Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Melibatkan
Murid
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu
Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata
lain, kesukaran menggunakan perkataan.
Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun
1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan
perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3)Disleksia ialah satu Disorder dalam
kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa,
bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology,
1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia,
diantaranya ialah:
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,
antara punca-punca disleksia ialah;
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini
menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian
daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah
belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam
sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanakkanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu
kemungkinan
punca
disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya
banyak soalan
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah
Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak
konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa
yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan
terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca
daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam
mengenal pasti huruf-huruf seperti:
m w y g j u n m n
cepqhnbd
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
thfv
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan
maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya
akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu tuba
Gula lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya
seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam jem
cat cat
Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat
ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel
dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini
juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga
kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan
kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau
menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan
dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka
menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
358
96