Vous êtes sur la page 1sur 13

Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran

1. Langkah kedua dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan kaedah atau
aktiviti p&p yang berkesan dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar
dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek.
2. Untuk memastikan kejayaan pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira perkara
berikut dalam p&p:
a. Ciri-giri guru
b. Gaya pembelajaran pelajar
c. Kaedah atau aktiviti p&p
d. Bahan p&p
e. Nilai-nilai murni
f. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p
3. Perkara lain yang harus juga diajar atau diserap dalam p&p seperti lapan kecerdasan,
kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme, pendidikan alam sekitar,
pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran keibubapaan dalam
kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya akan dihuraikan dalam laman lain.
Ciri-ciri Guru
1.

2.

Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:


a. Menyayangi semua pelajar
b. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil
pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti
c. Mencintai mata pelajaan yang diajar
d. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan
pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran
e. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat
menguasai sesuatu hasil pembelajaran
f. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah
Guru boleh menambah senarai dengan ciri-ciri yang lain, tetapi yang penting ialah guru
harus mengamalkannya dalam p&p.

Gaya Pembelajaran Pelajar


1.

Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab
itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.
2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar
dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.
3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
a. Pelajar visual:
Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat
i.
ii.

Huruf atau perkataan


Benda, gambar atau gambar rajah

iii.
a.

Demostrasi, tindakan atau lakonan

Pelajar audio:

Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti
i.
ii.
c.

Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain


Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan

Pelajar kinestetik:
Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu
seperti:
i.
ii.

Menulis atau melukis sesuatu


Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek

4. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan
kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik.
5. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan
model itu diringkaskan di bawah.

Model Sistem 4MAT


1. Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis
pelajar berikut:
a. Pelajar Imaginatif
b. Pelajar Analitik
c. Pelajar Praktik
d. Pelajar Dinamik

2. Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut:

Ciri

Jenis Pelajar
Imaginatif

Analitik

Praktik

Dinamik

Matlamat

Mencari makna
dan sebab
mempelajari
maklumat

Mencari fakta
yang menjelaskan
konsep

Mencari kegunaan
maklumat

Mencari sesuatu
yang baru

Cara
belajar

Menggunakan
semua deria dan
berkongsi idea

Berfikir tentang
idea

Menguji teori dan


menaakul

Cuba jaya dan


penemuan secara
sendiri

Suka

Kekuatan

Suka
menyoal

Cara
mengajar

Berinterasksi
dengan orang lain
dan berkongsi idea

Pendapat pakar
dan menganalisis
sesuatu maklumat

Tahu bagaimana
sesuatu berfungsi

Mencipta atau
mengaplikasi
maklumat itu dan
berinteraksi
dengan orang lain

Inovasi dan idea

Membina konsep

Mengaplikasi idea
yang praktikal

Tindakan dan
menyudahkan
sesuatu

Mengapa?

Apa dia?

Bagaimanakah
teori atau
maklumat itu
dipraktikkan?

Apakah boleh
dicipta oleh saya?

Gunakan benda
atau pengalaman
maujud. Beri
peluang untuk
perbincangan dan
pengeluaran idea

Terangkan (guru
atau pelajar) dan
galakkan pelajar
membuat analisis
maklumat

Beri latihan, kuiz,


kerja amali,
eksperimen untuk
pelajar mencuba
dengan sendiri

Beri projek,
tugasan, atau
masalah dan
galakkan pelajar
berkongsi hasilnya.

Model Dunn dan Dunn


1.

Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr.
Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang
disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
2. Seboleh-bolehnya, anda harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur
yang disukainya.
Jadual 1
Stimulus

Alam Sekitar

Unsur

Ciri

Bunyi

Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang


seperti muzik

Cahaya

Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang


kurang cahaya

Suhu

Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang


panas

Pola

Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja


atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di
lantai

Emosi

Sosiologi

Fizikal

Psikologi

Motivasi

Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang


oleh guru

Ketabahan

Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar


dalam masa yang pendek

Tanggungjawab

Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh


guru

Struktur

Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar


sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran
atau perkara

Sendiri

Suka belajar dengan sendiri

Pasangan

Suka berlajar secara pasangan

Rakan sebaya

Suka belajar dengan rakan sebaya

Pasukan

Suka belajar dalam pasukan

Guru

Suka belajar dengan guru di sebelahnya

Pelbagai cara

Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas

Persepsi

Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau


dengan perkara abstrak

Makan

Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar

Waktu

Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai


atau pada bila-bila masa

Gerakan

Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar

Global atau
Analitik

Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar


analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis

Otak Kiri
atau Otak
Kasnan

Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka


belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan
dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak
kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis,
melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu

Impulsif atau

Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala

Reflektif

pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak

Kaedah P&p Untuk Pembelajaran masteri


1.

Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana
pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang
berlainan.
2. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau
aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p yang
berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda.
4. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang
melalukannya:

Syarahan
Penerangan
Penjelasan
Huraian
Demonstrasi
Bercerita
Pembacaan
Memberi nota
5. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar
yang melakukannya ialah:
Soal jawab
Latih tubi
Bercerita
Membuat latihan
Penerangan, penjelasan, huraian
Perbincangan
Inkuiri
Penemuan
Bacaan
Sumbang saran
Demostrasi oleh pelajar
Kerja amali
Eksperimen
Projek

Kuiz
Penyelesaian masalah
Reka cipta
Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
Main peranan
Lakonan
Simulasi
Membuat nota sendiri
Lawatan
Pengajaran berprogram
Pembelajarean berbantu komputer
PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)
6. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai
kelebihan dan kekurangan.
Pembelajaran koperatif
1.

Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri.
2. Dalam pembelajaran koperatif satu tugasan, projek atau masalah diberi dan pelajar belajar
di antara satu sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.
3. Beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk (Spencer
Kagan, 1990):
a. Giliran Ahli Kumpulan
Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara
giliran
b. Pameran Kumpulan:
i.
Setiap kumpulan mempamerkan hasilnya
ii.
Setiap pelajar melihat setiap kumpulan dan berbincang dengan ahli-ahli
kumpulan itu.
c. Memadan Benda
Pelajar-pelajar dalam satu kumpulan memadankan susunan benda
d. Kuiz:
i.
ii.

e.

Guru memberi soalan kepada satu atau semua kumpulan


Pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan
jawapan
iii.
Seorang pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru
Kad Hafalan
i.
Pelajar dalam semua kumpulan diberi kad yang mengandungi fakta atau
maklumat penting untuk dihafal

ii.
iii.

Guru menyoal
Pelajar yang sudah menghafal fakta atau maklumat itu menjawab dan
markah akan diberi
f. Semakan Pasangan:
i.
Dua pasangan diberi masalah yang sama untuk diselesaikan
ii.
Dalam stu pasangan, seorang pelajar menyelesaikan masalah itu dengan
bantuan pelajar yang lain.
g. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi Pendapat
i.
Pelajar dalam satu pasanganberfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh
guru
ii.
Pendapat pasangan itu kemudiannya dikongsi dalam kelas
h. Peta Konsep Berpasukan
Pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas
yang besar.
i.

j.

Jawapan Giliran:
i.
Satu kumpulan diberi sebilangan soalan
ii.
Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan
Penguasaan Secara Beerpasangan:
Pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan secara berpasangan.

k.

"Jigsaw" (Pakar dalam Kumpulan):


i.
Setiap kumpulan diberi satu topik yang berlainantentang sesuatu tajuk atau
perkara.
ii.
Kumpulan itu akan membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu.

iii.

Semua maklumat dikongsi dalam kelas.

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri


1.

Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri kerana:
a. Pelajaran akan lebih menarik dan menyeronokkan.
b. Pelajar dapat memahami dan mengingat apa yang diajar.

2. Beberapa contoh bahan pengajaran dan pembelajaran diberi dalam Jadual berikut:
Hasil Pembelajaran
Pelajar dapat :
1. Mengenal pasti
"huruf".
2. Menambah
sebarang dua
nombor 1-10.
3. Memukul bola hoki

Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah huruf.
Biji, batu atau abakus.
Kayu hoki, bola hoki.

dengan cara
betul.
4. Menerangkan
proses
penghadaman.

Carta organ penghadaman atau video penghadaman.


Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod), bahan
kimia (iodin).

5. Menguji
kehadirian kanji
dalam daun.
3. Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada:
a. Bahan bercetak
b. Alat pandang dengar
4. Bahan bercetak meliputi:
a. Buku teks dan buku rujukan
b. Dokumen kurikulum
c. Majalah
d. Risalah
e. Akhbar
5. Alat pandang dengar terdiri daripada:
a. "Hardware": seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer, printer.
b. "Software": adalah bahan yang digunakan dengan "hardware" seperti pita video,
pita kaset, filem slaid, transparensi, disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti
carta, gambar, pita dan kad imbasan.
c. Bahan 3-Dimensi: seperti glob, model, bongkah, spesimen dan bahan permainan.
6. Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran itu:
a. Dibekalkan oleh Kementerian pendidikan.
b. Boleh dibeli dalam pasaran.
c. Boleh dibuat oleh guru dan pelajar.
d. Bolah didapati dengan percuma.
7. Bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik dengan:
a. Menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar.
b. Menyusun dan menyimpan bahan itu di tempat yang sesuai.
c. Mengadakan sistem klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem
merekod yang baik.
Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap?
1.

Nilai-nilai murni sarwajagat berikut harus diserap merentasi kurikulum:

Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat
Kasih sayang

Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesedaran
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
1. Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru
harus memastikan pelajar anda dapat tunjuk atau mengamal hasil
pembelajaran khusus berikut:
Berpakaian kemas dan bersih
Berambut kemas dan bersih
Menjaga kebersihan badan
Bercakap dengan sopan santun
Tidak bercakap tentang perkara yang jahat
Membuang sampah di tong sampah
Kerjanya kemas dan teratur
Menyimpan barangnya dengan kemas dan tersusun
Memulangkan barang pinjaman atau yang terjumpa
Bekerja dengan rakan-rakan
Menegur atau menasihati pelajar lain
Pengurusan Bilik darjah Dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.

Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran guru
untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.
2. Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara berikut:
a. Tahu nama, sifat peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar.
b. Menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri.
c. Menyedia, mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.
d. Menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi kandungan dan
pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran.
e. Menggunakan aktiviti secara kelas, kumpulan, pasangan dan perseorangan dengan
bijak dalam sesuatu pelajaran.

f.
g.

Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang dikehendaki.
Menggunakan kadar mengajar (pacing) yang sesuai mengikut kebolehan pelajar
dalam kelas itu.
h. Membina, menyimpan dan membuat analisis ujian formatif atau dianostik dan ujian
sumatif.
i. Menjalankan ujian formatif atau dianostik dan ujian sumatif pada masa yang sesuai.
j. Membina dan menyimpan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan.
k. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan
menggunakan kaedah yang berkesan.
l. Menggunakan masa dengan bijak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
sesuatu pelajaran.
m. Menyimpan rekod secara sisitematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.
Contoh Langkah Pengajaran Untuk Menguasai Sesuatu Hasil Pembelajaran
1.

Beberapa contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam
beberapa mata pelajaran diberi di bawah.
2. Guru digallakan mengubahsuaikan cadangan langkah pengajaran mengikut keadaan sebenar
di sekolah.
Contoh Bahasa Melayu Tahun 1 KBSR

1.

Hasil Pembelajaran
Pelajar akan dapat mengenal pasti huruf "a-j".

2. Cadangan Langkah Pengajaran:


a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulangkaji.
Pelajar menyanyikan lagu "ABC"
b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran.
Tunjukkan kad imbasan sesuatu huruf
Sebut sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya
Ulangkan.
Tunjuk kad imbasan sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya.
c.

Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran.


Berikan satu set kad imbasan huruf "a-j" kepada setiap kumpulan.
Pelajar-pelajar dalam sesuatu kukmpulan menguji di antara satu sama lain

kebolehan mereka untuk mengenal pasti huruf "a-j".


d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu.
Setiap pelajar membuat kad imbasan huruf"a-j" dengan kertas berukuran 5 cm x 5 cm dan
mewarnakan sesuatu huruf.
Contoh Sains Tahun 4 KBSR

1.

Hasil Pembelajaran:
Pelajar akan dapat mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan.

2. Cadangan Langkah Pengajaran:


a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji.
Tanya atau suruh pelajar:
Namakan haiwan yang anda tahu.
Apakah haiwan yang dipelihara oleh manusia?
Namakan haiwan yang liar.
b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran.
Dengan bantuan gambar atau spesimen beberapa haiwan seperti arnab, burung,
ikan, dan lipas, adakan perbincangan dengan pelajar.
Tanya pelajar:
Apakah nama haiwan itu?
Apakah sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan itu?
Apakah kegunaan sesuatu sifat fizikal itu?
c.

Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran.


Pelajar melabel sifat-sifat fizikal pada gambar rajah sesuatu haiwan.

d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu.


Pelajar membuat carta aliran atau jadual sifat fizikal haiwan danmenunjukkan hasilnya kepada

pelajar lain.
Contoh Kajian Tempatan Tahun 4 KBSR

1.

Hasil Pembelajaran:
Pelajar dapat menerangkan kedudukan rumah dan ciri-ciri fizikal sekelilingnya.

2. Cadangan Langkah Pengajaran:


a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulang kaji.
Tanya pelajar:
Di manakah anda tinggal?
Di manakah manusia tinggal pada zaman sekarang?
b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran:
Adakan perbincangan dengan pelajar dengan menggunakan satu gambar atau lukisan
yang menunjukkan sebuah rumah dengan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya.
Tanya pelajar:
Apakah jenis rumah dalam gambar ini?
Apakah kegunaan rumah?
Apakah yang terdapat di sekeliling rumah itu?
Adakah kawasan di rumah itu cantik/ Bersih?
c.

Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran.


Pelajar melukis peta lakar yang menunjukkan kedudukan rumah sendiri dengan
menggunakan lambang dan arah.
Pelajar menerangkan kedudukan rumahnya dan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya
dalam 50 perkataan.

d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu.


Beri satu gambar yang menunjukkan sebuah rumah dan sekelilingnya kepada setiap kumpulan.
Pelajar dalam setiap kumpulan berbincang bagaimana ciri fizikal di sekeliling rumah itu dapat

diperbaiki.
Hasil kumpulan ditulis di kertas besar dan dipamerkan.
Rumusan
1.
2.

3.
4.
5.
6.

7.
8.
9.
10.

Penggunaan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan dan bahan p&p yang sesuai adalah
penting dalam pembelajaran masteri.
Untuk menjayakan pembelajaran masteri, guru harus menyayangi pelajar, mencintai mata
pelajaran yang guru mengajar, merasa yakin tentang kebolehan pelajar, selalu merangsang
mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah.
Pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti pelajar visual, lisan atau kinestetik dan
guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.
Guru harus mengambil kira unsur-unsur gaya pembelajaran yang terdapat dalam pelbagai
model gaya pembelajaran seperti Sistem 4MAT dan Model Dunn dan Dunn.
Terdapat banyak kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan
kepada pelajar dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk
pembelajaran masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan
kepada pelajar.
Guru harus juga menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan,
projek atau masalah untuk pelajar belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas.
Anda harus menggunakan bahan p&p yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan.
Dalam p&p guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil
masa yang panjang.
Dalam pembelajaran masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkahlangkah pengajaran dan bahan p&p yang akan membantu pelajar menguasai apa yang mereka
belajar.
Kembali ke Atas

Vous aimerez peut-être aussi