Vous êtes sur la page 1sur 7

1 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Set
2009 JABATAN PELAJARAN PERAK
2
2½ jam

LEARNING TO SCORE 2009

BAHASA MELAYU
Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen
Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2
2 1103/2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
pengambilan makanan seimbang dan cara-cara untuk menggalakkan masyarakat
mengambil makanan seimbang. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Setiap manusia memerlukan makanan untuk hidup. Pengambilan makanan seimbang


penting untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik. Pemakanan
seimbang bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang diperlukan oleh
tubuh. Protein, vitamin, kabohidrat, garam dan sebagainya yang terdapat dalam makanan
diperlukan oleh tubuh untuk membolehkan sistem tubuh berfungsi dengan baik, selain berupaya
melawan penyakit. Walau bagaimanapun, makanan juga dapat memudaratkan kesihatan
seseorang sekiranya peraturan pemakanan tidak dipatuhi dan jika diambil secara berlebihan.

Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan
galian yang dapat memberikan tenaga bagi membolehkan seseorang melakukan aktiviti seharian.
Namun, makanan tersebut turut mengandungi banyak lemak dan kalori yang tinggi jika diambil
berlebihan. Lemak merupakan sumber utama kolestrol yang menyebabkan obesiti dan mendorong
serangan jantung serta meningkatkan risiko serangan barah. Pengambilan kabohidrat secara
berlebihan seperti nasi juga merupakan punca utama obesiti. Hal ini demikian kerana kalori yang
berlebihan disimpan dalam bentuk lemak jika tidak digunakan.

Orang ramai disyorkan agar banyak mengambil makanan yang terdiri daripada buah-
buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi sumber vitamin, mineral dan serat. Pengambilan
serat penting untuk mempercepat proses makanan melalui saluran penghadaman. Orang ramai
digalakkan melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh bagi membakar kalori lemak yang
terdapat di dalam badan. Manusia yang tidak aktif dan tidak mahu bersenam juga boleh
menyebabkan obesiti.

Keseimbangan pengambilan pelbagai jenis makanan penting untuk menjamin kesihatan


yang sempurna dan berterusan bagi menghindari daripada penyakit. Mempelbagaikan makanan
yang diambil dalam menu seharian merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan nutrien
bagi tujuan tumbesaran. Selain itu, pengambilan makanan tersebut juga dapat meningkatkan
kadar metabolisme tubuh dan tenaga. Khasiat sesuatu makanan juga bergantung pada cara
penyediaannya. Ibu atau pembantu rumah yang memasak perlu mempunyai ilmu penyediaan
makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Orang ramai perlu banyak meminum air kerana lebih daripada separuh kandungan tubuh
manusia terdiri daripada air yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan berfungsi
untuk buah pinggang berfungsi dengan baik. Amalan pemakanan seimbang dalam kalangan
masyarakat perlu menjadi agenda utama negara untuk melahirkan rakyat yang cergas.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


’Pengambilan Makanan Seimbang’ oleh Siti Balkis Budin,
Dewan Masyarakat, Mei 2007)

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2
3 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memudaratkan kesihatan. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga punca utama yang menyebabkan obesiti? [3 markah]

(iii) Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, kemukakan empat cara lain
untuk menjaga kesihatan tubuh badan mengikut pendapat anda. [4
markah]

Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Jo mengikut Daneng dari belakang. Fikirannya ligat memikirkan Daneng. Tentu Daneng tidak tahu
misi kedatangannya pada kali ini. Tentu Daneng ingat yang dia datang kerana hendak berurusan
dengan Tuk Ketua, membawa berita dari Jabatan Orang Asli.
Bagaimana mungkin dia merampas kegembiraan seorang manusia yang ingin hidup
dengan caranya yang tersendiri? Cara yang tidak salah di sisi undang-undang. Tetapi patutkah dia
membiarkan Daneng begitu sahaja? Bukankah kehidupan Daneng yang begitu satu pembaziran
pada negara? Pelbagai soalan terus muncul dalam lautan fikirannya.
"Minum nak," ucap ibu Daneng sambil menghidangkan kopi O dan ubi kayu rebus.
Jo mengucapkan terima kasih lalu meneguk air kopi itu. Pandangan matanya menangkap
kesederhanaan isi pondok itu. Tiada sebarang perabot moden di dalam rumah itu. Hanya
beberapa buah bantal buruk dan sebuah almari usang yang memenuhi pondok besar itu. Bagi diri
Jo, itu satu kekurangan tetapi Jo sedar bahawa tuan punya rumah tidak berpendapat begitu. Apa
besarnya pada sebuah kerusi empuk ataupun kipas angin jika alam yang menghijau dianggap
empunya.
"Pak cik ke mana?"
"Ke hulu untuk memancing. Kalau ada rezeki, dapatlah ikan. Sambil itu pak cik juga
mencari petai. Kali ini, anak Jo mesti membawa pulang petai ke rumah."

(Dipetik daripada
“Lambaian Malar Hijau”
oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang difikirkan oleh Jo tentang Daneng? [3 markah]

(ii) Kemukakan tiga cara untuk meningkatkan taraf pendidikan pelajar-pelajar di luar bandar
mengikut pendapat anda. [3 markah]

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]
[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2
4 1103/2

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan–soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri .

Maka diambilnya bayan tua seekor yang tinggal itu hendak disembelihnya. Maka kata bayan itu,
“Hai budak, jika engkau bunuh aku, tiadalah akan kenyang engkau makan dagingku yang sekepal
ini, melainkan engkau jualkanlah aku ini dengan harga dua ribu dinar boleh engkau makan sampai
anak cucumu! Bawalah aku ini kepada raja di dalam negeri ini. Kudengar ada penyakit sopak
pada kaki raja itu dan tangannya. Aku tahu ilmu tabib. Akulah mengubati dia.”

Setelah didengar oleh budak itu, maka dibawanya bayan itu kepada raja itu. Apabila tiba ia
kepada orang penunggu pintu raja, maka kata budak itu, “ Hai penunggu pintu, tuan hamba
persembahkanlah kepada raja bahawa adalah hamba berjual seekor burung bayan, tahu ia akan
ilmu tabib! Maka harganya empat ribu dinar.”

Maka oleh penunggu pintu itu dipersembahkannya kepada raja. Maka titah raja, “Bawalah
ia masuk.”

Setelah sudah budak itu masuk, maka titah raja, ” Hai kanak-kanak, hendak dijualkan
burungmu itu? Berapa harganya?”

Maka sembah budak itu,” Empat ribu dinar, tuanku.”

Maka titah raja seraya tersenyum, ” Berapakah engkau katakan yang tiada layak? Bukan
harganya demikian itu, unggas yang sekepal ini.”

(Dipetik daripada
’ Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya’
dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata Berapakah engkau katakan yang tiada layak.
[2 markah]

(ii) Nyatakan alasan yang diberikan oleh burung bayan supaya budak itu tidak
menyembelihnya. [3 markah]

(iii) Berikan tiga sebab, mengapakah budak itu mahu menjual burung bayan
dengan harga empat ribu dinar kepada raja. [3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2
5 1103/2

Soalan 2(d) - Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri

DI RUANG GEMANYA

Telah kurangkumkan rebah setiaku


pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itu
tidak kukesal lagi
goda dan duga
di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku


pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
ke hujung kenang. Sesudah itu
tidak kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi


adalah titipan maya
bakal kukongsikan hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.

Dharmawijaya
Antologi Kerusi
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud rangkai kata hampa dan derita. [2 markah]

(ii) Nyatakan empat langkah yang dapat dilakukan untuk membina sebuah negara yang
gemilang mengikut pendapat anda [4 markah]

(iii) Kemukakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? [3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2
6 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) lebat
(ii) anggota
(iii) pincang
[6 markah]
(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat yang gramatis dengan
mengekalkan maksud ayat yang asal.

Kabinet telah bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol. Kadar tol ini akan diputuskan
kemudian. Penangguhan ini dibuat atas pertimbangan kerajaan. Kerajaan terpaksa
menanggung kos tambahan pemberian subsidi tol. Penangguhan ini meringankan beban
rakyat. Sesetengah penduduk diberhentikan kerja. Pihak kerajaan menyeru rakyat
berbelanja secara berhemah. Rakyat membeli barangan yang perlu sahaja. Negara
sedang menghadapi krisis.
[6 markah]
(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Skuad bola sepak bimbingan Rajagobal memperoleh peluang terbaik pada minit ke 16
melalui sepakan percuma Badrul, namun dapat menepis oleh penjaga gol, Hamsani.
Rentak permainan semakin terjadi apabila rimbatan cubaan Zakuan dalam petak penalti
mengenai tiang gol lawan. Rajagopal melakukan petukaran dengan memasukkan Aidil dan
akhirnya Aidil menandok bola hantaran lintang Shukor ke gawang lawan.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu
semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Masyarakat yang prihatin perlu melaporkan kes kebanjiran pendatang tanpa izin
pada pihak berkuasa tentang lokasi pendaratan mereka.

(ii) Makanan yang disediakan oleh chef itu semuanya pedas-pedas yang
menyebabkan para pelawat hotel itu mencari makanan di gerai yang berdekatan.

(iii) Syarikat Azami Maju akan mengimport sebanyak 50,000 ekor kambing dari Mynmar
untuk menjana keperluan daging kambing di negara ini.
. [6 markah]
[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2
7 1103/2

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya.

(i) Indah khabar dari rupa

(ii) Tiada rotan akar pun berguna

(iii) Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air


[6 markah]
Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah novel-novel yang berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii)Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

a) Pengarang banyak menerapkan nilai bertanggungjawab yang dapat dijadikan teladan


kepada pembaca melalui novel yang dihasilkannya.

Jelaskan dua contoh nilai bertanggungjawab yang terdapat dalam sebuah novel yang anda
pelajari.

[ 7 markah]

(b) Pengarang menggunakan unsur saspens untuk menjadikan jalan cerita sesebuah novel itu
lebih menarik.

Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa berunsur
saspens yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
1103/2 © 2009 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Set 2

Vous aimerez peut-être aussi