Vous êtes sur la page 1sur 2

PERANAN GURU MENANGANI MASALAH BULI

Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat


pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan
membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian
Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan
menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga
didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan
membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.
Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh
diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi
menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz
tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam
menangani masalah kes buli ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa
pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan
sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang
peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab
Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan
memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes
buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh
menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua
pelajar tahu akannya.
Di samping itu, para pelajar juga boleh berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak
kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk
melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi
dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.
Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada
pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh
dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes
ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan
berleluasa lagi.
Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri
dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi

oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus
mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak
mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang
lain.

Vous aimerez peut-être aussi