Vous êtes sur la page 1sur 14

PENGAJIAN

MALAYSIA
PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM

Disediakan oleh:
MOHD HADI RABBANI BIN ZAKARIYA (PTM130723293)
ILYA HANNAH BINTI HIRMAN (PTM130723595)

KANDUNGAN:

Muka surat

1.PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG OIC3
1.2 PERANAN MALAYSIA..4
2.ISI
2.1 SUMBANGAN OIC TERHADAP DUNIA ISLAM...6
2.2 NEGARA-NEGARA ANGGOTA...8
2.3 ISU DAN KONTROVERSI...11
3.PENUTUP
3.1 KONKLUSI13
3.2 RUJUKAN.....14

1. PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam ialah satu pertubuhan antarabangsa di
kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia
yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia
Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan
untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara
untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh
dunia. Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada
28 Jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab:
)kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.
Pertubuhan ini ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena
Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya
serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu
mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi
memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia. Pertubuhan
ini adalah hasil idea Perdana Menteri kita yang pertama sendiri, Tunku Abdul Rahman.
Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam
dalam segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Matlamatnya
juga adalah untuk mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam
serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
Antara objektif pertubuhan ini adalah untuk:

Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota.

Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial,


budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur
perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa.

Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam


sebarang bentuk.

Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan
keselamatan berasaskan keadilan.

Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak
mereka.

Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di


kalangan negara anggota dan dengan negara lain.
3

1.2 Peranan Malaysia


Seperti yang kita sedia maklum, pertubuhan ini adalah hasil idea Perdana Menteri kita yang
pertama sendiri iaitu Tunku Abdul Rahman untuk menyeru negara-negara Islam supaya dalam
satu nada menjaga kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali
dalam memainkan peranan penting untuk memajukan serta menjaga kepentingan dan kesucian
agama Islam serta umatnya. Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negaranegara Islam yang mengahadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan,
Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada negaranegara Islam yang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. OIC juga telah menubuhkan Bank
Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman
diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah
menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran Iraq. Di samping itu, Malaysia juga
memberikan sokongan kepada rakyat Palestin, dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan
kembali tanah air mereka.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di samping
menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002.
Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar
emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa pinjaman daripada
Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek projek pembangunan untuk
kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan
UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain
kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara negara Islam.
Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah
meninggalkan kesan positif kepada Malaysia. Ketokohan para pemimpin Malaysia jelas
terbayang melalui dasar luar yang diamalkan. Dasar luar yang dinamik ini perlu agar Malaysia
juga harus mampu menangani cabaran ini dengan mengadakan perubahan yang pesat dan
pantas di dalam negeri melalui dasar negara yang inovatif agar terus dapat bersaing pada
peringkat antarabangsa.

Gambar 1.2
Sumber: Persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam 2013
http://www.5pillarz.com

2. ISI
2.1 Sumbangan OIC terhadap dunia Islam.
Pada persidangan yang dijalankan, negara-negara anggota akan membincangkan isu-isu
kepentingan politik dunia Islam masa kini dan cabaran-cabaran masa depan yang akan
dihadapi. Antaranya ialah isu Palestin dan penempatan Israel, isu-isu politik yang memberi
kesan kepada negara-negara ahli OIC, usaha menghindarkan prejudis terhadap kesucian
agama dan menangani Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) di samping mengenai status
masyarakat Islam di negara-negara bukan ahli OIC.
Selain itu, antara yang dibincangkan juga ialah beberapa agenda mengenai ekonomi, sosial
dan perkara-perkara berkaitan dengan kebudayaan bertujuan mengurangkan kemiskinan dan
mempercepat pembangunan di negara-negara ahli OIC, di samping menangani cabarancabaran yang dihadapi umat Islam serta mempertahankan kepentingannya.
Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mencari penyelesaian dalam peperangan.
Pertubuhan ini bertanggungjawab menjalankan usaha damai bagi mengelakkan umat Islam di
negara-negera seperti Iraq, Afghanistan, Palestin, Mesir dari terus dibelenggu penindasan.
Antara sumbangannya juga adalah untuk menyalurkan bantuan kepada negara-negara Islam
yang dilanda malapetaka.
Pertubuhan ini juga bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan
penindasan terhadap rakyat Palestin. Tapi malangnya, setelah berpuluh-puluh tahun jalan
penyelesaian masih buntu dan rakyat Palestin masih ditindas sehingga sekarang. Persoalannya
sampai bila penindasan ini akan terus ditindas? Kita sebagai umat Islam harus terus berdoa
dan percaya kepada kuasa yang Maha Esa.
Seterusnya, OIC juga menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah Mesir yang pada
suatu ketika dahulu dipulau oleh negara-negara Arab. Ini kerana, Mesir dikatakan menjalinkan
hubungan dengan Israel.

Gambar 2.1
Sumber: Rakyat Somalia di Afrika menerima bantuan makanan dari OIC
http://english.alarabiya.net

2.2 Negara-negara Anggota.


Negara Anggota
Afghanistan, Republik Islam
Algeria, Republik Demokratik
Rakyat

Menyerta
i
1969

1969

Mesir, Republik Arab

1969

Guinea, Republik

1969

Indonesia, Republik

1969

Iran, Republik Islam

1969

Jordan, Hashemite Kingdom of

1969

Kuwait, State of

1969

Lubnan, Republik

1969

1969

Mali, Republic of

1969

Mauritania, Republik Islam

1969

Maghribi, Kingdom of

1969

Niger, Republik

1969

Palestine[6]

Digantung Mei 1979 - Mac 1984

1969

Malaysia

Pakistan, Republik Demokratik


PersekutuanRepublik Islam

Digantung 1980 - Mac 1989

1969

Chad, Republik

Libya, State of (dulu Socialist


People's Libyan Arab Jamahiriya)

Nota

1969
1969[7]

Negara Anggota

Menyerta
i

Arab Saudi, Kingdom of

1969

Senegal, Republik

1969

Sudan, Republik

1969

Somalia

1969

Tunisia, Republik

1969

Turki, Republik

1969

Nota

Republik Arab Yaman

1969

Dari 1990 sebagai Republik


Yaman bergabung denganRepublik
Demokratik Rakyat Yaman

Bahrain, State of

1970

Dari 2003 sebgai Kerajaan Bahrain

Oman, Kesultanan

1970

Qatar, State of

1970

Syria Republik Arab

1970

United Arab Emirates

1970

Sierra Leone, Republik

1972

Bangladesh, Republik Rakyat

1974

Gabon, Republik

1974

Gambia, Republik

1974

Guinea-Bissau, Republik

1974

Uganda, Republik

1974

Burkina Faso

1975

Negara Anggota

Menyerta
i

Cameroon, Republik

1975

Comoros, Kesatuan (dulu


Republik Persekutuan Islam)

1976

Iraq, Republik

1976

Maldives, Republik

1976

Djibouti, Republik

1978

Benin, Republik

1982

Brunei Darussalam, Sultanate of 1984


Nigeria, Republik Persekutuan

1986

Azerbaijan, Republik

1991

Albania, Republik

1992

Kyrgyzstan, Republik

1992

Tajikistan, Republik

1992

Turkmenistan, Republik

1992

Mozambique, Republik

1994

Kazakhstan, Republik

1995

Uzbekistan, Republik

1995

Suriname, Republik

1996

Togo, Republik

1997

2.3 Isu dan Kontroversi.

10

Nota

Seringkali OIC dilabelkan sebagai sudah hilang taring. Memandangkan badan dunia Islam itu
dianggap sebagai harimau lapar yang telah tiada taringnya. Hanya mencuit-cuitkan ekornya jika
ada isu-isu panas yang melingkari dunia Islam. Untuk mengaum bak raja hutan sudah tiada
yang takut. Apatah lagi untuk mengepalai bala tentera demi mempertahankan negara-negara
Islam sendiri.
Dalam kemelut di Mesir, apakah OIC masih berperanan sekurang-kurangnya menjadi platform
bagi negara-negara Islam menyuarakan kebimbangan serta memberi pertolongan. Juga
menjadi perantaraan bagi pihak-pihak yang bertelagah agar dibawa ke meja perundingan.
Dalam membicarakan masalah ini, kita tidak boleh hanya memfokuskan kepada Mesir sahaja,
kerana masalah politik Mesir adalah masalah Asia Barat khususnya dan negara-negara Arab
secara keseluruhannya. Maka kita juga harus mengambilkira peranan kuasa-kuasa asing yang
menjajahi pemikiran dan percaturan politik dunia Arab.
Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah diketuai oleh seorang Setiausaha Agung yang
bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam. Kini
Setiauasaha Agung OIC ialah Ekmeleddin Ihsanoglu dari Turki.
Apakah benar OIC hanya melihat sesuatu yang berlaku di negara-negara Islam dengan sebelah
mata tanpa sebarang saranan atau tindakan konkrit seperti yang berlaku di Syria dan Mesir
sekarang ini?
Kita harus memahami suara Setiausaha Agong OIC tidak sama dengan Setiausaha Agong
PBB, Ban Kee Moon. Malah suara Ban Kee Moon juga tidak diendahkan oleh blok Amerika
Syarikat jika isu yang dibawa tidak menyebelahi bloknya. Sama juga kesnya jika sesuatu
resolusi atau perbincangan di PBB tidak menyebelahi blok Russia, maka ia akan memvetonya

Kita juga mengharapkan pihak OIC dapat memainkan peranan mereka secepat mungkin. Maka
ketegasan Malaysia mengutuskan surat kepada ketua-ketua kerajaan negara OIC juga diharap
11

mendapat reaksi yang positif. Menurut YAB Peradana Mentari, beliau berharap akan menerima
panggilan dari ketua-ketua kerajaan OIC dalam masa terdekat. Maka langkah seterusnya sudah
pasti akan dimainkan oleh OIC dengan peranan aktif dari Malaysia.

3. PENUTUP

12

3.1 Konklusi.
Sebagai sebuah pertubuhan yang telah berusia lebih 45 tahun ini, OIC perlu lebih proaktif dan
garang dalam menangani isu-isu berkaitan sensitiviti Islam. OIC juga diharap dapat
memainkan peranan yg lebih berkesan dalam menangani tuntutan dan isu isu umat Islam.
OIC perlu mengambil satu keputusan dan tindakan yang tegas dalam soal kekejaman terhadap
umat Islam khususnya dalam konfilk kaum Rohingya agar ia dapat diatasi segera. Namun
melihat kepada apa yang berlaku sebelum ini keputusan-keputusan yang dibuat oleh OIC tidak
begitu efektif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi
Dalam kemelut di Mesir pula, apakah OIC masih berperanan sekurang-kurangnya menjadi
platform bagi negara-negara Islam menyuarakan kebimbangan serta memberi pertolongan.
Juga menjadi perantaraan bagi pihak-pihak yang bertelagah agar dibawa ke meja perundingan?
Dalam hal ini, kita tidak boleh menuding jari kepada siapa yang harus dipersalahkan. Semua
umat seharusnya bersatu-padu demi menacari penyelesaian. Negara-negara Islam harus
mengenepikan kepentingan mereka dan bersatu membantu dalam apa jua bantuan demi
ummah dan Islam. Kita juga mengharapkan pihak OIC dapat memainkan peranan mereka
dengan lebih garang dan efektif.

3.2 Rujukan
13

- http://pam900kenegaraan.blogspot.com/2009/08/dasar-luar-malaysia-oic.html
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam
-http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12488-sidang-khas-oic-diharap-dapatatasi-isu-umat-islam
- http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/apa-peranan-oic-dalam-kemelut-politik.html
- http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1097-pertubuhan-persidangan-islam-oic.html

14

Vous aimerez peut-être aussi