Vous êtes sur la page 1sur 4

HUBUNGAN ETNIK

ISL Minggu 15

Dasar Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang
bersatu padu. Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan
bahawa:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan
terhadap
keharmonian
dan
kemakmuran
masyarakat dan negara
Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam
Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang
sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu
pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga
dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini
bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia
dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata
pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al
Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk
tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama
manusia.ega
ngamenanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah pun
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Pada
16 Januari 2007 PIPP ini bertujuan melonjakkan tahap kecemerlangan
sekolah dan mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan menggariskan enam teras
strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif
ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
TERAS STRATEGIK PIPP
v Membina Negara Bangsa
v Membangunkan Modal Insan
v Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
v Merapatkan Jurang Pendidikan
v Memartabatkan Profesion Keguruan
v Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Membina Negara Bangsa
Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama
bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara
maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa
melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal
persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta
menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat
membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa
Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan
sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di
kalangan pelajar.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan
menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama
masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan
kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik
dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru

terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan


mengikut keperluan.
Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem
pendidikan
yang
berkualiti
dan
bertaraf
dunia
di
samping
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara. Matlamat KPM ialah

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,


berketerampilan dan sejahtera.

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan


negara.

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara


Malaysia

Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui:


Penubuhan Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang
sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan
persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada
pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam
pelbagai aktiviti.
Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan
v Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagaibagai bangsa dan latar belakang
v Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
v Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu

v Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga


sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti lain di sekolah
v Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020.

Vous aimerez peut-être aussi