Vous êtes sur la page 1sur 6

1103/1

Bahasa Set
Melayu
Kertas 1
2009 JABATAN PELAJARAN PERAK
2

LEARNING TO SCORE 2009

Skema
Jawapan

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

[Lihat sebelah
GARIS PANDUAN GURU BM 1

AMALAN NILAI MURNI DALAM MASYARAKAT

BAHAGIAN A

Tugasan Soalan : Murid dapat menulis tentang faedah-faedah yang diperoleh


melalui amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
masyarakat.

Pendahuluan : Amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat


merupakan amalan positif yang mampu membina
persekitaran masyarakat yang harmoni. Malahan amalan ini
selari dengan usaha kerajaan untuk memupuk amalan nilai-nilai
dalam masyarakat melalui kempen Budi Bahasa Budaya Kita.

Isi 1 : Melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa


- suka membantu masyarakat atau golongan yang tidak
memerlukan (fakir miskin, orang-rang tua, ibu tunggal dll)
- dapat mengikis sikap yang materialistik

Isi 2 : Mampu mewujudkan masyarakat bersatu padu tanpa mengira ras,


agama, bangsa dan sempadan
- kasih sayang sesama manusia
- perpaduan dalam kalangan rakyat akan bertambah erat.

Isi 3 : Memupuk semangat kerjasama


- contoh bergotong royong
- kerjasama antara masyarakat semakin kukuh

Isi 4 : Mewujudkan rasa simpati kalangan masyarakat


- contoh membantu golongan kurang upaya
- melahirkan masyarakat penyayang

Ungkapan menarik : - Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Bagai aur dengan tebing
GARIS PANDUAN GURU BM 1
BAHAGIAN B

Soalan 1 :

Anda telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
“Ke Arah Mencapai Kejayaan Cemerlang Dalam Peperiksaan”.

Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

1. Tugasan soalan :

Pelajar dapat menulis ceramah yang bertajuk “Ke Arah Mencapai Kejayaan
Cemerlang Dalam Peperiksaan”.

2. Format
Ceramah
- Menghadap majlis/Kata-kata aluan
- Tuan-tuan di tengah-tengah syarahan
- Penutup ceramah – Sekian , terima kasih.
Tolak 1 markah jika tiada format. Maksimum 2 m

2. Idea / Isi
- Pembelajaran yang sistematik
- Mematuhi jadual pembelajaran peribadi
- Mengadakan kaedah pembelajaran secara berkumpulan
- Amalan pemakanan yang betul dan berkhasiat
- Mengikuti kelas tambahan / tuisyen
- Membuat rujukan melalui internet/ teknologi ICT.

SOALAN 2

Perasaan cinta akan negara perlu dipupuk dalam kalangan anggota keluarga bagi
mewujudkan generasi muda yang menyanjung tinggi negara kita.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat cinta akan negara.

1. Tugasan soalan

Pelajar dapat menjelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat


cinta akan negara.

2. Format

Tiada
3. Idea / Isi
- membeli buku-buku tentang sejarah / tokoh tanah air
- melawat tempat-tempat bersejarah
- membawa anak-anak / menyertai majlis sambutan Hari Kemerdekaan
setiap tahun
- memasang bendera Jalur Gemilang di kenderaan, rumah / premis
perniagaan.
- Menghantar anak-anak ke kursus motivasi
- Menonton filem-filem yang berunsur patriotik

Soalan 3

Badan-badan sukarela memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Berikan pendapat anda tentang peranan badan-badan sukarela dan usaha-usaha untuk
menggalakkan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.

1. Tugasan soalan

Pelajar dapat menjelas peranan badan-badan sukarela dan usaha-usaha untuk


menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan.

2. Format

Tiada

3. Idea / Isi

Peranan badan sukarela


- Contoh badan sukarela : RELA, Bulan Sabit Merah, St. John
Ambulance, Yayasan Salam, Aman Malaysia dll.
- Menyumbang tenaga/khidmat bakti kepada masyarakat (dalam dan
luar negara)
- Membantu masyarakat yang ditimpa bencana –
kebakaran,banjir,tanah runtuh dll.
- Memupuk sikap kerjasama dalam masyarakat
- Memungut derma untuk disalukan kepada golongan yang
memerlukan.

Usaha-usaha untuk menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan:


- Kerajaan memberikan elaun khas
- Kemudahan cuti kepada kakitangan awam / swasta yang terlibat
dalam aktiviti kesukarelaan.
- Kemudahan perubatan percuma
- Pemberian anugerah / kenaikan pangkat
Soalan 4

Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan kehidupan rakyat di kebanyakan negara.

Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh negara-negara di dunia untuk


menangani masalah kemelesetan ekonomi dunia.

1. Tugasan soalan

Pelajar dapat mejelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh negara-


negara di dunia untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi dunia.

2. Format

Tiada

3. Idea / isi

- Memberikan tumpuan kepada aktiviti pertanian untuk memastikan


bekalan makanan rakyat mencukupi/berterusan
- Mengurangkan kadar cukai import ke atas bahan makanan
- Menjalinkan hubungan dalam bidang ekonomi dan perdagangan
dengan negara-negara lain.
- Beri tumpuan kepada ekonomi domestik
- Negara-negara miskin mengurangkan perbelanjaan untuk pertahanan
- Mengelakkan negara daripada terlibat dalam kancah peperangan
- Memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman/ elakkan perang
saudara.

Soalan 5

Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen sempena Bulan Bahasa peringkat
kebangsaan anjuran Persatuan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Tema cerpen yang
ditetapkan ialah pengorbanan

Tulis cerpen anda itu selengkapnya.

1. Tugasan soalan

Pelajar dapat menulis sebuah cerpen yang bertemakan pengorbanan

2. Format

Cerpen
- tajuk
- nama penulis

Tolak 1 markah jika tiada format. Maksimum 2m


3. Idea / isi

i. Tema – pengorbanan seseorang dalam mencapai cita-cita /


membantu ibu bapa / keluarga
ii. Watak dan perwatakan
iii. Persoalan – persoalan (yang berkaitan dengan pengorbanan)
iv. Plot ( permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian)
v. Teknik plot (imbas kembali, saspens, imbas muka, monolog,
dan lain-lain)
vi. Pengajaran.

Vous aimerez peut-être aussi