Vous êtes sur la page 1sur 8

APAKAH PBS?

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir
bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru
untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses
pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit
pembelaran) yang berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: v Pentaksiran Sekolah v
Pentaksiran Pusat v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum v Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,
pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam
aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK
Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain
sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum.

http://psvssijb.blogspot.com/2013/03/pbs.html
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8557-pelan-pembangunanpendidikan-malaysia-pppm-2013-2025-transformasi-profesion-perguruan-negara

Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) 2013-2025:
Transformasi Profesion
Perguruan Negara

Ditulis oleh Nor Hartini binti Saari. Posted in Berita Harian

Bidang pendidikan mencatat lagi sejarah. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
diumumkan oleh Perdana Menteri pada pertengahan September lalu telah membuka lembaran baru buat sistem
pendidikan

dalam

negara.

Transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun
bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat
dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan
negara kita setanding negara-negara maju. Apatah lagi di dalam bajet 2013 baru-baru ini turut memperuntukkan
sebanyak 15 peratus daripada peruntukan bajet keseluruhan atau sebanyak 38.7 bilion kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam memastikan pengurusan sektor pendidikan negara membangun secara holistik
terutama

aspek

memperkasakan

kualiti

guru.

Ini memandangkan 60 peratus guru yang ada sekarang dijangka kekal dalam perkhidmatan selama hampir 20
tahun lagi. Maka usaha meningkatkan kemahiran dan kemampuan mereka adalah amat penting dan perlu
dititikberatkan.

Keseriusan dalam membangunkan aspek pendidikan negara ini mencerminkan bahawa betapa aspek profesion
perguruan dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam pembangunan terutama dalam
memastikan

mencapai

status

negara

maju

dan

berpendapatan

tinggi

menjelang

tahun

2020.

Kita tidak mahu apa yang dirancang dalam tempoh masa tiga belas tahun ini hanya cantik di atas kertas sahaja
tetapi apa yang kita mahukan adalah komitmen daripada semua pihak dalam memajukan transformasi sektor
pendidikan

ini

berjalan

dengan

lancar.

Dalam memenuhi aspirasi tinggi negara ini, kita tidak boleh berdiam diri dalam persekitaran global yang semakin
kompetitif. Perubahan yang berlaku bukan sekadar menambah kakitangan guru dan menambahbaik kemudahan
yang sedia ada tetapi perlu memahami dinamik proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di sinilah peranan
guru

yang

paling

utama

dalam

memberikan

input

kepada

pelajarnya.

Gelombang pertama (2013-2015) yang melihat kepada pemerkasaan guru ini amatlah signifikan. Islam turut
memandang tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah
pelajar.
Untuk mengetahui sejauhmana pentingnya profesion perguruan dalam Islam, Al-Quran dan hadis ada
menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia
dan

segala

isinya".

Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan
keutamaan-keutamaan

mengajar

khususnya

dalam

profesion

perguruan.

Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan
amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan
kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan
pencapaian

murid.

Justeru, peluang untuk para guru menjalani latihan kemahiran berterusan serta laluan kerjaya yang lebih luas
perlu diberikan perhatian selain dapat meningkatkan lagi mutu P&P dalam perkhidmatan seorang guru. Apabila
prestasi guru meningkat secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya.
Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan
tahun 1990-an yang menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapat meningkatkan pencapaian murid
sebanyak

50

peratus

dalam

tempoh

tiga

tahun

berbanding

guru

berprestasi

rendah.

Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak P&P yang berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan
pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan dapat dapat merangsangkan pelajar untuk
belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas.
Sebaliknya, pengajaran tidak akan menjadi menarik minat pelajar apabila guru lebih bergantung kepada kaedah
syarahan

berbentuk

pasif

dalam

menyampaikan

kandungan

mata

pelajaran

mereka.

Oleh itu, aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin
mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak
formal bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Inilah transformasi
negara

yang

kita

kehendaki

yang

dapat

dimanfaatkan

dalam

sistem

pendidikan

negara.

Dalam memperkukuhkan aspek kemahiran guru ini adalah digalakkan agar para guru terus memperkukuhkan
latihan dalam perkhidmatan. Sebagai contoh, guru-guru yang telah lama berkhidmat hendaklah terus diberi
pendedahan khusus tentang sahsiah guru sebagai murabbi, dengan pendekatan dan kaedah pengajaran terkini.
Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran
tertentu tetapi mereka turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak
didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan
pelajar

yang

memiliki

keperibadian

yang

luhur.

Dalam merencanakan profesion guru cemerlang ini juga dalam abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga
adalah penting untuk membantu menaiktarafkan profesionalisme guru dalam kemajuan kerjaya mereka.
Kemudahan geran penyelidikan misalnya turut memberi laluan kepada para guru untuk meningkatkan
pendidikan

ke

peringkat

yang

lebih

tinggi

adalah

terbuka

luas.

Di samping dapat melahirkan sebilangan besar guru yang lebih berkemahiran berfikir aras tinggi seterusnya
dapat membantu melahirkan masyarakat yang juga dapat berfikir (thinking society) secara kritis, kreatif dan
inovatif. Proses melahirkan modal insan yang berinovatif dan berkemahiran tinggi ini merupakan sebahagian
pelaburan

besar

pendidikan

untuk

menjamin

kemajuan

ekonomi

dan

kesejahteraan

negara.

Bagi mencapai matlamat dan usaha murni ini, marilah kita semua bersatu dan mengambil tanggungjawab

sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program pendidikan terutama kepada maklum balas di dalam
laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan dimuktamadkan Disember depan.
Ingatlah apabila negara mempunyai masyarakat yang berpendidikan tinggi maka kemajuan ekonomi juga akan
meningkat. Jika ini tercapai maka kita akan melihat Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara maju menjelang tahun 2020.
resentation Notes
Slide 3
(Slide 2 dan Slide 3) Tujuan kita berkumpul di sini ialah untuk mendapatkan maklumat terperinci
tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaan PBS adalah kuasa Pengarah Peperiksaan
dengan persetujuan Menteri Pelajaran di bawah Akta Pendidikan 1996 Seksyen 67, 68 dan 69.
Lembaga Peperiksaan dipertanggungjawabkan untuk: Memberi nasihat, memantau dan membuat
analisis tentang penilaian berasaskan sekolah Mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan dan Mengadakan peperiksaan,
mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan
dan arahan tentang peperiksaan
Slide 4
(Slide 2 dan Slide 3) Tujuan kita berkumpul di sini ialah untuk mendapatkan maklumat terperinci
tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaan PBS adalah kuasa Pengarah Peperiksaan
dengan persetujuan Menteri Pelajaran di bawah Akta Pendidikan 1996 Seksyen 67, 68 dan 69.
Lembaga Peperiksaan dipertanggungjawabkan untuk: Memberi nasihat, memantau dan membuat
analisis tentang penilaian berasaskan sekolah Mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturanperaturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan dan Mengadakan peperiksaan,
mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan
dan arahan tentang peperiksaan
Slide 5
Kenapa kita perlu berubah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jelas menekankan empat aspek
iaitu jasmani, emosi, ruhani dan intelek. Keempat-empat aspek tersebut bertujuan melahirkan modal
insan yang seimbang dan harmoni. Kita juga perlu memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif
dalam kokurikulum. Oleh itu, terlalu menekankan kepada peperiksaan akan menjadikan bakat dan
peluang murid dalam kokurikulum tidak berkembang. Tekanan kepada murid, guru dan ibu bapa apabila
terlalu menekankan pencapaian akademik semata-mata. Assessment for learning diabaikan. Dalam PBS
proses pembelajaran murid akan dinilai. PBS diharap akan dapat meningkatkan bidang keguruan. Guru
akan lebih dihormati dan guru dapat memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Negara-gegara
maju telah pun melaksanakan PBS.
Slide 7
Dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan, ada 2 domain. Domain pertama : Peperiksaan Pusat
dikendalikan saepenuhnya oleh LP (UPSR, PMR, SPMU, SPM dan STAM) Domain kedua : Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
Slide 8
Dalam Transformasi Pentaksiran, LP memperkenalkan 4 komponen dalam PBS, Pentaksiran Sekolah (PS)
dan Pentaksiran Pusat (PP), yang bersifat akademik dan yang bersifat bukan akademik, Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Dan Pentaksiran Psikometrik.
Slide 9

PBS terdiri ;daripada dua komponen iaitu: Bukan Akademik yang tidak ada kurikulum dan tidak ada P&P.
Akademik melibatkan kurikulum dan pentaksirannya berlaku ketika P&P atau di luar P&P.

Presentation Transcript
Slide 1
PENATARAN PBS (KSSR) TAHAP SATU TAKLIMAT OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN KPM
Slide 2
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR Pelaksanaan PBS untuk penambahbaikan UPSR mulai Tahun 1 pada
2011 PMR mulai Tingkatan 1 pada 2012
Slide 3
Dasar Pelaksanaan PBS Seksyen 69 Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan PeraturanPeraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Seksyen 67 Penilaian Murid Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) Seksyen 68 Peperiksaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Slide 4
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 Bahagian II, Perkara 3 iaitu:
Slide 5
Penekanan kepada Intelek (JERI) aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak tercapai Mengapa perlu
berubah? Pendidikan berorientasikan peperiksaan penglibatan dalam kokurikulum sangat kurang
Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata tekanan kepada guru, murid & ibu
bapa Menilai produk akhir berbanding proses pembelajaran pengabaian pembentukan modal insan yang
seimbang Pentaksiran untuk pembelajaran diabaikan kurang membantu dalam proses pembelajaran
sebenarnya Meningkatkan martabat profesyen keguruan guru lebih dihormati, peningkatan integriti dan
keberkesanan guru Sistem Pentaksiran beberapa Negara Maju telah berubah tiada peperiksaan awam di
sekolah rendah dan menengah rendah
Slide 6
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara. BACK
Slide 7
PEPERIKSAAN PUSAT Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)
Slide 8
PS Pentaksiran Sekolah PP Pentaksiran Pusat PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum PPsi Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Slide 9
Bukan Akademik PBS Akademik Pentaksiran Psikometrik PAJSK Pentaksiran Pusat Pentaksiran Sekolah

Slide 10
UJIAN APTITUD Aptitud Umum Aptitud Khusus PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK INVENTORI PERSONALITI
Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) Tidak
berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran Tidak berjadual, Dicadangkan kepada semua murid
Tidak berjadual Tidak diwajibkan untuk semua murid Mengenal pasti kecenderungan,
kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan
pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan
Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk
membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai LP sediakan item / instrumen dan manual yang komprehensif
Penskoran secara dikotomus, polikotomus, kadaran pilihan Pelaporan secara deskriptif dan individu
BUKAN AKADEMIK
Slide 11
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) Aktiviti Kokurikulum Aktiviti Jasmani Sukan
Kesihatan Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Sukan dan Permainan di peringkat sekolah, daerah,
negeri, negara dan antarabangsa Penyertaan, penglibatan dan pencapaian Kelab, Persatuan, Pakaian
Beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan (SEGAK) Penjagaan Kesihatan Diet Kebersihan Amalan BMI Penyertaan dan penglibatan
secara sukarela di sekolah atau di luar sekolah Aktiviti Ekstra Kurikulum BUKAN AKADEMIK
Slide 12
Pentaksiran yang dirancang, dibina oleh LP (instrumen dan garis panduan dari LP) dan dilaksanakan oleh
sekolah (ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah ) AKADEMIK PENTAKSIRAN PUSAT
Slide 13
Format & tugasan (LP) Tempoh 1 jangka masa tertentu Dilaksana di sekolah Ditaksir oleh guru mata
pelajaran Tugasan berbeza setiap tahun Pelaporan berdasarkan proses dan produk Skor berdasarkan
rubrik pemarkahan (LP) Pemantauan & penyelarasan bagi penjaminan kualiti & standard 1 6 7 2 4 8
PENTAKSIRAN PUSAT
Slide 14
PENTAKSIRAN SEKOLAH BACK
Slide 15
Prinsip Pentaksiran Sekolah (PS) Dilaksanakan di sekolah oleh guru mata pelajaran Sepanjang tahun
Semua mata pelajaran Pentaksiran SEKOLAH Bentuk Sumatif Pelaporan Verbal / Bertulis Bentuk Formatif
15
Slide 16
Assessment for learning Sepanjang P & P Untuk memperbaiki pembelajaran murid Pelbagai kaedah
pentaksiran Merujuk standard prestasi Pelaporan verbal / bertulis boleh diberi bila bila masa Report
Assessment of learning Di hujung sesuatu unit pembelajaran Untuk mendapatkan maklumat
perkembangan murid Pelbagai kaedah pentaksiran Merujuk standard prestasi Report Pelaporan
kuantitatif / kumulatif boleh diberi di hujung setiap semester / tahunan Proses Pembentukan Pentaksiran
SUMATIF Pentaksiran FORMATIF Proses Merumuskan
Slide 17
Memperbaiki kelemahan/ masalah murid dalam pembelajaran Mengubahsuai strategi pengajaran
Meningkatkan keyakinan kepada murid untuk belajar 1 2 3 4 Meningkatkan pencapaian Peranan
Pentaksiran Sekolah

Slide 18
Holistik Sepadu Seimbang Fleksibel Merujuk Standard Sebahagian Proses P&P CIRI PENTAKSIRAN
SEKOLAH 1 2 3 4 5 6
Slide 19
2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Slide 20
PENTAKSIRAN Pengumpulan maklumat bertujuan untuk mengetahui APA yang murid TAHU APA yang
murid BOLEH BUAT APA yang murid BOLEH AMALKAN
Slide 21
Rujukan Norma Rujukan Kriteria Rujukan Standard PENTAKSIRAN
Slide 23
Asas STANDARD PRESTASI (Performance Standard)
Slide 24
Tahu Tahu Tahu Tahu Tahu Tahu Faham Faham Faham Faham Faham Boleh buat Boleh buat dengan
Beradab Boleh buat dengan Beradap Terpuji Boleh buat dengan Beradap Mithali STANDARD PRESTASI
Slide 25
STANDARD PRESTASI (Performance Standard)
Slide 28
Band, Standard, Deskriptor, Eviden dan Instrumen
Slide 29
Peranan Standard Prestasi dalam PS
Slide 30
Penggunaan standard kurikulum dan standard prestasi yang seiring dan secara berterusan dalam proses
pengajaran-pembelajaran-pentaksiran membolehkan penambahbaikan dalam pembelajaran murid
Slide 31
Peranan Guru Dalam Pentaksiran Sekolah Memberi maklum balas Mendapatkan maklumat Membuat
pemerhatian Menjadi pemudahcara Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat
yang diperoleh
Slide 32
Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari Mengetahui bagaimana standard
hendak dicapai Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh dibuat boleh
ditaksir Kejayaan dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap yang terpuji
Peranan Murid Dalam Pentaksiran Sekolah

http://www.slideboom.com/presentations/716525/KONSEP-PBS

Vous aimerez peut-être aussi