Vous êtes sur la page 1sur 20

Topik X Sifat Etika

dalam
Perniagaan
Moden

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan beberapa masalah etika dalam pengurusan;

2.

Menjelaskan lima ciri masalah etika dalam pengurusan;

3.

Menghuraikan tiga kaedah menganalisis masalah etika dalam


pengurusan; dan

4.

Membincangkan etika dari perspektif Islam.

X PENGENALAN
Topik ketiga ini akan meneliti pelbagai cara yang boleh digunapakai oleh
organisasi untuk mencapai keseimbangan antara prestasi ekonomi dan prestasi
sosial apabila berhadapan dengan dilema etika. Anda akan mempelajari ciri-ciri
masalah etika, melihat beberapa contoh masalah etika pada masa kini dan
bagaimana menganalisis masalah etika dalam pengurusan. Akhir sekali, anda
juga akan mempelajari bagaimana etika dinilai dari sudut perspektif Islam.

40

3.1

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

MASALAH ETIKA SEBAGAI MASALAH


PENGURUSAN

Sedarkah anda bahawa masalah etika adalah masalah pengurusan? Ini adalah
kerana ia merupakan konflik antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial
organisasi. Oleh itu, suatu imbangan yang betul atau sesuai antara keduadua prestasi ini perlu diwujudkan. Namun, untuk mencapai keseimbangan
tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana akan wujud dilema pengurusan.
Subtopik seterusnya akan membincangkan dengan lebih lanjut ciri-ciri masalah
etika dalam pengurusan.

3.2

CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM


PENGURUSAN

Menurut Hosmer (1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan
seperti yang disenaraikan dalam Rajah 3.1 berikut.

Rajah 3.1: Lima ciri masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat setiap ciri tersebut dengan lebih terperinci dalam Subtopik 3.2.1
hingga Subtopik 3.2.5. Huraian dalam subtopik-subtopik tersebut adalah
berdasarkan buku The Ethics of Management oleh LaRue Tone Hosmer (1991).

TOPIK 3

3.2.1

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

41

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Akibat yang Berpanjangan

Sedarkah anda bahawa hasil daripada keputusan dan tindakan para pengurus
itu tidak terhenti pada satu peringkat sahaja? Sebaliknya, ia adalah berpanjangan
sehingga ke seluruh lapisan masyarakat, dan pemanjangan inilah menjadi asas
kepada hujah etika.
Hujah ini mengatakan bahawa keputusan pengurus mempunyai impak ke atas
mereka yang berada di dalam organisasi dan juga di luar organisasi iaitu
masyarakat. Oleh kerana impak di luar organisasi adalah di luar kawalan
mereka, para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka
dengan teliti dan serius. Sebagai contoh:
(a)

Rasuah mengubah proses-proses kerajaan;

(b)

Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran; dan

(c)

Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.

Kebanyakan orang dapat mengenali akibat jangka panjang yang terhasil


daripada tindakan pengurus tanpa banyak bantahan. Jika terdapat bantahan, ia
biasanya timbul daripada kewujudan alternatif yang pelbagai, hasil yang
bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Ciri-ciri alternatif ini
akan menambah kerumitan proses pembuatan keputusan berkenaan tindakan
tersebut.
Oleh itu, mari kita pelajari dengan lebih lanjut empat lagi ciri masalah etika yang
memainkan peranan signifikan dalam pengurusan sebuah organisasi.

3.2.2

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Alternatif yang Pelbagai

Umumnya, isu-isu etika dalam pengurusan diandaikan sebagai suatu dikotomi 


terbahagi kepada pilihan sama ada ya atau tidak sahaja  tanpa sebarang
alternatif lain.
Sebagai contoh, sesetengah orang menganggap bahawa organisasi menghadapi
persoalan yang berbentuk jelas dan mudah seperti berikut:
(a)

Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?

(b)

Haruskah kilang mencemar udara atau tidak?

(c)

Haruskah syarikat mengeluarkan produk tidak selamat atau sebaliknya?

42

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan tadi tidak menunjukkan situasi


sebenar yang dihadapi dalam organisasi perniagaan. Walaupun rangka kerja
dikotomi menyampaikan isu-isu etika dengan jelas, ia tidak mencerminkan
dilema yang dihadapi oleh pengurus secara tepat. Oleh itu terdapat pelbagai
alternatif yang perlu dipertimbangkan apabila membuat pilihan etika.

3.2.3

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil


yang Bercampur

Isu-isu etika dalam pengurusan umumnya dianggap (pada sebahagian besarnya)


sebagai bersifat antitesis di mana pulangan kewangan adalah bertentangan
secara langsung dengan kos sosial.
Sebagai contoh:
(a)

Merasuah secara tidak langsung. Namun dapat mengekalkan jumlah


jualan barangan import kerana barangan boleh diterima dengan segera;

(b)

Mencemar udara atau air. Namun dapat mengelak kos memasang dan
mengendali peralatan kawal pencemaran; dan

(c)

Reka bentuk suatu produk yang kurang selamat. Namun dapat


mengurangkan kos bahan dan tenaga kerja pengeluaran.

Seperti juga rangka kerja dikotomi, model antitesis menilai akibat dengan
cara menunjukkan isu-isu etika melalui fokus yang jelas. Namun ia tidak
menggambarkan dilema pengurusan secara tepat. Faedah-faedah sosial dan kos
serta pendapatan dan perbelanjaan kewangan juga perlu diambil kira kerana ia
berhubung kait dengan kesemua alternatif dalam pilihan etika.

AKTIVITI 3.1
Anda adalah pemilik sebuah organisasi. Anda berhasrat untuk
membangunkan suatu produk yang canggih untuk memenuhi
keperluan masyarakat. Untuk menghasilkan produk tersebut,
organisasi anda perlu menjalankan beberapa ujian yang akan
mencemar kualiti udara.
Bagaimanakah cara anda menangani situasi ini berdasarkan ciri
alternatif yang pelbagai untuk membuat pilihan etika?

TOPIK 3

3.2.4

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

43

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Akibat yang Tidak Pasti

Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat


bebas daripada risiko serta ketidakpastian di mana akibat bagi setiap alternatif
boleh diketahui. Sebagai contoh:
(a)

Jika merasuah, syarikat akan menerima barangan yang diimport dengan


segera;

(b)

Jika melabur dengan membeli peralatan kawal-pencemaran, pencemaran


akan dikurangkan; dan

(c)

Jika menghasilkan produk paling selamat, sejumlah kos tambahan tertentu


perlu ditambah bagi setiap unit.

Model berketentuan yang sedemikian iaitu tanpa kebarangkalian akan


memudahkan proses menganalisis. Namun ia tidak menjelaskan dilema
pengurusan secara tepat. Sebagai contoh, ia tidak menyatakan akibatnya jika
keputusan untuk tidak merasuah pegawai kastam diambil. Selain itu, akibat bagi
kebanyakan pilihan etika juga tidak dijelaskan.

3.2.5

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai


Implikasi Peribadi

Anda tentu sedar bahawa kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi


peribadi. Mengikut fikiran umum, sebahagian besar isu-isu etika dalam
pengurusan adalah bersifat bukan peribadi dan terpisah daripada kehidupan
dan kerjaya para pengurus. Kebanyakan orang percaya bahawa keputusan yang
dianggap beretika dalam sesuatu operasi boleh mengurangkan keuntungan
syarikat tetapi tidak menjejaskan gaji pegawai-pegawai eksekutif atau peluang
kenaikan pangkat mereka.
Walau bagaimanapun, kawalan pengurusan telah direka bentuk untuk mencatat
prestasi kewangan operasi dan bukannya kualiti etika terhadap keputusankeputusan yang diambil ke arah mencapai prestasi kewangan tersebut.
Kebanyakan sistem insentif juga adalah berdasarkan kawalan yang sama.
Sebagai contoh:
(a)

Laporan suku tahunan yang menguntungkan serta menyenangkan akan


diterima jika hasil jualan barangan import dapat dikekalkan pada paras
yang dijangka, walaupun jumlah perbelanjaan meningkat sedikit akibat
memberi rasuah.

44

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

(b)

Pulangan pelaburan modal akan lebih hampir kepada peratusan yang


dirancang jika pemasangan peralatan mengawal pencemaran ditangguhkan.

Suatu model yang bersifat bukan peribadi tentu memudahkan proses membuat
keputusan ke atas isu-isu etika, tetapi ia tidak menjelaskan dilema pengurusan
secara tepat. Faedah dan kos kepada individu, termasuk faedah dan kos
kewangan dan sosial, adalah berkait dengan kebanyakan alternatif keputusan
etika.
Anda telah pun selesai mempelajari lima ciri masalah etika dalam pengurusan.
Sebelum kita beralih ke subtopik seterusnya, cuba anda buat latihan berikut
untuk menambah pemahaman anda.

LATIHAN 3.1
1.

Bagaimanakah masalah etika timbul dalam pengurusan?


Terangkan bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah etika
dengan menggunakan satu contoh.

2.

Senaraikan ciri-ciri masalah etika dalam pengurusan.

3.3

CONTOH-CONTOH MASALAH ETIKA


DALAM PENGURUSAN

Apakah contoh-contoh yang boleh menggambarkan masalah etika? Mari kita


lihat beberapa isu yang menimbulkan masalah dalam etika. Anda harus ingat
bahawa kandungan moral setiap masalah adalah berbeza. Malah kita juga akan
berbeza pendapat mengenainya.
Piawaian moral antara individu adalah berbeza-beza kerana sistem kepercayaan
etika, nilai atau keutamaan, keyakinan terhadap perkara yang dianggap penting
dan asas piawaian moral mereka juga adalah berbeza. Kepercayaan ini
bergantung kepada latar belakang keluarga, warisan budaya, pengalaman
pendidikan setiap orang dan faktor-faktor lain.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

45

Namun perbezaan kepercayaan etika adalah tidak penting untuk kita


bincangkan dalam topik ini. Perkara yang lebih penting adalah mengakui
bahawa ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada ramai orang. Ia boleh
mencedera atau memudaratkan orang lain dengan cara yang di luar kawalan
mereka yang berpegang kepada kepercayaan etika tersebut. Keadaan cedera atau
mudarat yang tidak terkawal ini merupakan elemen asas dalam dilema etika
pengurusan. Keadaan tersebut wujud dalam contoh-contoh berikut:
(a)

Paras Harga
Harga dilihat sebagai suatu keputusan ekonomi yang berdasarkan kos dan
permintaan. Walau bagaimanapun, paras harga boleh mendatangkan kesan
buruk kepada sesetengah pelanggan. Dalam industri perbankan contohnya,
gabungan faktor pengurangan kawal selia kerajaan dengan faktor
persaingan antara firma khidmat kewangan lain telah memberi impak yang
pelbagai.
Firma kewangan biasanya membayar kadar faedah yang sederhana tinggi
ke atas wang simpanan pelanggan. Walau bagaimanapun, manfaat kadar
faedah tersebut dinikmati terutamanya oleh pelanggan yang mempunyai
jumlah simpanan yang besar. Untuk mengimbangi pertambahan faedah
yang perlu dibayar bagi menarik penyimpan besar serta mencerminkan kos
sebenar perkhidmatan, kebanyakan bank telah menaikkan yuran yang
dikenakan kepada pelanggan kecil.

(b)

Mesej Pengiklanan
Tahukah anda bahawa dalam pengiklanan, kebenaran adalah suatu isu
yang kompleks? Terdapat dua situasi yang mengurangkan keberkesanan
mesej pengiklanan iaitu:
(i)

Iklan televisyen atau majalah yang menyampaikan kebenaran secara


tegar (setiap kenyataan disokong oleh kajian saintifik) adalah
membosankan dan mungkin tidak berkesan.

(ii)

Iklan televisyen atau majalah yang langsung tiada kebenaran (dengan


diiringi dakwaan yang melulu dan berlebihan) adalah menyalahi
undang-undang dan tidak berkesan.

Sedarkah anda bahawa terdapat pelbagai tahap kebenaran dan penipuan


yang berbeza-beza antara dua situasi ekstrem tadi? Walau bagaimanapun
masalah utama dalam mesej pengiklanan adalah untuk menggariskan had
yang sesuai antara dua tindakan ekstrem tersebut.

46

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

(c)

Promosi Produk
Tahukah anda bahawa promosi juga adalah satu bentuk pengiklanan?
Terdapat juga promosi yang berbentuk tawaran hadiah-hadiah percuma
dan potongan harga untuk menarik pelanggan.
Contohnya seperti yang dilakukan dalam industri penerbangan. Sebagai
langkah menghadapi impak pembatalan kawal selia kerajaan ke atas
industri penerbangan, syarikat-syarikat penerbangan telah melaksanakan
promosi produk dalam bentuk penerbangan tambahan dan penginapan
percutian. Promosi ini ditawarkan kepada penumpang-penumpang yang
kerap terbang melebihi suatu jarak penerbangan tahunan yang
ditetapkan oleh pihak syarikat penerbangan berkenaan.
Kebanyakan penumpang yang kerap terbang adalah untuk tujuan
perniagaan. Faedah diberikan kepada penumpang yang memilih syarikat
penerbangan dan membayar harga tiket mereka; bukannya kepada syarikat
yang menjana jumlah trafik (jumlah penumpang serta jarak penerbangan
terbanyak). Kos bagi faedah-faedah ini ditanggung oleh penumpangpenumpang biasa yang tidak kerap menggunakan khidmat penerbangan.

(d)

Keadaan Tempat Kerja


Bagi ramai tenaga kerja kasar dan perkeranian, keadaan tempat kerja
mereka adalah tidak ideal. Paras suhu, kelembapan atau bunyi bising
mungkin terlalu tinggi; pengalihan udara dan cahaya mungkin tidak
memadai disertai dengan asap dan debu di sesetengah tempat kerja.
Walaupun undang-undang negeri dan persekutuan telah mengharamkan
keadaan mudarat serta bahaya ini, masih terdapat banyak ruang untuk
memperbaiki keadaan tempat kerja golongan berkenaan.

(e)

Khidmat Pelanggan
Sejak beberapa tahun ini, kualiti produk yang menurun merupakan
masalah dalam banyak industri. Sebagai contoh, penurunan kualiti dalam
industri automobil telah menghasilkan produk yang kurang efektif di mana
terdapat bermacam-macam kecacatan ketara yang boleh mengakibatkan
masalah besar kepada pembeli. Ini mengakibatkan pengguna tidak dapat
bergantung kepada kenderaan mereka bagi tujuan pengangkutan pergi dan
balik kerja atau temu janji perubatan, membeli-belah, perjumpaan keluarga
dan lain-lain.

TOPIK 3

(f)

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

47

Pengurangan Tenaga Kerja


Terdapat banyak syarikat besar bertindak mengurangkan saiz dan kos
operasi untuk membentuk suatu pasukan pengurusan yang lebih kecil,
padat dan hebat.
Pada umumnya, operasi mengurangkan pekerja merupakan tindak balas
terhadap tekanan persaingan. Walau bagaimanapun, ia merupakan kos
kepada pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan.

(g)

Pencemaran Alam Sekitar


Walaupun umum mengetahui bahawa pembuangan sisa toksik boleh
mengakibatkan kemusnahan alam sekitar dan bertentangan dengan
undang-undang, kesalahan ini masih dilakukan oleh sesetengah syarikat
dengan meluas.

(h)

Hubungan Komuniti
Sebuah syarikat besar dalam sesebuah komuniti setempat memiliki kuasa
ekonomi yang besar. Lebih-lebih lagi jika ia mempunyai banyak kilangkilang di lokasi lain dan berupaya memindahkan kerja atau pekerjaan di
antara pelbagai lokasi.
Oleh itu, kuasa ekonomi ini sering digunakan untuk menuntut potongan
cukai. Ini akan memberi impak langsung ke atas penduduk komuniti
setempat apabila kadar cukai mereka dinaikkan atau perkhidmatan
dikurangkan.

(i)

Hubungan Pembekal
Firma pengeluar yang lebih besar mempunyai kuasa ekonomi dalam
komuniti di mana mereka beroperasi. Selain itu, mereka juga berkuasa ke
atas pembekal-pembekal kecil yang membekalkan bahan mentah, alat-alat
bahagian dan bekalan umum kepada mereka. Berdasarkan huraian ini, kita
dapat simpulkan bahawa kuasa ekonomi merupakan suatu konsep yang
sukar didefinisikan tetapi mudah dikenali.

48

3.4

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM


PENGURUSAN

Bagaimanakah caranya kita menguruskan masalah-masalah yang berkaitan


dengan etika? Anda mungkin menganggap sesetengah contoh yang telah disebut
dalam Subtopik 3.3 tadi sebagai situasi yang mudah diurus, manakala bagi
sesetengah yang lain sebagai contoh penyalahgunaan kuasa atau kedudukan
yang melampau. Namun keputusan-keputusan etika adalah lebih sukar untuk
dibuat apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan.
Keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia
merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mengimbangi prestasi ekonomi
sesebuah organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan ini perlu wujud.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseimbangan ini? Kita boleh
mencapainya melalui tiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan
dilema etika dalam pengurusan (Rajah 3.2).

Rajah 3.2: Tiga kaedah analisis masalah etika dalam pengurusan

Mari kita lihat bagaimana tiga kaedah ini diaplikasikan untuk mewujudkan
keseimbangan antara prestasi ekonomi dengan sosial dengan menggunakan
contoh pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang. Tiga kaedah analisis ini
digunakan untuk menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan seperti yang
dihuraikan dalam Jadual 3.1 berikut.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

49

Jadual 3.1: Kaedah Analisis Masalah Etika


Kaedah
Analisis
Ekonomi

Penerangan
Kita boleh melihat masalah etika dari sudut pendekatan mikroekonomi;
iaitu dengan bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat
bukan peribadi untuk memutuskan antara prestasi ekonomi dan sosial.
Adalah tidak menyenangkan jika para pekerja hilang pekerjaan apabila
pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Walau
bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil
bekerja semula dengan syarat mereka sanggup menyesuaikan
permintaan ganjaran mereka dengan keadaan pasaran.
Kepercayaan dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah ekonomi pasaran
itu mempunyai jumlah sumber yang terhad. Apabila pengguna
dibekalkan barangan berkualiti paling tinggi pada kos yang paling
rendah, maka sumber-sumber telah digunakan dengan paling cekap serta
berkesan.

Analisis
UndangUndang

Kita boleh juga melihat masalah etika melalui pendekatan rangka kerja
undang-undang; iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial yang
bersifat bukan-peribadi untuk menentukan yang mana betul dan
salah. Pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang memang tidak
menyenangkan, tetapi masyarakat tidak pernah merasakan bahawa ia
begitu memudaratkan orang-orang yang terlibat sehingga memerlukan
suatu undang-undang untuk mencegahnya. Sekiranya ia menjadi satu
masalah besar, undang-undang boleh dibentuk untuk menangani situasi
tersebut.
Kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa sebuah
masyarakat berdemokrasi boleh menubuhkan peraturannya sendiri.
Jika orang-orang dan organisasi mematuhi peraturannya, anggota
masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang
mungkin.

Analisis
Etika

Kita boleh melihat masalah etika menggunakan struktur falsafah


normatif; iaitu bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk
memutuskan antara betul dan salah. Kita boleh mengira kebaikan
terbanyak untuk golongan terbanyak dan menggunakannya sebagai
dasar keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan
kilang berlaku.
Kepercayaan dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional
dalam sesebuah masyarakat bertindak atas prinsip kemurahan hati atau
sifat konsisten yang sama, maka anggota masyarakat berkenaan akan
mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin.

50

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Sekarang mari kita cuba aplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subtopik ini
kepada soalan-soalan berikut.

LATIHAN 3.2
1.

Apakah tiga kaedah yang digunakan untuk menganalisis masalah


etika dalam pengurusan? Terangkan secara ringkas setiap satu
kaedah analisis berkenaan.

2.

Senaraikan tiga masalah etika dalam pengurusan.

3.5

ETIKA DALAM ISLAM

Akhir sekali, mari kita pelajari tentang etika dari sudut perspektif Islam. Ini
adalah kerana kita perlu melihat etika dari perspektif lain dan tidak hanya
melihatnya dari satu perspektif tunggal sahaja.
Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menerangkan aspek utama
pemikiran etika dalam Islam secara terperinci iaitu:
(a)

Kaedah sejarah atau mendatar yang menjejaki perkembangannya mengikut


garisan kronologi; atau

(b)

Kaedah analitik atau skema yang menjelaskan tema-tema etika utama


secara menegak.

Kadangkala terdapat juga individu yang mempersoalkan sama ada terdapat


perkara yang boleh dipanggil sebagai "etika Islam". Ini adalah kerana mereka
agak kabur tentang tahap perundangan dan ritualisme dalam agama serta
institusi hidup umat Islam. Mereka juga hairan mengapa sumbangan para
penulis Islam dalam isu etika tidak setanding dengan sumbangan orang lain
dalam bidang kesusasteraan, linguistik, falsafah, sejarah, teologi dan sains.
Sebenarnya ada bahan etika dalam pemikiran Islam di mana terdapat usaha
yang sederhana untuk membawanya ke aliran semasa.

TOPIK 3

3.5.1

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

51

Suatu Mesej Universal

Terdapat tiga teras kepercayaan dalam pendekatan Islam yang menyeluruh. Tiga
teras tersebut dijelaskan dalam Rajah 3.3 berikut.

Rajah 3.3: Tiga teras dalam pendekatan Islam yang menyeluruh

Disebabkan oleh teras-teras tersebut, Islam dianggap sebagai universal dan


abadi. Oleh itu, ia sesuai untuk semua orang di mana jua mereka berada. Islam
bukan suatu agama baru tetapi adalah sambungan wahyu Tuhan sejak zaman
Nabi Ibrahim a.h. sehinggalah kepada nabi terakhir yang diutus untuk umat
manusia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam al-Quran ada dinyatakan secara
eksplisit bahawa Islam adalah penyambung serta penutup agama Maha Pencipta
untuk manusia.

3.5.2

Syariah

Sebelum kita membincangkan aspek-aspek etika dalam Islam, mari kita lihat
dahulu apakah yang dimaksudkan dengan syariah.
Syariah ialah undang-undang Islam berdasarkan al-Quran.

Panduan etika adalah paling terangkum dan universal dalam hukum syariah.
Panduan ini terkandung dalam al-Quran yang menghendaki seorang Muslim
sentiasa (dalam semua keadaan) bertindak sopan, baik hati dan menjauhi salah
laku.

52

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Tahukah anda bahawa pengertian panduan yang menyeluruh ini adalah serupa
dengan apa yang disebut oleh Aristotle? Menurut Aristotle,
Jangan memudaratkan orang lain dan berurusanlah dengan mereka seperti
mana seseorang ingin orang lain berurusan dengannya.
Mesej asas Maha Pencipta boleh didapati dalam semua wahyuNya kepada umat
manusia seperti:
(a)

Peraturan Kristian; Peraturan Keemasan yang terkenal dari kitab New

Testament:
Lakukan kepada orang lain seperti mana anda ingin orang lain lakukan
kepada anda.
(b)

Peraturan Islam:

Tiada siapa antara kamu adalah beriman sehinggalah ia menghendaki untuk


saudaranya apa yang ia sendiri kehendaki.
(c)

Peraturan Buddhisme:

Jangan menyakiti orang lain dengan cara yang kamu sendiri dapati
menyakitkan.
(d)

Peraturan agama Yahudi:

Apa yang kamu benci, jangan lakukan ke atas sesama manusia. Itulah seluruh
agama; lain-lainnya adalah ulasan.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

53

Selain pengajaran asas yang sama dikongsi dengan tradisi etika ulung lain,
syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan; dari perhubungan
Maha Pencipta dengan manusia sehinggalah perkara-perkara intim dalam
perhubungan antara perseorangan.
Oleh kerana syariah merupakan suatu sistem perundangan yang komprehensif,
peraturan menterjemah dan teknik-teknik menterjemah adalah penting. Ini
adalah kerana terdapat beberapa pendirian dan mazhab yang telah dibangunkan
di kalangan umat Islam sejak berkurun-kurun lepas bersumberkan al-Qur'an dan
hadis.

3.5.3

Perdagangan dan Perniagaan

Perdagangan dan perniagaan adalah dua aktiviti penting dalam tradisi etika
Islam. Perkembangan dakwah Islam adalah melalui individu di mana ini
merupakan satu hasil penting daripada aktiviti perdagangan.
Orang-orang Arab beragama Islam yang terkenal dalam perdagangan. Kelebihan
mereka dalam bidang pelayaran, pembinaan kapal, astronomi dan alat ukuran
saintifik membuatkan perdagangan Arab dan Islam berkembang dan tersebar ke
seluruh dunia.
Selain itu, kedudukan dunia Islam pada peringkat awal berada di tengah-tengah
laluan perdagangan dari Mediterranean, Teluk Parsi, Afrika Timur, Benua Kecil
India sehingga ke negara China. Disebabkan hubungan perdagangan ini,
sejumlah besar perkataan Arab berkaitan perdagangan telah diserap ke dalam
pelbagai bahasa Barat.
Perlu diingat bahawa pedagang Arab tidak mungkin berjaya tanpa satu
pegangan yang kukuh. Mereka berjaya mengembangkan kepercayaan serta
perdagangan mereka dengan mengamalkan apa yang kini kita kenali sebagai
etika perniagaan.

54

3.5.4

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Ajaran-Ajaran Amalan Ekonomi

Sedarkah anda bahawa tanpa suatu kesatuan dalam kuasa perundangan dan
kehakiman di kalangan umat Islam, amalan akan menjadi berbeza? Malah
penguatkuasaan perundangan dan kehakiman juga boleh dikatakan tidak
wujud. Ini adalah kerana kepelbagaian antara umat Islam telah menghasilkan
adat, kelakuan dan jangkaan yang berbeza-beza terhadap hubungan perniagaan.
Secara umumnya pengertian ekonomi dan perniagaan Islam mempunyai banyak
persamaan dengan pendekatan ekonomi pasaran berasaskan perusahaan bebas
dan sektor swasta di mana mereka tidak mengenepikan hak masyarakat untuk
mengenakan sesuatu sekatan demi kebaikan bersama.
Syariah mengakui hak memiliki harta persendirian tetapi mengekalkan hak
komuniti dalam apa yang disebut sebagai eminent domain atau kepentingan
bersama. Sebenarnya, salah satu pertimbangan penting etika tentang harta
adalah mengizinkan penggunaan harta tetapi melarang salahguna dan
pembazirannya.
Dalam sebuah hadis oleh Nabi Muhammad s.a.w., Baginda mengatakan bahawa
9/10 daripada kurniaan Tuhan, termasuk pendapatan, boleh didapati daripada
perdagangan. Kenyataan ini jelas menerangkan dorongan umat Islam sejak
berkurun-kurun dahulu untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka melalui
perdagangan. Mereka bukan hanya meraih keuntungan sebagai sesuatu yang
sah, tetapi juga sebagai satu cara yang baik untuk melibatkan diri dalam apa jua
jenis industri.
Walaupun mengusahakan keuntungan merupakan sebahagian besar aktiviti
umat Islam, ia haruslah diperoleh melalui cara yang dibenarkan. Keuntungan
tidak boleh melampaui kewajipan persaudaraan, perpaduan dan amal jariah.
Untung juga tertakluk kepada keperluan berzakat, iaitu satu bentuk cukai yang
dikenakan ke atas umat Islam.
Syariah membezakan peraturan berkelakuan antara halal dan haram, iaitu
yang mana dibenarkan dan yang mana dilarang. Perbezaan antara halal dan
haram juga menetapkan antara perkara yang sah dan tidak sah. Contoh
keuntungan yang diharamkan boleh ditunjukkan melalui amalan riba (usury),
iaitu tambahan yang dikenakan ke atas hutang atau pertukaran barangan apabila
tempohnya ditangguh. Ia juga membawa maksud pengambilan suatu kadar
faedah yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

55

Seorang Muslim dibenarkan mengambil untung hanya daripada hasil kerjanya,


atau modal yang risikonya ditanggung bersama. Oleh itu, berjudi adalah
dilarang kerana mendapat untung dari kesusahan atau kesengsaraan orang lain
dan ia adalah berdosa.

3.5.5

Kewajipan Kewarakan

Menunaikan kewajipan secara jujur adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip


etika perniagaan dalam Islam. Ia bukan hanya dituntut tetapi tidak boleh
dipisahkan daripada kewajipan umum sebagai seorang Muslim seperti yang
telah diterangkan dalam ayat 177, surah al-Baqarah.

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak


timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah,
dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada
kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang
terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk
memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan
sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang
menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian.
Perjanjian adalah ikatan paling penting antara sesama Muslim, serta antara
Muslim dengan bukan Muslim seperti yang disebut dalam hadis Nabi
Muhammad s.a.w. berikut:

Penjual dan pembeli mempunyai pilihan (untuk membatalkan perjanjian),


selagi mereka belum berpisah; kemudian jika kedua mereka bercakap benar
dan menyatakannya, urus niaga mereka akan diberkati, tetapi jika mereka
berahsia dan bercakap bohong, keberkatan ke atas urus niaga mereka akan
dihapuskan.
Sumber: http://aaiil.org/text/had/manhad/ch22had.shtml

56

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Oleh itu, sebarang kecacatan pada barang yang dijual mestilah dinyatakan.
Sekiranya terdapat kecacatan yang tersembunyi, kontrak atau perjanjian yang
dibuat adalah terbatal.
Nabi Muhammad s.a.w. seterusnya mengatakan bahawa:
Pedagang yang paling benar dan jujur adalah bersama nabi dan merekamereka yang benar dan syahid.
Oleh itu, menunaikan kewajipan dengan jujur dan bertepatan dengan prinsipprinsip etika perniagaan bukan sahaja dituntut tetapi tidak boleh dipisahkan
daripada kewajipan umum seorang Muslim. Menunaikan kewajipan juga
merangkumi kepercayaan bersifat lurus dan tidak mengambil kesempatan yang
tidak wajar ke atas orang lain. Keadilan dianggap sebagai alat serta matlamat,
tanpa mengira realiti praktikalnya. Kejujuran pula bukan hanya suatu kebaikan
tetapi suatu sifat yang dituntut ke atas setiap Muslim.

3.5.6

Kesimpulan

Kualiti serta sifat yang telah disebut dalam subtopik-subtopik lepas adalah
sangat signifikan kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan seorang
pedagang yang hidupnya harus dicontohi.
Lima belas abad yang lalu, Islam adalah suatu revolusi rohaniah, sosial dan
undang-undang. Potensinya untuk mempengaruhi kemajuan dengan positif
tetap tidak berubah. Ini merupakan kepercayaan golongan Muslim liberal yang
sedar dan tidak mempunyai pandangan regresif terhadap agama dan sejarah.
Sesungguhnya Islam, semasa zaman kegemilanganya dari abad ke-7 sehingga 12,
tidak menindas dan tidak regresif. Sebaliknya, ia adalah suatu kuasa progresif,
yang bersifat kemanusiaan dan mengajak manusia ke arah pembaharuan dan
keadilan.
Para cendekiawan Islam daripada pelbagai latar belakang tidak menganggap
Islam sebagi suatu agama yang berkembang, tetapi sebagai agama dan sistem
perundangan di mana aplikasinya perlu dikembangkan. Sesungguhnya, dengan
peruntukan al-Quran dan tafsirannya yang berdisiplin tinggi, Islam boleh
menyediakan penyelesaian bagi masalah-masalah ekonomi, etika dan sosial
semasa yang terdapat dalam masyarakat Islam.

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

57

LATIHAN 3.3
1.

Bagaimanakah caranya untuk mencapai keseimbangan antara


prestasi ekonomi dan sosial apabila berhadapan dengan suatu
dilema etika? Berikan satu contoh dan aplikasikan kaedah-kaedah
analitik untuk menganalisisnya berdasarkan maklumat yang telah
anda pelajari.

2.

Masalah etika dalam pengurusan adalah kompleks disebabkan


akibat yang berpanjangan, alternatif yang pelbagai, kesudahan
yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi.
Bincangkan pernyataan ini.

Kebanyakan keputusan etika mempunyai (i) akibat yang berpanjangan,


(ii) alternatif yang pelbagai, (iii) hasil yang bercampur, (iv) akibat yang tidak
pasti dan (v) implikasi peribadi.

Piawaian moral berbeza di antara individu kerana sistem-sistem kepercayaan


etika, nilai atau keutamaan, keyakinan orang-orang tentang apa yang
dianggap penting yang menjadi dasar piawaian moral mereka turut berbeza.

Terdapat tiga kaedah analisis yang boleh membantu kita mencapai imbangan
yang sesuai antara prestasi ekonomi dengan sosial, iaitu:

Ekonomi (berdasarkan kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukanperibadi);

Undang-Undang (berdasarkan kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukanperibadi); dan

Etika (berdasarkan prinsip dan nilai peribadi).

Prinsip-prinsip panduan utama berkenaan isu-isu etika Islam terkandung


dalam syariah.

Syariah mengatur kebanyakan aspek perhubungan, dari perhubungan Maha


Pencipta dengan manusia sehingga perkara-perkara intim dalam
perhubungan antara perseorangan.

58

TOPIK 3

SIFAT ETIKA DALAM PERNIAGAAN MODEN

Akibat yang berpanjangan

Analisis undang-undang

Akibat yang tidak pasti

Implikasi peribadi

Alternatif yang pelbagai

Hasil yang bercampur

Analisis ekonomi

Masalah etika

Analisis etika

Syariah

Vous aimerez peut-être aussi