Vous êtes sur la page 1sur 20

Lukisan

Dan Penyuburan
Diri
HJ. YAAKOB BIN HJ.
ATAN

Pengenalan
Lukisan

Lukisan merupakan satu teknik


menggambar atau hasil kerja seni
yang dibuat untuk meluahkan
perasaan berbentuk imej dengan
menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling
minimum.

Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan


melakar sebagai satu proses
menghasilkan imej untuk tujuan luahan
perasaan secara spontan.
Lukisan juga merupakan proses awal atau
lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada kegiatan lain
seperti catan, cetakan, seni grafik, arca,
kolej
dan montaj.

Lukisan juga adalah satu karya seni atau


hasil kerja seni yang dihasilkan di atas
sesuatu permukaan rata.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan
terhad kepada media kering seperti pensel
(contoh pensel B hingga 6B), pensel warna,
pastel, arang, pen dan dakwat, krayon, pen
marker, marker pelukisan dan kapur

Proses melakukan garisan, melorek


ton dan menggosok juga dinamakan
lukisan.
Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz,
warna dan jalinan ke atas sesuatu
hasil kerja dinamakan lukisan.

Lukisan bergantung kepada


penggunaan garisan yang olespresif
dan nyata
Lukisan adalah kerja-kerja peringkat
awal dalam bentuk imej untuk
menghasilkan karya-karya yang lebih
kompleks, seni halus, animasi, seni
bina dan sebagainya.

Bentuk-bentuk ini dihasilkan


menggunakan media kering seperti
pensel, pen, arang, pastel dan
sebagainya. Penggunaan warna amat
terhad.
Antara pelukis-pelukis terkenal ialah
Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci
yang menggabungkan matematik
dan lukisan dalam kajian figura
mereka.

Sejarah
Lukisan

Perkataan lukisan dalam bahasa


Inggeris ialah Drawing yang asalnya
dari dua bahasa iaitu German dan
Latin. Perkataan to draw adalah dari
perkataan Old English iaitu dragan
yang bermaksud to drag dan aktiviti
yang berhubung dan tubuh badan.

Beberapa buku menyatakan lukisan


adalah aktiviti melukis yang
menggunakan bahan kering atau
basah untuk mendapatkan kesan
rupa dan bentuk pada sesuatu
permukaan.

Lukisan juga boleh dikaitkan dengan


pengalaman yang istimewa kepada
seseorang pelukis yang digambarkan
melalui gerak minda dan hati
diterjemahkan di atas permukaan
untuk dijadikan sebagai bahan
dokumentasi.

Ini terbukti dengan sebuah lukisan


bertajuk Unforgettable Fire yang
dilukis oleh pelukis amatur iaitu
Yusuko Yagamata di Jepun pada
tahun 1945 menggambarkan
peristiwa pengeboman Bandar
Hiroshima.

Secara langsung lukisan adalah satu


disiplin seni yang boleh dikaitkan
dengan keperluan psikologi sejarah
dan artistik. Hal ini terbukti bahawa
pelukis perlu mempunyai tiga nilai
kerangka dalam dirinya iaitu daya
visualisai, daya emosi dan daya
estetika.

Sebenarnya lukisan bukanlah milik


mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik
semua manusia. Pengalaman anakanak kecil menconteng di atas kertas
atau dinding merupakan fitrah
manusia melukis sebagai meluahkan
perasaan dalam bentuk visualisasi.

Ini juga ada kaitnya dengan


perjumpaan lukisan-lukisan purba di
gua-gua, lukisan itu menjadi faktor
penentu kepada pemujaan untuk
pemburuan. Manusia zaman dahulu
menggunakan lukisan sebagai asas
untuk kekuatan tumpuan mereka
kepada mencari nafkah.

Pada dinding zaman Mesir purba,


lukisan dijadikan sebagai rakaman
penghidupan. Lukisan digambarkan
dalam satu penceritaan komik yang
bersiri untuk meninggalkan satu
dokumentasi sejarah yang gemilang.

Menurut Betti dan Sale (1997), secara


umumnya empat kepentingan lukisan,
antaranya ialah:
a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan
untuk melihat sesuatu peristiwa yang
sebenar,
b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu
peristiwa.
c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea
(mencari idea yang terbaik)
d. Sebagai data menyimpan memori kepada
pelukis untuk menghasilkan satu karya yang
terbaik.

Karya lukisan yang dihasilkan biasanya


menggunakan media jenis kering. Karya
lukisan merupakan kerja peringkat awal yang
dibuat untuk menghasilkan catan. Karya
lukisan mementingkan unsur garisan untuk
membentuk imej dan tidak menggunakan
warna, kecuali warna daripada alat tulis
seperti pensel warna atau krayon. Lukisan
biasanya dihasilkan secara sepontan serta
dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan
gaya persembahan pelukisnya.

Sekian

Vous aimerez peut-être aussi