Vous êtes sur la page 1sur 5

REFLEKSI BIG

Daripada: Sii Tuong Sieng

Pengenalan
Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi
membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan
agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan
diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di
dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua
rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan
sesebuah negara bangsa.
Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus
adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang
diperuntukkan iaitu sepuluh jam ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri
dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang
terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi
memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan
budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar
di sekolah pada hari kelak.

Kandungan
Sepanjang tempoh pengajian saya melaksanakan program ini, saya sedar bahawa
persiapan awal haruslah dibuat sebelum memulakan sesuatu perkara. Beberapa kali
perbincangan telah diadakan dalam pengajian saya bagi menentukan aktiviti-aktiviti yang
boleh dilaksanakan di dalam sekolah pilihan. Beberapa buah sekolah telah dicadangkan
sepanjang perbincangan diadakan. Selepas beberapa faktor telah dipertimbangkan, maka
pengajian kami memilih SJK (C) Tukau sebagai sekolah untuk kami laksanakan program
BIG. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga diberi oleh pihak sekolah. Aktiviti yang dipesan
oleh pihak sekolah adalah memecat dinding dan melukis mural di dinding luar bilik KIBG.
Kami juga menghasilkan aturcara aktiviti Dengan membuat persiapan awal, kita boleh
memastikan setiap peralatan yang diperlukan boleh disediakan dan memudahkan bagi
kedua-dua pihak menyediakan apa-apa yang diperlukan.
Selain itu, saya mendapati bahawa perancangan masa yang bijak adalah penting
untuk menyempurnakan sebuah tugasan. Melalui perbincangan dengan setiap pelajar
kelas PISMP Ambilan Januari 2013 kumpulan Matematik telah memilih SJK (C) Tukau
sebagai pilihan sekolah kami. Sekolah ini telah menjadi pilihan kami sekelas atas sebab

keinginan untuk memahami pengurusan sekolah yang bersaiz kecil. Malah, sebab
sampingan ialah faktor jarak, jarak antara kampus saya dengan sekolah rendah tersebut
juga diambil kira di mana jarak IPG kampus Sarawak terletak berhampiran dengan sekolah
rendah tersebut. Hal ini diambil kira kerana pada ketika kertas kerja bagi Program Bina
Insan Guru Fasa 5 ini diusulkan kepada pihak pentadbiran, kami digalakkan untuk
mengamalkan dasar penjimatan di mana ia meliputi kos perbelanjaan minyak kenderaan
bas institut. Sebab kedua adalah atas galakan daripada pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak (IPGKS) ke sekolah yang betul-betul memerlukan bantuan, iaitu melukis
mural. Atas persetujuan daripada pensyarah pembimbing, kami akan melaksanakan kerjakerja BIG di sekolah tersebut pada 30 Mac 2015.
Kami telah bersiap sedia untuk menaiki bas ke SJK (C) Tukau tersebut. Saya selaku
ketua AJK peralatan bertanggungjawab untuk memastikan pealatan keperluan dihantar
ke destinasi dengan selamat. Pada hari sebelum bertolak ke SJK (C) Tukau, saya telah
memastikan agar tiada alat-alat terabai. Saya telah membeli barang-barang yang telah
dipesan oleh ahli-ahli pengajian saya, seperti kertas pinggang, pelekat-pelekat dinding dan
sebagainya.
Pada hari tersebut, pengajian kami seramai 24 orang guru pelatih Semester 1 Tahun
3 dan seorang pensyarah pembimbing, iaitu Encik Si Tong Yong telah melibatkan diri dalam
lawatan ke SJK (C) Tukau. Kami telah berkumpul di depan Blok Pentadbiran pada pukul
6:30 pagi untuk menunggu kedatangan bas institut. Sementara menunggu kedatangan bas,
kumpulan kami juga membuat persediaan dan memastikan agar alat-alat yang diperlukan
adalah mencukupi. Jarak masa antara SJK (C) Tukau adalah kira-kira 5 minit sahaja, jadi
kami tiada masa untuk menikmati perjalanan ke sekolah rendah tersebut. Kami tiba ke SJK
(C) Tukau pada pukul 7:15 pagi, kami disambut oleh dua orang guru yang bertugas, iaitu
juruacara untuk sekolah tersebut, Cikgu Alison Lim dan Cikgu Koay Hun Fang. Mereka
bersalam dengan pensyarah pembimbing kami seketika kami turun dari bas. Ketua
pengajian kami, Kiu Kwong Xian juga sentiasa bersiap sedia untuk berinteraksi dengan guru
bertugas di sana untuk mendapat maklumat tentang perkara yang perlu kami laksanakan
dan mengelakkan pembaziran masa. Ini adalah kerana sebahagian daripada aturcara aktiviti
tamat lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan. Di sini, saya juga mendapati cara
berkomunikasi dengan pihak sekolah adalah penting untuk menjalin hubungan yang baik
antara satu sama lain.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa seorang pemimpin yang berjaya
mestilah berpandangan jauh. guru besar SJK (C) Tukau telah menerangkan aspek-aspek
kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara sistematik
yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Beliau juga menekankan bahawa sekolah tidak

sepatutnya mementingkan prestasi akademik sahaja, malah juga mementingkan prestasi


kokurikulum. Contohnya, beliau telah menyatakan bahawa sekolah tersebut telah mendapat
keputusan yang cemerlang, iaitu tempat pertama dalam acara lompat jauh di peringkat
daerah Miri. Selain itu, sekolah itu juga menyenaraikan acara bermain bulu tangki sebagai
satu acara kokurikulum. Acara ini adalah kurang didapati di sekolah rendah yang lain. Sebab
utama adalah untuk menggalakkan pewarisan budaya dan permainan Cina. Malang juga,
atas sebab kemudahan yang tidak lengkap, jadi aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan
adalah juga terhad. Sekolah tersebut hanya mempunyai tiga sukan utama, iaitu olahraga,
ping pong dan bola keranjang.
Seterusnya, kami melibatkan diri dalam taklimat satu, iaiatu taklimat berkaitan
pengurusan sekolah oleh pihak pengurusan yang dipimpin oleh Cikgu Alison Lim. Beliau
telah mengkongsikan tentang teknik-teknik yang boleh dilaksanakan semasa menghadiri
kelas. Di sini, saya mendapati pengurusan bilik darjah tidak begitu senang seperti yang
saya dapati. Beliau telah berkongsi perekaan carta organisasi bilik darjah, jadual masa,
jadula tugas, penyusunan meja dan kerusi, kelengkapan bilangan meja dan kerusi,
penghiasan papan penyataan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah, peraturan
bilik darjah, kehadiran murid setiap hari, maklumat asas tentang murid, kad kesihatan, buku
NILAM, dan sebagainya. Beliau telah menekankan bahawa tugas guru adalah tidak begitu
senang kerana terdapat tugas yang banyak kena dijalankan setiap hari. Beliau juga
memesan agar sentiasa bersifat sabar dan penyayang untuk kebaikan sendiri dan muridmurid. Beliau juga menjawab soalan yang telah kami kemukakan agar tidak menggunakan
rotan semasa mengajar. Rotan seharusnya digunakan untuk menunjukkan ke papan hitam
bagi menumpukan perhatian murid terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru. Banyak
pengetahuan asas dan pengetahuan praktikal telah saya ketahui selepas sesi taklimat ini.
Selepas itu, saya juga belajar bahawa kita haruslah bertindak secara spontan
apabila diperlukan. Ini adalah kerana kami mendapati masih awal selepas menamatkan
taklimat tersebut. Guru yang bertugas untuk mengendalikan sesi taklimat yang kedua masih
mengajar di dalam bilik darjah. Jadi, kami membuat keputusan agar rehat sekejap sambil
makan pagi. Pada masa yang sama, kami juga bermula untuk mereka dan merancang
posisi gambar dan mural yang akan dilukiskan nanti. Tugas-tugas utama kami program ini
adalah untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah. Jadi, kami tidak mahu
mengecewakan mereka. Kami memahami bahawa melukis mural bukan satu kerja yang
senang dan memakan masa yang banyak untuk menyiapkan, lagipun kami diminta untuk
mengecat dinding dalaman bilik KIBG. Tanpa membuang masa, saya dan dua orang kawan
saya, Henry Goh Keh Leong dan Kiu Kwong Xian bekerjasama untuk mengikis permukaan
dinding bagi membuangkan permukaan cat yang sedia ada pada dinding bagi mengecat cat

yang baru. Baru sahaja bersedia untuk mengikis dinding, kami diarah untuk menghadiri
taklimat yang kedua.
Taklimat yang kedua mengisahkan bahawa cara-cara yang boleh diambil untuk
menangani masalah yang mungkin berlaku di dalam bilik darjah. Taklimat ini dikendalikan
oleh Cikgu Yii Ching Ching. Beliau mengisahkan bahawa guru merupakan jawatan yang
disandang tinggi oleh orang ramai dan bukan senang untuk menyempurnakan amanah ini.
Ini adalah kerana guru perlu menjaga disiplin dan kebajikan murid-murid. Beliau amat
menggalakkan kami untuk menetapkan peraturan bilik darjah agar menjaga disiplin muridmurid dengan berkesan. Jika murid membuat bising ketika pengajaran sedang berlangsung,
guru boleh menggunakan teknik menyambung ayat, iaitu cikgu berkata: Mulut kecil ... ...
dan murid menjawab : ... ... ditutupkan. Seterusnya, beliau juga memberi respons
terhadap soalan yang telah kami kemukakan bahawa mengajar dengan dwibahasa
sekiranya mendapati murid bumiputera yang tidak faham bahasa Cina. Ini adalah sebagai
satu kewajipan kepada kami untuk menyampaikan pengajaran kepada murid tanpa mengira
kaum sebagai lambang keadilan kepada murid yang lain. Beliau juga menggalakkan murid
bumiputera untuk bercakap dalam bahasa Cina untuk melatih mereka dalam pertuturan.
Selepas tamat taklimat, kami menyambung balik kerja yang dijalankan tadi. Saya
terus mengikis cat dinding. Malah, kawan lain melakar gambar pada dinding, menyediakan
alat-alat mengecat dan lain-lain. Kami bekerjasama antara satu sama lain agar tugas ini
dapat disiapkan sebelum pukul 4:00 petang. Setiap anggota daripada pengajian kami
melibatkan diri tanpa mengira jantina. Lelaki melibatkan diri dalam melukis, manakala
perempuan juga melibatkan diri dalam melukis mural. Melukis mural memang bukan satu
perkara yang senang kerana banyak melibatkan kemahiran melukis dan mestilah sabar
ketika melukis dan mengecat. Satu perkara yang amat menyentuh hati saya adalah kami
meneruskan tugas walaupun hujan turun. Atap yang ada di bilik KIBG tidak cukup untuk
melindungi kawan yang melukis mural di luar bilik tersebut. Kawan-kawan saya tidak
mengadu tentang cuaca yang buruk ini, malah menjadi lebih aktif dan hanya mengharapkan
kerja ini boleh disiapkan sebelum waktu balik.
Selain itu, saya juga mempelajari bahawa tabiat menepati masa adalah penting
dalam kehidupan seharian, begitu juga dalam kehidupan peribadi. Kami mula menjalankan
kerja pengemasan bermula pada pukul 3:00 petang dengan mengemaskan alat-alat
mengecat dan berus-berus melukis. Surat-surat khabar yang telah digunakan juga telah
dikemaskan terlebih dahulu agar boleh memanfaatkan masa dan mengelakkan masa setiap
kawan terbazir. Setelah kerja-kerja disiapkan, kami amat berpuas hati dengan hasil sendiri.
Kami juga mengambil gambar bersama dengan guru besar dan guru-guru bertugas sebagai
kenangan. Dalam jangkaan saya, pemandu bas itu datang ke sekolah saya seketika kami

habis mengambil gambar. Dengan menepati masa, masa pihak-pihak yang terlibat sama
ada pengajian kami atau pemandu bas dapat dijimatkan dan tidak menyusahkan manamana pihak.
Pengajaran tersebut juga menyedarkan saya bahawa saya harus melengkapkan
diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dari segi intelek, jasmani dan emosi di Institut
Pendidikan Guru (IPG). Selepas itu, saya baru boleh menjadi seorang guru berkualiti yang
dapat membantu negara kita melahirkan insan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Pengalaman melukis mural dan mengecat dinding telah membina
semangat yang tinggi dan ketahanan fizikal dan mental. Aktiviti ini tidak akan lupa dalam
hayat saya, khususnya kami menjalankan tugas bersama walaupun hujan. Ini menyedarkan
saya bahawa seorang guru harus boleh bekerjasama dengan rakan sejawat kerana guru
pada era ini bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam kelas semata-mata,
malah guru juga harus pandai mengendalikan aktiviti kokurikulum bagi menyampaikan ilmu
kemahiran hidup kepada murid-murid.

Vous aimerez peut-être aussi