Vous êtes sur la page 1sur 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN BINA INSAN GURU
(BENCHMARKING)

TAJUK PROGRAM:

NAMA GURU PELATIH:

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

SHARIFAH NUR RASYIDAH BINTI


SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN

PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(920124-03-5080)

(MAJOR BAHASA MELAYU)

TAJUK TUGASAN: BINA INSAN GURU


(BENCHMARKING)

SEMESTER: 6

KUMPULAN:

NAMA PENSYARAH (TUTOR


KUMPULAN) :

PISMP SEMESTER 6A AMBILAN


JANUARI 2012

TARIKH MULA

12 JULAI 2014

AMBILAN JANUARI 2012

DR.MASHUDI BAHARI

TARIKH HANTAR

SENARAI KANDUNGAN

19 SEPTEMBER
2014

Bil.
1.0
2.0

Perkara

Pengenalan
Tujuan/ Objektif
3.0 Kandungan
Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang/ Guru Penerima Anugerah

4.0
5.0

1.0

Halaman
1
3
4- 8

Perkhidmatan Cemerlang (APC)


Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang
Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang/ APC

Refleksi kendiri
Penutup
Lampiran

9 -10
11
12 - 13

Pengenalan
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas
bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pelaksanaan
Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion
keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati
diri

dan

role

model

kepada

masyarakat.

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

Justeru

guru

harus mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa
bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 ini adalah berfokus
kepada memberikan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspek-aspek
yang berkaitan mandat perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu
dipatuhi dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab
profesional keguruan. Fokus aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap peri pentingnya membina kualiti peribadi dan prosefesional
sebagai seorang insan guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen
perubahan masyarakat, kepentingan hubungan komuniti dan peranan serta
tanggungjawab

guru

dalam

memberikan

perhidmatan

berkualiti

dalam

menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara.


Secara keseluruhannya, ia berkaitan dengan pembinaan insan guru yang
seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan
kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru
pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya
kerja serta kepimimpinan sekolah yang berkesan.

2.0

Tujuan/ Objektif
Melalui tugasan (benchmarking) ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:
1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan
dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan
3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling
ikhtisas pendidikan.
4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG
dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan
di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan


dalam pengurusan pendidikan seharian.

3.0 LAPORAN REFLEKSI BINA INSAN GURU SEMESTER 6


GURU CEMERLANG/
-

GURU PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG (APC)
SEK.KEB. PARIT SERONG, 45550 TANJONG KARANG, SELANGOR

Semasa menjalani praktikum fasa 11 di Sek. Keb. Parit Serong, Tanjong Karang,
Selangor, saya telah dimaklumkan tentang seorang guru cemerlang yang merupakan
penerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) bagi tahun 2014. Beliau ialah
Puan Sarimah bt Sulong, iaitu seorang guru Muzik, Matematik dan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
PUAN SARIMAH BINTI SULONG

Puan Sarimah ketika ditemubual.

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

Setelah

mendapat

sedikit

banyak

maklumat

mengenai

beliau

yang

diberitahukan oleh guru besar SKPS, iatu Tn Hj Ahmad Yusak b. Tukiman pada hari
pertama melaporkan diri di sekolah, maka pada minggu pertama tersebut, saya
bersama rakan-rakan praktikum yang lain telah menemui beliau untuk menemubual
dengan lebih lanjut. Berikut adalah kandungan utama sesi temubual tersebut:

Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang/ Guru Penerima Anugerah

Perkhidmatan Cemerlang (APC)


Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang
Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang/ APC

Puan Sarimah bt. Sulong merupakan guru cemerlang yang menerima


anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2014. Beliau merupakan guru muzik
bagi kesemua kelas dalam setiap tahun persekolahan, guru Pendidikan Jasmani
bagi tahun 5 dan guru matematik bagi tahun 1 dan 2. Menurut beliau, anugerah APC
telah disandangnya buat kali pertama pada tahun 2004 sebelum menyandangnya
semula 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2014.
Apabila ditanya usaha untuk menjadi guru penerima anugerah APC, beliau
mengatakan bahawa semuanya datang apabila adanya keikhlasan semasa
mengajar dan mendidik murid-murid. Beliau tidak pernah berhajat untuk menerima
aungerah atas jasanya, tetapi lebih kepada untuk memanusiakan anak-anak bangsa.
Namun demikian, kesungguhannya dalam mengajar telah membuka banyak mata
terutama pihak pentadbir tertinggi sekolah, iaitu guru besar sebelum mencalonkan
namanya ke PPD.
Selain menjadi guru untuk tiga mata pelajaran yang berbeza, beliau juga
memegang banyak tugas penting di sekolah yang digredkan sebagai Sekolah
Kurang Murid dengan bilangan murid 213 orang dengan 23 orang guru. Antara tugas
beliau termasuklah guru SPBT, guru penasihat kelab budaya, dan beberapa tugastugas

sampingan

yang

lain.

Sebagai

satu-satunya

guru

SPBT

yang

bertanggungjawab dalam pengurusan buku-buku teks sekolah, beliau sering datang


ke sekolah pada waktu petang dan hujung minggu untuk menyiapkan dan mengurus
hal-hal berkaitan buku-buku sekolah. Tanpa adanya pembantu khas, maka anakanaklah yang sering menjadi pembantu tidak bergaji beliau. Menurutnya, apabila
mempunyai keperluan tertentu dalam SPBT dan sekiranya ada kelapangan, beliau

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

akan datang bersama-sama anak-anaknya ke sekolah sama ada pada waktu petang
atau hujung minggu untuk mengurus segala hal yang berkaitan SPBT.
Begitu juga penubuhan kelab budaya yang baru ditubuhkan atas inisiatif
beliau sebagai kesedaran seorang guru muzik yang menjurus ke arah menjulang
seni budaya negara. Oleh itu, beliau telah menubuhkan kelab seni budaya yang
terdapat pelbagai aktiviti berkaitan seni kebudayaan negara seperti seni kompang,
tarian tradisional, dan pelbagai aktiviti lain. Usahanya dalam memartabatkan seni
budaya semakin dikenal ramai apabila sekumpulan murid-murid dari kelab seni
budaya merupakan kumpulan kompang khas yang diundang setiap kali mendapat
jemputan majlis-majlis kahwin atau sambutan tertentu sama ada di kampung
berdekatan atau di bandar.

Puan Sarimah ketika sesi latihan kompang.

Apabila ditanya amalan beliau semasa proses pengajaran dan pembelajaran


di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah, beliau mengamalkan ketegasan dalam
kelembutan. Hal ini bermaksud beliau akan bersifat tegas semasa mengajar untuk
membentuk disiplin murid namun ketegasan bukan sepanjang masa sehinggakan
membuatkan suasana kelas menjadi tegang. Sebaliknya beliau juga berlembut untuk
menyentuh hati murid supaya dekat dengan pelajaran.
Beliau memang dikenali sebagai seorang guru yang garang dengan suara
yang lantang dan besar. Namun, beliau menggunakan kelebihan tersebut dalam
situasi yang hanya digunakan apabila perlu. Sebagai contohnya, semasa beliau
mengajarkan mata pelajaran muzik, beliau akan menggunakan pendekatan yang
lebih santai dengan murid-murid sehingga murid-murid berasa seronok apabila

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

belajar muzik. Namun, apabila tiba pengajaran pendidikan jasmani dan matematik,
beliau akan mengubah pendekatan tersebut dengan sikap yang lebih tegas bertujuan
agar murid tidak lari fokus terhadap pelajaran kerana memikirkan keseronokan
semata-mata. Malahan, murid-murid sendiri sudah terbiasa dengan corak begini dan
patuh dengan segala yang diinginkan oleh beliau.
Selain itu, sebagai satu-satunya guru muzik di sekolah ini, beliaulah yang
banyak memberikan sumbangan dalam setiap kali perlunya persembahan di sekolah
atau sebarang pertandingan yang melibatkan nyanyian. Hasil kesungguhan beliau,
banyak kumpulan dari pelbagai tahun berbeza yang berbakat dalam persembahan
koir. Persembahan koir di bawah latihan beliau amatlah kreatif dengan keunikan
tersendiri.
Secara

keseluruhannya,

beliau

merumuskan

bahawa

segala

yang

dilakukannya sebagai pendidik bukanlah semata-matanya untuk membuka mata


orang sekeliling atau untuk mendapatkan penghargaan, sebaliknya beliau mengajar
dan berbakti tulus daripada hati yang ikhlas untuk memberikan manfaat atas segala
ilmu yang beliau ada. Menurut beliau, pengiktirafan dan penghargaan akan datang
dengan sendirinya apabila kita terlebih dahulu mengejar usaha tanpa melihat kepada
segala pengiktirafan yang akan datang. Apabila mendidik dari hati, segalanya nanti
akan diteliti orang walaupun tanpa diminta. Pengiktirafan menerusi anugerah yang
diterimanya ini dianggapnya sebagai motivasi untuk melakukan amanah yang
diberikan dengan lebih baik kerana menurutnya beliau masih belum puas mengajar
dan mencurahkan sepenuh ilmu kepada murid.

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

4.0

Refleksi kendiri

Setelah saya melaksanakan tugasan ini, iaitu menemubual guru cemerlang semasa
tempoh berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Parit Serong, banyak perkongsian ilmu
yang telah saya peroleh. Hasil perkongsian pengalaman bersama guru cemerlang
yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, iaitu Puan Sarimah bt Sulong,
banyak pengetahuan yang juga saya peroleh. Terutamanya dalam bidang perguruan.
Saya sebagai bakal guru yang akan ditempatkan mengajar suatu ketika nanti terasa
peri pentingnya pengalaman guru-guru yang sudah lama berkhidmat sebagai
bekalan persediaan kepada saya. Ternyata bidang perguruan bukanlah suatu bidang
yang mudah jika tiada kekuatan jasmani, mental, rohani, emosi, dan sosial yang
seimbang.
Daripada pengalaman dan cabaran dalam pendidikan yang dikongsikan guru
cemerlang yang ditemubual, saya dapat merasakan perubahan mentaliti kepada diri
saya sendiri. Pertama, pemikiran saya terhadap bidang perguruan itu sendiri yang
sebelum ini saya menganggapnya sebagai kerja mudah berbanding kerja-kerja lain
telah sepenuhnya berubah. Hal ini kerana pemikiran saya tidak seperti realiti yang
saya hadapi dalam dunia yang semakin mencabar pada masa akan datang. Guru
sekarang bukanlah seperti guru yang dahulu dan murid sekarang bukanlah seperti
murid yang dahulu. Apatah lagi, kemodenan merentasi segalanya ditambah
peraturan disiplin yang dikenakan kepada murid yang bagi saya lebih longgar.
Sebagai contohnya, larangan mendenda murid dalam sebarang bentuk perlakuan
yang melibatkan fizikal. Malahan, menjeling murid sekali pun dilarang. Jadi, apalah

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

kekuatan guru sebagai benteng untuk menangkis sikap murid yang pastinya lebih
mencabar dengan segala peraturan yang dibuat ini?

Kekuatan guru sekarang ialah pada kekuatan dalaman dan kemahiran


menguasai murid. Pastikan guru lebih aktif berbanding murid. Inilah antara kata-kata
yang diujarkan oleh Puan Sarimah dalam temubual tersebut. Benar dan saya akui
kewajarannya. Pengalaman beliau yang telah hampir 20 tahun mengajar banyak
dikongsikan bersama dan pastinya pengalaman ini memberikan seribu satu
perubahan dalam diri saya. Terutamanya dalam mempersiapkan diri saya sendiri
dalam menghadapi pelbagai karenah murid, tanggungjawab seorang guru dan juga
warga sekolah dan pastinya agen perubahan masyarakat. Benar, tanggungjawab
seorang guru bukan sekadar mengajar, tetapi melebihi segalanya. Paling penting,
dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti lagi bermutu dalam menjayakan
dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara.
Segala pengalaman yang dikongsikan bersama Puan Sarimah akan saya
jadikannya sebagai insipirasi dan harapan kepada diri saya untuk mencontohi
kesungguhan,

keikhlasan,

usaha

guru

cemerlang

ini

dalam

memastikan

keberkesanan pedagogi yang menjadi amalan pengajaran dan pembelajaran yang


berkualiti. Segala komitmen yang dilaksanakan dengan baik oleh beliau akan saya
jadikan ikutan dan berusaha untuk menjadi lebih terbaik bukan untuk mengejar
pengiktirafan atau pujian tetapi sebagai dorongan untuk melaksanakan obligasi
dengan lebih baik. Saya ingin memetik kata-kata terakhir Puan Sarimah yang
mengatakan, Kejayaan seseorang guru bukanlah apabila dia mendapat anugerah
tetapi apabila dia melihat seorang demi seorang anak murid menjadi seseorang yang
lebih baik dalam kehidupannya.

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

Keikhlasan mengajar dan mendidik sememangnya akan membuahkan


pelbagai perkara yang indah kemudiannya. Hal ini kerana kita tidak akan menjadi
guru yang mudah merungut, mengeluh apabila kita menganggap tugas dan peranan
kita adalah satu kerja yang ikhlas demi melahirkan modal insan yang dapat
memberikan sumbangan kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara
pada masa akan datang. Untuk ini, saya akan berusaha mengubah diri ke arah yang
lebih baik dari semasa ke semasa terutamanya dalam membiarkan diri sentiasa
ikhlas dalam melaksanakan sebarang tugasan agar saya sendiri berasa seronok
dengan perkara yang saya lakukan tanpa merasakannya sebagai suatu beban yang
akhirnya kita akan mendapat letih semata-mata.
5.0

Penutup

Sebagai kesimpulannya, tugasan ini bukan sekadar melengkapkan tugasan BIG


semata-mata tetapi mampu menyuntik semangat dan memberikan saya inspirasi
dalam menjadi bakal guru yang lebih cemerlang dalam segala hal. Ternyata
tujuannya dalam memberikan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspekaspek yang berkaitan mandat perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu
dipatuhi dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab
profesional keguruan dapat dicapai.
Selain itu, fahaman saya terhadap peri pentingnya dalam membina kualiti
peribadi dan prosefesional sebagai seorang insan guru yang mulia, peranan guru
sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat, kepentingan hubungan komuniti
dan peranan serta tanggungjawab guru dalam memberikan perhidmatan berkualiti
dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara juga lebih tertumpu
dan terarah. Hal ini demikian kerana menerusi perkongsian pengalaman daripada
guru

cemerlang

yang

ditemubual

yang

turut

memberikan

sedikit

banyak

pengetahuan kepada saya dalam proses mempersiapkan diri dengan ilmu


pendidikan untuk menjadi bakal guru yang lebih baik.

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

10

Lampiran
Gambar-gambar sekitar temubual bersama Puan Sarimah, penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC).

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

11

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6

12

Vous aimerez peut-être aussi