Vous êtes sur la page 1sur 30

BIODATA PELAJAR

NAMA

: FASIHAH BT. MAHAMAD MADANI

NO.KAD PENGENALAN

: 900127-02-5912

NAMA AYAH

: MAHAMAD MADANI B. HAJI IBRAHIM

NAMA IBU

: SITI BEDAH BT. ABDULLAH

ALAMAT

: 152, KAMPUNG BATU HAMPAR KANAN, 06700


PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.

TEMPAT LAHIR

: KAMPUNG PAYA NEDAM, GAJAH MATI, 06700


PENDANG, KEDAH

TARIKH LAHIR

: 27 JANUARI 1990

HOBI

: MEMBACA DAN MELUKIS

NO.TELEFON

: 019-5640840

PRINSIP

: KEGAGALAN TIDAK AKAN MEMBUATKAN KITA


PUTUS ASA TETAPI MEMBERI PELUANG
KEPADA KITA UNTUK TERUS BERUSA

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan


yang bersistematik dan berintegriti. Pendidikan yang diterima di negara ini
telah menjadi tonggak kejayaan dan keupayaan kepada seseorang individu
untuk membentuk dirinya menjadi insan yang berilmu dalam setiap bidang
yang diceburi. Maka dengan sebab itu, pihak kerajaan telah merencanakan
pelbagai program pendidikan bagi memastikan rakyat menerima serta
mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan agama,
bangsa, budaya dan etnik.
Pendidikan amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana
tanpanya

ia

mempunyai

tidak
guru

dapat
yang

berjalan

dengan

berkemahiran,

sempurna.

berkepimpinan

Sekolah
serta

yang

mampu

mendepani cabaran semasa dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tidak


hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek tingkah laku mereka. Justeru,
guru memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar-pelajarnya yang
terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya dengan menjadikan
pendidikan sebagai wadah utama dalam mencapai kehidupan yang baik dan
seimbang.
Meskipun Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang maju dalam sistem
pendidikan, masih terdapat golongan yang kurang diberi perhatian dan
pendedahan mengenai pendidikan. Hal ini telah memberi satu cabaran yang
2

besar kepada para guru khususnya untuk memastikan golongan yang tercicir
dalam arus pendidikan ini mendapat kesamaan dan peluang yang adil serta
berkesan.
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk
sama-sama meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan agar ianya setaraf
dengan kemajuan yang telah dicapai di negara ini. Negara yang mundur
adalah disebabkan rendahnya pendidikan yang diterima namun, negara
yang berkembang pesat adalah bergantung kepada kemajuan pendidikan
yang dikecapi secara berterusan.

ISU-ISU UTAMA YANG TIMBUL BERKAITAN KETAKSAMAAN PELUANG


PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, perkembangan pendidikan di Malaysia telah menjadi topik
perbincangan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan
agama, bangsa dan budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan
merupakan asas utama untuk membentuk masyarakat yang seimbang,
harmonis dan bertamadun. Tanpa pendidikan, sesebuah negara bukan sahaja
akan mundur bahkan rakyatnya juga akan menjadi malas serta menganggur.
Jika dilihat kepada sejarah pendidikan di Malaysia, pihak kerajaan telah
menggubal serta melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang selaras dengan
keperluan rakyatnya. Hal ini menunjukkan bahawa, pihak kerajaan begitu
prihatin terhadap bidang pendidikan walaupun negara mengalami beberapa
perubahan dalam masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Penyata Rahman Talib, Dasar Ekonomi Baru dan
Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia Keenam telah
mengadakan pelbagai rancangan yang membolehkan setiap rakyat sama

ada yang tinggal di dalam dan di luar bandar mendapat kemudahan


pendidikan yang secukupnya.

1.1 KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA


Sebut sahaja ketaksamaan peluang pendidikan, fikiran kita sudah pasti akan
tertumpu kepada penduduk di luar bandar kerana kekurangan kemudahan
dan infrastruktur di kawasan tersebut. Hakikatnya, ketaksamaan merujuk
kepada pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapat perbezaan
antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain
daripada pelbagai aspek seperti aspek peralatan, kemudahan, peluang
pekerjaan dan lain-lain lagi.
Menurut kamus dewan edisi ketiga, ketaksamaan adalah berkaitan dengan
perihal iaitu sifat atau keadaan yang tidak sama antara gambaran dan
hakikat. Dalam erti kata lain, ia juga membawa erti implikasi daripada
taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata. Dari aspek
sosiologi,

ketaksamaan

bermaksud

keadaan

di

mana

manusia

tidak

mendapat ganjaran sosial yang sama (Noran Fauziah Yaakub, 1987).


Kemudahan dalam pendidikan juga dianggap ganjaran sosial kerana

masyarakat sememangnya mengharapkan ganjaran sosial yang diberikan


oleh pihak kerajaan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, ketaksamaan merupakan situasi atau
keadaan dimana tidak wujud akses kepada pendidikan yang disebabkan
beberapa faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada ketaksamaan
peluang pendidikan adalah seperti latar belakang pelajar, kedudukan
sekolah, status sosioekonomi, pencapaian pelajar, peluang hidup, perbezaan
bahasa dan sebagainya.
Jadi, berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ketaksamaan
peluang pendidikan adalah keadaan yang menyebabkan pelajar tidak
mendapat kemudahan pendidikan yang lengkap dan sempurna walaupun
mereka berada di sebuah negara yang maju dan serba moden.
1.2) ISU YANG TIMBUL BERKAITAN KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI
MALAYSIA DAN CARA MENANGANINYA.
Isu merupakan sesuatu perkara yang difikir dan dibincangkan secara terbuka
oleh semua orang. Ia adalah sesuatu masalah atau sesuatu perkara biasa.
Merujuk kamus dewan edisi ketiga, isu bermaksud.perkara pokok atau
persoalan.
Dalam hal ini, isu yang ingin dibincangkan adalah berkait rapat dengan
ketaksamaan

peluang

pendidikan

di

Malaysia

yang

semakin

rancak

diperkatakan oleh semua pihak terutamanya bagi mereka yang mengambil

berat terhadap bidang pendidikan. Terdapat pelbagai isu yang berlaku yang
adakalanya mengundang ketidakadilan peluang pendidikan kepada para
pelajar di sekolah.
Antara isu tersebut ialah kekurangan tenaga pengajar di sekolah luar bandar.
Kita sedia maklum bahawa, peluang pendidikan bagi penduduk di kawasan
luar bandar amat terhad jika dibandingkan dengan penduduk bandar kerana
kebiasaanya

mereka

mengalami

kekurangan

kemudahan

seperti

infrastruktur dan peralatan, kekurangan guru mahir dan sokongan daripada


ibu bapa serta masyarakat setempat. Jika dirujuk kepada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 iaitu pada teras kelima ada
dinyatakan bahawa jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan
tahap keupayaan pelajar akan dirapatkan.
Namun, sejauh manakah usaha ini dapat diteruskan apabila pelajar-pelajar di
sekolah luar bandar menghadapi masalah untuk belajar dalam subjek-subjek
tertentu disebabkan kurangnya guru di sekolah tersebut. Malah, mereka juga
tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar kerana tidak ada guru
yang dapat memberi nasihat serta membimbing mereka dalam setiap mata
pelajaran yang diajar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) , pada tahun
2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM
menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar,
terutamanya di kawasan pedalaman dan pulau. Manakala, sekolah di

kawasan pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman


atau kurang latihan.
Rentetan ini menyebabkan guru yang kurang berpengalaman terpaksa
mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Hal ini sudah pasti akan
mewujudkan ketidaksamaan pendidikan dalam kalangan pelajar di sekolah
luar bandar apabila mereka perlu menguasai mata pelajaran yang sukar
dalam tempoh yang lama disebabkan guru kurang berkemahiran dalam
mengajar subjek tersebut.
Berbeza pula bagi pelajar di sekolah bandar yang mempunyai guru yang
berkemahiran serta arif dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Jika di luar
bandar, sesebuah sekolah menghadapi masalah kekurangan guru tetapi di
bandar mempunyai lebihan guru. Keadaan ini telah mewujudkan peluang
yang lebih baik kepada pelajar di sekolah bandar kerana mendapat
pendidikan yang sempurna berbanding pelajar di kawasan luar bandar yang
terpaksa bertungkus lumus serta bersungguh-sungguh mempelajari sesuatu
ilmu.
Jika diperhatikan, isu atau masalah ini timbul apabila terdapat guru-guru
yang mahir serta mendapat latihan daripada Institut Pengajian Tinggi berat
hati untuk menerima penempatan yang telah ditawarkan oleh pihak KPM.
Malah, ada juga yang kecewa dan tidak berpuas hati jika penempatan
mengajar

tersebut

tidak

menepati

kehendak

pilihan

mereka.

Lebih
8

menyedihkan apabila mereka sukar menerima jika dihantar bertugas di


kawasan luar bandar kerana mereka mempunyai persepsi negatif seperti
kemudahan terhad serta lokasi yang jauh dari kawasan bandar. Akhbar
Harian Metro pada 28 Mac 2009 ada melaporkan bahawa guru-guru yang
telah mendapat penempatan mengajar di kawasan luar bandar sanggup
memilih jalan menganggur dan menukar profesion daripada dihantar
bertugas nun jauh di pedalaman. Akibatnya, pihak KPM terpaksa menghantar
guru yang kurang latihan khususnya dalam bidang pendidikan ke sekolah
luar bandar yang sememangnya mempunyai masalah kekurangan tenaga
pengajar dalam setiap mata pelajaran.
Menyedari hakikat permasalahan ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui PIPP telah menggariskan beberapa langkah untuk mengatasi
fenomena

kekurangan

guru

di

sekolah

luar

bandar

iaitu

dengan

meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut opsyen di kawasan luar


bandar dan pedalaman. Antara strategi yang akan dilaksanakan ialah
termasuklah

dengan

mewajibkan

guru

baru

berkhidmat

di

kawasan

pedalaman serta menambah baik insentif khusus kepada guru yang


berkhidmat di pedaman. KPM juga akan menyediakan ansurans kepada
semua guru yang berkhidmat di luar bandar di samping menyediakan rumah
guru dan kemudahan asas yang sempurna.
Di samping itu, bagi guru yang terpaksa mengajar subjek di luar
kepakarannya tidak boleh berputus asa mahupun berasa kecewa kerana

keadaan seperti ini bukanlah perkara baru dalam dunia profesion keguruan.
Masalah ini mungkin bersifat sementara dan juga berpanjangan. Untuk
menangani masalah ini, guru tersebut terlebih dahulu perlu meneliti sukatan
pelajaran bagi mata pelajaran yang akan diajar. Contohnya dengan
mendapatkan

pelbagai

maklumat

mengenai

skop

pelajaran

serta

bertanyakan masalah yang dihadapi kepada guru-guru yang berpengalaman.


Melalui cara ini, mereka akan berasa bahawa mata pelajaran tersebut
tidaklah begitu sukar seperti yang dijangkakan.
Selain itu, mereka juga perlu meneliti buku latihan pelajar bagi mendapatkan
gambaran yang jelas tentang aktiviti dan jenis latihan yang diperlukan.
Malah, bahan rujukan amat diperlukan agar guru tersebut berasa yakin
dengan pengajarannya meskipun subjek yang diajar itu adalah perkara baru
dalam hidupnya. Dengan demikian, pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas akan menjadi lebih menarik dan berkesan, malah pelajar pula tidak
akan berasa bosan untuk belajar. Kesannya, pelajar di sekolah luar bandar
dapat menikmati pendidikan yang baik dan sempurna sepertimana pelajar di
sekolah bandar.
Isu seterusnya adalah mengenai kesesakan pelajar di dalam kelas yang
sememangnya menjadi masalah kepincangan dalam sistem pendidikan
negara. Fenomena ini sudah lama dibincangkan di dada-dada akhbar dan
media

rentetan

daripada

rungutan

atau

aduan

ibu

bapa

yang

membangkitkan masalah anak masing-masing yang terpaksa belajar di

10

dalam kelas yang tidak selesa. Hakikatnya, masalah ini berlaku di sekolah
bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan padat. Akhbar
Berita Harian pada 27 Julai 2009 ada menulis mengenai isu ini dimana
Sekolah Kebangsaan Saujana Utama (SKSU), Sungai Buloh, Selangor telah
menjadi salah sebuah sekolah yang dipantau oleh pihak Berita Harian. Hasil
tinjauan yang dilakukan, mereka mendapati

kesesakan pelajar jelas

meruncing apabila berlaku lebihan 1,000 murid berbanding kapasiti sekolah


yang

hanya

mampu

menampung

2,400

berdasarkan

kemudahan

infrastruktur yang ada.


Masalah ini berlaku akibat daripada kepesatan penduduk di sesuatu kawasan
dan tidak banyak sekolah yang didirikan di kawasan tersebut. Apabila ibu
bapa yang bekerja di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk,
mereka hanya mahu menghantar anak-anak ke sekolah yang menjadi
tumpuan penduduk di sekitarnya. Pada mereka, dengan cara demikian lebih
mudah untuk mereka menghantar dan membawa anak-anak pulang ke
rumah kerana jarak sekolah dengan tempat kerja yang tidak terlalu jauh
meskipun anak-anak mereka terpaksa belajar di dalam kelas yang sesak.
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom mengatakan
bahawa masalah kesesakan bilik darjah majoritinya berlaku di Lembah Klang
dan beberapa bandar besar yang melibatkan kawasan pinggiran bandar
seperti Kajang, Sentul, Klang, Rawang dan Subang. Menurut beliau lagi,
keadaan ini adalah disebabkan pembangunan projek perumahan yang begitu
pantas di kawasan terbabit.
11

Di samping itu, kekurangan bilik darjah di sekolah-sekolah bandar juga


antara faktor yang menyebabkan wujudnya kesesakan di dalam kelas. Dalam
hal ini, pihak sekolah terpaksa menetapkan jumlah pelajar yang begitu ramai
di dalam satu kelas. Akibatnya murid terpaksa belajar dalam keadaan yang
tidak kondusif, malah susunan meja yang padat di dalam kelas turut
menjejaskan tumpuan terhadap pengajaran. Bayangkan apabila kelas
tersebut mempunyai 45 orang murid yang mempunyai tingkah laku yang
berbeza-beza,

sudah

pasti

suasana

kelas

akan

menjadi

bising

dan

seterusnya mewujudkan sikap agresif yang keterlaluan dalam kalangan


sebilangan pelajar. Umpamanya, menganggu rakan-rakan yang sedang
membaca buku, bergaduh dan berlari hingga berlakunya perlanggaran
sesama rakan-rakan lain.
Hakikatnya, fenomena ini bukan hanya melibatkan murid bahkan turut
menyumbang perkara negatif kepada guru. Hal ini dikatakan demikian
kerana kebanyakan guru mengaitkan beban kerja mereka dengan masalah
berdepan murid terlalu ramai dalam sesebuah kelas yang sesetengah
mencecah 45 hingga 50 orang. Jadi, guru akan hilang fokus untuk mengajar,
malah mereka turut mengalami tekanan emosi akibat daripada kerenah dan
telatah murid yang tidak terkawal. Bagi murid pula, pengajaran guru
tersebut tidak mampu membuatkan mereka untuk memberi fokus yang
sepenuhnya

sekaligus

menyebabkan

mereka

hilang

minat

untuk

bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Jika masalah ini berterusan, sudah


pasti murid tidak mendapat peluang pendidikan yang lebih sempurna
12

meskipun mereka belajar di sekolah bandar yang biasanya mendapat


kemudahan yang lengkap.
Bagi menangani isu seperti ini, pihak kementerian telah mengambil tindakan
dengan menyediakan bilik kabin bagi menampung bilangan pelajar yang
ramai. Bilik kabin ini adalah sebagai tempat pembelajaran sementara
sebelum kerajaan membina bangunan tambahan di sekolah yang mengambil
masa sekitar setahun hingga 18 bulan. Walaupun bilik kabin yang disediakan
ini tidak mempunyai kelengkapan yang baik seperti di dalam bilik darjah,
namun ia mampu mengurangkan masalah kepadatan dan kesesakan murid
untuk belajar dengan suasana yang tenteram.
Langkah yang seterusnya adalah dengan mengehadkan bilangan murid
sebanyak 25 hingga 30 orang di dalam kelas bagi semua sekolah di seluruh
Malaysia. Cara ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kesesakan murid
di dalam kelas, bahkan beban guru juga dapat dikurangkan. Hal ini kerana,
guru dapat mengawal kelas dengan efektif apabila mempunyai bilangan
murid yang tidak terlalu ramai serta keadaan kelas yang selesa dan
tenteram. Dengan demikian, murid dapat memberi tumpuan terhadap
pengajaran guru sekaligus mampu mendorong mereka untuk belajar dengan
tekun dan bersungguh-sungguh.
Kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai pelbagai kelompok
masyarakat yang berbeza agama, budaya dan adat resam. Dalam konteks
pendidikan, kerajaan sentiasa memastikan semua masyarakat mendapat
13

pendidikan yang adil dan saksama. Namun di sini, isu yang ingin
diketengahkan adalah mengenai pendidikan dalam kalangan masyarakat
Orang Asli yang merupakan penduduk peribumi di Malaysia iaitu tentang
masalah keciciran murid Orang Asli dalam arus pendidikan.
Menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) iaitu pada tahun
2006, 24.31 peratus murid Orang Asli yang tamat tahun enam tidak
meneruskan persekolahan ke tingkatan satu dan 46.28 peratus yang
memasuki sekolah menengah pula tidak menamatkan pendidikan sehingga
tingkatan lima. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Orang
Asli hakikatnya tidak mempunyai minat yang tinggi untuk menerima
pendidikan seperti masyarakat lain yang ada di Malaysia.
Antara sebab permasalahan ini adalah kerana ibu bapa Orang Asli tidak
mempunyai kesedaran tentang pendidikan. Maka, dengan sebab itu, mereka
tidak menggalakkan anak-anak mereka bersekolah walaupun pihak kerajaan
telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan taraf hidup
mereka. Malah, anak-anak Orang Asli juga tidak mahu ke sekolah kerana
mereka tidak sanggup berjauhan dengan keluarga apabila terpaksa tinggal
di asrama. Hal ini demikian kerana, Orang Asli mempunyai hubungan
kekeluargaan yang kukuh dan rapat antara ibu bapa dan adik beradik lain.
Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM, Bang Muk Shin pada
Disember 2008, kebanyakan murid perempuan tidak menyambung pelajaran
ke peringkat sekolah menengah kerana mereka akan dikahwinkan pada usia
14

yang sangat muda. Maka dengan sebab itulah, anak-anak Orang Asli tidak
mempunyai minat untuk belajar di sekolah sekaligus menyukarkan mereka
untuk mendapat pendidikan yang sama rata dengan murid-murid daripada
kaum lain.
Taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli juga antara
faktor yang menyumbangkan kepada masalah ini. Keadaan mereka yang
serba kekurangan ini menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk
menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka kerana merasakan
bahawa keperluan mencari nafkah keluarga lebih diutamakan daripada
mendapatkan pendidikan. Lantaran itu, ada sesetengan ibu bapa akan
meminta anak-anak untuk mengikuti mereka ke hutan bagi memungut hasil
hutan seperti rotan dan kayu gaharu.

Di samping itu, Jarak lokasi iaitu

antara sekolah dengan penempatan mereka amat jauh hingga mengambil


masa yang begitu lama untuk mereka sampai ke sekolah tersebut.
Berdasarkan isu keciciran murid Orang Asli ini, maka guru merupakan insan
yang bertanggungjawab memastikan mereka belajar dan hadir ke sekolah
seperti yang ditetapkan. Biasanya, murid-murid Orang Asli yang berada di
asrama masih lagi merindui keluarga yang tinggal berjauhan. Oleh itu, guru
yang mengajar di sekolah Orang Asli perlu sentiasa mengambil tahu
kebajikan dan keperluan mereka seperti menguruskan aspek kebersihan dan
penjagaan diri, memberi semangat dan motivasi di samping mendengar
masalah

yang

dihadapi

oleh

mereka.

Dalam

hal

ini,

mereka

akan

15

menganggap bahawa guru adalah ibu bapa yang dapat memberikan kasih
sayang dan mengambil perhatian sekaligus dapat mengubat kerinduan
mereka terhadap ahli keluarga.
Dalam konteks pembelajaran bilik darjah, guru perlu menggunakan kaedah
serta teknik yang pelbagai bagi menarik minat dan perhatian mereka
terhadap pengajaran yang berlangsung. Kebanyakan murid Orang Asli
mempunyai tahap IQ yang agak lemah dan guru tidak dapat menghabiskan
sukatan pelajaran kerana terpaksa mengajar mereka berkali-kali disebabkan
kesukaran memahami sesuatu pengajaran . Dalam hal ini, cara berkesan
untuk mengajar adalah dengan menggunakan kaedah nyanyian. Contohnya
dalam mata pelajaran Bahasa Arab, guru boleh mereka satu lagu dan
bernyanyi bersama murid bagi perkataan-perkataan yang sukar disebut.
Dengan cara ini, sudah pasti mereka akan berasa seronok dan gembira
untuk belajar sekaligus dapat mengelakkan masalah keciciran yang berlaku
di sekolah.
Selain itu, guru juga perlu mempelajari cara dan gaya hidup masyarakat
Orang Asli agar dapat mengenali dengan lebih dekat sifat dan perwatakan
anak murid mereka. Murid yang tidak tinggal di asrama biasanya akan
datang lewat ke sekolah kerana mereka terpaksa mengharungi denai dalam
hutan dan mereka juga akan terserempak dengan gajah ketika dalam
perjalanan. Oleh itu, mereka perlu berhenti dan menyembunyikan diri hingga
gajah

tersebut

beredar

dan

kemudian

barulah

mereka

meneruskan

16

perjalanan ke sekolah. Dalam hal ini, guru yang memahami hidup


masyarakat Orang Asli sudah tentu tidak akan memarahi murid yang datang
lewat ke sekolah kerana Orang Asli juga sebenarnya mempunyai sifat
sensitiviti yang tinggi.

Contohnya, hukuman rotan tidak boleh digunakan

kerana ia akan membuatkan mereka merajuk dan enggan ke sekolah.


Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu
melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan kemampuan
mereka

seperti

banyakkan

aktiviti

yang

berbentuk

pergerakan

dan

berkumpulan. Guru perlu elakkan daripada melaksanakan aktiviti yang


melibatkan mental kerana mereka dikatakan mempunyai ingatan yang
singkat dan lemah. Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang guru
mencipta serta melakukan aktiviti yang mampu menggalakkan mereka
memberi perhatian terhadap pengajaran di dalam kelas kerana kadangkala
murid-murid Orang Asli akan cepat jemu dan bosan apabila hanya tertumpu
kepada satu aktiviti sahaja.
Isu lain yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan adalah
penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid di sekolah
luar bandar. Sememangnya, hasrat kerajaan untuk memastikan murid-murid
di sekolah luar bandar menguasai bahasa kedua ini masih belum tercapai
kerana terdapat banyak faktor yang menyukarkarkan pelaksanaan ini. Antara
faktor tersebut ialah murid-murid di sekolah luar bandar kurang meminati

17

subjek ini kerana beranggapan bahawa ianya susah untuk dikuasai


berbanding subjek-subjek lain yang menggunakan bahasa ib`unda.
Di sekolah pula, bilangan buku bahasa Inggeris yang disediakan di
perpustakaan sangat terhad dan jika adapun mungkin hanya meliputi buku
teks dan buku latihan. Hal ini sudah tentu menyukarkan murid
membuat

rujukan

semangatnya

untuk

dalam

bahasa

menguasai

Inggeris

bahasa

ini

sekaligus
dengan

baik.

untuk

mematahkan
Selain

itu,

kekurangan guru yang berkemahiran dalam bahasa Inggeris di sekolah luar


bandar juga antara faktor yang menjejaskan prestasi pencapaian murid
dalam mata pelajaran tersebut. Dalam hal ini, pihak sekolah terpaksa
meminta guru yang di luar bidangnya untuk mengajar subjek bahasa
Inggeris. Jika guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman
tentang subjek ini, sudah tentu murid-murid mengabaikan serta tidak
memberi fokus terhadap pengajarannya.
Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru sentiasa memberi galakkan dan
motivasi kepada murid-murid supaya menganggap bahawa bahasa Inggeris
tidak sukar seperti yang difikirkan. Biasanya, murid-murid di sekolah luar
bandar mempunyai motivasi yang kurang untuk belajar bahasa Inggeris. Jadi,
para guru perlu membimbing mereka yang lemah dalam subjek ini agar
mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan yang serupa seperti murid di
sekolah bandar. Sebagai contoh, guru perlu memberi ganjaran positif bagi
mereka yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Contohnya,

18

ganjaran yang diberi tidak semestinya berupa hadiah tapi guru boleh
memberi tepukan atau pujian melalui aktiviti yang dilaksanakan.
Selain itu, guru perlu menggalakkan murid bercakap dalam bahasa Inggeris
iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Meskipun usaha
ini dilihat begitu sukar kerana tidak semua murid mampu bertutur tetapi jika
dilaksanakan secara berterusan usaha ini akan berhasil. Umpamanya, guru
meminta murid menggunakan perkataan bahasa Inggeris jika ingin ke
tandas, koperasi, kantin, meminta sesuatu daripada guru dan rakan-rakan
lain. Malah, denda akan dikenakan bagi murid yang tidak menggunakan
perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi, jika murid dapat menyebut dan
bertutur dalam bahasa Inggeris, objektif guru tersebut akan tercapai
sekaligus

dapat

mengubah

stigma

negatif

mereka

yang

selama

ini

menganggap bahasa tersebut sangat susah dan membebankan.


Seterusnya adalah isu yang berkaitan dengan kekurangan kemudahan
infrastruktur di sekolah luar bandar. Meskipun masalah ini sering dibincang
dan diperkatakan, ianya masih tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini dapat
dibuktikan apabila wujudnya jurang yang ketara antara kemudahan di
sekolah bandar dan di luar bandar. Jika di bandar, murid mampu belajar
dengan baik dan selesa kerana kemudahan seperti bekalan elektrik, air serta
peralatan teknologi pendidikan disediakan dengan lengkap. Namun, di luar
bandar, segala kemudahan infrastruktur tidak mampu dinikmati oleh warga
sekolah tersebut.

19

Masalah ini sering dikaitkan dengan ketiadaan bekalan elektrik serta


kemudahan telefon awam di sekolah pedalaman. Hal ini menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemudahan internet serta
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tidak dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Malah, perhatian murid akan terjejas dan terganggu akibat
daripada kemudahan persekitaran yang tidak sempurna.
Kemudahan infrastruktur di sekolah adalah prasyarat dalam mewujudkan
suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, guru perlu
menekankan pembelajaran yang berpusatkan murid melalui interaksi murid
dengan guru di samping melakukan aktiviti yang tidak hanya melibatkan
penggunaa ICT. Ini kerana, bila-bila masa sahaja bekalan elektrik di sekolah
tersebut akan terputus. Selain itu, guru juga perlu mempunyai sifat sabar
yang tinggi apabila berdepan dengan situasi yang tidak dijangkakan serta
bijak melayan dan mengatasi segala kerenah anak murid. Contohnya,
apabila bekalan elektrik seperti kipas terhenti tiba-tiba, mereka akan mula
membuat bising. Maka, guru harus mengawal suasana kelas tersebut dengan
sebaiknya. Situasi ini juga seringkali berlaku di sekolah Orang Asli dimana
guru terpaksa menggunakan air yang keruh seperti warna air teh susu untuk
melakukan aktiviti harian.
Di sini dapat dirumuskan bahawa setiap isu yang timbul dapat diatasi
dengan sebaiknya jika guru memberi kerjasama dan komitmen yang
sepenuhnya

khususnya

terhadap

usaha

murni

kerajaan

yang

ingin

20

menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Malaysia. Dengan ini, peluang


pendidikan

mampu

dikecapi

oleh

setiap

indidvidu

sekaligus

mampu

membentuk modal insan yang berkualiti.

2,0)

CADANGAN-CADANGAN

LAIN

YANG

DAPAT

MEGHAPUSKAN

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


1) Membina sekolah Orang Asli di kawasan penempatan Orang Asli.
Biasanya orang asli hidup berpindah randah, namun usaha ini dilihat
berkesan sekirannya guru-guru yang ditempatkan di sekolah tersebut
mampu memberi kerjasama dan mengorbakan masa dan tenaga demi
menggalakkan ibu bapa Orang Asli menghantar anak-anak mereka ke
sekolah. Jika sebelum ini, mereka tidak menggalakkan anak-anak mereka
belajar kerana jarak antara sekolah dengan tempat tinggal mereka yang
agak jauh. Namun, dengan adanya sekolah di kawasan mereka, tiada alasan
21

untuk anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Malah,


masalah keciciran murid dalam kalangan masyarakat Orang Asli dapat
dikurangkan dengan sebaiknya.
2) Membuat lawatan khas ke penempatan Orang Asli yang melibatkan guru
dan anak murid Orang Asli.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan guru dengan
ibu bapa anak murid mereka. Masyarakat Orang Asli biasanya mempunyai
perwatakan yang malu dan kurang bergaul. Jadi, dengan adanya pendekatan
yang sistematik iaitu dengan membuat lawatan ke setiap rumah Orang Asli
bagi mempelajai dan mengenali budaya dan cara hidup mereka, sudah pasti
mereka tidak akan berasa kekok menerima kehadiran insan yang telah
memberi ilmu kepada anak mereka. Lawatan ini perlu dilakukan sekali dalam
sebulan agar ibu bapa mereka dapat mengenali guru tersebut dengan lebih
mendalam. Malah, murid-murid Orang Asli mempunyai semangat dan minat
untuk ke sekolah.
3) Mewujudkan satu kursus khas untuk mengajar di sekolah Orang Asli
Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah berjaya melahirkan guru dari
pelbagai bidang seperti bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Islam, Bahasa
Melayu, Bahasa Iban dan sebagainya. Namun, pada hari ini, tidak ada lagi
guru yang pakar dalam bahasa masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian,
amat wajar sekiranya kerajaan mewujudkan satu kursus khas untuk
mengajar di sekolah Orang Asli. Bagi pemilihan calon pula, seseorang itu
22

mestilah mempunyai minat untuk mengajar anak-anak Orang Asli sebelum


ditawarkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru khususnya. Mereka yang
layak haruslah menyedari bahawa mereka telah dilatih untuk mengajar di
sekolah Orang Asli selepas tamat kursus tersebut. Kursus yang ditawarkan
mestilah berkaitan dengan kehidupan Orang Asli seperti adat resam dan
pantang larang yang diamalkan oleh mereka.
4) Melatih guru bahasa Inggeris dan menempatkan mereka di sekolah luar
bandar
Sememangnya masalah penguasaan bahasa Inggeris oleh murid di sekolah
luar bandar jelas ketara apabila pencapaian murid bagi subjek tersebut
kurang memberangsangkan. Masalah ini jika berlarutan akan menimbulkan
ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid. Oleh itu, pihak
kerajaan melalui KPM perlu melatih 10 000 guru bahasa Inggeris bagi setiap
tahun

bagi

meningkatkan

kemahiran

dan

kecekapan

mereka

dalam

menguasai bahasa ini. Rasional bagi cadangan ini adalah kerana guru adalah
faktor utama untuk menarik minat murid-murid mempelajari serta mencintai
bahasa

kedua

ini.

Maka

dengan

itu,

guru

Bahasa

Inggeris

perlu

memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang efektif agar pengajaran
mereka di dalam kelas kelihatan menarik dan berkesan. Di samping itu, guru
terlatih ini juga perlu ditempatkan di sekolah luar bandar seperti di kawasan
pedalaman, penempatan Orang Asli dan lain-lain lagi. Jika sebelum ini,

23

murid-murid tidak mampu menguasai bahasa Inggeris di sebabkan sekolah


kekurangan guru bahasa Inggeris yang terlatih.
5) Sama ratakan penempatan guru ke sekolah luar bandar dari aspek
pengalaman dan kemahiran.
Umumnya, sekolah luar bandar mengalami kekurangan guru yang mahir dan
berpengalaman berbanding sekolah di bandar. Jadi, bagi menangani masalah
ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil guru yang
mempunyai kemahiran dan berpengalaman untuk ditempatkan di sekolah
luar bandar di samping menempatkan guru terlatih yang baru menamatkan
kursus perguruan. Hal ini bertujuan agar murid-murid memperoleh ilmu yang
secukupnya apabila menimba ilmu daripada guru yang berpengalaman
dalam bidang pendidikan. Manakala, bagi guru yang baru menamatkan
kursus, mereka adalah penyambung generasi yang seterusnya apabila tiba
masa guru yang berpengalaman tersebut bersara mahupun terpaksa
ditukarkan ke sekolah lain.
Pada masa yang sama, mereka dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat
dari orang yang berkemahiran sekaligus memberi inspirasi kepada mereka
untuk mengajar anak murid dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
Mokhtarudin Ahmad Suri, 51, adalah antara guru yang sanggup memohon
untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pos Kemar iaitu sekolah Orang
Asli. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat di sekolah bandar dan elit, namun,
beliau

beranggapan

bahawa

portfolionya

tidak

lengkap

jika

tiada
24

pengalaman mengajar di sekolah pedalaman dan Orang Asli. Di sini, jelas


menunjukkan bahawa, seseorang guru itu perlu mempunyai keazaman yang
kukuh dan sanggup mengharungi cabaran demi memartabatkan sistem
pendidikan negara.
6) Perbanyakkan pembinaan sekolah di kawasan bandar yang mempunyai
ramai penduduk serta mengurangkan projek pembangunan.
Jika di bandar, pihak sekolah berhadapan dengan masalah kesesakan murid
di dalam kelas. Kesannya, sudah pasti mereka tidak dapat belajar di dalam
suasana yang tenang dan kondusif. Jadi, adalah lebih baik bagi pihak
kerajaan membina satu sekolah bagi mengurangkan masalah ini walaupun
tempoh yang diperuntukkan memakan masa yang agak lama. Pembinaan
sekolah ini dirasakan perlu bagi memastikan generasi yang akan datang
dapat belajar dengan baik dan sempurna.
Di samping itu, pihak KPM perlu membuat kerjasama dengan pihak yang
merancang pembangunan di kawasan terbabit iaitu dengan membuat
perjumpaan dan perbincangan mengenai hasrat KPM yang mahu pihak
tersebut mengurangkan projek pembangunan. Perbincangan ini mestilah
dilakukan dengan teliti kerana umumnya setiap projek yang dilaksanakan
menelan perbelanjaan yang besar. Langkah bagi mengurangan projek
pembangunan tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang
kepada pihak kerajaan membina bangunan sekolah. Dalam hal ini, ibu bapa

25

mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan


mereka tidak perlu menumpukan kepada sesebuah sekolah sahaja.
KESIMPULAN
Isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia sememangnya memberi
cabaran yang besar kepada pihak KPM dan warga pendidik. Tidak dapat
tidak, guru memainkan peranan penting dalam membantu usaha kerajaan
bagi meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa membezakan agama, bangsa,
budaya dan adat resam. Dalam hal ini, setiap individu berhak dan layak
mendapat pendidikan kerana dengannya manusia berupaya melakukan
interaksi yang positif antara satu sama lain. Oleh yang demikian, pendidikan
di Malaysia jelas memberi peluang yang luas kepada rakyatnya untuk
menerima pendidikan tanpa ada sikap prejudis mahupun dendam sesama
sendiri.

26

RUJUKAN
BUKU
Amran Kasimin. (1993). Agama dan Perubahan Sosial. Edisi pertama. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Mamat. (1998). Pengetahuan Sekolah Menangani Isu dan Cabaran
kepemimpinan. Edisi pertama. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar. (2007). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan
Pendidikan.
Edisi ketiga. Selangor : Thinkers Library Sdn. Bhd.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah
A.Majid
(2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Edisi
kedua.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAJALAH
Badrunsham Dahalan.( 2007, Mac). Program Lonjakan Perdana. Majalah
Pendidik.
Muka surat 14-17.

27

Ahmad Marzuki Ismail. (2008, Disember). Outreach KPM Bela Masyarakat


Orang Asli.
Majalah Pendidik. Muka surat 7-9.
Nadiah Abdul Hamid.
Memperkasakan

(2011,

Ogos).

Memartabatkan

Bahasa

Melayu

Bahasa Inggeris. Majalah Dewan Bahasa. Muka surat 20.

28

29

30

Vous aimerez peut-être aussi