Vous êtes sur la page 1sur 28

LAKUAN MOTOR

&
BIOMEKANIK

UNIT 3

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
MOTOR
Pembelajaran Kemahiran Motor

Kemahiran motor ialah perubahan


tingkah laku pada manusia.
Contoh; seorang pemain tenis telah
menguasai kemahiran servis yang diajar
oleh jurulatihnya dengan baik.
Maka, pembelajaran telah berlaku di
antara jurulatih dan pemain tenis.
Definisi

Bidang pengajian tentang pergerakan


manusia berfokus kepada perubahan
daripada segi keupayaan kawalan
dan prestasi motor hasil daripada
praktis dan latihan.
Menurut Magill (1989), pembelajaran
motor ialah kemampuan individu
untuk mempamerkan perubahan dan
peningkatan yang kekal dalam
kemahiran motor hasil daripada praktis
atau pengalaman.
Terdapat dua ciri perubahan tingkah laku:
Penguasaan kemahiran perlu ada peningkatan
mengikut masa.
Penguasaan kemahiran perlu meningkat
dengan konsisten dan kekal.
Perubahan prestasi pembelajaran di
gambarkan melalui :
Lengkok lurus
Lengkok cembung
Lengkok cekung
Lengkok bentuk S (Ogive)
Lengkok lurus (linear)
 Peningkatan kemahiran yang
berkadar terus dengan
masa.
 Semakin kerap atlet menjalani
latihan, semakin meningkat
kemahiran motornya.
 Contoh:
 seorang pemain hoki akan
melakukan penalti ke gol.
 Semakin banyak latihan,
semakin tepat pemain
tersebut dapat melakukan
penalti.
Lengkok cembung (pemecutan negatif)
 Peningkatan kemahiran secara
mendadak diawal pembelajaran
tetapi beransur kurang pada
penghujung proses
pembelajaran.
 Contoh:
 Kemahiran asas memukul dalam
badminton sangat mudah dipelajari.
 Kemahiran memukul dengan laju,
tepat dan terkawal sukar dipelajari.
 Kadar penguasaankemahiran
berlaku dengan perlahan.
Lengkok cekung (pemecutan positif)
 Peningkatan berlaku dalam
kadar perlahan di awal
pembelajaran tetapi
mendadak naik di akhir
proses pembelajaran.
 Contoh:
 Kemahiran asas berenang
seperti teknik pernafasan dan
apungan, mengambil masa yang
lama untuk dipelajari.
 Selepas menguasai kemahiran
asas, atlet boleh mempelajari
gaya renang yang lain.
Lengkok “S” (Ogive)
 Gabungan daripada ciri-ciri
lengkok lurus, cekung dan
cembung.
 Lengkok S menggambarkan
pembelajaran kemahiran
bersiri.
 Contoh:Mempelajari satu
rutin tarian dalam gimnastik.
 Terdapat pergerakan yang mudah
dan cepat dipelajari.
 Terdapat juga pergerakan yang
sukar dan perlahan untuk
dipelajari.
Pembolehubah
Pembelajaran Kemahiran Motor

 Kemahiran motor dipengaruhi oleh dua


pembolehubah iaitu:
 Perbezaan individu
 Pemindahan pembelajaran
Perbezaan individu
 Dalam mempelajari kemahiran motor,
kebolehan seseorang untuk menguasai
sesuatu kemahiran adalah berbeza.
 Pembolehubah perbezaan individu telah
dikemukakan oleh Fleishman (1972)
berdasarkan dua taksonomi keupayaan motor
iaitu:
i keupayaan persepsi motor
ii kecekapan fizikal
Ciri-ciri Keupayaan Persepsi Motor

 Koordinasi pelbagai anggota


 Ketepatan kawalan
 Orientasi respons
 Masa reaksi
 Kelajuan pergerakan tangan
 Kadar kawalan
 Ketangkasan manual
 Kecekapan jari
 Ketegapan tangan
 Kelajuan jari dan pergelangan tangan
 Membidik atau mensasar
Keupayaan persepsi motor
 Koordinasi pelbagai anggota
 Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan dalam satu
pergerakan pada masa yang sama.
 Contoh: Menggelecek bola hoki sambil berlari memerlukan
koordinasi mata-tangan dan koordinasi tangan kaki.

 Ketepatan kawalan
 Kebolehan mengawal kualiti pergerakan agar hasil
pergerakan adalah kemas dan tepat.
 Pergerakan melibatkan otot besar.
 Contoh: atlet terjun papan anjal dapat mengawal pergerakan
postur semasa terjunan.
 Orientasi Respons
 Keupayaan tentukan respon yang sesuai dihasilkan
mengikut keperluan persekitaran.
 Contoh: Keupayaan penjaga gol untuk mengecilkan
sudut bagi pihak lawan menjaringkan gol.

 Masa reaksi
 Kebolehan melakukan tindak balas segera terhadap
rangsangan dalam tempoh masa yang singkat.
 Contoh : Masa yang diambil oleh seorang pelari
100m utk memulakan larian selepas mendengar
bunyi tembakan permulaan.
 Kelajuan pergerakan tangan
 Keupaayaan mengubah tangan daripada
kedudukan asal ke kedudukan lain dengan pantas.
 Contoh: penjaga gol dengan spontan bertindak
menepis keluar bola yang datang ke arahnya
dalam keadaan tidak bersedia.

 Kadar kawalan
 Kebolehan mengubahsuai kelajuan tangan dan
kaki supaya selaras dengan respons persekitaran.
 Contoh: pemain badminton menukar rentak
permainan dengan pukulan laju secara tiba-tiba
untuk menglirukan pihak lawan.
 Ketangkasan manual
 Keupayaan menggerakkan keseluruhan bahagian
tangan dengan memanipulasikan alatan yang
bergerak laju.
 Contoh: seorang pemain bola jaring dapat
menerima hantaran bola yang bergerak laju.

 Kecekapan jari
 Keupayaan jari memanipulasi objek-objek kecil.
 Contoh: penggunaan jari-jari dalam permainan
dart dan pitching dalam sofbol.
 Ketegapan tangan
 Keupayaan untuk mengubah kedudukan tangan
dengan tepat supaya dapat meminimakan
kekuatan dan kelajuan.
 Contoh: pemain tenis yang melakukan hantaran
kilas, kedudukan tangan yang tegap membantu
meminimakan tenaga yang digunakan.

 Kelajuan jari dan pergelangan tangan


 Keupayaan jari dan pergelangan tangan
melakukan pergerakan alternatif dengan pantas.
 Contoh: seorang pemain badminton yang boleh
melakukan pukulan kilas dengan laju dan tepat.
 Membidik atau mensasar
 Kebolehan membidik atau mensasar sesuatu
objek dengan tepat menerusi pergerakan
pantas.
 Contoh: dalam acara menembak, memanah
dan menjaringkan bola jaring atau bola
keranjang.
Ciri-ciri Kecekapan Fizikal

• kekuatan statik
• kekuatan dinamik
• kekuatan eksplosif
• kekuatan bahagian anggota atas
• kelenturan statik
• kelenturan dinamik
• koordinasi asas
• keseimbangan asas
• daya tahan
 Kekuatan statik
 Daya maksimum yang dikenakan ke atas objek
luaran yang statik (pegun)
 Contoh: menolak dinding.

 Kekuatan dinamik
 Kekuatan otot menghasilkan daya pergerakan
yang berulang-ulang.
 Contoh: mengangkat dan menurunkan beban
berulang kali dalam latihan angkat berat.

 Kekuatan eksplosif
 Keupayaan memindahkan tenaga kepada daya
secara eksplosif.
 Contoh: melakukan lonjakan dalam lompat jauh.
 Kekuatan tubuh bahagian atas badan
 Kekuatan otot pada bahagian badan.
 Contoh: otot bahagian abdomen dan ektoralis
major.

 Kelenturan statik
 Kebolehan melentur atau meregang bahagian
badan dan belakang badan.
 Contoh: melentik badan ke belakang.

 Kelenturan dinamik
 Kebolehan melentur otot bahagian badan secara
berulang-ulang.
 Contoh: duduk melunjur dan sentuh hujung jari
kaki.
 Koordinasi asas
 Kebolehan menyelaras pelbagai anggota badan
semasa pergerakan.
 Contoh: semasa menerima servis, melibatkan
koordinasi mata-tangan dan tangan-kaki.

 Keseimbangan asas
 Keupayaan mengekalkan imbangan badan
semasa bergerak tanpa bantuan penglihatan.
 Contoh: melakukan dirian tangan.

 Daya tahan
 Keupayaan melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan dalam jangka masa yang lama.
 Contoh: berlari jarak jauh.
Pemindahan Pembelajaran

 Pemindahan pembelajaran ialah


pengaruh kemahiran sedia ada ke atas
pembelajaran kemahiran yang baru.
 Jenis pemindahan pembelajaran umum
terbahagi kepada tiga:
a. Pemindahan positif
b. Pemindahan negatif
c. Pemindahan sifar
a. Pemindahan Positif

 Berlaku apabila kemahiran sedia ada


membantu seseorang untuk menguasai
kemahiran yang baru dipelajari.
 Contoh:
 Jasmin mempunyai kemahiran menjaring dalam
bola jaring akan membantu beliau dalam
kemahiran menjaring dalam bola keranjang.
Contoh Bola
keranjang

Bola jaring
Pemindahan negatif

 Berlaku apabila kemahiran sedia ada


mengganggu proses pembelajaran
kemahiran yang baru dipelajari.
 Contoh:
 Mempelajari kemahiran pukulan hadapan dalam
tenis boleh menggangu seseorang yang
mempelajari kemahiran pukulan hadapan
dalam badminton.
 Kerana, dalam badminton pergelangan tangan
digunakan dan dalam tenis pergelangan
tangan dikunci (tidak digunakan)
Contoh
Tenis Badminton
Pemindahan sifar

 Berlaku apabila kemahiran sedia ada tidak


mempengaruhi proses pembelajaran
kemahiran yang baru dipelajari.
 Contoh:
 kemahiran dalam bola sepak tidak mempengaruhi
untuk mempelajari kemahiran dalam golf.
Contoh
Bola
sepak Golf