Vous êtes sur la page 1sur 18

BAB 6

PENYERTAAN AWAM DALAM PEMBUATAN


KEPUTUSAN

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini anda seharusnya boleh:
1.
Mendefinisikan penyertaan awam.
2.
Mengenal pasti elemen penting yang wujud dalam penyertaan
awam.
3.
Membandingkan konsep-konsep penting dalam penyertaan
awam.
4.
Menghuraikan proses dan keadaan penyertaan awam dalam
proses pembuatan keputusan.
6.1

PENGENALAN

Penyertaan awam merupakan komponen terpenting dalam memastikan


perancangan dan pembangunan dapat dijalankan dengan baik. Rakyat perlu
diberi maklumat yang secukupnya tentang sebarang isu dan projek yang
berkaitan dengan mereka secara peribadi mahupun yang melibatkan
komuniti secara keseluruhan. Rakyat yang merupakan penduduk di sesebuah
negara merupakan syarat utama bagi mendirikan sesuatu pemerintahan di
negara. Rakyat juga merupakan intipati penting dalam sesebuah negara yang
melambangkan perpaduan, keharmonian dan penyatuan dari pelbagai aspek.
Pandangan dan idea rakyat penting dalam mencorakkan sesebuah negara.
Sekiranya tiada penyertaan rakyat, maka setiap kritikan dan kutukan yang
dilemparkan kepada pihak pemerintah pasti akan mendatangkan implikasi
negatif dan jika tidak ditunjangi dengan baik, maka akan membawa kepada
syak wasangka dan akhirnya akan meruntuhkan dan merosakkan sesebuah
negara. Oleh yang demikian, penglibatan dan penyertaan rakyat penting dan
perlu apatah lagi bagi mencapai sesebuah negara maju.
Dalam aspek ini Borton dan Warner (1971) mengatakan, prinsip asas dalam
sesuatu komunikasi dan pembuatan keputusan ialah penyertaan. Ia
merangkumi keseluruhan komponen dan elemen kerana melalui penglibatan
dan penyertaan maka banyak perkara boleh dibincang secara bersama dan
keputusan yang diperoleh ialah keputusan kolektif. Apa yang diperlukan
ialah membangunkan institusi itu sendiri bagi memastikan penyertaan turut
serta dan peranan boleh dimainkan oleh rakyat secara keseluruhan daripada
sekecil-kecil keputusan sehinggalah melibatkan keputusan-keputusan
137

penting seperti polisi dan dasar negara. Walau bagaimanapun, penyertaan ini
bukanlah bermakna seluruh rakyat turut serta kerana ia tidak akan
mendatangkan impak yang efektif dan kurang relevan terutamanya bagi
membentuk satu dasar yang besar. Penglibatan ini perlulah dirangkumi dan
dianggotai serta ada perhubungan antara pihak profesional, eksekutif,
teknikal dan relevant public (David, E.L., 1972: 2).
Sesuatu yang mustahil untuk melibatkan keseluruhan rakyat dalam proses
pembuatan keputusan untuk semua isu tetapi apa yang paling penting ialah
bagaimana memastikan bahawa setiap lapisan rakyat akur dan faham
terhadap tindakan dan keputusan yang akan diambil oleh pihak kerajaan
terutamanya yang melibatkan isu-isu penting negara. Dalam pendekatan
yang lain pula tidak semua rakyat mahu terlibat dalam semua isu apatah lagi
jika isu tersebut tidak melibatkan mereka. Sebagai contoh, masalah banjir
dan pampasan yang diputuskan oleh pihak kerajaan. Dalam situasi ini
kemungkinan hanya pihak yang terlibat dengan banjir sahaja yang akan
bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak mereka manakala
individu yang tidak terlibat akan hanya mengambil pendekatan tunggu dan
lihat sahaja.
Justeru, jika dilihat dalam negara kita elemen pembuatan keputusan tetap
melibatkan penyertaan awam yang boleh dilihat dari pelbagai definisi dan
sudut serta melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu yang telah dipilih
rakyat dalam konteks demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
Pada pandangan anda, bagaimana tentang penyertaan dan
tahap kematangan rakyat Malaysia dalam pembuatan sesuatu
dasar atau polisi di Malaysia.
6.2

JALINAN HUBUNGAN DENGAN RAKYAT

Penyertaan awam ini telah bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an
dan 1970-an iaitu masyarakat awam menjadi lebih peka terhadap
persekitaran mereka yang merangkumi aspek pembuatan keputusan oleh
pihak kerajaan. Pelbagai tekanan diberikan kepada kerajaan dalam usaha
untuk mendapat ruang dan tempat dalam konteks pembuatan keputusan
kerajaan di pelbagai peringkat baik di Pusat, Negeri mahupun Kerajaan
Tempatan. Kerajaan pada ketika ini memberi ruang dan pendedahan kepada
masyarakat dari tahap penglibatan dan proses yang berkaitan agar dapat
memberikan input kepada masyarakat awam terhadap sebarang tindakan
dan keputusan kerajaan. Pada masa yang sama, tindakan kerajaan ini telah
banyak menimbulkan kesedaran dan keyakinan tinggi masyarakat awam
terhadap proses pembuatan keputusan oleh kerajaan (Burgess, H. dan
Malek, C., 2005: 1).
Satu lagi contoh penyertaan awam boleh dilihat menerusi diskriminasi kaum
yang berlaku di Amerika Syarikat. Isu tentang blacks and whites bukan lagi
merupakan isu sampingan tetapi telah menjadi satu isu antarabangsa.
138

Diskriminasi berlaku dalam konteks bangsa, kekayaan dan pemilikan harta.


Kesannya, individu blacks (kulit hitam) telah bangkit dan menentang
birokrasi whites (kulit putih) dengan menghantar bantahan kepada kerajaan.
Kes ini jelas menunjukkan bahawa dengan adanya bantahan dan tentangan
dengan fakta yang betul maka tindakan kerajaan boleh diarahkan kepada
satu tindakan yang beretika.
Di United Kingdom pula penyertaan awam dalam proses pembuatan
keputusan telah bermula sekitar tahun 1967 lagi kesan daripada kejayaan
yang telah dicapai oleh Amerika Syarikat. Hasil daripada penyertaan tersebut
telah membawa kepada wujudnya The Future Development Plan: Town and
Country Planning Act 1968.
Sehingga tahun 1990-an kebanyakan negara-negara di dunia telah menerima
pakai konsep dan penyertaan awam dalam pembuatan keputusan di negara
masing-masing. Antara yang terpakai ialah Deklarasi Rio 1992 di Rio De
Janerio Brazil iaitu AGENDA 21. Platfom ini memberi ruang kepada
orang ramai untuk terlibat dalam proses pembuatan keputusan terutamanya
dalam hal yang berkaitan dengan pembangunan dan alam sekitar.
Walau bagaimanapun, dengan penglibatan daripada pelbagai lapisan
masyarakat, adakala melambatkan proses pembuatan keputusan apabila
timbul pertelagahan dan ketidaksefahaman antara kumpulan individu yang
pelbagai.
Apakah yang anda faham dengan penyertaan awam dan
bagaimana penyertaan awam ini boleh berlaku khususnya
dalam aspek organisasi atau kawasan kediaman anda.
6.3

PENYERTAAN AWAM

Penyertaan awam yang lebih efisien dari segi praktiknya boleh dilihat kepada
negara Amerika Syarikat. Ini bukanlah bermakna Amerika merupakan
sebuah negara yang paling hebat dari segi pemerintahannya sehingga boleh
dijadikan contoh. Namun, aspek sebagai sebuah negara yang konsepnya
mengamalkan kebebasan bersuara serta pengamalan konsep pengasingan
kuasa yang hampir bebas antara badan eksekutif, legislatif dan judiciari,
maka pelaksanaan penyertaan awamnya wajar dijadikan satu garis panduan.
Terdapat beberapa bentuk penyertaan awam yang diamalkan di Amerika
Syarikat.
6.3.1

Public Hearing

Dalam konteks Amerika Syarikat, penyertaan awam yang biasa dilakukan


ialah public hearing. Dalam situasi ini, perwakilan yang mewakili kerajaan akan
mengemukakan hujah dan pembentangan terhadap sesuatu keputusan yang
akan dibuat, kemudian masyarakat akan diberi ruang untuk mengemukakan
pandangan dan pendapat mereka terhadap cadangan yang diajukan oleh
139

perwakilan kerajaan tadi. Kebiasaannya cara ini kurang efektif kerana akan
timbul pelbagai kecaman dan kritikan yang tidak setuju terhadap cadangan
yang dikemukakan. Walaupun pihak kerajaan amnya boleh menerima
sebarang teguran dan kritikan daripada masyarakat terhadap apa yang
mereka rasai, namun jarang daripada penyertaan begini yang akan
memberikan satu keputusan baik secara efektif apatah lagi untuk
menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan baik (Burgess, H. dan Malek, C.,
2005: 1). Ini jelas kepada kita walaupun ruang yang besar diberikan oleh
pihak kerajaan terhadap penyertaan awam, namun ia bukanlah satu
penunjuk yang boleh diguna pakai bagi mencapai satu keputusan yang baik.
Di Malaysia peluang ini jarang dan tidak dipraktikkan di sini. Ini mungkin
boleh dijadikan contoh sebagaimana amalan negara maju ini juga tidak
memungkinkan satu keputusan yang baik jika penyertaan awam diambil kira
bahkan ia akan merumitkan lagi keadaan malah memerlukan satu jangka
masa yang panjang apabila sesuatu keputusan ingin dicapai.
6.3.2

Jawatankuasa Penasihat

Bentuk kedua penyertaan awam di Amerika yang boleh memberikan


maklumat berguna ialah penubuhan Jawatankuasa Penasihat. Walau
bagaimanapun, cara ini lebih lambat dan mahal dari segi kosnya. Melalui
jawatankuasa ini warganegara lebih mudah untuk menilai dan
menyumbangkan idea mereka walaupun ia memerlukan komitmen yang
tinggi. Namun, amat sedikit yang betul-betul boleh memberikan komitmen
yang tinggi terhadap jawatankuasa tersebut. Di samping itu juga, nilai dan
pendapat yang berbeza antara mayarakat umum serta jawatankuasa pakar
yang menganggotai jawatankuasa tersebut menjadikan jawatankuasa tersebut
kurang efektif.
6.3.3

Pakatan dalam Penyertaan Awam

Bentuk penyertaan yang ketiga ialah antara yang begitu dominan dan
popular di hati masyarakat iaitu cadangan Ballot dalam membentuk satu
pakatan dalam penyertaan awam. Ballot mencadangkan pindaan undangundang dan perlembagaan bagi menukarkan bentuk undian dan pilihan
daripada badan legislatif dan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat. Rakyat
dengan dibekalkan kuasa legislatif untuk menentukan sesuatu dasar, undangundang dan keputusan, menarik lebih banyak sokongan dan dokongan.
Dengan kuasa tersebut terdapat ramai penyertaan daripada rakyat untuk
membuat sesuatu keputusan walaupun mereka tidak begitu arif dan mahir
tentang sesuatu perkara tersebut. Namun, dalam konteks ini Ballot
mencadangkan bukanlah semua keputusan itu dibuat oleh masyarakat
umum tetapi hanya atas beberapa isu, perkara dan melihat kepada
keutamaan tertentu. Legislatif pula masih berkuasa dalam mencari dana atau
tabungan bagi pendidikan, kesihatan, kuat kuasa undang-undang serta
beberapa keutamaan lain (Burgess, H. dan Malek, C., 2005: 1-2).

140

SOALAN DALAM TEKS

1.
2.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyertaan


awam?
Nyatakan tiga bentuk penyertaan awam sebagaimana
yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.4

ELEMEN PENTING DALAM PROSES PENYERTAAN


AWAM

Penyertaan awam merupakan salah satu landasan bagi merealisasikan


masyarakat sivil dan demokrasi. Namun, penyertaan ini akan mewujudkan
banyak ruang bagi kebaikan dan keburukan. Sesetengah public meeting
langsung tidak berperanan dengan harapan selepas berbincang seseorang
akan membawa isu yang telah dibincangkan kepada pihak yang lebih
berkuasa dan kebiasaannya akan berakhir di situ. Namun, ada sesetengah
pandangan dan pendapat yang disalurkan bermanfaat selepas melalui
pelbagai peringkat forum. Walau bagaimanapun, pandangaan tersebut tidak
dipedulikan malah ia terbiar begitu sahaja meskipun idea tersebut bernas
(Atlee, T., 2002: 1).
Dua kumpulan telah mencadangkan garis panduan yang baik serta berkesan
dalam penyertaan awam iaitu The International Association for Public Participation
dan The Community Development Society. Namun, berbeza pada pandangan
Atlee (2002). Masih terdapat begitu banyak ruang yang perlu diperbaiki agar
penyertaan awam ini benar-benar terlaksana dan bukan sekadar konsep
semata-mata.
The International Association for Public Participation telah mengariskan tujuh
elemen penting dalam penyertaan awam. Elemen-elemen tersebut ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

The public should have a say in decisions about actions that affect their lives.
Public participation includes the promise that the publics contribution will
influence the decision.
The process comunicates the interests and meets the process needs of all
participants.
The process seeks out and facilitates the involvement of people potentially affected
by the proposed decision.
The process involves participants in defining how they will participate thus how
the process will be structured.
The public participation process provides participants with the information they
need to participate in a meaningful way.
141

(vii)

The public participation process communicates to participants how their input


affected the decisions.
(IAP2, http://iap2.org/displaycommon.cfm?an=4).
SOALAN DALAM TEKS

3. Apakah yang dimaksudkan dengan public meeting ?


4. Gariskan tujuh elemen penting dalam penyertaan
awam menurut The International Association for Public
Participation.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Manakala The Community Development Societys telah mengklasifikasikan


pernyataan awam kepada lima elemen penting iaitu
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Promote active and representative participationtowards enabling all community


members to meaningfully influence the decisions that affect their lives.
Engage community members in learning about and understanding community
issues and the economic, social, environmental, political and others with
alternative courses of action.
Incorporate the diverse interests and cultures of the community in the community
development process.
Work actively to enhance the leadership capacity of community members, leaders
and groups within the community.
Be open to using the full range of action strategies.
Jelaskan perbezaan penting penyertaan awam yang boleh
dilihat antara The International Association for Public Participation
dan The Community Development Societys.

Daripada idea kedua-dua kumpulan tersebut maka Atlee (2002), melalui


Institute Co-Intelligence telah menambah beberapa garis panduan bagi
penyertaan awam yang lebih berkesan seperti
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Involve all relevant parties.


Empower the people engagement - get them involved.
Utilize multiple forms of knowing.
Ensure high quality dialogue.
Establish and on-going participatory process.
Move from positions to interests, needs and mutual solutions.
Help people feel fully heard.
142

Elemen-elemen ini menurut Atlee (2002) telah diabaikan oleh kedua-dua


kumpulan tersebut sehingga membawa kepada kegagalan untuk menjayakan
penyertaan awam. Menurutnya lagi, melalui tujuh elemen yang telah
digariskan oleh beliau akan membawa kepada penyertaan awam yang lebih
efisien. Kesemua elemen dan pinsip ini jika dipraktikkan secara khusus
maka akan memberikan ruang yang positif ke arah penyertaan awam dalam
pembuatan keputusan yang efektif.
SOALAN DALAM TEKS
5.

Bincangkan idea Atlee melalui Institute Co-Intelligence


tentang penyertaan awam.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.5

BENTUK BARU PENYERTAAN AWAM

Konsep penyertaan awam ini merealisasikan idea demokrasi perwakilan iaitu


kuasa diberikan kepada wakil yang mewakili kawasan mereka untuk
menyuarakan pandangan dan suara rakyat di kawasan tempat mereka dipilih.
Penyertaan ini juga pada asasnya bermaksud pembahagian semula kuasa
menerusi prinsip-prinsip asas penyesuaian yang wujud dalam bentuk-bentuk
berlainan seperti ideologi, etnik dan fahaman politik.
6.5.1

Masyarakat Sivil

Bagi mewujudkan satu keadaan masyarakat yang benar-benar terlibat dalam


pembuatan keputusan memerlukan satu bentuk masyarakat yang
bertanggungjawab, beretika dan berkredibiliti. Masyarakat yang berkualiti ini
dinamakan sebagai masyarakat sivil yang boleh dipertanggungjawabkan
dengan penyertaan yang efektif.
Masyarakat sivil ialah masyarakat yang hidup dalam sistem dan budaya
politik moden serta mahukan kepada keterbukaan, transparen serta
demokrasi yang telus daripada pemerintah. Inilah peranan yang telah dan
perlu dimainkan oleh masyarakat sivil.
Sebagaimana menurut Gellner (1995:6) masyarakat sivil ialah masyarakat
yang terdiri daripada agensi dan institusi bukan kerajaan yang kuat dan
masyarakat ini dapat mengelakkan daripada didominasi oleh pihak
pemerintah. Walau bagaimanapun, masyarakat sivil ini tidak akan
mengganggu peranan dan bidang tugas yang dijalankan oleh kerajaan.
Chandra Muzaffar (1998: 29) turut berpendapat bahawa kumpulan ini terdiri
daripada institusi, agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
143

berfungsi tanpa ada kekangan dan arahan daripada pihak kerajaan dan juga
pemerintah. Dalam erti kata lain peranan masyarakat sivil ini bukanlah
bertujuan untuk berkuasa ataupun untuk mengambil alih kuasa tetapi ia
berperanan agar demokrasi dan hak rakyat akan diberi keutamaan dan
terjamin. Secara keseluruhannya masyarakat sivil ini bolehlah ditakrifkan
sebagaimana menurut Gellner (1995a: 32);
Masyarakat sivil adalah satu set masyarakat yang bukan kerajaan
tetapi berperanan untuk mengimbangkan kuasa yang ada pada
kerajaan di samping itu ia juga berperanan dengan nilai kemanusiaan
serta keamanan dan apa yang penting ialah ia mengelakkan daripada
berlakunya dominasi kerajaan terhadap masyarakat majoriti.

Cuba anda fikir dan halusi sama ada wujud atau tidak
masyarakat sivil di Malaysia ini. Jika wujud, apakah persepsi
anda tentang masyarakat sivil ini?
Jelas kepada kita bahawa kewujudan masyarakat sivil merupakan satu aset
penting bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas, demokrasi dan
berwibawa. Bagi mewujudkan satu suasana yang kondusif dalam penyertaan
awam ini, maka aspek penyertaan itu sendiri boleh dilihat dari dua aspek
iaitu
1.

Penyertaan sebahagian (Without binding effect)

Penyertaan sebegini adalah sebahagian sahaja daripada rakyat namun


keputusan muktamad dan mutlak terletak sepenuhnya kepada pihak
berkuasa atau kerajaan selaku pembuat dasar.
2.

Penyertaan penuh (Binding effect)

Dalam konteks ini pula rakyat mempunyai hak mutlak dan kuasa untuk
menentukan sebarang keputusan yang bakal diambil.
Mengapa perlu rakyat terlibat dalam pembuatan keputusan? Dalam konteks
ini banyak ruang dan faedah jika rakyat diberikan peluang yang sama rata
bagi membuat sesuatu keputusan penting sama ada oleh kerajaan mahupun
institusi-institusi penting lain dalam negara. Amalan negara kita lebih kepada
prinsip demokrasi berparlimen raja berperlembagaan. Ini bermakna dengan
kuasa dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat, maka wakil mereka akan
menentukan serta menyuarakan ketidakpuasan hati dan luahan hati rakyat di
kawasan yang mereka wakili. Namun, persoalan yang timbul ialah sejauh
manakah wakil rakyat ini benar-benar mewakili mereka? Apakah yang
diperbahaskan di Parlimen benar-benar menyuarakan rasa hati mereka
ataupun rasa hati wakil yang telah dipilih oleh mereka?

144

SOALAN DALAM TEKS


6. Nyatakan dua bentuk dalam penyertaan awam.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Justeru, ada ketikanya keputusan sama ada dasar, ketetapan malah apa jua
yang diputuskan sama ada di peringkat Jemaah Menteri mahupun
perbahasan Parlimen tidak semestinya menggambarkan luahan dan aspirasi
rakyat di kawasan yang mereka wakili tetapi ianya lebih kepada cita rasa dan
idea yang dipelopori oleh wakil rakyat berkenaan berasaskan kepada
kepentingan dan isu terkini.
Situasi sebegini akan wujud keadaan di mana pihak yang berkepentingan
akan cuba sedaya upaya mereka untuk mendapatkan sesuatu sama ada
melalui orang tertentu ataupun terus kepada ahli Parlimen atau Menteri yang
berkenaan. Inilah yang dikatakan sebagai satu usaha untuk melobi iaitu satu
tindakan terarah untuk memenangi hati pihak tertentu dan dalam masa yang
sama hajat mereka akan tercapai (www.rec.org).
Penglibatan masyarakat awam dalam pembuatan keputusan dapat membawa
kepada beberapa keadaan seperti
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Ruang untuk menyatakan pendirian sama ada berbentuk sokongan


atau bangkangan dan mencadangkan sesuatu yang mungkin lebih
relevan dan praktikal.
Cabaran dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politikal yang
matang memerlukan kepada komitmen dan penyertaan awam yang
aktif.
Penyertaan awam dalam pembuatan keputusan memungkinkan asas
kepada keputusan yang lebih praktikal dan berwibawa.
Masyarakat awam akan lebih matang dan faham tentang peranan
dan proses dalam struktur politik dan pentadbiran kerajaan.
Apabila cadangan dan keputusan datang daripada penyertaan awam
maka rakyat seluruhnya akan bersama-sama menjadikan keputusan
tersebut direalisasikan.

Dalam menjadikan usaha ini sebagai suatu yang praktikal dan tercapai maka
proses penyertaan awam ini perlu dipenuhi agar mencapai matlamat yang
dihajati kesan daripada penyertaan awam tersebut. Terdapat empat langkah
keterlibatan awam dalam proses pembuatan keputusan iaitu
(i)
(ii)

Perancangan.
Pelaksanaan.
145

(iii)
(iv)

Perkongsian faedah dan perkongsian bersama.


Penilaian.

Keempat-empat komponen ini jika diberikan ruang untuk bersama maka


pasti akan menghasilkan suatu keputusan yang akan disokong oleh rakyat
kebanyakan.
Rakyat boleh dilihat sebagai satu aset penting dalam pembentukan dan
pembangunan sesebuah negara bangsa. Rakyat yang akan menentukan jatuh
bangun sesebuah negara.
SOALAN DALAM TEKS

7.
8.
9.

Nyatakan dua bentuk dalam penyertaan awam.


Bincangkan kesan-kesan daripada penyertaan awam.
Gariskan empat langkah keterlibatan awam dalam
proses pembuatan keputusan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Produktif atau tidak sesebuah negara turut disumbangkan oleh rakyat.


Justeru, amat besar peranan yang perlu dimainkan oleh rakyat. Penyertaan
awam yang aktif memerlukan kepada rakyat yang memiliki ciri-ciri berikut.
Antaranya ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Rakyat sebagai pembuat keputusan.


Rakyat sebagai konsultan.
Rakyat sebagai responden.
Rakyat sebagai perwakilan perlembagaan.
Rakyat sebagai pengundi.
(www.rec.org.)

Kelima-lima ciri berikut menunjukkan kepada kita betapa pentingnya rakyat


yang hidup di dalam sebuah negara yang merdeka. Komponen ini cukup
memberi ruang agar pembangunan dan keputusan boleh dikongsi secara
bersama bagi melahirkan sebuah negara yang gemilang.

146

SOALAN DALAM TEKS

10.

Nyatakan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh


rakyat dalam penyertaan awam.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.5.2

FAKTOR-FAKTOR PENYERTAAN AWAM

Walau bagaimanapun, darjah penyertaan awam dalam sesebuah negara


bergantung kepada faktor-faktor berikut:
1.

Darjah demokrasi sesebuah negara

Darjah demokrasi ini penting kerana hanya kerajaan yang benar-benar telus
dan demokrasi sahaja sanggup untuk memberikan ruang yang secukupnya
kepada rakyat untuk menentukan keputusan dan seterusnya bertindak.
2.

Struktur kerajaan dan pemerintahan

Struktur kerajaan dan pemerintahan juga penting. Walaupun darjah


demokrasi mungkin tinggi namun jika kerajaan yang ada ialah sebuah
kerajaan yang tidak berwibawa dan tiada sokongan kukuh turut akan
mengundang kepada kejatuhan pemerintahan tersebut. Selain itu juga, jika
kerajaan yang ada ialah dari parti yang pelbagai dan tidak ada parti yang
dominan maka ini akan turut menyumbang kepada permasalahan dari aspek
perpaduan dan persefahaman.
3.

Tahap pendidikan dan kesedaran awam

Tahap pendidikan, celik huruf dan pintar merupakan elemen penting dalam
usaha untuk menjadi sebuah negara maju. Rakyat yang berpendidikan dan
berkredibiliti mampu untuk membuat satu keputusan yang baik selain
daripada menjana pembangunan yang lebih mapan. Dalam konteks negara,
antara contoh-contoh penyertaan awam yang boleh dijadikan panduan dan
rujukan bagaimana amalan dan pelaksanaan penyertaan awam di Malaysia
ialah melalui program seperti AGENDA 21 dan Kerajaan Elektronik.

147

SOALAN DALAM TEKS

11. Apakah faktor-faktor penting yang perlu ada dalam


penyertaan awam?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.5.3

AGENDA 21

Salah satu contoh nyata dan keputusan yang lahir di Brazil tentang
penyertaan awam ialah AGENDA 21. Ia merupakan satu titik tolak bagi
merealisasikan hasrat tersebut. Pada bulan Jun 1992, seramai 178 Ketua
Negara (termasuk Malaysia) menghadiri Persidangan Kemuncak Bumi
Bangsa-Bangsa Bersatu di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu
pelan tindakan dunia bagi pembangunan mapan. Pelan ini dikenali sebagai
Agenda 21- satu agenda untuk mencapai pembangunan mapan pada abad
21.
Agenda 21 mengandungi 40 Bab dalam 4 Seksyen berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Dimensi Sosial dan Ekonomi.


Pemeliharaan dan Pengurusan Sumber untuk pembangunan.
Memperkukuhkan peranan kumpulan utama (seperti wanita, kanakkanak, Pertubuhan Bukan Kerajaan - NGO dan Pihak Berkuasa
Tempatan - PBT).
Kaedah Pelaksanaan.

Di bawah Bab 28 dengan tajuk Inisiatif PBT dalam menyokong Agenda


21 menyatakan bahawa disebabkan banyak masalah dan penyelesaian
disyorkan dalam Agenda 21 yang berakar umbi daripada aktiviti tempatan,
penyertaan dan kerjasama PBT. Ini merupakan faktor penentu dalam
memenuhi objektif AGENDA 21 ini.
Bab 28 merujuk khas kepada PBT dan meminta PBT mengambil satu
pendekatan positif dalam melaksanakan Agenda 21 ke arah pembangunan
mapan di peringkat tempatan. Di bawah Seksyen 3 Agenda 21, kumpulan
utama lain seperti wanita, kanak-kanak, NGO, remaja, pekerja, sektor niaga
dan industri serta orang asli juga memainkan peranan penting dalam
melaksanakan Agenda 21 ke arah pembangunan mapan di peringkat
tempatan. Seiring itu, ia dikenali sebagai Local Agenda 21 - Pelan tindakan
tempatan ke arah pembangunan mapan pada abad 21.

148

Local Agenda 21 menekan dan mempromosikan


(i)
(ii)

Perkongsian antara PBT (MPPJ), Badan Bukan Kerajaan, Rukun


Tetangga, Persatuan Penduduk, Agensi Kerajaan, Sektor Swasta dan
lain-lain.
Penyertaan awam dalam mengenal pasti isu, merangka pelan
tindakan, pelaksanaan, pengawasan, penilaian dan maklum balas.

Kesemua ini bertujuan untuk pembangunan mapan yang mengintegrasikan


aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar (www.mppj.gov.my/la21/Bmelayu
/a21main.html).
Walau bagaimanapun, penyertaan awam secara formal dalam proses
pembuatan keputusan di Malaysia masih lagi dalam peringkat percubaan.
Gesaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada negara-negara
dunia ketiga telah mendorong kerajaan bertindak menerusi LOCAL
AGENDA 21 pada tahun 2002 dengan menjadikan empat kerajaan
tempatan sebagai projek perintis iaitu Majlis Daerah Kerian, Majlis
Perbandaran Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Kuantan dan Dewan
Bandaraya Kuching. Ini ialah antara usaha bagi menggalakkan penyertaan
awam melalui projek perintis tersebut.
Pada pandangan anda, adakah penyertaan awam benar-benar
dapat direalisasikan melalui Local Agenda 21.

6.5.4

KERAJAAN ELEKTRONIK

Salah satu elemen penting yang boleh dikaitkan dengan penyertaan awam
ialah usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan awam melalui
Kerajaan Elektronik.
Namun, persoalan yang timbul ialah sejauh manakah penglibatan orang
awam di dalamnya? Kefahaman mengenai Kerajaan Elektronik yang
diterangkan hanya sekadar kecanggihan teknologinya yang disediakan di
jabatan-jabatan kerajaan dan capaiannya sehingga ke rumah untuk
kemudahan orang awam berserta dengan peralatan seperti electronic purse dan
kad pintar serta pasport pintar.
Maksud penglibatan masyarakat di sini ialah hak dan tanggungjawab yang
bukan sahaja melibatkan persoalan-persoalan teknikal tetapi penglibatan
dalam proses membuat keputusan dan suatu dasar awam yang membentuk
masa depan masyarakat dalam penubuhan Kerajaan Elektronik.
Apa pandangan anda tentang Kerajaan Elektronik di
Malaysia?

149

Pada peringkat awal, jenis maklumat yang perlu dikumpul dan diketahui
masyarakat sebagai asas kefahaman untuk membuka peluang kepada
penglibatan proaktif mereka dalam Kerajaan Elektronik dan MSC ialah
1.

Tahap penembusan atau penyerapan


Memeriksa atau mengakur kehadiran teknologi maklumat di rumah,
di tempat kerja, tempat awam seperti bangunan kerajaan, sekolah
atau mana-mana lokasi budaya termasuk perpustakaan. Apakah
peratusan capaian terhadap tempat-tempat ini kepada lebuh raya
maklumat? Bagaimana keadaan tersebut mempengaruhi golongan
berpendapatan rendah dan perbezaannya dengan mereka yang
berada, penduduk bandar dengan penduduk luar bandar?

2.

Tahap memiliki peralatan


Siapa yang memiliki jenis peralatan? Jika mereka tidak memilikinya,
adakah mereka masih mempunyai capaian kepada perpustakaan
awam sekolah, tempat kerja atau pusat komuniti atau tempat-tempat
awam seperti balai raya umpamanya?

3.

Tahap latihan dan tahap kemahiran


Siapa yang mempunyai kepakaran dan mengetahui apa yang perlu
dilakukan? Bagaimana mereka diajar menggunakan peralatannya?
Adakah mereka belajar sendiri, belajar di sekolah, daripada rakan
atau belajar semasa di tempat kerja atau dengan cara yang lain?

4.

Tahap penggunaan
Siapa yang menggunakannya? Apakah kegunaan utama lebuh raya
maklumat: komunikasi persendirian, berhubung dengan kerja,
penglibatan masyarakat, kegiatan keagamaan, hiburan, seni kreatif,
membeli-belah, peningkatan diri, tindakan politik atau sesuatu yang
lain? Bagaimana kegunaan memanfaatkan orang ramai yang tidak
menggunakan bahasa Inggeris?

5.

Nilai segera
Bagaimana pengguna menilai sistem tersebut? Apakah aspek yang
menjadikannya mudah digunakan atau sukar digunakan? Adakah
pengguna mampu menggunakannya dengan cepat untuk pencapaian
matlamat segera?

6.

Kesan menyeluruh
Melalui lebuh raya maklumat ini bagaimana Kerajaan Elektronik
dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat? Adakah ia
mengemukakan sebarang kesan kepada kehidupan individu,
150

komuniti, penglibatan dalam kehidupan sosial dan politik dan


kesedaran budaya dan sebagainya lagi? (Ismail Hashim, 1998: 12).
SOALAN DALAM TEKS
12.
13.

Apakah penekanan Local Agenda 21?


Bincangkan enam perspektif penting dalam aplikasi
Kerajaan Elektronik dan MSC.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Dalam kesemua aspek ini kita boleh melihat antara elemen penting yang
perlu ada dalam aspek pelaksanaan Kerajaan Elektronik. Terdapat tujuh
pegangan asas (milestones) bagi melahirkan kerajaan yang benar-benar
melaksanakan aplikasi Kerajaan Elektronik.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Integrasi dan penggabungan.


Pembangunan ekonomi.
E-demokrasi.
E-masyarakat.
Perhubungan antara agensi-agensi kerajaan.
Dasar persekitaran.
Penggunaan internet yang meluas.

Sehubungan itu, setiap asas adalah saling bergantungan sama ada di


peringkat kerajaan dan swasta. Rakyat pula memainkan peranan dalam usaha
merealisasikan agenda kerajaan tersebut.
Selain daripada menggalakkan penglibatan rakyat, ruang siber juga
diunjurkan sebagai panakea atau penyelesaian kepada kebanyakan masalah
politik yang dialami kini. Tidak dapat dipastikan adakah perkara yang sama
akan berlaku di negara ini. Perkara ini begitu diyakini di Amerika.
Apabila majoriti rakyat mempunyai komputer dan capaian kepada internet
serta mula mengundi dalam semua isu, kita diberitahu kesemua masalah
perwakilan dalam sistem demokrasi akan dapat diatasi. Ia boleh
menggalakkan penglibatan rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan
kedaulatan kerajaan.
Penglibatan awam merupakan perkongsian antara diri kita sebagai rakyat
dengan kerajaan. Ia merupakan penerimaan cabaran untuk
bertanggungjawab dan penglibatan yang mengatasi kepentingan diri serta
memungkinkan perubahan tingkah laku, kebiasaan dan sikap dalam
membina prasarana sosial baru.
151

Selain itu, terdapat beberapa komponen dalam pentadbiran kerajaan yang


menjurus ke arah penyertaan awam dalam pembuatan keputusan seperti
Good Governance, Virtuous Administration serta Kod Etika sama ada melibatkan
rakyat mahupun wakil rakyat.
SOALAN DALAM TEKS
14.

Bincangkan tujuh pegangan asas (milestones) bagi


melahirkan kerajaan yang benar-benar melaksanakan
aplikasi Kerajaan Elektronik.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.6

KOD ETIKA BAGI AHLI PARLIMEN KERAJAAN

Kesungguhan kerajaan dilihat ketara apabila wujud usaha dan tindakan yang
terarah bagi memastikan tidak berlaku banyak masalah di kalangan wakil
rakyat yang dipilih dan dalam masa yang sama berperanan untuk
menyatakan pandangan rakyat keseluruhannya. Mandat dan sokongan yang
diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya 2004 jelas
menunjukkan sokongan padu yang diberikan kepada kerajaan yang
memerintah. Jika sokongan ini tidak dihargai, maka kemungkinan sokongan
yang akan diterima pada pilihan raya seterusnya boleh dijadikan
tandatangan. Justeru, kepimpinan kerajaan melalui Perdana Menteri YAB
Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah menggariskan kod etika yang
perlu dipatuhi oleh ahli Parlimen kerajaan agar usaha mereka akan menjadi
kayu pengukur terhadap keberkesanan dan sejauh manakah penglibatan
rakyat dalam menentukan hala tuju negara.
Bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen,
adalah penting bagi Parlimen menjadi sebuah institusi yang secara kolektif
bersifat amanah, telus, bertanggungjawab serta ahli-ahlinya benar-benar
berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Justeru, ada keperluan bagi
Ahli Parlimen Kerajaan mengguna pakai suatu kod etika yang akan
menjamin kewibawaan dan seterusnya membantu mereka melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka oleh rakyat.
Kod Etika bagi Ahli Parlimen Kerajaan akan membantu Ahli Parlimen
Kerajaan melaksanakan sumpah yang telah dilafazkan dan membolehkan
mereka melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab terhadap Parlimen,
penduduk bahagian yang diwakili dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Kod etika ini adalah penting kerana akhlak dan sebarang tindakan Ahli
Parlimen Kerajaan secara rasmi atau peribadi akan mencerminkan

152

kewibawaan kerajaan serta mempunyai implikasi terhadap masyarakat dan


negara.
Adakah kod etika bagi ahli parlimen kerajaan benar-benar
berperanan?

Penting bagi Ahli Parlimen yang telah dipilih memberi perkhidmatan yang
cemerlang kepada rakyat, menjaga nama baik kerajaan dan negara serta tidak
terbabit dalam sebarang unsur-unsur rasuah serta salah guna kuasa. Dalam
hubungan ini, kejujuran dan integriti menjadi tonggak penting Kod Etika
bagi Ahli Parlimen Kerajaan yang menerapkan prinsip penting dan sejagat
yang ada dalam Rukun Negara, Pelan Integriti Nasional, Manifesto Barisan
Nasional serta Tonggak Dua Belas Penerapan Nilai, Norma dan Draf Etika
Perkhidmatan, Perkhidmatan Awam. Perkara yang ada dalam kod etika ini
merangkumi nilai yang diharapkan oleh rakyat mengenai peranan Ahli
Parlimen sebagai wakil mereka dalam kerajaan yang memerintah.
Terdapat empat elemen penting yang digariskan dalam kod etika ini iaitu
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Kewajipan terhadap Parlimen.


Tata laku atas sifat rasmi.
Tata laku secara am.
Pengisytiharan harta.
(http://www.pmo.gov.my).

Kod perkhidmatan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) antara lain bertujuan
memastikan wakil rakyat tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, rasuah,
serta tidak melanggar undang-undang dan tidak terlibat dalam kegiatan
jenayah. Dalam masa yang sama, wakil rakyat BN juga dikehendaki mengisi
satu sistem kad laporan kemajuan untuk menilai prestasi perkhidmatan pada
setiap tiga bulan. Kad laporan kemajuan itu akan diperiksa dan mereka akan
bertanggungjawab bagi tindakan masing-masing ataupun kurangnya
tindakan pada pihak mereka.
SOALAN DALAM TEKS
15.
16.

Apakah yang dimaksudkan dengan kod etika wakil


rakyat?
Nyatakan empat elemen penting yang terkandung
dalam kod etika wakil rakyat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

153

6.7

KESIMPULAN

Aspek penyertaan awam dalam pembuatan keputusan bukan merupakan isu


sampingan yang boleh dinafikan ataupun dibiarkan begitu sahaja. Elemen
penyertaan awam ini merupakan satu perkara pokok yang perlu diberikan
perhatian khusus bagi memaksimumkan penyertaannya. Ruang ini jika boleh
diperbaiki akan dapat membawa masuk banyak idea-idea baru untuk tujuan
pembangunan dan kemantapan. Ruang yang diberikan oleh pihak yang
berkepentingan dapat digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat untuk
sama-sama terlibat dan bertanggungjawab atas dasar dan tindakan yang
dibuat. Rakyat dan masyarakat awam tidak akan mempunyai ruang yang
terlalu banyak untuk mengkritik sekiranya sesuatu tindakan itu gagal kerana
mereka turut terlibat dalam pembuatan keputusan tersebut. Penyertaan
awam akan dapat membawa banyak faedah sama ada kepada rakyat, parti,
kerajaan dan organisasi. Walau bagaimanapun, elemen penyertaan itu perlu
spesifik dan jelas sebagaimana yang telah dibincangkan. Ini bertujuan agar
individu yang terlibat benar-benar faham dan tahu akan komitmen yang
dijalankan dengan ilmu dan pengetahuan yang terperinci agar keputusan
yang dibuat benar-benar mencerminkan hasrat rakyat kebanyakan dan
bukannya untuk golongan tertentu sahaja. Justeru, jelas kepada kita bahawa
pihak kerajaan perlu memberikan sedikit ruang kepada rakyat namun ada
kekangan dan garis panduan tertentu diperuntukkan agar penyertaan rakyat
tidak menjadi sia-sia malah dapat membawa kemakmuran dan
pembangunan kepada agama, bangsa dan negara.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyertaan awam dan bagaimana


keterlibatan rakyat dalam hal ini?
Bincangkan bentuk-bentuk penyertaan awam di Amerika Syarikat.
Huraikan elemen-elemen penting dalam merealisasikan penyertaan
awam yang benar-benar kompeten dan telus.
Bincangkan peranan masyarakat sivil dalam aspek penyertaan dan
pembuatan keputusan.
Bincangkan kesan-kesan yang wujud daripada penyertaan awam.
Gariskan empat langkah keterlibatan awam dalam proses pembuatan
keputusan.
Perincikan isu-isu penting yang menggambaarkan keterlibatan rakyat
dalam proses pembuatan keputusan.
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

154

Vous aimerez peut-être aussi