Vous êtes sur la page 1sur 9

BAHAGIAN A

1.0 PENDAHULUAN
Kesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya Dan ciptaan seni yang diperoleh
dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala
ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan
berintegrasi dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan,
tetamu yang hadir dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan indah semasa wakil keluarga pengantin keduadua belah pihak berbicara. Mereka saling berbalas pantun untuk menyampaikan hajat
masing-masing.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah
dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka
sastera telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan
tersendiri. Pada masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang
sasterawan yang diiktiraf dalam masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif
dan dimiliki bersama telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak
cipta tersendiri.
Pada

masa

kini,

perhubungan

antara

sastera

dengan

kehidupan

sering

dibincangkan. Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi
memperjelas, memperdalam serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan
seharian.
KONSEP KESUSASTERAAN
Pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali
sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Kesusasteraan bermaksud semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Menurut
pandangan Hashim Awang ( 1984 ), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa.
Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983) yang
mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan
atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan
bahasa yang bersifat kreatif.
Menurut Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni
yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan

yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan
dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.
Menurut Syed Ali Ashraf (1989) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni
tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Karya-karya sastera
memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil
karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi
bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Ali Ahmad (1994) menerangkan makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul
kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang
disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni
bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di
akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan
yang bersifat halus dan indah.
Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan
menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan
kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.
Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud
kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar
Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan
ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah
kehalusan

penciptanya

dan

keinginan

pembacanya

mencari

kehalusan

itu.

Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.
Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya
hasil kesusasteraan.
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan
serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa
dan berbagai-bagai perkataan.
Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997) yang memberi pengertian sastera
sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan
kepuasan estetik.
Menurut Harun Mat Piah ( 2006 ), kesusasteraan membawa pengertian sebagai
segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan
pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera merupakan satu bidang

seni kreatif yang mana medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari
tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.
Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa
atau puisi yang terkandung ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Berdasarkan kepada
etimologi, kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu sastra yang berereti
karya ( lisan/ bertulis ) atau buku. Awalan su pula bermaksud baik, indah, cantik, seni
dan berguna.Imbuhan ke- dan an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala
yang tertulis, yang bernilai seni dan estetik.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa sastera merupakan seni bahasa.
Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea , pandangan, perasaan, pemikiran dan
semua kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara.
Garapan ini seterusnya diserlahkan dalam sesebuah karya tulisan yang indah. Di
samping itu, sastera juga dapat memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam
dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan
pandangan yang dihasilkan dalam bentuk yang begitu mempersonakan.
Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dalam
sastera terkandung beberapa unsur yang saling berkait. Antara unsur-unsur tersebut
ialah:
a) Isi kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat,
keyakinan, kepercayaan dan sebagainya.
b) Menjadikan bahasa sebagai sebagai medium pengungkapan bentuk sastera.
Bahasa merupakan bahan penting bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu
bentuk sastera yang indah.
c) Ekspresi dan ungkapan ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu
dalam diri manusia. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengalaman yang hebat,
fikiran yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang tinggi, tetapi
selagi dia tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya, maka tentu
tidak akan diterima dan diketahui oleh orang lain.
d) Bentuk unsur isi dan diri manusia dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk. Jika
tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua perkara tadi dapat
disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan sastera bermacam ragamnya
seperti ungkapan

dalam bentuk suara yang disertai dengan bunyi-bunyian.

Kemudiannya terjelmalah pelbagai bentuk seni sastera seperti seni tari, seni rupa, seni
muzik dan sebagainya. Bentuk dalam seni itu sendiri menggunakan istilah sebagai
bentuk yang indah, mempesonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik.

Menurut Arbaie ( 2008), secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang
berikut:
S Seni bahasa yang indah
A Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang
S Sensori atau daya sensitiviti pengarang
T Tersurat & tersirat
E Estetika atau keindahan dari segi bahasa
R Realiti kehidupan
A Alternatif
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang
digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan
kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan
makna yang difikirkan.

Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi

menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.


Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga
diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan
perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan
direnungi bersama oleh pembaca. Menurut Arbaie (2008) Unsur akaliah ini merupakan
langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.
Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan
menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti
mereka. Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin
akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber
asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan
membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa
seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan
fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan
pernah dilalui atau dialami oleh pembaca.
Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan
kekosongan. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumbersumber

yang

terdapat

di

persekitaran.

Penafsiran

pembaca

yang

berencam

mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua
lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna
simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.
Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk
struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika
sesebuah karya itu.

Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalanpersoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti
dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan
diterjemahkan secara halus dan berhemah.
Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan
perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya
bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri
kehidupan manusia sejagat.

2.0 BAHAN SASTERA


Komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi karya
sastera yang berbentuk novel, cerpen, sajak, drama, cerita klasik dan puisi tradisional.
Sehubungan dengan itu, penggunaan bahan sastera secara tidak langsung turut
menjurus kepada pengajaran bahasa.
Berikut merupakan antara bahan sastera yang boleh digunakan dalam
pengajaran bahasa:
Petikan drama
Penggunaan petikan drama dalam pengajaran bahasa berpotensi untuk melatih sebutan
dan intonasi pelajar. Misalnya, melalui petikan drama, pelajar didedahkan dengan
sebutan dan intonasi bagi ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah.
Teks cerpen dan prosa klasik
Melalui penggunaan teks cerpen dan prosa klasik, pelajar diberi pendedahan tentang
susun atur ayat atau lebih dikenali sebagai sintaksis. Antaranya, binaan ayat, susunan
ayat, ragam ayat dan penggunaan tanda baca.
Grafik
Penggunaan grafik khususnya dalam menjelaskan konsep gaya bahasa secara tidak
langsung turut memperkenalkan pelajar dengan pelbagai kosa kata dan peribahasa
baru. Tambahan pula, grafik akan memperjelas kefahaman pelajar tentang sesuatu yang
bersifat abstrak kepada konkrit.
Teks puisi moden dan tradisional

Puisi sama ada moden atau tradisional bukan sahaja boleh dilagukan malah turut
memungkinkan pelajar untuk mengenal pasti struktur, bentuk dan golongan kata yang
digunakan misalnya bahasa pinjaman, kata tunggal dan kata kerja.

3.0 PENGGUNAAN BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) merupakan satu dokumen rasmi
yang menjadi panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Dokumen ini merangkumi lima kemahiran yang perlu diajarkan
kepada murid di dalam bilik darjah. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, seni bahasa dan
tatabahasa. Semasa mengajarkan kemahiran-kemahiran tersebut kepada murid-murid,
guru boleh menggunakan bahan sastera sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
mereka.
3.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran
mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberi respons.
Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, erasaan serta idea yang
kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan
bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam
kemahiran

bertutur. Guru

boleh

menggunakan

bahan

sastera

semasa

mengajarkan kemahiran ini. Sebagai contoh, pada hari tersebut kemahiran yang
diajarkan adalah kemahiran 1.3 iaitu Mendengar, memahami dan memberi
respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan
betul menggunakan standard pembelajaran 1.3.2 iaitu Mendengar, memahami
dan memberikan respons terhadap soalan tanpa kata tanya secara lisan dengan
betul., guru boleh menggunakan bahan seperti teks dialog untuk digunakan oleh
murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran semasa di dalam kelas.
Dengan menggunakan teks dialog yang mengandungi soalan tanpa kata tanya
murid secara tidak langsung mempelajari kemahiran yang ingin diajarkan pada
hari tersebut.

3.2 Kemahiran membaca


Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:- membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan
-

apitan dengan pelagai sumber dengan sebutan yang betul


membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara

mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
membaca, memahami dan menaakul maklumat yang tersurat dan tersirat

daripada bahan prosa dan memindahkan kepada bentuk puisi dengan betul
membaca dan memahami bahan sastera dan bahan buka sastera untuk
meningkatkan daya berfikir secara kreatif dan mengenal pasti nilai murni.

Berdasarkan objektif kemahiran membaca, guru turut boleh menggunakan bahan


sastera di dalam pengajaran kemahiran membaca. Sebagai contoh, melalui
standard kandungan 2.6 Menbaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan
sastera

yang

sesuai

bagi

memupuk

minat

membaca

bagi

standard

pembelajaran 2.6.1 iaitu Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang
sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif. Melalui pembelajaran
ini, guru boleh meminta murid untuk membaca bahan sastera dan kemudiannya
meminta murid untuk mengolah cerita tersebut dengan menggunakan daya
kreativiti murid itu sendiri. Dengan cara ini, guru dapat meningkatkan daya
kreativiti murid sekaligus menepati standard pembelajaran pada hari tersebut.
3.3 Kemahiran menulis
Modul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran
menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk

menghasilkan

penulisan

berunsur

pengetahuan

dan

imaginasi.

Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Contohnya seorang guru mengajar muridnya dengan menggunakan standard
pembelajaran 3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginative dan
deskriptif dengan betul.
Guru boleh meminta muridnya untuk membina sebuah cerita berdasarkan cerita
perlumbaan kura-kura dan arnab mengikut imaginasi murid sendiri.
3.4 Seni bahasa

Modul seni bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek
seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengunkap dan menghayati
bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan
mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui
variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran
yang menyeronokan secara didik hibur.
Guru boleh menggunakan bahan sastera secara optimum apabila mengajar
murid dengan menggunakan modul ini. Sebagai contoh, menerusi standard
pembelajaran 4.4.1 iaitu Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan jelas secara didik hibur serta emahami maksud sajak tersebut. Guru
boleh meminta muridnya untuk mendeklamasikan sebuah sajak kemudian
meminta mereka untuk mencari maksud sajak tersebut.
3.5 Tatabahasa
Modul Tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu
yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui
pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya
murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam
pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Contohnya guru ingin mengajar murid
menggunakan Standard Pembelajaran 5.1.5 Memahami dan menggunakan
kata adjektif dan kata penguat dengan betul mengikut konteks. Guru boleh
menggunakan petikan sajak sebagai bahan bantu megajar dengan meminta
murid untuk meneliti sajak dan mengenal pasti kata adjektif dan kata penguat
yang terdapat di dalam sajak. Kemudiannya guru boleh meminta murid untuk
membina ayat dengan menggunakan kata adjektif dan kata penguat yang
mereka temui.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa bahan sastera boleh digunakan semasa
mengajar di dalam kelas. Dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar, guru
akan menimbulkan satu situasi pembelajaran yang pelbagai kepada murid. Sebagai
contoh, jika guru menggunakan sajak dan syair, murid akan diawa ke dalam satu
dimensi baharu di mana mereka akan didedahkan dengan dunia puisi. Dengan
mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran semasa mengajar, murid akan lebih
berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan diri mereka
secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

BAHAGIAN B