Vous êtes sur la page 1sur 8

INFO ICT

INFO
ICT

Tahukah
anda..........
1. Apakah virus komputer?
2. Apakah kesan serangan virus komputer?
3. Apakah simptom-simptom komputer terkena serangan virus?
4. Bagaimana hendak mengesan dan menghapuskan virus komputer?
5. Bagaimana hendak menghindari serangan virus komputer?

Adakah anda salah seorang pembawa virus komputer?


Marilah kita bersama-sama menjejaki dan menghapuskan virus
komputer dari terus merebak, mengganas dan mengganggu kerja
harian kita.
Tahukah anda........
Virus, Worm, dan Kuda Trojan ( Trojan Horse) merupakan program
berniat jahat yang tidak diundang dan boleh menyebabkan
kerosakkan kepada komputer, maklumat dalam komputer,
memperlahankan rangkaian dan menggunakan komputer anda
untuk menyebarkan kepada orang lain termasuk pengguna
internet di seluruh dunia. Menangani permasalahan ini memerlukan
kerjasama dari semua pihak terutama pengguna komputer itu
sendiri. Ibarat pemandu kereta yang tidak servis keretanya sekian
lama. Bila kerosakkan berlaku ditengah-tengah jalan raya
menyebabkan lalulintas yang amat panjang dan mengambil masa
untuk beransur pulih seperti sedia kala.
Apakah Virus Komputer?
Virus komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di
dalam sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan
atau terletak di kawasan tertentu di dalam media storan (disk)
yang dinamakan sektor but (boot sector). Apabila kita
manjalankan perisian atau cuba mencapai cakera yang dijangkiti virus, virus
tersebut
akan diaktifkan. Virus yang telah diaktifkan boleh melakukan
pelbagai perkara temasuk menyalin diri mereka kedalam
program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor,
memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan
cakera keras (hardisk).
Virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada
masa-masa atau hari tertentu yang telah ditetapkan. Virus yang
paling digeruni sekali ialah Virus Michelangelo yang menyebakan
kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk
diaktifkan pada hari lahir penulis aturcara tersebut. Apabila
pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti

INFO
ICT
pada hari tersebut, komputer akan memformat cakera keras,
memadamkan segala maklumat dan perisian yan disimpan didalam
cakera keras tersebut.

Penyebaran virus dapat dilakukan dengan banyak cara, antaranya :


1. Melalui media storan seperti disket,cdrom, cakera keras dan
lain-lain yang sebelumnya sudah dijangkiti virus. Jangkitan
akan terjadi ketika membaca fail, menyalin fail atau bahkan
cuma melihat daftar isinya sahaja.
2. Melalui e-mel ketika menerima e-mel yang ada dilampiran
(attachement) biasanya e-mel yang mengandungi virus, ada
lampiran fail seperti *.zip, *.com, *.exe, *.vbs,
*.rtf, *.dll, *.scr dan *.pif. Sebaiknya periksa dahulu dengan perisian antivirus.
3. mengunjungi /memuat turun dari alamat tertentu, misalnya
laman hacker, laman porno, ataupun laman lainya yang tidak jelas
pengendaliannya. Apalagi dengan adanya virus baru yang dibuat
dalam bahasa java, ketika anda mengunjungi laman tersebut virus
java dapat menjangkiti komputer anda tanpa anda sedari.
Apakah Cecacing (WORM)?
Cecacing (WORM) adalah jenis virus yang biasanya melakukan
eksplotasi terhadap kelemahan yang terdapat pada sistem operasi
dan juga aplikasi yang digunakan. Contohnya Worm CodeRed yang
memanfaatkan kelemahan pada file idq.dll iaitu suatu kelemahan
bufer overflow pada sistem operasi asal pada windows 2000. Jadi
ketika anda menggunakan windows 2000 atau tidak melakukan
Windows Update dan Patch pada sistem operasi anda, dengan
mudahnya virus ini akan menjangkiti komputer anda.
Apakah Kuda Trojan (Trojan Horse)?
Secara teknikalnya, Kuda Trojan (Trojan Horse), bukan virus tetapi
jatuh dalam kategori program bahaya yang boleh diaktifkan dalam
komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer itu. Terdapat
pelbagai jenis trojan tetapi biasanya memberi capaian kepada
rangkaian dari luar termasuk penggunaan program dalam komputer
atau mendapatkan data yang ada dalam cakera keras komputer itu.
Kuda Trojan juga boleh memasuki komputer melalui perisian yang
dimuat-turun dari internet secara percuma. Jangan memuat turun
perisian dari sumber yang tidak diketahui punca asalnya. Selalulah
muat-turun Microsoft Updates dan Patchs dari laman web rasmi
Microsoft Windows Update atau Microsoft Ofice Update.

INFO
ICT

Hindari serangan
virus.
Berikut ini merupakan kesan dari serangan virus komputer.
1. Kerosakan pada perisian komputer, fail maklumat dan juga perkakasan
komputer.
2. Gangguan rangkaian komputer samada capaian ke internet dan
internet menjadi perlahan.
3. Pengguna komputer dan internet akan mengalamai gangguan kerja dan emosi
(stress).
Simptom-simptom pc diserang virus.
Berikut ini merupakan simptom-simptom PC diserang virus komputer:
1. Sistem Operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum
ini tidak pernah menyentuh bahagian penetapan (setting) ataupun
mengubah daftar windows (Windows registry). Fail-fail penting yang
digunakan untuk melarikan sistem hilang secara tiba-tiba. windows
tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
2. Keupayaan atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembab.
sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka terlalu perlahan.
Kadangkala PC menjadi "hang" selepas dibuka. Juga keluar mesej
'out of memory' walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang
mencukupi.
3. Kotak dialog terpapar pada skrin secara tiba-tiba menyatakan program tertentu
tidak dapat dijalankan.
4. Muncul secara tiba-tiba program-program yang tidak pernah
diinstal sebelum ini dan berjalan dengan sendirinya. Terdapat
proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan
banyak sumber CPU.
5. Menerima e-mel yang mengandungi lampiran-lampiran yang
pelik contohnya mengandungi lebih dari satu ekstensi.
6. Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba dan tidak boleh diinstall semula.

Berikut ini merupakan perkara-perkara yang boleh dilakukan agar


PC terhindar dari serangan virus:
1. Gunakan Perisian Asli. Hargai dan Hormati Hakcipta. Hindari
menggunakan perisian tiruan dalam apa juga keadaan sekali
pun. Awas! Windows Update tidak boleh dijalankan pada
Windows XP/Vista cetak rompak.
2. Pastikan Sistem Operasi sentiasa dikemaskini. Perisian sistem
pengoperasian Windows hendaklah sentiasa dikemaskini (jalankan
Windows Update) bagi memastikan sistem sentiasa selamat dari
serangan virus dan penggodam. Tukar katalaluan (password)
kepada yang lebih sukar untuk jejaki umum. Jangan e-melkan
katalaluan kepada sesiapa pun.
3. Gunakan Perisian Antivirus Terkini dan Dikemaskini. Pasang
perisian antivirus untuk melindungi komputer anda dan pastikan
fail tandatangan (signature) yang terkini telah dimasukkan. Anda
perlu kemaskini tandatangan virus sekurang- kurangnya sekali
dalam setiap hari bekerja.
4. Imbas Virus Secara Harian. Jadualkan untuk mengimbas
komputer setiap hari bagi mengesan virus. Jadual imbasan boleh
dilakukan pada waktu bukan puncak, seperti waktu tengahari.
5. Periksa Lampiran e-mel. Waspada terhadap virus yang datang
sebagai lampiran (attachment) e-mel daripada punca yang tidak
dapat dikenalpasti. Ada virus ulat (Worm) yang boleh menyamar
sebagai ucapan selamat atau perayaan. Jangan buka sebarang
lampiran sehingga anda benar-benar pasti apa isi kandungannya.
Contohnya *.zip, *.vbs, *.pif, *.scr, *.rtf (* mewakili nama bagi
sesuatu fail).
6. Periksa Fail Yang Dimuat-turun. Periksa cakera liut dan fail yang
dimuat-turun dari internet terutama dari punca yang dimuat-turun
dari internet terutama dari punca yang tidak diketahui
menggunakan perisian anti-virus sebelum menggunakannya.
7. Hentikan Semua Aktiviti Komputer Yang Telah Dijangkiti. Jika
komputer anda telah dijangkiti oleh virus komputer, semua aktiviti
menggunakan komputer tersebut
mesti dihentikan - memulakan proses pengapusan virus. Meneruskan
penggunaannya akan membantu virus itu merebak dengan lebih giat.

8. Kerap Membuat Salinan (Backup). Selalulah membuat salinan


aturcara dan data anda. Membaikpulih menggunakan salinan
adalah langkah yang paling selamat bagi

INFO ICT
mendapatkan kembali fail selepas
diserang virus.
9. Pasang Personal Firewall. Sebagai Perlindungan tambahan, anda
boleh memasang perisian Firewal peribadi. Tetapkan ketahap
keselamatan paling tinggi untuk pelayar web. Penggunaan perisian
ini memerlukan kefahaman yang sewajarnya terhadap transaksi
yang berlaku dalam komputer anda.
10. Buang Fail dan Perisian Yang Tidak Bermanfaat. Buang fail-fail
dan perisian yang tidak diperlukan dalam tugasan harian anda.
Mengesan Dan Menghapuskan Virus Komputer.
1. Gunakan perisian antivirus yang asli. Ini bagi memudahkan proses
pengemaskinian (update) dilakukan bagi memastikan virus tersebut
beroperasi dengan baik dan selamat.
2. Sentiasa pastikan antivirus anda "up-to-date". Kemaskini fail tandatangan virus
(Virus IDE) antivirus anda sekarang.
3. Imbas (Scan) dan bersihkan (cleanup) sekiranya virus dijumpai.
4. Rujuk laman-laman web antivirus sekiranya virus tidak dapat
dibersihkan oleh perisian antivirus anda.

"MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI


MENGUBATI"
Sumber
:
ICT SK ABUAN BELURAN

Vous aimerez peut-être aussi