Vous êtes sur la page 1sur 11

ASSIGNMENTS

AKIDAH AKHLAK (UIU 3102) SEM 2


2014/15
BACHELOR OF BUSSINESS ADMIN. (ISLAMIC
FINANCE)
LECTURER:
PROF MADYA DR. ABDUL MANAM BIN MOHAMAD

No.

Name

Matric No.

MOHD FAHMI IZZUDDIN BIN ROSLAN

037360

2
3
4

SEJARAH KEMUNCULAN
DAN PERKEMBANGAN
ILMU AKIDAH
PENGENALAN
Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan
dua kalimah syahadah.
Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan Tamadun Islam.
Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa dengan menyebut dua
kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab
serta komitmen yang tinggi terhadap Allah.
Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup
mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa
mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan aqidah erta
membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Dalam ajaran Islam, aqidah Islam (al-aqidah al-Islamiyah) merupakan keyakinan
atas sesuatu yang terdapat dalam apa yang disebut dengan rukun iman, yaitu
keyakinan kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari
akhir, serta taqdir baik dan buruk. Hal ini didasarkan kepada Hadits shahih yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Shahabat Umar bin Khathab r.a. yang
dikenal dengan Hadits Jibril.

KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM

Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting. Ibarat suatu
bangunan, aqidah adalah cerucuk, sedangkan ajaran Islam yang lain, seperti ibadah dan
akhlak, adalah sesuatu yang dibangun di atasnya. Bangunan yang dibangun tanpa cerucuk
adalah suatu bangunan yang sangat rapuh. Maka, aqidah yang benar merupakan landasan
(asas) bagi tegak agama (din) dan diterimanya suatu amal. Allah swt berfirman,
.
Ertinya: Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi
sebelummu, bahwa jika engkau betul-betul melakukan kesyirikan, maka sungguh amalmu
akan hancur, dan kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang merugi. (Q.S. azZumar: 65)
Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi dan Rasul
mendahulukan dakwah dan pengajaran Islam dari aspek aqidah, sebelum aspek yang
lainnya. Rasulullah saw berdakwah dan mengajarkan Islam pertama kali di kota Makkah
dengan menanamkan nilai-nilai aqidah atau keimanan, dalam jangka masa yang cukup
panjang, iaitu selama kurang lebih tiga belas tahun. Dalam rentang waktu tersebut, kaum
muslimin yang merupakan minoritas di Makkah mendapatkan ujian keimanan yang
sangat berat. Ujian berat itu kemudian terbukti menjadikan keimanan mereka sangat kuat,
sehingga menjadi basis atau landasan yang kukuh bagi perjalanan perjuangan Islam
selanjutnya. Sedangkan pengajaran dan penegakan hukum-hukum syariat dilakukan di
Madinah, dalam jangka masa yang lebih singkat, iaitu selama sepuluh tahun. Hal ini
menjadi pelajaran bagi kita mengenai betapa penting dan teramat pokoknya aqidah atau
keimanan dalam ajaran Islam.

SUMBER & CARA PENGAMBILAN AKIDAH ISLAM


Aqidah Islam adalah sesuatu yang bersifat tauqifi, artinya suatu ajaran yang hanya dapat
ditetapkan dengan adanya dalil dari Allah dan Rasul-Nya. Maka, sumber ajaran aqidah Islam
adalah terbatas pada al-Quran dan Sunnah saja. Karena, tidak ada yang lebih tahu tentang Allah
kecuali Allah itu sendiri, dan tidak ada yang lebih tahu tentang Allah, setelah Allah sendiri,
kecuali Rasulullah saw. Generasi para shahabat adalah generasi yang dinyatakan oleh Rasululah
sebagai generasi terbaik kaum muslimin. Kebaikan mereka terletak pada pemahaman dan
sekaligus pengamalannya atas ajaran-ajaran Islam secara benar dan kaffah. Hal ini tidak
mengherankan, karena mereka adalah generasi awal yang menyaksikan langsung turunnya
wahyu, dan mereka mendapat pengajaran dan pendidikan langsung dari Rasulullah saw. Setelah
generasi shahabat, kualifikasi atau derajat kebaikan itu diikuti secara berurutan oleh generasi
berikutnya dari kalangan tabiin, dan selanjutnya diikuti oleh generasi tabiut tabiin. Tiga
generasi inilah yang secara umum disebut sebagai generasi salaf. Rasulullah bersabda tentang
mereka,

Ertinya : Sebaik-baik manusia adalah generasi pada masaku, lalu generasi berikutnya, lalu
generasi berikutnya (H.R. Bukhari dan Muslim)
Generasi salaf yang shalih (al-salaf al-shalih) mengambil pemahaman aqidah dari alQuran dan sunnah dengan cara mengimani atau meyakini semua yang diinformasikan
(ditunjukkan) oleh kedua sumber tersebut. Dan apa saja yang tidak terdapat dapat dalam kedua
sumber itu, mereka menidakkan dan menolaknya. Mereka mencukupkan diri dengan kedua
sumber tersebut dalam menetapkan atau meniadakan suatu pemahaman yang menjadi dasar
aqidah atau keyakinan.
Dengan cara di atas, maka para shahabat, dan generasi berikutnya yang mengikuti mereka
dangan baik (ihsan), mereka beraqidah dengan aqidah yang sama. Di kalangan mereka tidak
terjadi perselisihan dalam masalah aqidah. Kalau pun ada perbezaan, maka perbezaan di
kalangan mereka hanyalah dalam masalah hukum yang bersifat cabang (furuiyyah) saja, bukan
dalam masalah-masalah yang pokok (ushuliyyah).

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ILMU AKIDAH

Sejarah Aqidah Islam bermula dengan mula turunnya wahyu kepada Rasulullah
s.a.w.. Ilmu aqidah Islam pada zaman itu serupa seperti ilmu-ilmu selainnya dari segi
ianya belum lagi dikumpul dan ditulis didalam mana-mana kitab. Dan sejarah
perkembangan ilmu ini sejak mula hinggalah ianya ditulis dan menjadi sebuah ilmu yang
dikenali kini sabagai ilmu tauhid atau aqidah, terbahagi kepada lima bahagian mengikut
pecahan yang dibahagi oleh Alfadhil As-syeikh Wael Al-Bizm :
1) Permulaan agama Islam ( zaman kebangkitan Rasaulullah s.a.w. )
2) Zaman khalifah Saidina Abu Bakr dan Umar r.a.
3) Zaman khalifah Saidina Usman r.a
4) Zaman khalifah Saidina Ali r.a. dan pertengahan kurun pertama
5) Akhir kurun ketiga dan permulaaan kurun keempat hijrah.

(1) Permulaan agama Islam.


Ilmu Aqidah pada zaman ini terkandung di dalam ayat-ayat al-quran dan
hadis Rasulullah s.a.w., dan ianya tidak dikumpul dan ditulis pada zaman ini
hingga menjadi suatu ilmu yang tersendiri seperti fiqh dan selainnya atas beberapa
sebab. Di antaranya ialah para sahabat pada ketika itu hidup di dalam suasana
Islam yang bebas dari ftnah-fitnah yang menghancurkan kefahaman yang betul
tentang agama Islam. Dengan kata lain, kefahaman agama islam bagi para sahabat
pada masa itu suci sesucinya. Dengan itu tidak terdengar satu riwayat pun yang
menceritakan tentang perbalahan mereka dalam ayat-ayat mutasyabihat dan
selainnya, malah apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat yang berkaitan
dengan tauhid,tidak ada perbalahan, penentangan, perjidalan dan sebagainya.

Akan tetapi mereka dengar dan menerima dengan sepenuhnya tanpa rasa raguragu dan syak wasangka. Kalau diteliti akan sebab sampainya para sahabat ke
tahap taslim ini ialah disebabkan keteguhan dan kekuatan iman dan Islam di
hati-hati mereka. Dan inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang
berada di Mekah sebelum hijrah, beliau mengukuhkan iman dan Islam di hati-hati
mereka agar tidak ada tentangan dan percanggahan dari mereka terhadap ayat-ayat
dan wahyu yang akan diturunkan. Timbulnya soalan-soalan yang tidak sepatutnya
akan hak-hak Allah s.w.t. pada zaman ini ialah atas sebab goncangnya iman-iman
di hati-hati para muslilmin zaman ini dan juga disebabkan syak wasangka yang
ditanam oleh musuh-musuh Islam, maka memahami Aqidah yang betul dan
mengenali Allah s.w.t. ialah asas bagi setiap muslim sebelum memahami fiqh dan
sebagainya. Dan di antara sebab asas tidak perlu kepada pengumpulan dan
penulisan pada zaman itu ialah Musyarri` dan juga pengajar bagi Aqidah yang suci
ini berada dan hidup di kalangan mereka,yaitu Rasulullah s.a.w. . Maka Rasulullah
s.a.w. menjadi rujukan buat para sahabat jika ada timbulnya persoalan dan
masalah.
(2) Zaman khalifah Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a..
Kewafatan Rasulullah s.a.w. merupakan permulaan perubahan bagi
kefahaman dalam Aqidah Islam, kerana zahir buat pertama kali pada ketika ini
pembahasan yang berkaitan dengan Aqidah muslim. Pembahasan itu ialah
perselisihan pendapat antara sahabat-sahabat tentang siapakah yang berhak dalam
menjadi khalifah Rasulullah s.a.w. setelah kewafatannya. Para ulama telah
meletakkan masalah khilafah ini di antara masalah yang berkaitan dengan
pembahasan-pembahasan ilmu Aqidah. Alhamdulillah,masalah ini tidak
berpanjangan dan seperti mana yang kita ketahui, khalifah pertama dipegang oleh
Saidina Abu Bakar r.a. dan yang kedua Saidina Umar r.a..
(3) Zaman Khalifah Usman r.a.

Syeikh Wael mengatakan bahawasanya pada zaman ini, ada terjadinya


beberapa kejadian yang berkaitan dengan pembahasan-pembahasan ilmu Aqidah,
tetapi Syeikh tidak menerangkan dengan lebih lanjut kerana ianya luar dari tajuk
yang dibincangkan.
(4) Zaman Khalifah Saidina Ali r.a.
Zaman ini merupakan zaman di mana terjadinya goncangan yang kuat
dalam Aqidah Islam dan juga kehidupan orang-orang muslim, kerana di zaman ini
timbulnya dua kumpulan yang sesat dari ajaran dan fahaman agama Islam yang
benar. Kumpulan yang pertama merupakan kumpulan yang terlampau dalam hak
saidina Ali r.a. sehingga mengangkatnya kepada martabat ketuhanan dan ianya
diketuai oleh seorang yahudi yang menganut Islam dengan niat
menghancurkannya.Dia dikenali dengan nama Abdullah bin Saba. Kumpulan yang
kedua pula merupakan kumpulan yang terlampau dalam membenci saidina Ali r.a.
sehingga menghukumnya sebagai seorang yang keluar dari agama Islam yang
sebenarnya, kumpulan ini dikenali sebagai Al-Khawarij. Dari dua kumpulan inilah
timbulnya kumpulan-kumpulan lain yang menjadikan kefahaman dalam Aqidah
Islam menjadi haru-biru,akan tetapi dalam keadaan timbulnya fahaman-fahaman
yang salah ini, Allah tetap menjaga fahaman Aqidah Islam yang betul, kerana itu
ialah janjiNya. Di antara kumpulan-kumpulan yang masyhur yang timbul dari dua
kumpulan itu ialah Al-jabriah, yang diketuai oleh Jaham bin Shafwan. Fahaman
mereka ialah manusia tidak mempunyai pilihan dan tidak mempunyai daya dan
upaya dalam melakukan apa jua perbuatan. Yang bermaksud semua perbuatan dan
amal manusia dipaksa ke atas diri mereka oleh Allah s.w.t., maka manusia ini
seakan-akan bulu yang mengikut arah tiupan angin. Pegangan ini salah kerana kita
tahu bahawa Allah s.w.t. mencipta di dalam manusia pilihan untuk memilih yang
baik atau buruk, taat atau maksiat dan sebagainya. Di antara kumpulan lain ialah
Al-qadariah,diketuai oleh Ma`bad Al-Juhani yang mengatakan bahawasanya setiap
amal dan perbuatan manusia tidak ditakdirkan oleh Allah s.w.t. akan tetapi setiap

amal dan perbuatan manusia dimulakan oleh mereka sendiri, iaitu setiap amal
tidak ditulis sejak azali akan tetapi ditulis oleh manusia sendiri apabila mereka
memilih dan melakukan amal yang mereka lalukan. Kefahaman mereka inilah
yang kemudiannya menjadi sebab dalam pengumpulan dan penulisan kefahaman
ilmu aqidah Islam yang benar, yang Allah s.w.t. takdirkan di dalam tangan imamimam bagi dua sekolah iaitu Asyairah dan Matridiyyah yang kedua-duanya
memegang mazhab ahli sunnah wal jamaah. Di antara kumpulan-kumpulan itu
juga ialah kumpulan yang dikenali sebagai Mu`tazilah, diasaskan oleh Washil bin
Atho. Kumpulan ini pula terpengaruh dengan falsafah yunani sehingga mereka
cuba untuk menghukum dan memahami al-Quran dan sunnah dengan
berpandukan falsafah ini. Kedua-dua kumpulan yang di atas iaitu al-jabriyyah dan
al-qadariyah merupakan kumpulan yang terkeluar dari ajaran dan fahaman Islam
yang sebenar, maka mereka ini dihukumkan sebagai kafir, kumpulan Mu`tazilah
pula tidaklah dihukumkan sebagai kafir akan tetapi fasiq seperti mana yang
dijelaskan oleh Syeikh Wael dan inilah yang diajarkan oleh Syeikh beliau iaitu
salah seorang ulama besar negeri Syam, Al-fadhil Alallamah As-syeikh Adib
Alkallas. Syeikh Adib mengatakan mereka tidak dihukumkan kafir kerana
kefahaman yang mereka ajarakan bukanlah untuk menghancurkan dan
memasukkan fitnah ke dalam aqidah Islam akan tetapi niat mereka ialah
menyucikan Allah s.w.t. dari apa-apa yang tidak layak baginya. Akan tetapi
mereka tersesat dan tersalah dalam fahaman mereka apabila mereka menggunakan
akal dalam memahami Allah s.w.t yang maha esa. Dan kita semua maklum
bahawa akal manusia terhad maka apabila kita mula menggunakan akal sebagai
penentu bagi kebaikan dan keburukan dan juga menjadikan akal sebagai asas
dalam menghukum ayayt-ayat Allah s.w.t.,lebih-lebiih lagi ayat-ayat yang
berkaitan dengan tauhid, akan tersalah faham dan tersesatlah kita dari kefahaman
aqidah Islam yang benar.Inilah yang terjadi kepada Mu`tazilah maka mereka ini
dihukum sebagai fasiq. Ahli sunnah wal jamaah pula menolak fahaman Mu`tazilah
ini dan mengatakan bahawa baik dan buruk bukanlah dihukum oleh akal akan

tetapi oleh syara`. Timbulnya kumpulan-kumpulan ini dan selainnya pada


pertengahan kurun pertama hijrah dan ketika ini belum lagi adanya penulisan
dalam ilmu aqidah sehinggalah akhir kurun ketiga dan awal kurun keempat.
(5) Akhir kurun ketiga dan permulaaan kurun keempat hijrah.
Pada ketika inilah zahirnya dua mazhab dalam aqidah islam yang
berpegang kepada ajaran ahli sunnah wal jamaah. Dan di atas tangan imam-imam
kedua mazhab inilah Allah mentakdirkan pengumpulan, penulisan dan
perkembangan ilmu Aqidah Islam yang benar. Mazhab yang pertama dinisbahkan
kepada Ali bin Ismail Al-Asya`ri wafat pada tahun 324 hijrah, moyang beliau
merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Musa Al-asya`ri dan
mazhab ini dikenali sebagai mazhab Al-Asyai`rah. Mazhab yang kedua pula
diasaskan oleh Abu Manshur Al-matridiyyah. Beliau wafat pada tahun 333 hijrah
dan mazhab ini dikenali sebagai mazhab Al-Matridiyyah. Dan seperti mana yang
kita ketahui bahawa ilmu fiqh(Islam) kembali kepada empat mazhab yang
masyhur,Hanafi,Maliki,Syafii dan Hanbali. Ilmu aqidah(Iman) pula kembali
kepada dua mazhab yang masyhur pula,Asyai`rah dan Matridiyyah.

KESIMPULAN
Akidah Islam adalah prinsip utama dalam pemikiran Islami yang dapat
membina setiap individu muslim sehingga memandang alam semesta dan
kehidupan dengan kaca mata tauhid dan melahirkan konotasi-konotasi valid
baginya yang merefleksikan persfektif Islam mengenai berbagai dimensi
kehidupan serta menumbuhkan perasaan-perasaan yang murni dalam dirinya.

Atas dasar ini, akidah mencerminkan sebuah unsur kekuatan yang mampu
menciptakan mujizat dan merealisasikan kemenangan-kemenangan besar di
zaman permulaan Islam.
Demi membina setiap individu muslim, perlu kiranya kita
mengingatkannya tentang sumbangsih-sumbangsih akidah yang telah dimiliki oleh
orang-orang sebelumnya dan meyakinkannya akan validitas akidah itu dalam
setiap zaman dan keselarasannya dengan segala era.
Tidak sampai di situ saja, akidah juga mengarahkan daya akal untuk
menyingkap rahasia-rahasia sejarah yang pernah terjadi pada umat dan bangsabangsa terdahulu, dan merenungkan hikmah yang tersembunyi di balik syariat
guna mengokohkan keyakinan muslim terhadap syariat dan validitasnya untuk
setiap masa dan tempat.

RUJUKAN
Rujukan Internet
PENGERTIAN DAN KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM

https://rabbani75.wordpress.com/2011/10/13/pengertian-dan-kedudukanaqidah-dalam-islam

SEJARAH AKIDAH ISLAM

http://dmasyq.blogspot.com/2011/01/sejarah-aqidah-islamiyah.html
SEJARAH MUNCULNYA ILMU KALAM DAN KERANGKA BERFIKIR ALIRAN-ALIRAN KALAM

http://syafieh.blogspot.com/2013/02/sejarah-munculnya-ilmu-kalamdan.html