Vous êtes sur la page 1sur 7

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TAJUK KAJIAN :

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN
KERTAS GRID
1. NAMA PENYELIDIK: Pn. Intan Sulinrana Isahak
2. NAMA SEKOLAH : SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.
3. TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA
BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT
DAN BAYANGAN KERTAS GRID
4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
Semasa menjalankan proses P&P untuk tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
Tingkatan 1, pelajar dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga lakaran idea
reka bentuk bagi satu penyelesaian masalah. Lakaran reka bentuk ini sangat penting
kerana ia melibatkan band 3, 4, 5 dan 6 dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Oleh
itu, pelajar perlu mahir untuk membuat lakaran tanpa menggunakan pembaris, kemas,
bersih dan lakaran tersebut mesti dalam bentuk oblik atau isometrik bagi
membolehkan pelajar untuk mendapat band 6.
Daripada proses P&P yang dijalankan, saya dapati pelajar sangat lemah untuk
membuat lakaran idea reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Lukisan yang dihasilkan
oleh pelajar tidak dapat memenuhi kehendak dalam kriteria PBS untuk band 4,5 dan6.
Oleh itu, satu kaedah perlu dicari untuk memastikan pelajar dapat
menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah dan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok kerana pelajar dapat menghasilkan lakaran reka
bentuk. Berikut ialah anlisis yang didapati daripada pemerhatian, temu bual dan
contoh kesilapan semasa membuat lakaran..
4.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati hanya 2
orang pelajar sahaja( 12%) yang boleh melakar dengan betul. Sebanyak 15 orang pelajar

(88%) tidak dapat menghasilkan lakaran dalam bentuk tiga dimensi. Apabila latihan diberikan
pelajar hanya membuat lakaran dalam bentuk dua dimensi sahaja.

4.2 Temu bual


Melalui kaedah temu bual saya dapati, semua pelajar berminat untuk mempelajari tajuk reka
bentuk. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuat satu garisan lurus tanpa
menggunakan pembaris.
4.3 Kesilapan semasa membuat lakaran
i. Tidak dapat melakar garisan lurus.
ii. Lakaran yang dibuat dalam bentuk dua dimensi.
iii. Tidak dapat melakar dalam bentuk lakaran oblik atau isometric
5.0 FOKUS KAJIAN:
Daripada refleksi di atas, saya membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar saya tidak dapat
menguasai kemahiran:
i) Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris
ii) Tidak mahir melakar dalam bentuk tiga dimensi
Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia akan menyukarkan pelajar-pelajar saya
untuk mendapat band 6 dalam PBS untuk tingkatan 1. Kaedah pengajaran yang dijalankan
juga kurang menarik minat pelajar yang suka pada sesuatu yang luar biasa . Latihan-latihan
diberi juga jarang disiapkan dan banyak melakukan kesilapan dan seterusnya tiada tindakan
susulan dibuat oleh guru.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memberi tumpuan dan
menunujukkan mereka faham. Apabila latihan diberikan, pelajar hanya melakar sesuka hati
mereka tanpa melakar mengikut kriteria yang diberikan. Justeru saya perlu memperbaiki
kaedah pengajaran saya dan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran supaya semua
pelajar saya mendapat pencapaian yang tertinggi dalam PBS. Bagi membantu pelajar saya

menguasai kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih mudah untuk
memastikan mereka dapat melakar dengan lebih baik. Justeru itu saya menghasilkan satu
kaedah lakaran dalam bentuk kotak dan menggunakan bayangan kertas grid untuk
memudahkan pelajar saya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah.

5.1 TUJUAN KAJIAN:


Secara amnya kajian ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran membuat lakaran
reka bentuk dengan menggunakan kaedah lakaran bentuk kotak dan bayangan kertas grid.
Secara khususnya:
i. Pelajar dapat membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
ii. Pelajar dapat membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi.
iii. Menimbulkan minat pelajar untuk membuat lakaran reka bentuk.
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan
menyeronokkan.
KUMPULAN SASARAN:
Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar KHB (KT) Tingkatan 1 SB yang kesemuanya
pelajar lelaki (13 orang Melayu dan 4 orang Cina) yang mempunyai masalah untuk membuat
lakaran reka bentuk.Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar sederhana.
STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN:
Aktiviti 1 : Melakar garisan lurus Aktiviti 2 : Membuat lakaran bentuk segiempat
sama atau segiempat tepat Aktiviti 3 : Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk
dijadikan bayangan Aktiviti 4 : Melakar lakaran reka bentuk dalam bentuk tiga dimensi
6.0 JADUAL PELAKSANANAAN KAJIAN:
Waktu P&P PERKARA 1

Membuat latihan melakar garisan menegak dan melintang tanpa menggunakan


pembaris.(semasa membuat lakaran garisan lurus , pelajar tidak dibenarkan bercakap untuk
menghasilkan satu garisan yang lurus)
1 Membuat lakaran dalam bentuk segiempat sama dan segiempat tepat tanpa
menggunakan pembaris.
2 Membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kertas grid
sebagai bayangan.
7.0 ANGGARAN KOS KAJIAN:
Kos fotostat RM10.00
Kertas A4 LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2013
1. Tajuk Kajian : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN
REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK
SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID
2. Nama Penyelidik : Pn. Intan Sulinrana Isahak
3. Nama Sekolah : SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor
4. Abstrak :
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1
SB yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam topic Reka Bentuk
dan Penghasilan Projek. Seramai 17 orang pelajar lelaki ( 13 orang Melayu dan 4 orang Cina)
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini telah dilaksanakan melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Keberkesanan kajian
ini seterusnya akan dilihat kepada hasil lakaran reka bentuk pelajar mencapai band yang
tertinggi. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman
dan kemahiran melakar.
5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu :
Kebanyakan pelajar sangat meminati lukisan reka bentuk tetapi mereka tidak mahir
untuk membuatnya. Kemahiran melakar tanpa menggunakan pembaris sangat penting untuk

dikuasai oleh semua pelajar tingkatan 1 kerana ia adalah kemahiran yang berterusan sehingga
ke tingkatan 3.
6. Isu Keprihatinan :
Setiap tingkatan 1, 2, dan 3 memerlukan pelajar untuk membuat lakaran lukisan reka
bentuk. Sekiranya pelajar tidak mahir melakar, ia akan menyukarkan pelajar untuk mendapat
band yang lebih baik. Ini kerana, setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 mengkhendaki
pelajar membuat tiga lakaran idea dalam bentuk tiga dimensi. Oleh itu pelajar perlu
didedahkan dengan satu teknik yang betul bagi menghasilkan lakaran yang lebih berkualiti.
7. Objektif Kajian :
7.1 Objektif Umum :
Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar melakar lukisan
reka bentuk dengan betul.
7.2 Objektif Khusus :
Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar:
5.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakar lukisan reka bentuk
5.2 Membantu pelajar mencapai band yang tertinggi dalam PBS
8. Kumpulan Sasaran : Pelajar 1 SB
Lelaki : 17 orang ( 13 Melayu , 4 Cina)
1. Pelaksanaan Kajian :
9.1 Tinjauan Masalah Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat
berdasarkan pemerhatian semasa P&P dan semasa pelaksanaaan PBS.
9.1.1 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar saya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian
dijalankan pelajar kurang memberi respon kerana mereka tidak mahir untuk membuat lakaran
reka bentuk. Garisan yang dibuat semuanya tidak lurus, comot dan tidak kemas. Sebanyak

88% pelajar (15 orang) yang tidak dapat membuatnya dengan baik. Hanya 12% sahaja (2
orang) pelajar yang boleh membuat lakaran reka bentuk dengan baik. Pemerhatian ini
disahkan oleh hasil lakaran pelajar di dalam pelaksanaan PBS.
9.2 Analisis Tinjauan Masalah
9.2.1 Analisis Pemerhatian
Hasil dari tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan semasa P&P, hamper 88 %
pelajar menghadapi masalah untuk membuat lakaran reka bentuk dengan betul. Pemerhatian
ini disahklan oleh hasil lakaran pelajar dalam PBS. Hanya 12% pelajar sahaja yang dapat
melakar dengan betul.
9.2 Tindakan Yang Dijalankan
Bagi mengatasi masalah ini, pelajar didedahkan dengan teknik lakaran dalam bentuk
segiempat sama atau segiempat tepat sebagai asas untuk membuat lakaran.
Kertas grid ini hanya digunakan sebagai bayangan untuk memandu pelajar membuat
lakaran dengan lurus . Contoh kertas grid
9.2 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
Kajian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan semasa
pelaksanaan PBS. Saya telah membimbing pelajar saya dengan mendidik mereka melakar
menggunakan teknik yang betul. Pelajar dikehendaki melakar bentuk segiempat sama dahulu.
Daripada bentuk ini barulah pelajar boleh kembangkannya menjadi bentuk-bentuk yang lain.
Kertas grid digunakan sebagai pembayang sahaja untuk mendapatkan satu garisan
yang lurus semasa proses melakar. Berdasarkan pemerhatian saya, teknik saya itu telah
membantu pelajar untuk membuat lakaran dengan lebih mudah, cantik dan kemas. Pelajar
lebih berkeyakinan untuk membuat lakaran dan merasa seronok kerana lakaran yang dibuat
nampak lebih cantik.
9.3 Refleksi Kajian
Pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan walaupun masih terdapat pelajar yang
gagal. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu pelajar

meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam membuat lakaran reka bentuk disamping
mewujudkkan suasan pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.
Pelajar mengatakan bahawa membuat lakaran reka bentuk menggunakan kaedah ini
lebih senang, mudah, tepat dan kemas. Masih terdapat pelajar yang gagal kerana mereka tidak
berminat untuk belajar dan tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari teknik membuat
lakaran reka bentuk.
10.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Hasil dapatan kajian, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan
pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar namun saya masih kurang puas hati dengan
hasil kajian saya ini dan saya menganggap bahawa kajian tindakan saya ini masih kurang
berjaya sepenuhya seperti yang saya harapkan. Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya
peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan
dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek. Masih ada pelajar yang tidak mahir lagi untuk membuat lakaran dengan
lebih cantik, kemas dan bersih.

Vous aimerez peut-être aussi