Vous êtes sur la page 1sur 30

BAB 2

TEORI-TEORI ETIKA

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1.
Mendefinisikan teori-teori etika dalam pengurusan awam.
2.
Mengenal pasti teori-teori penting berkaitan dengan etika yang
telah diperkenalkan oleh para sarjana dan ilmuwan.
3.
Menjelaskan elemen-elemen penting yang wujud dalam setiap
teori.
4.
Menerangkan perbezaan antara aspek etika, kesamarataan dan
pengasingan kuasa.
5.
Membandingkan antara teori-teori dalam etika.
6.
Menganalisis pelaksanaan di dalam organisasi.
2.1

PENGENALAN

Isu etika bukan merupakan satu isu sampingan yang hanya boleh dibincang
di warung kopi, kafeteria atau kawasan-kawasan yang tiada suasana formal.
Etika merupakan satu isu nasional malah ia juga telah menjadi isu
antarabangsa iaitu setiap hari ada saja perbincangan kritis mengenainya.
Bahkan etika turut memperlihatkan tentang budaya dan budi bahasa
sesebuah negara dan bagaimana warganegaranya mempraktikkan elemen
etika. Demikian juga halnya dengan dengan masyarakat dan negara kita
apabila kita menyentuh isu yang berkaitan dengan etika di negara kita.
Terdapat banyak isu etika yang boleh diketengahkan bagi menilai tahap etika
yang ada pada rakyat kita secara keseluruhan. Etika boleh ditinjau dari
pelbagai aspek dan sudut. Etika boleh dilihat dari perspektif politik,
organisasi malah etika turut dilihat secara individu. Ia merangkumi budi
bahasa, tindakan, peradaban, perbuatan malah apa jua yang dibuat oleh
individu tersebut boleh diklasifikasikan sebagai beretika ataupun tidak.
Sebagai contoh, kita lihat dari aspek memandu. Bagaimana budaya
memandu rakyat kita? Kita boleh lihat dan dengar banyak masalah dan
kemalangan yang berlaku terutamanya ketika musim perayaan. Kemalangan
demi kemalangan berlaku sama ada melibatkan kehilangan jiwa atau cedera
parah. Berita ini akan menghiasi dada-dada akhbar nasional, yang
kebanyakannya berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri. Adakah
kecuaian itu datang dengan sendiri tanpa ada tindakan daripada manusia?
Jika begitu tanggapannya pasti kita akan mengatakan bahawa segalanya
11

merupakan takdir dan ketentuan daripada Allah S.W.T. Demikian juga


halnya jika kita tidak beretika ketika menjalankan tugas apatah lagi kita
merupakan individu yang boleh membuat keputusan yang besar. Maka akan
berlaku banyak penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa hasil daripada
tindakan yang tidak beretika.
Begitu juga jika individu itu malas belajar dan tidak mempunyai waktu untuk
mentelaah pelajaran, maka dalam peperiksaan dia akan melakukan
kecurangan akademik, iaitu meniru. Akhirnya dia ditangkap dan dibuang
daripada universiti kerana tindakan tersebut. Implikasinya kita akan
menyalahkan takdir dan mengatakan, segalanya memang telah ditentukan
oleh Allah.
Dalam satu situasi lain jika kita memandu dalam keadaan mengantuk dan
terlibat dalam kemalangan, maka kita juga akan mengatakan itu merupakan
ketentuan Allah. Memang kita tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya sesuatu
kejadian telah berlaku, tetapi sebelum sesuatu yang buruk itu berlaku, jika
kita menggunakan akal fikiran kita iaitu memandu dengan berhati-hati dan
cermat, maka perkara tersebut boleh kita elakkan. Bagi melihat situasi
kemalangan yang berlaku dalam negara, para pelajar boleh merujuk statistik
dalam Jadual 2.1 untuk melihat peningkatan statistik kemalangan bagi tahun
1997 sehingga 2003.
Jadual 2.1
Trafik
Statistik Kemalangan Jalan Raya
Kemalangan
Kemalangan

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

Maut

5,703

5,190

5,219

5,440

5,230

5,372

5,634

Parah

12,158

10,129

8,536

8,067

6,942

6,706

7,163

Ringan

32,204

33,071

31,241

28,778

30,684

30,319

31,357

Kerosakan

165,567 162,644 178,170 208,144 222,319

236,840

254,499

Jumlah

215,632 211,034 223,166 250,429 265,175

279,237

298,653

Kecederaan
Kemalangan

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

Maut

6,302

5,740

5,794

6,035

5,849

5,887

6,286

Parah

14,105

12,068

10,366

9,790

8,680

8,424

9,040

Ringan

36,167

37,896

36,777

34,375

35,944

35,171

37,415

Jumlah

56,574

55,704

52,937

50,200

50,473

49,482

52,741

Sumber :

Cawangan Perhubungan Awam, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.
rmp@rmp.gov.my

12

Jadual ini memperincikan kepada kita kemalangan jiwa dan kecederaan yang
dialami dari tahun 1997 sehingga 2003 yang membawa kepada berlakunya
banyak insiden yang mengakibatkan kehilangan jiwa. Peningkatan
kemalangan setiap tahun boleh kita hindarkan ataupun setidak-tidaknya
dikurangkan statistiknya jika kita mempunyai kesedaran dan etika yang tinggi
dan disuburkan dalam jiwa kita. Kesemua ini boleh dilakukan asal ada
kesungguhan dan kemahuan bagi memupuk etika yang tinggi untuk
membentuk jati diri mapan. Dalam masa yang sama kita mampu untuk
mengawal diri daripada tindakan yang tidak berfaedah. Manusia telah
dianugerahkan akal oleh Allah maka kita perlu memikirkan tindakan yang
boleh kita lakukan serta memberi kebaikan kepada kita. Ini termasuklah
bagaimana kualiti etika peribadi seseorang. Kualiti etika inilah yang bakal
menentukan sama ada kita individu yang bermoral ataupun sebaliknya.
Etika turut berkait rapat dengan hati, tindakan, pendirian dan kekuatan
pegangan agama individu. Bukan sedikit isu yang melibatkan etika dan
moral tetapi banyak lagi isu yang mempertikaikan etika dan moral seseorang
individu. Selain daripada isu kemalangan terdapat beberapa isu yang patut
kita rujuk bagi menilai tahap etika dan moral ini seperti salah guna kuasa,
penyelewangan, rasuah, politik wang dan pelbagai perkara negatif yang lagi.
Justeru inilah peranan yang boleh dimainkan oleh teori dan konsep bagi
menilai dan melihat kualiti etika dan bagaimana etika dan moral ini boleh
kita aplikasikan bagi mendapatkan hasil yang maksimum.
2.2

TEORI-TEORI ETIKA DAN MORAL

Perkataan moral berasal dari akar kata Latin (mos, moris) yang sama dengan
kata etika (ethos) dalam bahasa Yunani. Ia membawa maksud 'adat
kebiasaan'. Walau bagaimanapun, ada kalanya dua istilah ini dianggap
berbeza iaitu istilah etika dipakai untuk menyebut ilmu dan prinsip dasar
penilaian baik buruknya perilaku manusia. Manakala istilah moral dipakai
untuk menunjukkan peraturan dan norma yang lebih konkrit bagi penilaian
baik buruknya perilaku manusia. Ajaran moral bersifat nasihat-nasihat
konkrit supaya manusia hidup dalam keadaan baik. Misalnya, jangan
mencuri, bersumpah bohong, berzina dan mengamalkan perbuatan yang
tidak baik. Manakala etika pula merupakan kajian ilmiah terhadap ajaran
moral tersebut (http://www.geocities.com/asetyawansj/keutamaanmoral.
htm).
(a)

Etika menurut Scorates

Etika atau falsafah moral merupakan suatu usaha yang berterusan dan
bersistematik untuk memahami dan melaksanakan konsep serta prinsip
moral. Ia merangkumi elemen sama ada tindakan yang diambil betul, salah,
dibenarkan, tidak dibenarkan, tindakan yang baik ataupun tindakan yang
merosakkan sama ada oleh individu, masyarakat dan organisasi (Pojman,
L.P., 1998: 1).

13

(b)

Etika menurut Aristotle

Etika dilihat sebagai satu tingkah laku dan perbuatan yang mengamalkan
secara teori dan praktikal. Ia juga merupakan suatu keunggulan (art Yunani) yang menunjukkan bahawa seseorang mampu melaksanakan fungsi
utama dengan baik. Apa itu fungsi utama manusia? Akal pekerti! Bagi
Aristotle, akal budi manusia menjadi dasar dalam kehidupan manusia.
Aristotle membezakan keunggulan akal budi menjadi dua iaitu, pemikiran
atau teori akal budi (the excellence of pure thought) dan pelaksanaan akal budi (the
excellence of applied thought).
(c)

Etika menurut Thomas Aquinas

Tidak banyak bezanya dengan Aristotle, Thomas Aquinas melihat etika


sebagai
(i)
Suatu kebiasaan atau keperluan untuk berbuat baik.
(ii)
Suatu tingkah laku untuk bertindak secara baik.
(iii)
Kualiti etika yang baik membantu untuk menjalani kehidupan
dengan harmoni dan telus.
(http://www.geocities.com/asetyawansj/keutamaanmoral.htm).
Sehubungan itu, bagi membincangkan lebih lanjut tentang etika dan moral
ini para pelajar akan didedahkan dengan dua teori penting dalam etika dan
moral iaitu consequentalist theory serta nonconsequentalist theory.
Bagaimana etika pada pandangan anda? Bagaimana etika ini
dipraktikkan di tempat kerja anda?
2.2.1

Consequentialist Theory Theory of Morality (Teleological)

Apabila kita membicarakan tentang isu moral dan etika, terdapat dua
pandangan utama kewujudannya berasaskan kepada sejarah etika. Pertama
dikenali sebagai consequentalist theory yang menekankan akibat daripada
sesuatu tindakan manakala yang kedua dikenali sebagai nonconsequentalist yang
menekankan kepada bukan akibat daripada sesuatu tindakan. Bagi lebih jelas
lagi kita akan melihat satu-persatu tentang teori consequentalist ini.
Teori consequentalist turut dikenali sebagai teori teleological. Teori ini
menekankan sama ada tindakan dan keputusan yang dibuat itu baik atau
buruk dan betul atau salah bergantung kepada akibat daripada tindakan atau
keputusan tersebut. Dalam apa jua situasi yang berlaku kesan atau akibat
yang baik daripada sesuatu tindakan dilihat sebagai tindakan yang bermoral
dan beretika. Walau bagimanapun, teori consequentalist ini tidak akan memberi
panduan dan maklumat melainkan ia digabungkan dengan teori serta
melihat kepada akibat dan kesan daripada sesuatu tindakan itu. Dalam
membicarakan teori consequentalist terdapat dua teori utama yang boleh
diperincikan untuk maklumat para pelajar. Kedua-dua teori ini berpendapat
14

bahawa manusia sepatutnya bertingkah laku serta mempunyai perangai yang


baik, di samping perlu untuk menghasilkan sesuatu yang baik.
(a)

Ethical egoism

Apakah yang dimaksudkan dengan ethical egoism? Ia tidak semestinya


bermaksud mementingkan diri sendiri (selfishness) atau mempunyai
kepentingan sendiri (self-interest). Apakah akan berlaku jika kedua-dua
komponen ini ada di dalam diri seseorang individu? Sikap mementingkan
diri sendiri akan menyebabkan seseorang individu itu menggunakan apa saja
ruang yang ada agar dirinya secara peribadi akan memperoleh pelbagai
kemudahan dan peluang. Jika ini berlaku, maka sudah pasti masyarakat akan
membenci, marah, meluat serta akan melayan individu itu terbabit dengan
tidak sopan dan biadap kesan daripada tingkah laku individu tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan selfish dan self-interest? Walaupun ia
seakan-akan sama namun dari segi istilahnya selfish boleh diklasifikasikan
sebagai sikap mementingkan diri sendiri manakala self-interest pula ialah
tindakan ataupun keputusan yang dibuat berlandaskan kepentingan diri serta
membelakangkan orang lain. Bagaimana kita boleh membezakan kedua-dua
istilah ini?
Jika individu mementingkan diri sendiri, tindakan yang kita buat hanyalah
atas faedah dan kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain.
Contoh jelas yang boleh kita gambarkan terhadap selfish ini antaranya ialah
perokok dan mereka yang tidak merokok. Bagi perokok mereka ini
bertindak secara selfish jika merokok di kawasan terbuka dan dalam komuniti
masyarakat. Ini kerana mereka yang merokok tidak langsung
memperdulikan masyarakat yang tidak merokok kerana terpaksa menghidu
asap yang dihasilkan oleh perokok. Banyak kajian menunjukkan kaitan
langsung antara tabiat merokok dan penghidap barah paru-paru. Malah,
kadar kematian di kalangan perokok yang kerap (heavy smoker) 20 kali lebih
tinggi daripada orang yang tidak merokok. Presiden American Health
Foundation, Dr. Ernest I Wynder, menggariskan seorang yang kuat
merokok sekurang-kurangnya menghisap dua kotak rokok sehari dan
merokok setiap hari tanpa henti, berisiko melebihi 100 peratus menghidap
barah paru-paru. Kajian juga menunjukkan, orang yang menghidu asap
rokok hampir setiap masa, turut berisiko menghidap barah paru-paru. Asap
rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 bahan sampingan seperti logam,
toksid dan gas pencemar, merosakkan rerambut silia yang meliputi rongga
udara (http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan.htm).
Ini jelas membuktikan sifat selfish perokok yang tinggi tanpa memperdulikan
langsung masyarakat yang tidak merokok. Di samping itu, perokok turut
tidak mempedulikan asap rokok mereka sehingga mengganggu individu
yang tidak merokok. Ini memperkukuhkan lagi sikap selfish yang ada pada
diri perokok. Justeru selepas ini para pelajar yang merokok boleh
mengambil sedikit tindakan yang beretika agar tidak mempunyai sikap selfish
15

dalam diri. Antara tindakan yang boleh diambil oleh perokok ialah
menjauhkan diri daripada masyarakat apabila timbul keinginan untuk
merokok dan pelbagai tindakan lain.
Manakala bagi self-interest pula, jika kita mengamalkan gaya sebegini kita lihat
bagaimana tindakan dan keputusan yang dibuat oleh ibu bapa kita semasa
membesarkan kita. Adakah tindakan dan keputusan yang dibuat oleh
mereka berasaskan kepada selfish ataupun self-interest? Tindakan yang dibuat
oleh ibu bapa kita bertujuan semata-mata untuk kebaikan dan kepentingan
anak mereka tanpa memperdulikan diri mereka. Ini semua ialah untuk
kepentingan anak-anak mereka. Sikap ini boleh dilihat apabila ibu bapa kita
melarang daripada bergaul dengan budak nakal, merokok, mencuri, menipu
dan sebagainya yang bertujuan supaya anaknya itu akan menjadi orang
berguna apabila dewasa kelak.
Justeru apa yang ditekankan oleh ethical egoism ialah manusia patut bertindak
untuk keuntungan serta kepentingan diri mereka sendiri dan bukannya
mementingkan diri sendiri. Wujud tiga bentuk kemungkinan dalam
memperkatakan ethical egoisme.
1.

Individual ethical egoisme states that everyone ought to act in my selfinterest

Mentakrifkan bahawa setiap individu patut bertindak sebagaimana yang saya


buat berasaskan kepentingan saya.
2.

Personal ethical egoisme states that I ought to act in my own self-interest


but that I make no claims about what anyone else ought to do

Mentakrifkan bahawa saya patut bertindak berasaskan apa kepentingan saya


tetapi saya tidak boleh memaksa dan mempertikaikan apa yang individu lain
ingin lakukan jika ia bertentangan dengan tindakan saya.
3.

Universal ethical egoisme states as its basic principle that everyone

should always act in his or her self interest regardless of the interests of others
unless their interests also serve his or hers (Thiroux, J.P., 1995: 42).

Mendefinisikan bahawa setiap individu tertakluk kepada satu prinsip asas


yang perlu dipatuhi oleh semua.
Kesan daripada kemungkinan tersebut maka wujud tiga pandangan yang
berbeza bagi menyokong ethical egoisme. Ketiga-tiga pandangan tersebut ialah
1.

Altruism is demeaning

Altruism bertentangan dengan selfish iaitu ia lebih merujuk kepada sikap yang
baik hati, pemurah dan tidak mementingkan diri sendiri. Timbul persoalan
sebagaimana menurut Friedrich Nietzsche yang mengatakan bahawa altruism
16

tidak akan bermakna kerana ia lebih mementingkan orang lain. Jelas, ini
akan menjadi lebih negatif kerana kita meletakkan individu tertentu lebih
tinggi berbanding individu yang lain. Maka akan wujud satu ruang yang
membezakan antara individu dengan individu lain dalam masyarakat.
Menurut Nietzsche ini akan menimbulkan konflik dan rasa tidak puas hati
antara satu sama lain. Mengapa orang lain lebih penting, tetapi saya tidak
penting?
2.

Acting selfishly creates a better world

Namun, ada juga pandangan yang menyokong sikap pentingkan diri sendiri.
Jika wujud sikap pentingkan diri sendiri dalam diri setiap individu maka
setiap seorang daripada kita dapat menjaga diri kita dengan baik dan
bersungguh-sungguh dan secara keseluruhannya akan memberi impak yang
besar bagi membentuk masyarakat dan negara yang lebih aman dan
harmoni. Ini boleh dilakukan kerana setiap daripada kita tahu akan kebaikan
yang ada dalam diri sendiri.
3.

It doesnt result in such a different world after all

Bagi pandangan ini pula ia tidak akan memberikan apa-apa kesan. Ini kerana
masyarakat sudah pun bertindak mementingkan diri sendiri, cuma berpurapura mempunyai sikap yang pemurah dan tidak mementingkan diri mereka
sendiri. Apabila wujud sikap berpura-pura maka ia tidak akan memberikan
kesan yang positif dan baik kerana individu itu tidak ikhlas dalam perbuatan
dan tindakannya. Justeru kita perlu keluar dari kepompong kepura-puraan
dan menghindarkan sifat hipokrit yang ada dalam diri agar dapat membina
satu kehidupan yang kondusif serta harmoni.
Beberapa kebenaran tentang ethical egoism ialah
(i)
(ii)
(b)

Kadang kala self-interest menyamar sebagai pemurah dan tidak


mementingkan diri sendiri.
Etika tidak patut mempertikai dan memperlekehkan kepentingan
self-interest.

Utilitarianism

Utilitarianism merupakan teori etika iaitu arkitek utamanya ialah Jeremy


Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Teori ini berasal
daripada perkataan utili yang bermaksud usefulness (Thiroux, J.P.,1995: 48).
Asas kepada utilitarian ialah tindakan itu dianggap bermoral jika kesan
daripada tindakan tersebut menghasilkan sesuatu yang baik. Malah ia bukan
sekadar itu sahaja tetapi bagi utilitarianism ia turut menerangkan bahawa
manusia secara keseluruhan patut dan perlu bertindak atau membuat
keputusan untuk keuntungan semua pihak tanpa mengira bangsa, kaum dan
agama. Dalam perkara ini utilitarianism terbahagi kepada dua iaitu

17

1.

Act utilitarianism

Setiap daripada individu perlu berusaha dan memastikan agar tindakan yang
dibuat boleh memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat dan bukannya
untuk kebaikan individu semata-mata. Setiap individu itu berbeza antara
satu sama lain. Justeru untuk meletakkan satu tanda aras bagi menyatakan
tindakan, agak sukar maka perlulah menjadi keutamaan setiap individu agar
dapat mengeluarkan apa yang terbaik yang ada dalam diri masing-masing
agar ia dapat digembleng secara bersama untuk menghasilkan sesuatu yang
baik untuk semua.
Bagaimana kita mahu memastikan tindakan yang kita buat boleh
mendatangkan kebaikan kepada semua pihak? Sebagai satu contoh dari segi
percakapan dan tindakan yang dibuat sama ada mahu bercakap betul
ataupun berbohong? Sudah tentu bercakap betul akan mendatangkan kesan
yang baik tetapi sejauh mana? Bagaimana mungkin kita berbohong akan
mendatangkan faedah kepada semua? Bagi yang berfahaman act utilitarian,
mereka melihat kepada kesan sesuatu perbuatan terhadap apa yang mereka
putuskan.
Secara umum kita melihat perbuatan membunuh merupakan satu perbuatan
keji dan terkutuk. Walau bagaimanapun, adakah salah tindakan kita
membunuh atas dasar untuk melindungi diri kita yang diganggu gugat oleh
oleh lain yang jika kita tidak bertindak mempertahankan diri kita maka
mungkin kita pula yang akan terbunuh. Contohnya, kita boleh lihat
bagaimana seseorang yang dirompak dan ingin dibunuh. Tindakan individu
yang dirompak bertindak balas boleh dilihat sebagai satu tindakan untuk
mempertahankan diri. Jika perompak itu terbunuh maka individu yang
dirompak tidak boleh dipersalahkan kerana ia bertujuan untuk
mempertahankan dirinya.
2.

Rule Utilitarianism

Rule utilitarianism sedikit berbeza dengan act utilitarianism. Jika act lebih
menekankan kepada sesuatu tindakan maka rule pula menekankan kepada
peraturan dan undang-undang yang perlu diikut oleh setiap individu agar
dapat memberi kebahagiaan kepada masyarakat. Justeru dalam apa jua
situasi dan keadaan sama ada terpaksa atau tertekan, masyarakat akan diadili
dan bernaung di bawah peruntukan dan undang-undang. Tidak akan ada
sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang bagi apa jua alasan.
Peraturan dan undang-undang yang dibentuk perlu baik dan merangkumi
keseluruhan masyarakat agar dapat memberi kesan positif kepada
masyarakat. Begitu juga dengan contoh membunuh tadi bagi act utilitarian.
Membunuh itu sendiri sebagai sesuatu yang negatif maka di peringkat awal
lagi ia tidak dibenarkan atas apa juga tujuan. Ini penting kerana nyawa bukan
merupakan hak dan ketentuan manusia untuk dipisahkan daripada jasad.

18

Bagi rule utilitarian juga, ia merupakan sesuatu yang merbahaya membiarkan


manusia menentukan tahap dan nilai etika tanpa ada suatu undang-undang
yang berkaitan sebagai satu garis panduan dan pegangan (Thiroux, J.P.,
1995: 48-51).
Apa yang anda faham tentang Teori Etika Consequentalist ini.
Pada pandangan anda bagaimana teori ini mendatangkan
kesan kepada anda dan organisasi secara peribadi.

SOALAN DALAM TEKS


1.
2.

Nyatakan elemen penting yang terkandung dalam


Teori Consequentalist.
Nyatakan DUA (2) komponen yang terkandung
dalam utilitarianisme.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Non-Consequentialist Theory (Deontological)


Teori non-conseqeuntialist atau turut dikenali sebagai teori deontological tidak
melihat kesan atau keputusan tindakan seseorang individu tetapi perbuatan
atau tindakan yang dilakukan dilihat sebagai satu yang penting yang
menentukan sama ada bermoral atau sebaliknya. Sebagaimana utilitarian,
deontological turut terbahagi kepada dua iaitu act dan rule.
(a)

Act non-consequentalist theories

Bagi act non-consequentalist mengandaikan bahawa tiada satu peraturan dan


undang-undang asas melainkan bergantung kepada sesuatu tindakan,
individu dan situasi sesuatu perkara itu berlaku yang sukar untuk
digeneralisasikan (Thiroux, J.P., 1995: 64-65).
Bagi act non-consequentalist, ia lebih melihat kepada situasi tindakan itu dibuat
sama ada bersesuaian ataupun sebaliknya. Tindakan yang dibuat perlu
bersesuaian dengan situasi. Keputusan yang dibuat oleh act non-consequentalist
lebih bersifat institutionistik. Ini bermakna keputusan dan tindakan yang
dibuat oleh act non-consequentalist adalah berlandaskan tindakan dan perasaan
pada ketika itu bergantung kepada situasi ia berlaku tanpa merujuk kepada
sebarang perundangan atau peraturan. Ia berlandaskan kepada pegangan
ataupun kepercayaan individu terbabit. Berdasarkan kenyataan ini, act nonconsequentalist lebih berlandaskan kepada sifat individualistik yang tinggi.
Individu ini akan merasakan bahawa perasaan yang timbul dan tindakan
yang dibuat adalah betul berasaskan keadaan situasi tersebut. Antara slogan
19

yang paling popular bagi act non-consequentalist pada tahun 1960-an ialah, if it
feels good do it, dan do it your own thing (Thiroux, J.P., 1995: 65).
(b)

Rule non-consequentalist theories

Bagi rule non-consequentalist pula, hanya dengan berpandu kepada peraturan


dan undang-undang saja mampu untuk memupuk etika dan tindakan yang
baik. Justeru akibat daripada sesuatu tindakan tidak dilihat sebagai satu yang
penting kerana melalui undang-undang semuanya akan berjalan dengan baik
asalkan semua patuh pada undang-undang tersebut. Ini penting bagi
memupuk etika yang baik maka kepatuhan kepada peraturan dan undangundang perlu. Bagi rule non-consequentalist terdapat dua teori yang dijadikan
asas dan sandaran bagi fahaman ini iaitu
1.

Divine Command Theory

Menurut Divine Command Theory, etika tidak bergantung kepada akibat


daripada tindakan dan undang-undang, begitu juga dengan self interest dan
selfish tetapi ia bersifat lebih daripada itu. Ia berpegang kepada yang lebih
mutlak iaitu Siapa yang menjadikan manusia?, Siapa yang mengawal
segalanya?, Bagaimana dengan kewujudan manusia dan semua ketentuan
tersebut?. Dalam konteks ini Allah (tuhan) telah menetapkan keperluan
untuk manusia bagaimana untuk hidup dan telah mengajar manusia
bagaimana untuk menjadi baik dan menolak perkara yang buruk.
Sehubungan itu, manusia akan dapat berbuat baik dan melakukan perkara
yang beretika selagi berpegang pada ajaran, patuh pada arahan dan
meninggalkan larangan.
Persoalan yang timbul ialah bagaimana dengan golongan yang tidak
mempercayai agama hendak menentukan tindakan mereka sama ada
bermoral atau tidak? Apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai asas
agama pasti tidak dapat mengaplikasikan satu garis panduan tentang
peradaban yang beretika.
2.

Kants Duty Ethics

Ia turut dikenali sebagai Duty Ethics yang diasaskan oleh Immanuel Kant
(1724-1804) yang mengandungi beberapa etika asas seperti
(i)

The good will

Kant berpendapat bahawa tidak ada yang baik melainkan good will.
Kemahuan untuk melakukan perkara yang baik merupakan satu instrumen
yang boleh diguna pakai dalam mencapai etika kerja yang baik. Kemahuan
itu datangnya daripada kehendak manusia untuk mematuhi undang-undang,
peraturan dengan menolak kepada kepentingan dan mementingkan diri
sendiri.

20

(ii)

Establishing morality by reasoning alone

Selepas menekankan kepada good will, Kant melihat perkara kedua penting
ialah untuk membentuk dan menyuburkan aspek serta perkara perundangan
bagi etika. Ini penting kerana bukan hanya terletak kepada ketentuan, nasib
dan apa yang telah ditentukan oleh pencipta tetapi niat dan perbuatan
manusia itu penting dengan bersandarkan kepada beberapa peraturan dan
undang-undang.
(iii)

The categorical imperative

Bagi elemen categorical imperative, Kant menekankan bahawa ia boleh dilihat


dari pelbagai aspek. Paling jelas suatu tindakan itu tidak dilihat sebagai satu
tindakan yang bermoral jika peraturan yang diwujudkan itu tidak boleh
diikuti oleh sekalian manusia. Sebagai contoh menurut Kant, setiap kali
sebarang keputusan yang bermoral ingin dibuat, perlu bertanya apakah
peraturan yang akan dibuat? Adakah ia akan menjadi suatu undang-undang
universal yang akan dipatuhi oleh manusia? Sehubungan itu juga ia
menekankan bahawa jika manusia tidak boleh mengikut undang-undang
maka tindakan tersebut adalah jelas sebagai tidak bermoral.
Sebagai contoh, kita lihat seorang yang malas bekerja berfikir cara untuk
mendapatkan wang. Pastinya individu tersebut akan berfikir, Adakah aku
patut bekerja atau adakah aku patut mencuri? Jika mencuri bagaimana?.
Kant menjelaskan jika semua manusia berfikiran demikian akhirnya tiada
apa yang boleh dicuri kerana semua orang malas untuk bekerja. Hal yang
sama juga dikatakan oleh Kant tentang nyawa manusia iaitu tidak seorang
pun boleh dengan sewenang-wenangnya membunuh orang lain. Begitu juga
halnya dengan menggugurkan kandungan. Manusia dilarang untuk
menggugurkan kandungan dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang
alasan yang munasabah dan perlu bersifat kemanusiaan. Kesemua ini ada
peraturan dan undang-undang yang menuntut manusia perlu bertindak
mengikut garis dan peraturan yang telah ditetapkan.
(iv)

The practical imperative

Manusia atau individu tidak boleh dipergunakan untuk kepentingan individu


ataupun manusia lain. Dalam hal ini aspek ketelusan dan kesaksamaan perlu
bagi memastikan keadilan bukan seolah-olah dilaksanakan tetapi ia
dilaksanakan.
(v)

Duty rather than inclination

Taat dan patuh pada undang-undang semasa menjalankan tugas bagi


menghasilkan etika yang baik daripada mengikut gerak hati dan
kecenderungan diri terhadap sesuatu perkara. Bagi Kant, gerak hati dan
kecenderungan diri lebih bersifat emosi dan kurang rasional bergantung
kepada kekuatan individu masing-masing. Justeru dengan berlandaskan
21

kepada peraturan maka kecenderungan dan gerak hati itu boleh tersamping
dengan peraturan mengambil tempat (Thiroux, J.P., 1995: 68-70).
Apakah perbezaan yang jelas yang boleh dilihat oleh para
pelajar antara kedua-dua teori utama etika ini?

SOALAN DALAM TEKS

3.
4.

Nyatakan komponen penting dalam Teori NonConsequentalist.


Berikan LIMA (5) elemen yang terkandung dalam
Kants Duty Ethic:

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.3

KESAMARATAAN (EQUALITY)

Kesamarataan merupakan isu yang tidak boleh dikesampingkan. Dalam


mana-mana isu yang dibincangkan, elemen ini sering ke hadapan. Hak
kesamarataan di sisi undang-undang, sama rata antara lelaki dan perempuan,
hak sama rata pembahagian tugas atau jawatan penting dalam organisasi,
kedudukan wanita di parlimen dan kabinet. Kesemua ini jelas menunjukkan
kepada kita betapa penting isu kesamarataan bukan sahaja di sisi masyarakat
malah di sisi undang-undang.
Para sarjana terdahulu melihat elemen kesamarataan dalam pelbagai
konteks. De Tocqueville melihat kesamarataan wujud berlandaskan sebagai
satu hukuman kepada bangsa aristokrat yang zalim serta gagal dalam
mentadbir serta menjalankan tanggungjawab lalu membuka ruang bagi suatu
zaman baru yang lebih telus dan adil. Manakala Marx pula merujuk kepada
sistem kelas sosial iaitu menurut beliau kesamarataan sejati akan hanya
muncul selepas kemerosotan ataupun tiada lagi sistem kelas-kelas sosial
(Rohr, 1989: 97-98).
Denhart (2003:28), individu dan masyarakat melihat equality perlu
merangkumi tiga elemen iaitu kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan.
Melalui equality dalam ketiga-tiga komponen ini akan dapat membawa
kepada kehidupan yang selesa untuk melakukan apa saja selain daripada
kebebasan dan kebahagiaan asal saja tidak melangkaui peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan.

22

Equality terbahagi kepada dua konsep iaitu diskriptif dan normatif. Dari
aspek diskriptif equality boleh dirujuk kepada sifat dan hubungan antara
bidang yang spesifik. Oleh yang demikian tidak wujud satu entiti yang
dikatakan berkongsi entiti yang pelbagai. Ia boleh diterjemahkan sama ada
dalam bentuk individu, kumpulan, organisasi, parti dan sebagainya.
Manakala menurut Nicholas Capaldi, dari aspek normatif pula equality
merupakan pengertian lebih menghormati hak sama ada dari aspek individu,
masyarakat mahupun organisasi serta memahami entiti dengan dengan cara
yang terhormat. Sebagai contoh sekiranya seseorang mendapatkan sesuatu
rawatan, maka rawatan yang diberikan perlu telus, adil dan saksama
sebagaimana individu lain. Demikian juga jika mereka dikenakan hukuman
maka hukuman dan tindakan yang dikenakan perlu adil, telus dan tidak ada
perbezaan hukuman bagi kesalahan yang sama antara satu individu dengan
individu yang lain.
Equality sebagaimana menurut Capaldi boleh dibahagikan kepada beberapa
zaman iaitu
1.

Zaman purba/kuno

Masyarakat purba dilihat sebagai satu masyarakat yang organik iaitu tiada
arah yang jelas dan berlindung dalam entiti tersendiri. Selepas itu wujud
masyarakat yang lebih terbuka, konsep hamba abdi dan akhirnya kepada
pengenalan sistem demokrasi Athen. Dalam konteks ini, wanita dan hamba
abdi tersingkir dari istilah demokrasi. Mereka boleh diperlakukan apa saja
sebagaimana istilah yang sering digunakan iaitu, survival of the fittest. Siapa
yang kuat mampu memiliki segala-galanya dan siapa yang lemah akan
ketinggalan malah akan dibunuh sekiranya tidak diperlukan lagi. Ini di
peringkat awal walaupun wujud demokrasi tetapi tidak diamalkan
sebagaimana sepatutnya. Tiada kebebasan, tiada hak untuk diperjuangkan
dan tiada satu badan yang boleh dirayu agar membantu dan mengeluarkan
mereka daripada kepompong kezaliman.
Zaman Plato masih dianggap sebagai zaman purba/kuno namun beliau
banyak mendefinisi dan menyedarkan pelbagai pihak atas inisiatifnya sebagai
pemikir hebat ketika itu. Buku Republic karyanya telah mengupas isu tentang
masyarakat dan individu yang harmoni ataupun dikenali sebagai civil society.
Justeru Plato sering mengaitkan bahawa individu dan masyarakat perlu
dilayan dengan adil. Kesannya barulah impian dalam masyarakat sivil itu
akan dapat dicapai dan dijana oleh masyarakat keseluruhannya. Malah Plato
turut menekankan bahawa wanita harus mendapat hak yang sama
sebagaimana kaum lelaki (DeLue, S.M., 1997: 43-44).
Aristotle pula melihat equality sebagai, same treatment of similar persons. Ini
bermakna rawatan yang sama perlu diberikan kepada orang yang sama atau
dalam konteks yang lebih mudah lagi Aristotle menjelaskan kaedah tersebut
diberikan kepada individu yang mempunyai status dan kedudukan yang
23

sama. Ada kebenarannya dari segi pemikiran Aristotle sekiranya para pelajar
kaitkan dengan situasi yang berlaku kini. Jika seseorang mempunyai status
dan kedudukan yang tinggi maka ia akan diberikan layanan yang istimewa
tetapi jika individu itu merupakan rakyat kebanyakan maka ia akan
mendapat layanan yang setimpal dengan kedudukannya sebagai rakyat biasa.
Ini pasti akan berlaku jika kita lihat contoh rawatan yang diberikan di
hospital sama ada kerajaan mahupun swasta. Jika kita mampu untuk
membayar lebih maka kita akan mendapat layanan dan rawatan yang terbaik
tetapi sekiranya kita tiada kemampuan maka kita akan hanya memperoleh
rawatan yang bersesuaian dengan kos yang termampu untuk kita bayar.
Aristotle turut menekankan dua istilah penting dalam pemikiran iaitu
(i)
(ii)

2.

Excellence of pure thought Pemikiran atau idea cemerlang yang

diberi dan didedahkan oleh para sarjana adalah baik untuk menjadi
pedoman dan panduan manusia sejagat.
Excellent of applied thought Pemikiran semata-mata sebagai
satu teori dan konsep tidak akan ke mana-mana jika tidak diaplikasi
dan dijana dengan baik oleh setiap individu yang berkaitan. Justeru
merupakan sesuatu yang murni dan gemilang jika idea yang baik
dapat direalisasikan daripada menjadikan ia fantasi semata-mata.
Zaman pertengahan

Zaman ini merujuk kepada zaman kristianiti. Pada ketika itu usaha untuk
menghapuskan hamba abdi dilakukan dan dalam masa yang sama gereja
dilihat sebagai satu daripada mobiliti sosial untuk membentuk masyarakat
yang harmoni. Seterusnya membawa kepada zaman enlightenment (kesedaran),
zaman renaissance (pembaharuan), reformasi sehingga membawa kepada
zaman revolusi Perancis. Antara tokoh-tokoh Barat yang terlibat ketika
zaman ini ialah seperti John Locke, Condillac, David Hume, Edmund
Burke, Marx, Rousseau, Jeremy Bentham dan Montesquieu.
Abad ke-19 pula melihat sarjana seperti Tocqueville dan J.S. Mill
memperjuangkan aspek kesamarataan segi politik dan ekonomi. Ini dilihat
sebagai satu agenda yang mampu untuk mencapai taraf equality yang baik jika
kedua-dua elemen ini tidak disalahgunakan sama ada oleh ahli politik
mahupun pakar ekonomi.
3.

Zaman sekarang

Situasi yang wujud pada hari ini lebih merujuk kepada ekonomi liberal dan
bebas. Kekayaan merupakan aset utama sama ada individu ataupun negara.
Justeru masyarakat yang ada pada hari ini lebih peka serta tahu hak dan
kedudukan mereka malah dalam masa yang sama mereka turut dilindungi
oleh undang-undang. Jika kerajaan atau mana-mana pihak
mendiskriminasikan hak mereka, maka tindakan undang-undang akan
diambil.
24

Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa dengan suasana yang


lebih moden ada ketikanya pelbagai isu dan perkara dikesampingkan
ataupun terlepas pandang. Kepekaan dan kematangan masyarakat mampu
untuk mengubah keadaan ini. Salah satu yang boleh kita jadikan contoh
ialah tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan agihan
ekonomi yang adil selain daripada mengurangkan jarak ekonomi antara
kaum yang pada satu ketika dahulu menimbulkan masalah yang besar pada
negara. Maka kerajaan pada ketika itu telah merangka satu dasar yang
dinamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Perbincangan yang lebih menarik
boleh kita lihat dalam beberapa isu yang berkaitan dalam komponen equality.
SOALAN DALAM TEKS

5.

Nyatakan TIGA (3) zaman equality sebagaimana


menurut Capaldi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.3.1

Komponen-Komponen Equality

Komponen-komponen yang terkandung dalam equality merupakan antara


elemen penting yang menjadi tunjang perbincangan oleh para sarjana dahulu
dan kini. Terdapat enam komponen dalam equality untuk difahami oleh para
pelajar.
1.

Formal or foundational equality

Ia merupakan asas kepada elemen equality itu sendiri. Malah ia turut menjadi
panduan dan tunjang dalam membentuk dan merekayasakan pembangunan
dari aspek politik moden. Ini penting kerana secara asasnya semua manusia
inginkan keadilan, ketelusan dan yang paling penting mendapat hak yang
sama rata dalam komposisi yang sama. Ini merupakan antara nilai-nilai
kemanusiaan yang perlu dipenuhi bagi memastikan masyrakat yang ada
dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa ada sebarang rasa syak
wasangka antara satu sama lain.
Ia turut menyentuh asal mula manusia itu diciptakan oleh Tuhan dengan
mendapat hak dan kedudukan yang adil sama ada dari segi kehidupan,
kebebasan dan juga kekayaan (Jones,T., 2002: 152-153). Semuanya
bergantung kepada manusia untuk mencapai tahap tertentu berdasarkan
inisiatif dan usaha masing-masing. Ini sesuai dengan firman Allah yang
bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan
kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.
25

2.

Equal rights

Hak yang sama rata dan adil ini telah lama berkembang iaitu apabila mulamula perkataan demokrasi itu diketengahkan. Ia bukan lagi sesuatu yang
asing. Masyarakat manapun malah dalam negara manapun keadilan ini
dituntut oleh semua masyarakat. Apabila kita dilahirkan, kita mendapat hak
yang nyata dan ini telah dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita.
Setiap manusia yang dilahirkan, akan terpakai kepada undang-undang dan
peraturan. Ini merupakan asas yang mudah. Tidak ada siapa pun boleh
melangkaui kuasa undang-undang. Setiap warganegara perlu akur dan
menikmati kehidupan yang bebas sebagai warganegara. Dalam konteks
Malaysia, terdapat kontrak sosial yang telah dipersetujui antara kaum perlu
dipenuhi oleh warganegara sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain
bangsa. Sehubungan itu, individu boleh menikmati kehidupan berpandukan
kepada undang-undang yang dibentuk oleh negara (McNaughton, 1996: 23).
3.

Womens equality

Perjuangan kaum wanita bagi menuntut hak dan berjuang membela nasib
kaum mereka ini bermula sejak dari abad ke-19 lagi. Keruntuhan ekonomi
dan ketidakstabilan ekonomi dunia pada ketika itu memudahkan lagi
pergerakan dan percaturan kaum ini untuk mendapat pembelaan. Mereka
turut mendakwa jika diberi ruang dan peluang akan mampu mengubah nasib
dunia dari pelbagai aspek. Mary Wollstonecraft (1759-1797) merupakan
wanita Inggeris yang pertama berjuang dalam memartabatkan kaumnya serta
menuntut hak yang sama sebagaimana yang diperoleh oleh kaum lelaki
(McNaughton, N., 1996: 27).
Abad ke-20 memperlihatkan kebanyakan negara Barat memberi ruang dan
laluan kepada kaum ini. Mereka turut dibenarkan untuk mengundi dalam
proses pilihan raya. Namun, negara yang terjerumus dalam kemiskinan
seperti Afrika masih mengesampingkan wanita dan mereka tidak mendapat
equal rights yang selayaknya sebagaimana wanita negara lain. Begitu juga
dengan negara India. Status lelaki lebih tinggi berbanding wanita malah
dalam perkahwinan mereka, wanita yang akan meminang kaum lelaki.
4.

Equality of opportunity

Elemen ini menekankan kepada opportunity (peluang) yang sama perlu


diberikan kepada setiap individu yang bergelar manusia. Plato di dalam buku
The Republic telah menekankan bahawa sistem pendidikan perlu memberi
peluang yang sama kepada kanak-kanak untuk belajar (Jones, T., 2002: 154).
Masalah mengasingkan kanak-kanak berdasarkan kepada status dan keluarga
perlu dielakkan bagi mewujudkan peluang yang sama. Diskriminasi juga
perlu dikurangkan malah dihapuskan sama sekali. Ini bertujuan membentuk
satu suasana dan budaya yang realistik yang pastinya akan dapat membentuk
masyarakat yang berdaya saing selain mempunyai kematangan dalam
26

pemikiran kesan daripada provision of good quality education. Ini diamalkan


dalam negara kita apabila individu tertentu mendapat kejayaan yang
cemerlang maka individu tersebut tanpa mengira kaum akan diberi biasiswa
tertentu bagi melanjutkan pelajaran mereka. Equality of opportunity bukan
sekadar kesamarataan dalam aspek pendidikan semata-mata tetapi dalam
ruang lingkup yang lebih luas lagi merangkumi ketelusan dan kesamarataan
dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
5.

Racial equality

Isu racial equality wujud dalam masyarakat moden pada hari ini apatah lagi
apabila sesebuah negara itu mempunyai pelbagai kaum di dalamnya. Jika
tidak ditangani dengan matang maka pasti akan berlaku penindasan dan
berat sebelah dalam pembelaan sesuatu kaum yang disebut sebagai race vs
national conflicts. Isu yang paling tradisional yang boleh dikaitkan dengan racial
equality ini ialah berkaitan dengan dasar aparteid di Afrika Selatan.
Aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum bukan kulit
putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana menteri Afrika Selatan ke-7,
terkenal sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya secara
berleluasa sewaktu pemerintahannya. Dalam dasar aparteid, kaum bukan
kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah
dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan
dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah sah dari segi
undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak
pemerintah kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka
terhadap kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman
di Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Di bawah dasar ini,
rasisme telah dibenarkan dan ia menyentuh segala aspek kehidupan
termasuklah larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit
putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan pekerjaan yang
dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah
dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang
dipanggil Bantustan atau "Homelands", supaya mereka hilang hak mengundi
dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-tanduk regim aparteid jelas sekali
bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Pada tahun 1950, Akta Pendaftaran Penduduk menghendaki semua
penduduk Afrika Selatan diklasifikasikan kepada tiga kumpulan iaitu putih,
hitam (orang Afrika), atau berwarna (darah campur). Kumpulan berwarna
termasuklah kumpulan India dan Asia. Jabatan Dalam Negeri
bertanggungjawab dalam menentukan klasifikasi ini dilaksanakan. Mereka
yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang
teruk. Semua penduduk kulit hitam diwajibkan membawa pass book sejenis
kad pengenalan yang mengandungi cap jari, foto dan maklumat lain untuk
memasuki kawasan kulit putih. Peristiwa berdarah di Sharpeville pada Mac,
27

1960 disebabkan oleh penentangan warga kulit hitam dengan undangundang tersebut. Lebih kurang 69 pemberontak terkorban sewaktu rusuhan
itu.
Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela
menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian
sehingga ke hari ini, kesan dasar tersebut telah mengakibatkan jurang
pendapatan yang sangat ketara antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di
negara ini (http://ms.wikipedia.org/wiki/Aparteid).
6.

Equality of outcome

Komponen yang keenam ini merupakan komponen yang paling radikal


kerana ia melibatkan dari segi hasil, agihan dan kesan atas tindakan tersebut.
Komponen ini telah dibentuk sejak dari tahun 1789 selepas berlakunya
Revolusi Perancis yang membawa kepada agihan ekonomi yang tidak adil
antara kumpulan borguise (bangsawan) dan proletariat (pekerja), iaitu
kumpulan pekerja sering ditindas oleh kumpulan bangsawan. Mereka
bekerja keras dan hasil kekayaan diambil oleh kumpulan borguise.
Terdapat beberapa susun lapis kekayaan dan kuasa dalam kehidupan
masyarakat berkelas, antaranya ialah golongan bangsawan (tuan tanah)
dengan penyewa tanah, penyewa dengan hamba abdi dan kumpulan
kapitalis dengan pekerja ketidaksamaan kekayaan dan pendapatan banyak
mempengaruhi aspek kehidupan lain, termasuklah peluang dan jangkaan
hidup (Shamsulbahriah, 1990: 25).
Equality of outcome telah dipelopori oleh sosialis terawal Perancis Gracchus
Babeuf. Beliau memperinci serta menekankan perlunya amalan
kesamarataan dalam agihan kek ekonomi. Satu contoh nyata yang
diperjuangkan oleh beliau ketika itu ialah agihan barangan keperluan dan
pakaian seragam dalam komuniti masyarakat komunis. Idea ini yang
diperkembangkan konsepnya melingkupi agihan kekayaan dan ekonomi
dalam sesebuah masyarakat bagi memastikan keadilan dan memuaskan hati
rakyat keseluruhannya (Jones, T., 2002: 157).
Dalam konteks Malaysia, isu kesamarataan juga melibatkan golongan raja
dan sultan. Sebelum ini, mana-mana raja atau sultan berada dalam keadaan
kebal iaitu tidak boleh didakwa atas sebarang kesalahan dalam mana-mana
mahkamah. Ekoran daripada pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
pada tahun 1992, raja dan sultan tidak lagi kebal dan melangkaui undangundang. Mereka akan turut didakwa jika melakukan sebarang kesalahan yang
bertentangan dengan undang-undang negara tetapi dakwaan itu akan hanya
dibuat di mahkamah khas.
Bagaimana pada pandangan anda tentang kesamarataan yang
diamalkan dalam organisasi anda dan di Malaysia secara
keseluruhannya?
28

2.3.2

Dimensi Equality

Satu istilah yang paling popular dalam sains politik ialah, Who gets what, when
and how?. Kata-kata ini jelas dan mudah difahami malah ia terpakai sama
ada kepada menteri, wakil rakyat, pemberi tender mahupun penjawat awam
yang berkaitan. Kesamarataan ini yang ingin dilihat oleh rakyat. Keadilan ini
yang sering disuarakan oleh masyarakat agar sebarang kekayaan, hasil
ataupun tender yang diberi perlulah mempunyai justifikasi tertentu bagi
melayakkan seserang individu itu memperolehnya. Jika tidak ada justifikasi
yang jelas serta tidak beramanah dalam menjalankan tugas maka akan wujud
pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah di negara ini.
Justeru pemberian perlu telus dan adil sama ada ia merangkumi aspek
kebendaan, wang ringgit serta perkhidmatan. Jika agihan kekayaan (equity) ini
terpesong dan tidak mengikut lunas yang sepatutnya maka pasti akan wujud
konflik dan pertentangan (Stone, D.A.,1988: 30). Ini boleh dilihat kesannya
apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri Malaysia)
membangkitkan isu AP (Approved Permit) atau permit import yang diperoleh
oleh individu tertentu dengan jumlah yang banyak terhadap kereta yang
diimport dari luar negara untuk dijual di Malaysia pada pertengahan tahun
2005. Sehubungan itu, kita perlu adil dalam melakari kepimpinan yang ada.
Siapa yang mendapat apa, bila dan bagaimana amat secocok bagi kita
mengkaji dan melihat sejauh mana ketelusan yang dimainkan oleh kita
dalam menjalankan tugas dan peranan kita di dunia ini.
Wujud tiga dimensi yang boleh dilihat dalam konsep equality ini. Bagi
membincangkan isu ini dengan lebih jelas lagi kita mengambil contoh satu
projek yang dinamakan projek A.
1.

Recipients (Penerima)

(i)
(ii)

Elemen recipients ialah siapa penerima projek A?


Bagaimana pula dari segi kedudukannya sama ada dalam organisasi
atau komoditi tersebut?
Adakah ia turut terlibat dalam pembuatan keputusan tersebut?
Adakah ia melobi dan berusaha memastikan bahawa projek A tidak
jatuh ke tangan orang lain?

(iii)
(iv)
2.

Items (Barangan/Projek)

(i)
(ii)
(iii)

Apakah barangan ataupun projek yang dibincangkan atau diagih


untuk dibuat keputusan?
Berapakah nilai barangan/projek tersebut?
Sejauh manakah ruang sempadan barangan/projek tersebut?

3.

Process

(i)

Adakah berlaku pertandingan atau perebutan dalam mendapatkan


projek A?
29

(ii)
(iii)

Adakah kaedah rawak/statistik yang diguna dalam pembuatan


keputusan?
Adakah berlaku pengundian bagi mencapai keputusan?
(Stone, D.A., 1988: 33)

Ketiga-tiga elemen ini merupakan caturan penting jika diadili dan diikuti
dengan berhemah, pasti ia akan memberikan satu keputusan yang tepat dan
akan diperoleh oleh individu yang benar-benar layak dalam perebutan
sesuatu tender.
Adakah dimensi ini terpakai secara telus dari segi
pelaksanaannya dalam organisasi anda bekerja?

2.3.3

Kesamarataan dalam Konteks Perlembagaan

Perlembagaan turut memperuntukkan bahawa setiap individu adalah sama


di sisi undang-undang. Tidak ada seorang individu pun yang boleh
melangkaui perlembagaan. Malahan mereka turut berhak untuk mendapat
perlindungan daripada undang-undang. Di samping itu juga, tidak ada
mana-mana raja atau sultan yang memerintah negeri yang boleh
didiskriminasikan atau terlepas daripada undang-undang selain yang
dibenarkan oleh Perlembagaan. Selain itu, tidak ada warganegara yang boleh
didiskriminasikan atas alasan agama, ras, bangsa, keturunan ataupun tempat
kelahiran (Muhammad Kamil Awang, 2001:189).
Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyentuh jelas perkara ini di dalam
Perkara 8.

Perkara 8 (1) Semua orang adalah sama di sisi undang-undang


dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang.

Perkara 8 (2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan


nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan
terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum,
keturunan, atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau
dalam pelantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah
sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang berkenaan dengan memperoleh, memegang atau
melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau
menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya
atau pekerjaan.

Perkara 8 (3) Tidak boleh ada perbezaan bagi faedah seseorang


oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
30

Perkara 8 (4) Tiada sesuatu pihak berkuasa awam boleh


membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin atau
menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar
bidang kuasa pihak berkuasa itu.

Perkara 8 (5) Perkara ini tidak membatal atau melarang


(i)
Apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-peraturan
mengenai undang-undang diri.
(ii)
Apa-apa peruntukan atau amalan yang menghadkan jawatan
atau pekerjaan berhubung dengan hal-ehwal sesuatu agama
atau sesuatu yayasan yang diurus oleh sesuatu kumpulan
yang menganuti apa-apa agama kepada yang menganuti
agama itu.
(iii)
Apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau
kemajuan orang-orang asli Semenanjung Tanah Melayu
(termasuk merizabkan tanah) atau merizabkan bagi orangorang asli jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan
awam mengikut kadar yang berpatutan.
(iv)
Apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di
sesuatu Negeri atau di sebahagian sesebuah Negeri sebagai
satu kelayakan untuk pilihan raya atau pelantikan bagi manamana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya
di Negeri atau di bahagian itu sahaja atau untuk mengundi
dalam pilihan raya itu.
(v)
Apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri yang
berkuat kuasa atau yang bersamaan dengan peruntukan yang
berkuat kuasa sebelum sahaja Hari Merdeka.
(vi)
Apa-apa peruntukan yang menghadkan kemasukan
berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu kepada orang
Melayu (Perlembagaan Persekutuan Malaysia 2001).

Justeru jelas kepada kita bahawa Perlembagaan turut melindungi dan


mengiktiraf kesamarataan di kalangan warganegara dan segalanya telah
termaktub sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
SOALAN DALAM TEKS

6.
7.

Gariskan ENAM (6) komponen equality.


Nyatakan TIGA (3) dimensi equality.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

31

2.3.4

Equal Protection

Equal protection ini boleh dilihat dalam dua komponen iaitu


(a)

Bangsa

Bangsa merupakan elemen penting dalam merujuk kepada tingkah laku,


agama, budaya serta amalan. Malah bangsa juga boleh membuat masyarakat
menilai sama ada ia merupakan bangsa yang mulia, cerdik, pandai, hina dan
sebagainya. Bagaimana bangsa yang kecil dan sering ditindas akhirnya
mampu untuk menakluk Palestin dengan izin Allah.
Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang
sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang
zaman semenjak dari zaman nabi Musa a.s. sehinggalah zaman mereka
berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum
Yahudi
secara
beramai-ramai
oleh
musuh-musuh
mereka
(www.darulnuman.com).
Namun, disebabkan kelicikan dan kepintaran mereka maka dengan mudah
mereka telah merampas tanah milik Palestin di tebing Barat. Begitu juga
dengan pembunuhan pemimpin-pemimpin Hamas seperti Syeikh Ahmed
Yassin dan pengganti beliau Dr. Abdel Aziz oleh bangsa Yahudi. Ini
membuktikan bahawa mereka mempunyai perancangan dan jangkaan yang
teliti yang tidak ada pada bangsa lain.
Selain itu, satu lagi fenomena yang berlaku berkaitan dengan bangsa ini ialah
sebagaimana yang terjadi kepada Black di Amerika. Bangsa Negro berkulit
hitam di Amerika sering diperlekehkan oleh bangsa kulit putih malahan
mereka juga ialah bangsa yang dipenuhi dengan trauma iaitu sebelum perang
saudara (civil war) di Amerika, persoalan tentang bangsa ini berkait rapat
dengan pengabdian ataupun hamba. Walaupun bukan semua bangsa
berkulit hitam ialah hamba abdi tetapi apa yang pasti hamba abdi itu ialah
bangsa berkulit hitam (Rohr, 1989: 99). Insiden itu jelas akan meruntuh dan
melunturkan semangat bangsa berkulit hitam apabila isu mereka ialah bekas
bangsa hamba abdi sering dikumandangkan oleh bangsa berkulit putih.
Oleh itu, jelas kepada kita bahawa elemen bangsa berperanan penting dalam
mewarnai tindakan dan martabat sesuatu bangsa.
(b)

Jantina

Isu jantina ini juga bukan lagi merupakan perkara asing dalam kehidupan
seharian. Malah isu kesamarataan hak antara lelaki dan wanita ini telah lama
diperdebat dan diperbincangkan. Dalam Islam juga Nabi Muhammad s.a.w.
telah meletakkan taraf yang tinggi kepada kaum wanita. Walau
bagaimanapun, kaum wanita masih lagi dituntut untuk berakhlak mulia,
menutup aurat serta menjaga tingkah laku masing-masing.

32

Dalam konteks negara kita Malaysia, isu kesamarataan hak dari segi jantina
ini tidak mungkin lagi merupakan satu isu yang besar. Ini kerana bidang
kritikal yang sebelum ini didominasi oleh kaum lelaki telah dipecahkan
monopolinya oleh wanita. Pekerjaan sukar dan pakar seperti juruterbang,
teknikal, doktor pakar dan sebagainya juga telah mempunyai wakil daripada
wanita. Malah satu bidang yang asing satu ketika dahulu seperti Agensi
Angkasa Negara (MOSTE) turut diterajui oleh seorang wanita iaitu Prof.
Dato Dr. Mazlan Othman.
Dalam aspek ekonomi pula kaum wanita turut diberikan penghormatan
apabila Gabenor Bank Negara Malaysia sendiri terdiri daripada kalangan
wanita iaitu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. Manakala dalam struktur politik
dan pentadbiran negara, tiga jawatan menteri disandang oleh wanita iaitu
Datuk Seri Rafidah Aziz (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Azalina Othman Said
(Kementerian Belia dan Sukan). Demikian juga halnya dengan jawatan
Timbalan Menteri wanita sebanyak tiga orang manakala Setiausaha Parlimen
sebanyak enam orang. Petunjuk ini jelas memberi isyarat bahawa tiada
diskriminasi jantina berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan
melalui pembentukan kabinet yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia ke-5 selepas
memenangi pilihan raya ke-11 lalu.
Situasi ini memberi panduan kepada kita bahawa tidak wujud sebarang
masalah yang kritikal dalam aspek jantina, malah mereka akan bersama-sama
menggembleng tenaga bagi memastikan hasrat dan aspirasi negara tercapai.
2.4

TEORI

POWER)

PENGASINGAN

KUASA

(SEPARATION

OF

Teori dan konsep pengasingan kuasa ini merupakan satu konsep penting
dalam usaha untuk menjalankan pentadbiran negara yang bercorak
demokrasi. Ia merupakan satu doktrin yang memastikan hak asasi manusia
dan kebebasan serta keadilan akan dapat tercapai. Doktrin ini turut
merangkumi pelbagai komponen dan aspek bagi memastikan ia diikuti oleh
pihak pemerintah. Ia bertujuan bagi mewujudkan satu sistem pemerintahan
yang bebas, adil dan telus.
Ini jelas jika dilihat dalam penghakiman yang dibuat oleh Lord Jenning yang
mengatakan, keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan tetapi ia perlu seolaholah dilaksanakan. Dalam konteks itu kita boleh mendefinisikan penyataan
tersebut sebagai bukan sahaja undang-undang ataupun keadilan itu perlu
telus dan mengikut perundangan tetapi ia perlu diikuti dengan
pelaksanaannya.

33

Konsep asas dalam teori pengasingan kuasa ialah pengasingan antara badan
yang wujud dalam pentadbiran kerajaan dan negara seperti penggubalan
undang-undang, pelaksanaan undang-undang dan penghakiman. Dalam hal
ini Aristotle dalam bukunya bertajuk Politics telah menyentuh hal yang
berkaitan tetapi tidak ada cadangan daripada beliau untuk mengasingkan
terus ketiga-tiga badan tersebut (Ramanathan, 2003: 280).
2.4.1

Latar Belakang

Teori pengasingan kuasa ini telah bermula sejak daripada zaman Aristotle
lagi. Di dalam buku Politics, Aristotle telah membahagikan pemerintahan
kepada tiga cabang iaitu deliberatif, eksekutif dan fungsi. Pada kurun ke-14
pula, Margigilo of Padua memberikan perhatian tentang perkara yang sama.
John Locke yang menulis Civil Government telah membahagikan kuasa
kerajaan kepada tiga iaitu perundangan, eksekutif dan federatif. Locke juga
turut berpendapat adalah suatu yang membahayakan apabila pembuatan
undang-undang dan penguatkuasaannya dikendalikan oleh orang yang sama,
kerana itu boleh menjejaskan politik dalam negara (Katni, 1986: 55-56).
Idea tentang konsep pengasingan kuasa ini telah bermula sejak dari abad ke17 lagi apabila James Harrington dan John Locke telah membincangkan
tentang betapa pentingnya akan pengasingan kuasa ini. Mereka telah
memecahkan kepada tiga komponen iaitu eksekutif, perundangan dan kuasa
mengaturkan hubungan dengan negara luar. Malah menurut Locke lagi,
kuasa perundangan dan pelaksanaan undang-undang ini perlu dipisahkan
kerana tanpa pengasingan ini akan membawa kepada wujudnya satu undangundang yang zalim apabila individu yang sama yang mempunyai kuasa
berlebihan akan terpengaruh untuk membuat sesuatu yang bersifat zalim.
Cadangan-cadangan ini bertujuan untuk memastikan tidak ada satu badan
yang mendominasi keadaan tetapi melalui pelaksanaan konsep ini akan
dapat mewujudkan satu sistem yang lebih telus melalui sistem pengawasan
dan pengimbangan kuasa (check and balance).
Idea Locke ini telah banyak mempengaruhi seorang pemikir daripada
Perancis yang kecewa dan sedang berusaha untuk menyekat kuasa yang ada
pada Raja Louis XIV pada abad ke-18. Charles Louis Secondat de
Montesquieu merupakan seorang pemikir politik yang terkemuka di
Perancis. Beliau telah memajukan teori pengasingan kuasa dalam bukunya
The Spirit of Laws yang diterbitkan pada tahun 1748. Tekanan dan keadaan
politik yang teruk di Perancis telah mendorong beliau mempergiatkan
tentang teori tersebut. Ini kerana Raja Louis XIV telah memerintah dengan
zalim dan membuat tindakan dan keputusan dengan sesuka hati. Malah
beliau turut mengenakan cukai yang tinggi untuk membiayai kemewahan
hidupnya tanpa mengambil kira kesusahan dan menindas rakyat
(Ramanathan, 2003: 281).

34

Teori klasik pengasingan kuasa bertujuan untuk mengasingkan ketiga-tiga


badan yang penting iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman agar bertumpu
kepada bidang masing-masing. Tujuan pengasingan ini ialah supaya tidak
berlaku pertindanan kuasa serta monopoli kuasa. Ini juga bertujuan agar
nasib masyarakat akan lebih terjamin apabila tidak berlakunya
penyelewengan kuasa. Selain itu, ia juga bertujuan sebagai check and balance
atau penyemak dan pengimbang antara satu komponen dengan komponen
yang lain agar tidak berlaku pertindanan dan penyelewengan kuasa
(Bartholomew, 2000).

SOALAN DALAM TEKS

8.

Senaraikan DUA (2) komponen penting dalam equal


protection.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.4.2

Konsep Pengasingan Kuasa

Corak pengasingan kuasa di Malaysia telah ditentukan kedudukannya dalam


Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat
dalam pemerintahan negara iaitu, badan eksekutif, badan perundangan dan
badan kehakiman. Pengasingan ini dinamakan juga sebagai doktrin
pengasingan kuasa.
Berasaskan doktrin pengasingan kuasa, pemerintah ialah salah satu daripada
tiga kuasa yang ada. Di samping itu, tugas pemerintah ialah melaksanakan
kuasa mengikut saluran dan peruntukan yang telah ditetapkan oleh undangundang. Dalam konteks Malaysia, kuasa pemerintah persekutuan terletak
kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Walau bagaimanapun, tindakan
dan keputusan yang dibuat oleh YDPA perlulah mendapat nasihat daripada
Perdana Menteri.
Rajah 2.1 menunjukkan bagaimana ketiga-tiga badan ini bergerak dan
berperanan dalam usaha akhirnya mewujudkan satu ruang yang kita kenali
sebagai wujudnya check and balance. Ia bertujuan agar tidak ada mana-mana
badan yang boleh bertindak dan membuat keputusan mengikut kepentingan
masing-masing tetapi perlu berlandaskan kepada hak dan kuasa yang telah
diperuntukkan oleh undang-undang.

35

Rajah 2.1
Doktrin Pengasingan Kuasa

Perundangan

Kehakiman

Eksekutif

(a)

Check & Balance

Peranan badan eksekutif

Badan eksekutif di Malaysia dikenali sebagai kabinet dan ia diketuai oleh


Perdana Menteri. Kebiasaannya ketua parti politik dominan yang mendapat
undi majoriti dan mendapat kepercayaan akan dijemput untuk menubuhkan
kerajaan. Dalam konteks Malaysia, ahli eksekutif (kabinet) turut merupakan
ahli legislatif. Ini bermakna bagi membolehkan seseorang itu mendapat hak
sebagai eksekutif maka ia perlu bertanding dalam pilihan raya umum bagi
kerusi Parlimen untuk melayakkan ia bergelar Yang Berhormat dan
mendapat kedudukan di Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat yang
berkelayakan pada pandangan Perdana Menteri dengan persetujuan YDPA
akan dilantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Mereka inilah yang
digelar sebagai eksekutif. Antara peranan dan tugas yang dilakukan oleh ahli
eksekutif ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Mentadbir negara.
Menjalankan kuasa pemerintahan.
Perhubungan diplomatik.
Badan pengampunan.
Rajah 2.2
Saiz Kabinet Persekutuan

Jawatan
1996
1999
2004
1
1
1
Perdana Menteri
1
1
1
Timbalan Perdana Menteri
33 (28)
31 (24)
29 (24)
Menteri
38
28
30
Timbalan Menteri
22
15
13
Setiausaha Parlimen
Sumber: http://www.jaring.my/msia/govt/cabinet.html (November 1996),
http://www.smpke.jpm.my/govern/federal.html (April 2000) dan
http://www.penerangan.gov.my (April 2004).
36

(b)

Peranan badan legislatif

Sebagaimana badan eksekutif, badan legislatif turut mempunyai peranan dan


fungsi tertentu. Antara tugas dan fungsi badan legislatif ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)

Membuat dan menggubal undang-undang.


Kawalan terhadap kewangan.
Meminda perlembagaan.
Peranan Kehakiman.
Menyiasat dan memberitahu maklumat.
Mengesahkan pegawai yang dicalonkan oleh eksekutif.
Mengesahkan perjanjian antarabangsa.

(c)

Peranan badan kehakiman

Badan yang terakhir dalam konsep pengasingan kuasa ialah badan


kehakiman. Badan ini tidak kurang pentingnya kerana merupakan rujukan
oleh kedua-dua badan yang lain jika timbul pertindanan dan masalah tafsiran
dari sudut perlembagaan. Antara fungsi badan kehakiman ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Mentafsir perlembagaan.
Mentafsir undang-undang.
Kesahan sesuatu undang-undang bertulis sama ada di peringkat
Pusat mahupun Negeri.
Pengisytiharan kesahan di sisi undang-undang tentang sesuatu
tindakan kerajaan.

Selain daripada fungsian di atas, badan kehakiman turut berperanan dalam


1.

Mengawal badan eksekutif dan perundangan

Kawalan yang dilakukan ialah dari aspek tindakan kedua-dua badan tersebut
bahkan mereka turut boleh dikenakan hukuman jika melakukan tindakan
dan jenayah seperti rasuah, kegiatan subversif, kegiatan underground,
membocorkan rahsia kerajaan atau tindakan-tindakan yang bertentangan
dengan undang-undang dan peraturan negara.
Di samping itu, bagi legislatif, jika ada usul yang bertentangan dengan
perlembagaan persekutuan maka badan kehakiman boleh membatal dan
meminta usul itu diperbaiki semula agar tidak bertentangan dengan
perlembagaan persekutuan.
2.

Menjalankan undang-undang

Badan kehakiman juga turut menjalankan kuat kuasa undang-undang


mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan keadilan dan
ketelusan dalam menjatuhkan sesuatu hukuman kepada pesalah. Selain itu,
ia juga perlu memastikan agar ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak
37

ketika membuat keputusan. Justeru sekiranya elemen-elemen tersebut


dipertingkatkan maka pasti akan timbul keharmonian dan keamanan dalam
negara.
Bagaimana dengan amalan pengasingan kuasa di Malaysia.
Apa pandangan anda?

SOALAN DALAM TEKS

9.

Berikan peranan dan tugas yang dijalankan oleh


eksekutif, legislatif dan judiciari.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


2.5

RUMUSAN

Aspek etika memainkan peranan yang penting dalam mewarnai dan


mencorakkan dasar pentadbiran serta pembangunan negara. Etika yang
berwibawa dan bermoral mampu untuk membawa negara setaraf dengan
negara-negara maju yang lain. Contohnya kita boleh melihat di negara ini
banyak insfrastruktur dan prasarana telah dibangunkan oleh pihak kerajaan.
Pembangunan jelas melanda negara dengan pelbagai kemudahan dan
teknologi. Malah kita pernah dikatakan sebagai negara yang mempunyai
kemudahan kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga. Terdapat banyak
kebenaran terhadap penghujahan tersebut. Sebagai contoh, lihat tandas di
pusat-pusat bandar, berhawa dingin, teknologi canggih tetapi yang
menggunakan kemudahan tersebut tidak bertanggungjawab maka dengan
sekelip mata kemudahan dan alatan tersebut rosak. Begitu juga dengan
telefon awam yang banyak terdapat di desa dan bandar, tidak banyak yang
boleh digunakan. Rata-rata telefon yang ada tidak berfungsi malah terdapat
masyarakat yang mencuri telefon tersebut. Pernahkan para pelajar melihat
kemudahan telefon awam tetapi hanya tinggal pondoknya sahaja, tanpa ada
sebarang kemudahan telefon? Bagaimana kita ingin bersaing jika pemikiran
kita sendiri masih jauh ketinggalan. Pemikiran ini yang akan membawa
kepada tingkah laku dan idea besar jika disalur dan digunakan dengan betul
mampu memberi kesan positif pada negara. Justeru tanggungjawab dan
peranan kita ialah memastikan tingkah laku yang beretika dan mulia bagi
mendatangkan hasil yang baik untuk keamanan dan pembangunan negara
secara keseluruhannya.

38

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


1.

(i)
(ii)

Ethical egoisme.
Utilitarianisme.

2.

(i)
(ii)

Act utilitarianisme.
Rule utilitarianisme.

3.

(i)
(ii)

Act non-consequentalist.
Rule non-consequentalist.

4.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

The good will.


Establishing morality by reasoning alone.
The categorical imperative.
The practical imperative.
Duty rather than inclination.

5.

(i)
(ii)
(iii)
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Zaman purba/kuno.
Zaman pertengahan.
Zaman sekarang.
Formal/foundational equality.
Equal rights.
Womens equality.
Equality of opportunity.
Racial equality.
Equality of outcome.

7.

(i)
(ii)
(iii)

Recipients.
Items.
Process.

8.

(i)
(ii)

Bangsa.
Jantina.

9.

Peranan eksekutif

6.

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Mentadbir negara.
Menjalankan kuasa pemerintahan.
Perhubungan diplomatik.
Badan pengampunan.

Peranan legislatif
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Membuat dan menggubal undang-undang.


Kawalan terhadap kewangan.
Meminda perlembagaan.
Peranan kehakiman.
Menyiasat dan memberitahu maklumat.
39

(vi)
(vii)

Mengesahkan pegawai yang dicalonkan oleh eksekutif.


Mengesahkan perjanjian antarabangsa.

Peranan judiciari
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Mentafsir perlembagaan.
Mentafsir undang-undang.
Kesahan sesuatu undang-undang bertulis sama ada di
peringkat Pusat mahupun Negeri.
Pengisytiharan kesahan di sisi undang-undang tentang
sesuatu tindakan kerajaan.

40

Vous aimerez peut-être aussi