terhadap
perlantikan jawatan baru.
Pembuatan keputusan bilateral pula merupakan proses
yang
melibatkan
beberapa
pihak
yang
lain.
Kebiasannya pembuatan keputusan ini melibatkan
perbincangan antara pihak-pihak seperti majikan,
kesatuan sekerja dan kerajaan (apabila perlu). Proses
ini sering berlaku apabila terdapat percangahan atau
pertikaian antara majikan dan pekerja mengenai termaterma
dalam
kontrak
pekerjaan.
Hasil
dari
perbincangan ini ialah perjanjian kolektif.
7.Decribe the preparation prior in collective
bargaining?
Seksyen 2 Akta Perhubungan Perindustrian 1967
mentafsirkan perundingan kolektif sebagai perundingan
dengan
tujuan
mencapai
perjanjian
kolektif.
Perundingan kolektif diadakan di antara pihak kesatuan
sekerja dan majikan atau kesatuan majikan. Majikan
yang mengiktiraf sebuah kesatuan sekerja dalam

organisasi sebenarnya memberi hak bersuara kepada


perwakilan itu khususnya dalam perundingan kolektif.
Walau bagaimanapun Seksyen 13(1) memberi hak
kepada kesatuan sekerja memulakan perlawaan bagi
satu perundingan kolektif. Namum begitu terdapat
beberapa perkara yang dilarang dimasukan dalam draf
atau cadangan kepada perjanjian kolektif itu iaitu:
a) Kenaikan pangkat oleh majikan terhadap manamana pekerja daripada kategori atau gred lebih
rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi.
b)Pertukaran pekerja oleh majikan dalam profession,
perdagangan atau kerja, dengan syarat apa-apa
pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang
merugikan pekerja berhubungan dengan termaterma pekerjaan.
c) Pelantikan mama-mana pekerja oleh majikan
sekiranya ada kekosongan dalam organisasi.
d)Penamatan perkhidmatan pekerja oleh majikan atas
sebab lebihan pekerja atau penyusunan semual
profession, perdagangan atau kerja majikan atau
sebab-sebab bagi penamatan tersebut
e) Pemecatan dan pengambilan semuala seseorang
pekerja oleh majikan.
f) Menyerah hak atau peruntukan tugas-tugas atau
tugas khas kepada pekerja oleh majikan yang
selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaan.
Secara ringkasnya langkah-langkah bagi mengadakan
perundingan kolektif adalah seperti berikut:
a) Kesatuan sekerja pekerja yang sudah diberi
pengiktirafan atau kesatuan sekerja majikan atau
majikan boleh mempelawa antara satu sama lain
bagi memulakan perundingan kolektif. Biasanya
satu draf secara bertulis berserta dengan cadangancadangan
kepada
perjanjian
kolektif
akan

disertakan
bersama-sama
dengan
pelawaan
tersebut.
b)Pihak-pihak
tersebut
hendaklah
menyatakan
persetujuan secara bertulis bagi mengadakan
perundingan kolektif dalam masa 14 hari dari tarikh
pelawaan tersebut.
c) Jika pihak-pihak itu sudah menyatakan persetujuan
kepada pelawaan, tarikh perundingan yang pertama
hendaklah di tetapkan dalam masa 30 hari daripada
tarikh pelawaan dibuat.
d)Apabila satu tarikh perundingan sudah ditetapkan
dan
perundingan
berkenaan
syarat-syarat
perjanjian kolektif di persetujui tanpa sebarang
pertelingkahan, boleh dikatakan satu perjanjian
kolektif sudah tercapai antara pihak tersebut.
e) Perjanjian
kolektif
tersebut
hendaklah
ditandatangani dan diserahkan kepada pendaftar
mahkamah
yang
dilantik
di
bawah
akta
perhubungan perindustrian 1967 untuk mendapat
perakuan atau pengiktirafan daripada mahkamah.
f) Sekiranya pelawaan ditolak atau tiada perundingan
dimulakan dalam tempoh 30 hari, pihak-pihak yang
membuat pelawaan hendaklah memberitahu Ketua
pengarah secara bertulis dan ketua pengarah
hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu
sebagaimana yang perlu bertujuan membawa
pihak-pihak berkenaan memulakan perundingan
kolektif.
g)Jika pihak-pihak tersebut enggan memulakan
perundingan kolektif selepas langkah-langkah
tertentu diambil, suatu pertikaian perdagangan
adalah disifatkan sudah wujud terhadap perkaraperkara yang disebut dalam pelawaan itu.

8) Describe the contents commonly found in


collective agreement?
Menurut Seksyen 2 Akta Perhubungan
Perindustrian 1967 perjanjian kolektif ialah suatu
perjanjian bertulis yang dicapai antara majikan atau
kesatuan sekerja majikan-majikan di satu pihak dengan
kesatuan sekerja pekerja-pekerja di satu pihak yang
lain berhubung dengan syarat dan peraturan pekerjaan
dan kerja pekerja-pekerja atau berhubung dengan
hubungan antara pihak-pihak tersebut.
Antara perkara-perkara yang disebut di dalam
perjanjian kolektif ialah Bahagian I, pihak-pihak yang
terlibat dalam mencapai persetujuan bersama tersebut,
tarikh kuatkuasa dan tempoh perjanjian tersebut,
pengubahsuaian perjanjian serta penamatan perjanjian,
dan tafsiran berkenaan perjanjian tersebut dan
pertikaian.
Bahagian II pula berkenaan dengan persetujuan keduadua belah pihak berkenaan dengan pengiktirafan
persatuan, pengiktirafan syarikat, pekerja-pekerja
bukan ahli serta potongan yuran ahli.
Manakala Bahagian III pula terdapat beberapa perkara
berkenaan dengan pekerja percubaan, kenaikan
pangkat, tangga gaji atau upah, bonus tahunan atau
elaun, masa bekerja, cuti sakit, rawatan hospital, masa
bekerja, berkenaan dengan hari cuti, aktiviti kesatuan

sekerja dan beberapa lagi yang berkenaan selagi tidak


melanggar prerogatif pihak pengurusan.

KESAN PERJANJIAN KOLEKTIF


Seksyen 17( 1) APP memperuntukkan bahawa
perjanjian kolektif yang telah diberi perakuan oleh
mahkamah hendaklah disifatkan sebagai suatu award
dan mengikat pihak-pihak dalam perjanjian termasuk
mana-mana kes apabila suatu pihak itu adalah
kesatuan sekerja majikan-majikan, kesemua ahli
kesatuan sekerja yang perjanjian itu berkaitan dan
pengganti, pemegang serah hak atau penerima
pindahan mereka, dan keseinua pekerja yang bekerja
atau kemudiannya diambil bekerja dalain pengusahaan
atau sebahagian daripada pengusahaan yang mana
perj anjian itu berkaitan. Selain daripada itu perjanjian
kolektif hendaklah menjadi syarat tersirat kontrak
perkhidinatan antara pekerja-pekerja dengan majikan
bagi tempoh berkuatkuasanya. Semua kadar upah dan
syarat-syarat pekerjaan dalam perjanjian kolektif juga
hendaklah dipatuhi melainkan perjanjian ini dipinda
oleh perjanjian terkemudian atau oleh keputusan
mahkamah. I Namun begitu di bawah undang-undang
Inggeris,
perjanjian
kolektif
tersebut
bukanlah
inerupakan satu kontrak yang mengikat antara pekerja
dengan majikan tetapi hanya sebagai satu perjanjian
semata-mata antara kesatuan sekerja pekerja dengan
majikan. Perkara ini telah diputuskan dalam kes Young
lwn Canadian Northern Railway Ltd. (1931) A.C. 83
yang inana Mahkamah Privy Council memutuskan . . .
adalah dimaksudkan sebagai perj anj ian antara

sekumpulan majikan dengan pertubuhan buruh


bilamana majikan mengaku janji bahawa mereka akan
mematuhi
peraturan-peraturan
tertentu
yang
berfaedah untuk pekerja mereka. Dengan sendirinya
perjanjian kolektif tidak mewujudkan kontrak antara
mana-mana individu pekerja dengan syarikat yang
inenj adi majikannya.
Berbeza dengan keadaan di bawah undang-undang
Inggeris, seksyen 17 APP menegaskan kesan perjanjian
kolektif yang diperaku sebagai award sebagai mengikat
pihak-pihak terlibat dan semua pekerja yang bekerja
dan kemudiannya diambil bekerja di mana perjanjian
itu berkaitan. Malah seksyen 1 7(2) seterusnya
inenekankan
bahawa
bermwla
daripada
tarikh
perjanjian kolektif dan bagi tempoh sahnya, perjanjian
kolektif adalah menjadi syarat tersirat kontrak antara
pekerja-pekerja dengan inajikan inengenai kadar gaji
dan syarat-syarat pekerjaan.
PERJANJIAN KOLEKTIF YANG TIDAK DIPATUHI
Mana-mana kesatuan sekerja atau pihak-pihak yang
terikat oleh perjanjian kolektif, berhak untuk membuat
aduan kepada mahkamah sekiranya perjanjian kolektif
tidak dipatuhi.
Peruntukan Seksyen 56(1) APP,
menyebut:
Apa-apa aduan bahawa mana-mana syarat dalam
mana-mana award atau perjanjian kolektif yang telah
diakui oleh mahkamah tidak dipatuhi boleh diadukan ke
mahkamah secara bertulis oleh mana-mana kesatuan
sekerja atau orang yang terikat oleh award atau
perjanjian itu.
Apabila Mahkamah Perindustrian

membuat penghakiman, ia hendaklah bertindak


mengikut ekuiti, perasaan hati yang baik dan merit kes
yang substantial tanpa memikirkan kepada perkaraperkara teknikal dan berbentuk undang-undang.
Namun begitu, persoalan undang-undang masih boleh
dirujuk kepada Mahkamah Tinggi dan keputusannya
adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.
KESIMPULAN
Perjanjian kolektif memainkan peranan yang penting
dalam membentuk terma dan syarat pekerjaan yang
paling
memuaskan
kepada
seseorang
pekerja.
Perjanjian kolektif dapat memberikan terma dan syarat
perkhidmatan yang paling baik dan berfaedah jika
dibandingkan dengan Akta Kerja 1955 dan kontrak
perkhidmatan individu pekerja. Bahagian III suatu
perjanjian kolektif memberi peluang yang besar kepada
kesatuan sekerja untuk memasukkan sebanyak
mungkin terma dan syarat perkhidmatan yang
berfaedah kepada mereka.
Selain dari terma dan
syarat perkhidmatannya boleh dirundingkan melalui
perundingan
kolektif,
perjanjian
kolektif
juga
mempunyai ikatan undang-undang kerana keengganan
majikan untuk mematuhinya akan menyebabkan ia
melakukan kesalahan di bawah Akta Perhubungan
Perindustrian 1967.
Perjanjian kolektif juga secara
tidak langsung akan menggalakkan penubuhan
kesatuan sekerja pekerja kerana hanya kesatuan
sekerja pekerja sahaja yang boleh memainkan
peranannya untuk berunding dengan majikan dalam
perundingan kolektif bagi menentukan terma dan
syarat perkhidmatan yang terbaik bagi mereka.

Vous aimerez peut-être aussi