Vous êtes sur la page 1sur 12

Pengenalan

Matematik adalah subjek mata pelajaran yang sangat abstrak dan melibatkan
penggunaan rumus, peraturan-peraturan dalam langkah-langkah kerja, algoritma dan teoremteorem yang kerap digunakan (Short & Spanos, 1989). Matematik juga merupakan satu
cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses kreatif, kritis dan ketaakulan yang
tinggi dalam menyelesaikan masalah yang berbentuk ayat matematik dan melibatkan cerita
kehidupan seharian. Selain itu, matematik juga dianggap sebagai suatu kepelbagaian dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan unik dalam sistem pengajaran dan
pembelajarannya. Penggunaan bahasa dalam matematik adalah sangat penting dalam
mempelajari subjek matematik kerana ia melibatkan penjelmaan dan penjelasan tentang
soalan yang diberi yang perlu dikaitkan dengan pola, formula, hubungan dengan kehendak
soalan dengan strategi penyelesaian, dan langka-langkah kerja penyelesaiannya yang perlu
berinovasi dan berkait serta menunjukkan jawapan yang tepat. Oleh yang demikian, menurut
MacGregor & Moore, (1991) bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan
maklumat yang diperolehi oleh guru kepada pelajar.
Selain mahir dalam kemahiran mengira, mengikut Bruner untuk mempelajari konsep
asas matematik dengan berkesan, bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah
kepada kompleks, mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Dr.
Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik
(2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari
dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi
pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan maka ia akan
membentuk pelbagai masalah dalam ilmu yang ingin disampaikan. Terutama masalah
penyalahgunaan konsep yang diiberi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang
terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer
& Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick 1983). Dalam mempelajari asas nombor yang
merangkumi tajuk pecahan, perpuluhan dan peratusan ini terdapat beberapa kesukaran,
kekeliruan dan masalah penyelesaian kerja yang sering dihadapi oleh pelajar sehingga
menimbulkan beberapa masalah dalam mempelajari kemahiran tersebut. Masalah-masalah ini
juga saling berkait dari satu konsep ke konsep lain dalam tajuk pecahan, perpuluhan dan
peratusan yang akan dibincangkan kelak.

DEFINISI DAN KONSEP PECAHAN

Pecahan ialah satu nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di mana
a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer akan dinyatakan sebagai
pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebgaia penyebut. Pecahan juga merupakan
pembahagian sesuatu objek atau rajah.
Pecahan juga terbahagi kepada tiga iaitu :

Pecahan wajar
Pecahan tak wajar
Pecahan setara

1) Pecahan wajar
Merupakan pecahan yang pengangkanya lebih kecil dari penyebutnya, contohnya 1 / 2 , 2 /
4 , 4 / 8, 7 / 9........

2) Pecahan Tak wajar


Merupakan pecahan yang pengangkanya dan penyebutnya sama ataupun penyebut lebih besar
daripada pengangka, contohnya : 9 / 4 , 4 / 4 , 3 / 2 , 10 / 6 ........

3) Pecahan setara
Pecahan yang mempunyai nilai-nilai yang sama, contohnya 2 / 4 dan 4 / 8 ialah setara dengan
1/2

DEFINISI DAN KONSEP PERPULUHAN


Perpuluhan ialah satu bentuk khas yang mewakili pecahan yang penyebutnya ialah kuasa 10,
100, 1000.
contohnya 8 / 10 = 0.8 = sifar perpuluhan lapan.
Contoh 1:
Tukarkan setiap yang berikut kepada:
i) Pecahan
ii) Nombor perpuluhan

Contoh 2:
15/8
Jawapannya:
15/8 = 15 8

Oleh itu, 15/8 = 1.875

DEFINISI DAN KONSEP PERATUS


Pecahan dengan 100 sebagai penyebut (denominator) dipanggil sebagai peratusan (percentage).
Dalam kes ini, pengangka (numerator) mewakili nombor/bilangan bahagian-bahagian dalam setiap
100.

Simbol ( %) digunakan bagi mewakili peratusan.

Contoh 1:
3

80/100 dinyatakan sebagai 80%, dimana;


80/100 adalah pecahan dengan 100 sebagai penyebut,
80% dibaca sebagai 'lapan puluh peratus'.
Peratus ialah nombor yang dinyatakan untuk mewakili penyebut 100.
contohnya 6 / 100 = 6 per ratus = 6 peratus. Simbol bagi peratus ialah %.
Contoh 2:
Ungkapkan 53% sebagai suatu pecahan.
Jawapannya:
53% = 53/100
KAJIAN LITERATUR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM telah dilaksanakan. Namun, prestasi dan
minat pelajar terhadap matematik masih kurang memuaskan (Jemaah Nazir Sekolah
Persekutuan 1996). Dalam artikel-artikel yang dikaji terdapat dua masalah utama iaitu
tidak faham konsep dan tidak dapat menyelesaikan soalan yang berbentuk penyelesaian
masalah (cerita) dalam kehidupan sebenar. Beberapa bentuk kesilapan penggunaan
konsep dalam penyelesaian masalah yang dialami pelajar dalam topik-topik penting, seperti
pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya, Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd.
Aziz 2002; Mohd Johan 2002). Ada juga dapatan kajian lepas menunjukkkan amalan
pengajaran masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (Abd.
Razak; Abd. Rashid; Abdullah & Puteh 1996; Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996; Voo
1996; Wan Mohd Rani 1999). Ini menyebabkan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu
dipelbagaikan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dengan lebih mendalam dan berkesan
dalam kehidupan seharian mereka.

Dua Masalah yang dikenakpasti dalam kajian lepas


Dalam ketidakfamaman konsep, sebagaimana yang kita ketahui umum pemahaman konsep
merupakan aspek yang terpenting dalam dunia metematik. Pelajar boleh gagal dalam
matematik sekiranya konsep matematik tidak difahami dengan baik. Pengetahuan konsep
tentang pecahan, perpuluhan dan peratus adalah penting kerana ia bukan sahaja asas kepada
topik-topik yang lain dalam matematik tetapi pengetahuan ini juga memberi struktur mental
untuk pembangunkan intelek yang berterusan. Pemahaman konsep matematik yang kabur
akan mengakibatkan pelajar kerap menghadapi masalah pembelajaran matematik bagi tajuk
pecahan, perpuluhan dan peratusan. Kebanyakkan pelajar gagal dalam memahami konsep
pecahan, perpuluhan dan peratus dengan baik menyebabkan mereka menjawab soalan yang
diberi dengan salah mengikut kefahaman sendiri. Masalah penguasaan topic mengikut konsep
diantara tajuk pecahan, perpuluhan dan peratusan adalah sangat penting bagi pelajar untuk
menghubungkaitkan dan membezakan topik-topik tersebut dengan topik dan subjek yang
lain.

Selain daripada itu, aspek yang juga penting dalam matematik ialah penyelesaian masalah
berbentuk cerita. Dalam setiap peperiksaan matematik, pelajar berhadapan dengan soalan
penyelesian masalah. Ini adalah kerana salah satu fokus utama dalam matematik KBSM
adalah penyelesaian masalah (KPM, 2004). Soalan penyelesaian masalah matematik
merupakan soalan yang popular dalam setiap jenis ujian dan peperiksaan menengah rendah.
Menurut Rees dan Barr, (1984) berpendapat pelajar berkecenderungan menggunakan
prosedur yang salah dalam penyelesaian masalah matematik. Berdasarkan pandangan Rees
dan Barr, kajian dilakukan bagi mengkaji tahap pemahaman konsep pecahan dan
penyelesaian masalah matematik yang dimiliki pelajar. Menurut kajian Suhaidah, (2006)
menunjukkan kesilapan fahaman konsep menyebabkan pelajar malakukan kesilapan dalam
penyelesaian masalah bagi tajuk pecahan, perpuluhan dan peratusan. Oleh yang demikian,
pengajaran tentang konsep pecahan, perpuluhan dan peratus perlu di tekankan dengan betul
dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit supaya pelajar dapat memahami
dengan lebih jelas dan nyata.
Dalam kajian untuk mengetahui tahap pemahaman konsep dan tahap penyelesaian masalah
dalam tajuk pecahan, perpuluhan dan peratusan dikalangan pelajar tingkatan satu di daerah
Kota Belud, sabah. Menunjukkan hasil kajian dalam operasi pecahan bahawa aspek
5

pemahaman konsep pecahan dan juga penyelesaian masalah matematik memerlukan guru
membuat perancangan dan strategi yang lebih mantap untuk mengatasi masalah ini.
Perancangan dan strategi yang jelas dapat membantu pelajar untuk memahami konsep
pecahan, perpuluhan dan peratus dengan lebih baik. Dengan ini pelajar dapat menjawab
soalan yang melibatkan penyelesaian masalah matematik dengan tepat. pemahaman konsep
pecahan, perpuluhan dan peratusan merujuk kepada kebolehan pelajar dalam konsep asas
bagi ketiga-tiga topik tersebut iaitu konsep nombor, konsep asas pecahan, konsep asas
perpuluhan, konsep aasas peratusan dan konsep pertukaran diantara pecahan, perpuluhan ,
peratus dan sebaliknya. Mengenalpasti masalah dalam soalan yang melibatkan penyelesaian
masalah bagi tajuk pecahan, perpuluhan dan peratusan merujuk kepada penyelesaian soalansoalan matematik bagi topik ini dan perkaitannya dengan keadaan kehidupan sebenar. Soalan
yang dibina akan menggunakan aras ketiga dan keempat dalam Taksonomi Bloom iaitu aras
aplikasi dan sistesis. Kebanyakkan soalan penyelesaian masalah ini melibatkan keempatempat operasi iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Ekenstam (1977 dalam Resnick dan rakan-rakan1989),
murid mempunyai kefahaman yang kabur tentang konsep perpuluhan. Mengikut beliau
sewaktu melakukan penilaian latihan pengajaran (praktikum) KDPM pada 0gos 2001
mendapati murid-murid mengalami kesukaran untuk memahami tajuk nombor perpuluhan.
Murid didapati gagal melihat perkaitan antara simbol perpuluhan dengan simbol numerik
lain. Simbol titik perpuluhan membawa makna yang sukar bagi murid. Konsep nilai tempat
juga dianggap rumit untuk dipelajari. Pemahaman dalam konsep nombor perpuluhan sangat
penting bagi murid untuk meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya seperti
perkaitan nombor perpuluhan dengan topik pecahan dan topik peratus. Menurut Skemp
(1997), pembelajaran suatu konsep matematik sangat perlu dan penting untuk dilaksanakan
dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Dua strategi penyelesaian masalah yang dikenalpasti dalam ketidak fahaman konsep
dan penyalahgubaan konsep dalam soalan penyelesaian masalah.
Kefahaman guru matematik berhubung dengan konsep bagi pecahan, perpuluhan dan peratus
perlu kefahaman instrumental dan kefahaman relasional. Guru bukan hanya perlu memberi
justifikasi kepada petua yang perlu digunakan tetapi perlu melakarkan rajah atau grid untuk
mewakili pecahan dan diikuti dengan perpuluhan dan peratusan, dimana pelajar boleh
menganggap langkah bagi kenalpasti pengangka dan menyamakan penyebut sebagai
6

kaedah yang perlu diketahui. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh amalan pengajaran yang
berasaskan kaedah hafalan dan siri latih tubi sahaja. Dapatan ini menyokong dapat kajian
Ball (1988), iaitu guru-guru lebih banyak bergantung kepada rumus dan petua yang dihafal
tanpa memahami konsep di sebaliknya. Tidak hairanlah jika kajian oleh NCATE (2001)
selepas itu mendapati bahawa, kebanyakan guru matematik

masih menganggap subjek

matematik sebagai himpunan peraturan atau rumus. Guru seharusnya mempunyai kefahaman
prarelasional berhubung dengan konsep pecahan, perpuluhan dan peratusan dan tidak hanya
bergantung kepada petua semata-mata. Guru perlu menyampaikan isi kandungan kepada
pelajar dengan mengemukakan penjelasan yang konkrit untuk memberi justifikasi kepada
petua atau kaedah yang digunakan, dan bukan hanya melakar gambar rajah atau grid yang
agak abstrak. Konsepsi guru Matematik berhubung dengan tajuk pecahan, perpuluhan dan
peratusan perlu dipelbagaikan kaedahnya dengan penggunaan kepelbagaian teknik
pembelajaran. Terdapat beberapa petua dalam matematik yang sering digunakan bukan hanya
mengikut kesesuaiannya sahaja tetapi perlu diperjelaskan dengan menghubungkaikan konsep
tersebut dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam penglibatan yang
aktif dalam aktiviti secara berkumpulan dan inkuiri.
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan guru matematik bagi tajuk pecahan, perpuluhan dan
peratusan perlu ditunjukkan secara induktif dengan memerhatikan beberapa contoh jawapan
yang diperoleh melalui konsep asas bagi tajuk-tajuk berikut secara berulang kepada langkahlangkah yang digunakan supaya daya ingatan mereka tidak luput. Guru juga boleh
menggambarkan kesemua konsep-konsep asas tersebut dengan bantuan gambar rajah yang
sesuai. Rajah yang dikemukakan oleh guru perlu betul dan bertepatan dengan konsep
pecahan, perpuluhan dan peratusan serta perkaitannya sepertimana yang dihuraikan dalam
kurikulum matematik KBSR (Pusat Perkembangan Kurikulum 1998) dan beberapa buah
buku lain (Sgroi & Sgroi 1993; Bahagian Pendidikan Guru 1999). Oleh itu guru-guru harus
menekankan perkaitan antara nombor pecahan dengan nombor perpuluhan dan makna sifar
dalam nombor perpuluhan serta hubungannya dengan nombor pecahan dan peratusan dengan
jelas. Pelajar-pelajar harus ditegaskan tentang nombor pecahan, perpuluhan, peratus dan
pertukaran bagi ketiga-tiga topik tersebut seperti 7/10 = 0.7 = 70%. Salah satu faktor yang
menyebabkan pelajar-pelajar menghadapi kesukaran adalah

kekurangan pengetahuan

konseptual yang diperlukan. Pengetahuan konseptual merujuk kepada kebolehan murid untuk
membuat perkaitan antara maklumat-maklumat yang dipelajari (Hiebert & Wearne, 1986).

Berhubung dengan penyampaian konsep asas pecahan, perpuluhan dan peratus dalam
kalangan guru terdapat dua cara bagaimana tajuk-tajuk berkenaan mula diperkenalkan, iaitu
(a) menulis dahulu pecahan di papan hitam dan ditunjukkan gambar rajah, dan
(b) daripada gambar rajah buat perkaitan dengan perpuluhan
(c) dan menghubungkan dengan peratus dan Langkah seterusnya,
(d) memperkenalkan tanda bagi pecahan, perpuluhan dan peratus
(e) serta istilah dalam pecahan, perpuluhan dan peratus diperkenalkan.

Contoh : stratige 1
Pecahan

5/10

Setengah daripada sepuluh bahagian

1/2

Pepuluhan

0 .5

1 0

1 0

0.5

Peratusan

5 x 10

50

1 0 x 10

100

50%

Contoh : stratige 2
Melorek grid
Pecahan

2/5

Perpuluhan

2 x2

5 x2

10

0.4

Peratusan

2 x 20

40

5 x20

100

40%

Namun demikian, guru juga boleh menjalankan aktiviti konkrit bersama pelajar, dengan
meminta pelajar melipat atau membahagikan helaian kertas kepada bilangan bahagian
tertentu, kemudian melorek kawasan berkenaan dan seterusnya membuat perbandingan.
Semua helaian kertas yang digunakan adalah sama dari segi bentuk dan saiz. Kaedah tersebut
dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memahami konsep perbandingan pecahan,
perpuluhan dan peratus dengan baik (Bahagian Pendidikan Guru 1999) dan berpusatkan
pelajar untuk memperkenalkan konsep asas bagi tajuk-tajuk di atas. Seperti aktiviti melipat
kertas untuk menghasilkan beberapa bahagian yang sama besar dan kemudian pelajar
melorek beberapa bahagian tertentu. Nama pecahan, perpuluhan dan peratus diperkenalkan
9

berdasarkan bahagian berlorek dan jumlah bahagian keseluruhan tersebut. Untuk


meningkatkan lagi pencapaian pelajaar dalam topik ini berhubung dengan konsep
menyelesaikan soalan (cerita) penyelesaian masalah guru matematik perlu memberpaiki dari
segi menyampaikannya pengajarannya. Dengan menggunakan teknik dan kaedah tertentu dan
pelbagai bagi melatih pelajar menyelesaikan masalah pecahan, perpuluhan dan peratusan
dalam kehidupan seharian dengan menggunakan kaedah polya. Teknik polya adalah sesuai
bagi soalan yang berbentuk penyelesaian maslah.
Cara penyampaian guru perlu selari dengan strategi dan jenis kefahaman yang mereka miliki
berkaitan dengan konsep asas bagi tajuk tersebut. Kebanyakan daripada guru mempunyai
kefahaman instrumental berhubung dengan konsep pecahan, perpuluhan dan peratus untuk
menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi tidak dapat memberi justifikasi kepada setiap langkah
yang digunakan dalam penyelesaian tersebut. Guru matematik perlu menggunakan
pendekatan secara inkuiri dalam soalan penyelesaian masalah bagi menyampaikan konsep
pecahan, perpuluhan dan peratus kepada pelajar. Mereka menggunakan kaedah polya yang
berpusatkan pelajar. Berhubung dengan cara membimbing pelajar menyelesaikan masalah
pecahan, perpuluhan dan peratusan didapati guru perlu mengemukakan setiap langkahlangkah penyelesaian yang kompleks dan abstrak bagi pelajar tingkatan satu ini. Dalam
pendekatan kaedah polya guru boleh membimbing pelajar menyelesaikan masalah bercerita
dengan cara mengenal pasti perkataan (keyword) atau frasa yang boleh dipadankan dengan
operasi asas, algoritma atau simbol tertentu. Penyelesaian masalah bercerita bukan setakat
mencari jawapan akhir, tetapi membabitkan kefahaman dan penguasaan strategi yang lebih
kompleks, seperti memahami maksud soalan, menghubungkan maklumat dengan operasi,
menjalankan operasi yang telah dikenal pasti dan mendapatkan penyelesaian yang
dikehendaki (Lewis & Mayer 1987). Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar cenderung
menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan teknik menghafal prosedur dan
operasi matematik, menggunakan angka-angka dan istilah yang menjadi kata kunci (Jemaah
Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Tidak dinafikan bahawa, teknik menghafal prosedur dan
operasi dapat menghasilkan penyelesaian yang betul, tetapi pelajar tidak harus dikongkong
oleh satu teknik penyelesaian sahaja.

10

KESIMPILAN
Pecahan dan operasi ke atas pecahan juga merupakan suatu tajuk yang didapati sukar oleh
pelajar-pelajar. Guiler (1945) mendapati ramai pelajar gred 9 danpelajar-pelajar tahun
pertama di kolej menunjukkan kelernahan dalam mengendalikan pecahan. Eisenberg (1974)
menunjukkan bahawa guru juga menghadapi kesukaran dalam mengendalikan pecahan dan
nombor perpuluhan. Dalam laporan 'National Assessment of Educational Progress', Kouba,
Brown, Carpenter, Linquist, Silver dan Swafford (1988) melaporkan bahawa 60% daripada
pelajar-pelajar berumur 13 tahun menghadapi kesukaran di dalam menyatakan pecahan tak
wajar dalam bentuk perpuluhan dan peratusan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar tidak dapat
menukar 4/5 kepada bentuk perpuluhannya, iaitu 0.8 dan peratus iaitu 80%.
Berdasarkan dapatan kajian secara keseluruhannya ini dapat disimpulkan bahawa kelemahan
pelajar dipengaruhi oleh beberapa faktor. Menurut J. Newman (1977), kesilapan murid
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti bacaan, pemahaman, transformasi, kemahiran proses,
enkod, cuai dan motivasi. Justeru, penguasaan konsep dan bahasa atau istilah memainkan
peranan penting dalam pemahaman pelajar dalam topik nombor pecahan, perpuluhan dan
peratusan ini. Kegagalan murid memahami konsep nombor pecahan, perpuluhan dan peratus
menyebabkan topik ini menjadi suatu yang sukar untuk difahami.
Program pemulihan perlu dilaksanakan untuk memastikan pelajar dapat memahami konsep
nombor pecahan, perpuluhan dan peratus dengan betul. Aktiviti rekreasi matematik diluar
bilik darjah perlu diselitkan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik di
samping penggabungjalinan elemen-elemen kemahiran berfikir dan dapat meningkatkan
pemahaman konsep bagi nombor pecahan, perpuluhan dan peratus dalam penyelesaian
masalah kehidupan sebenar.
Pemahaman murid dalam suatu konsep matematik terutama nombor pecahan, perpuluhan
peratus adalah penting. Sierpinks (1994) menerangkan bahawa pemahaman guru dan pelajar
bergantung pada budaya sekolah, kepercayaan dan norma kognitif. Budaya mendapat
jawapan yang betul tanpa menghiraukan algoritma atau operasi yang terlibat sering
diamalkan. Sering kali dianggap matematik sebagai subjek yang sukar dan tanggapan ini
diterima oleh masyarakat. Budaya tidak berfikir tetapi membuat lebih ditekankan oleh
guru dalam pembelajaran matematik. Ini menyebabkan pelajar lebih banyak menghafal
konsep dan formula dalam mempelajari matematik daripada memahami konsep yang terlibat
dalam topik nombor pecahan, perpuluhan, peratus dan pertukaran diantaranya.
11

Rancangan Pengajaran Harian

12

Vous aimerez peut-être aussi