Vous êtes sur la page 1sur 2

Malam semalam saya dengar ceramah di masjid yang berdekatan dengan rumah saya.

Ceramah kali
ini adalah berkisar tentang sejarah dan asal usul azan.
Berikut ini saya kongsikan intipati ceramah yang sempat saya catatkan.
Solat telah diperintahkan oleh Allah setelah peristiwa Israk Mikraj.
Nabi SAW mempelajari bagaimana menunaikan solat semasa Israk Mikraj.
Pada mulanya, solat dilakukan tanpa azan dan tidak secara berjemaah.
Setelah hijrah ke Makkah, Ummat Islam semakin bertambah ramai. Nabi berfikir bagaimana
caranya untuk memanggil orang untuk datang ke Masjid bersolat jemaah.
Nabi SAW telah adakan mesyuarat bersama dengan para sahabat radhiallahuanhum untuk
menentukan cara memanggil orang bersolat jemaah.
Semasa bermesyuarat, para sahabat telah memberikan pelbagai cadangan, antaranya ;
1. Menaikkan bendera pada tiang yang tinggi apabila tiba waktu solat. Apabila orang ramai melihat
bendera telah dinaikkan, maka ini bermakna waktu solat telah masuk dan mereka mesti pergi ke
masjid untuk solat berjemaah.
(Nabi

hanya mendiamkan diri saja apabila sahabat memberikan cadangan ini. Ini
menunjukkan nabi kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana kalau waktu malam, pastinya
bendera tidak akan dapat dilihat.)
2. Ada sahabat mencadangkan untuk menghidupkan atau memasang api apabila tiba waktu solat.
Kalau pasang api, samaada siang atau pun malam, orang akan dapat melihatnya.
(Mendengar cadangan ini, Nabi SAW berubah wajah. Baginda kelihatan bermasam muka
sedikit. Ini adalah kerana amalan memasang api adalah amalan Majusi. * Majusi menyembah api
sebagai Tuhan mereka)
3. Ada juga sahabat mencadangkan untuk meniup trompet apabila tiba waktu solat.
(Nabi SAW tidak bersetuju juga dengan cadangan ini kerana amalan meniup trompet adalah
amalan Yahudi)
4. Seorang sahabat membuat cadangan untuk membunyikan loceng.
(Cadangan ini juga Nabi SAW tidak setuju sebab ia amalan orang Nasoro/Kristian)
5. Saiyidina Umar Radhiallahuanhu (r.a.) akhirnya mencadangkan supaya melantik seseorang naik
ke tempat yang tinggi dan melaungkan azan yang berbunyi ; Assolatu jaamiah! (sebanyak 2
kali).
(Nabi

SAW telah bersetuju dengan cadangan Saiyidina Umar, maka Bilal pun dilantik untuk
melaungkan azan dengan kalimah tersebut)
Setelah bermesyuarat, para sahabat telah balik ke rumah masing-masing. Mereka masih memikirkan
cara terbaik untuk memanggil orang untuk bersolat jemaah.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah Bin Zaid r.a. telah tertidur dan bermimpi berjumpa
dengan seorang lelaki yang membawa loceng. Lalu, Abdullah Bin Zaid telah meminta untuk
membeli loceng yang dibawa oleh lelaki tersebut. Lelaki itu bertanya, nak buat apa dengan loceng
tu?
Abdullah Bin Zaid telah berkata, ianya adalah untuk digunakan bagi memanggil orang solat
berjemaah apabila tiba waktu solat. Lelaki tadi pun berkata bahawa dia mempunyai cara yang lebih

baik daripada membunyikan loceng untuk memanggil orang bersolat. Maka, Abdullah Bin Zaid
telah meminta lelaki itu mengajarkan caranya.
Lelaki tadi pun terus mengajarkan cara bagaimana azan dan iqamah dilaungkan.
Setelah terjaga dari tidur, Abdullah Bin Zaid R.A telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan
menceritakan mimpinya itu. Dan Rasulullah berkata, mimpinya itu adalah mimpi yang benar dan
lelaki dalam mimpinya itu adalah Malaikat. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh Abdullah Bin
Zaid mengajarkan kalimah azan tersebut kepada Bilal untuk dilaungkan. (Dan itulah kalimah azan
dan iqamah yang kita laungkan sehingga ke hari ini.)
Apabila Bilal melaungkan azan seperti yang diajarkan tersebut, Saiyidina Umar telah mendengar
azan tersebut dan terkejut kerana apa yang didengarnya sama seperti apa yang beliau dengar di
dalam mimpinya. Rupa-rupanya, Saiyidian Umar juga telah bermimpi sama seperti apa yang
Abdullah Bin Zaid bermimpi. Subhanallah, Maha Suci Allah yang merancang semua ini.
Begitulah sejarah dan latar belakang bagaimana azan / iqamah yang kita laungkan hari ini
disyariatkan sebagai salah satu syiar Islam.

Vous aimerez peut-être aussi