Vous êtes sur la page 1sur 4

CEEM 586 Arts In Education

ASSIGNMENT 2
Seni dalam pendidikan (SDP) adalah diwujudkan bagi membantu
perkembangan yang seimbang individu sama ada dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan juga sosial supaya sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). SDP telah meletakkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Howard
Gardner (1983) sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai
kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan
yang penting dalam kurikulum supaya menggalakkan murid untuk mengenali dan
menggunakan kelebihan atau potensi diri mereka dengan sempurna.
SDP mengandungi tiga elemen utama yang penting iaitu seni visual, seni
muzik dan juga seni pergerakan. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni muzik adalah lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari dan seni pergerakan melibatkan penggunaan
ruang dalam sesuatu aktiviti. Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam mengintegrasikan atau mengaplikasikan aktiviti ketiga-tiga
elemen ini dengan berkesan dan kreatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mana-mana satu mata pelajaran di sekolah supaya guru
dapat menarik minat di samping merangsang pemikiran murid-murid terhadap
sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Menurut Professor Dr. Mel Silberman
dari Temple University, hanya pembelajaran yang bersifat aktif sahaja yang akan
menghasilkan

pengalaman

pembelajaran

yang

berkesan.

Maknanya,

penglibatkan murid akan mempengaruhi keberkesanan satu sesi pengajaran dan


pembelajaran.
Persoalannya, bagaimanakah seorang guru mengaplikasi aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan dalam satu pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah? Maka, dengan menggunakan pengajaran dan pembelajaran
Matematik untuk tajuk Wang kepada murid-murid tahun 2 sebagai satu contoh
pengajaran dalam menerangkan cara bagaimana mengaplikasi aktiviti seni
7

visual, muzik dan pergerakan. Pertama sekali, bagi permulaan pengajaran iaitu
set induksi, guru mungkin boleh memaparkan gambar ataupun video yang
mengenai jual beli di pasar atau kedai kepada murid-murid. Melalui gambar atau
video tersebut, guru boleh menjalankan aktiviti soal jawab terhadap murid-murid
supaya dapat merangsang minda murid-murid dengan apa yang dilihat melalui
visual.
Seterusnya, bagi langkah 1 pula, guru boleh mengaplikasi seni visual
seperti mewarna dalam pengajaran ini dengan menyediakan wang kertas contoh
yang tidak berwarna dan pelbagai nilainya kepada murid-murid. Murid-murid
dikehendaki mewarnakan wang kertas contoh tersebut dengan warna yang betul
berdasarkan nilai wang kertas contoh tersebut. Misalnya, wang kertas contoh
RM5 adalah berwarna hijau. Guru akan menyemak warna bagi setiap nilai wang
kertas bersama dengan murid-murid. Selain itu, guru juga boleh menyediakan
barang-barang mauwujud yang ditampah dengan harganya seperti air botol
berharga RM5. Manakala, murid-murid perlu mengangkat wang kertas contoh
yang diwarnakan dengan tangannya dan juga menyebut harga barang tersebut
dengan sebutan berirama berdasarkan barang yang ditunjukkan oleh guru.
Aktiviti ini telahpun mengaplikasi seni pergerakan iaitu lokomotor dan seni muzik
iaitu irama.
Di samping itu, bagi langkah 2, murid-murid boleh dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dengan menggunakan nama alat muzik sebagai nama
kumpulan masing-masing supaya menerapkan pengetahuan tentang alat muzik
kepada murid-murid. Setiap kumpulan akan diberikan satu bank kertas 2D yang
mempunyai banyak gambar wang kertas contoh yang pelbagai nilainya.
Seterusnya, setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat yang
mengandungi jumlah wang yang perlu diguntingkan oleh murid-murid daripada
bank kertas masing-masing. Misalnya, jumlah wangnya ialah RM45, murid-murid
perlu menggunting 4 keping wang kertas contoh RM10 dan 1 keping wang kertas
contoh RM5. Selepas habis menggunting wang kertas contoh yang diperlukan,
setiap kumpulan perlu melakukan satu pergerakan yang sama bergerak ke
8

hadapan kelas sama ada galop, ketingting, hop dan sebagainya untuk
menampalkan wang kertas contoh yang digunting di atas papan hitam supaya
disemak bersama guru dan rakan-rakannya. Aktiviti ini telah mengaplikasi seni
pergerakan iaitu bukan lokomotor dan juga dapat melatih kemahiran motor halus
murid-murid.
Bagi langkah yang seterusnya, guru boleh menyediakan kad kosong yang
bertali bagi setiap murid untuk melukis apa-apa binatang yang disukai oleh
sendiri dan mengantungnya di atas leher sendiri masing-masing. Selepas itu,
murid-murid akan dipecah kepada dua kumpulan untuk memain peranan iaitu
satu kumpulan menjadi penjual dan satu kumpulan menjadi pembeli. Setiap
murid daripada kumpulan pembeli akan diberi wang kertas contoh sebanyak
RM50 untuk membeli barang yang telah disebutkan sebelum bermula aktiviti
beli-belah oleh guru. Muzik akan dimainkan semasa aktiviti beli-belah
berlangsung. Manakala, murid-murid perlu melakukan aksi dan berbunyi yang
berkaitan dengan binatang yang dilukis oleh mereka dengan berhenti membeli
barang semasa muzik dihentikan. Murid-murid akan terus membeli barang
sekiranya muzik dimainkan semula. Selain itu, kedua-dua kumpulan juga akan
bertukar peranan iaitu pembeli menjadi penjual dan sebaliknya selepas satu sesi
aktiviti habis. Dalam aktiviti ini, guru akan dapat mengaplikasi ketiga-tiga elemen
utama dalam SDP iaitu seni visual, muzik dan pergerakan.
Akhirnya, bagi penutup pula, guru boleh menyediakan beberapa biji belon
dan bagi murid-murid untuk memegangnya secara rawak. Seterusnya, muridmurid dikehendaki mengedarkan belon tersebut kepada rakan-rakan yang lain
semasa muzik dibunyikan oleh guru. Apabila muzik berhenti, murid-murid yang
memegang belon perlu membuat kesimpulan terhadap pengajaran ini. Maka,
memang tidak dinafikan, melalui aktiviti seni, murid-murid boleh dapat
meluahkan idea atau perasaan mereka iaitu emosi secara bebas dan kreatif.
Menurut Mahasan Mahmmod (2003), kaedah chalk and talk sudah tidak relevan
lagi dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebagai
seorang guru tidak harus terlalu tersekat terhadap cara pengajaran tradisional
9

seperti chalk and talk yang akan membosankan murid-murid sahaja. Sebaliknya,
guru harus sanggup mencuba cara pengajaran yang baru dan kreatif seperti
mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam mana-mana satu
mata pelajaran demi dapat menyeronokkan dan mengembangkan potensi muridmurid dengan sempurna.

10

Vous aimerez peut-être aussi