Vous êtes sur la page 1sur 5

PSS SMK KBSR

Program MenaikTaraf Bilik Alat Pandang Dengar 2015


RASIONAL
Pelajar masa kini merupakan aset yang penting untuk kemajuan Negara dan
cermin kepimpinan masa akan datang. Oleh itu Pusat Sumber Sekolah (PSS)
merupakan salah satu agen yang diharapkan dapat membantu ke arah mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pelbagai aktiviti dirancang dan dijalankan selaras dengan keperluan pendidikan.
Di samping itu, PSS perlu menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku dalam situasi yang
selesa, menarik dan mudah difahami serta mencapai objektifnya.
Untuk tujuan itu, setiap sekolah perlu mempunyai sebuah pusat sumber yang
lengkap supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya serta bermanfaat kepada
semua pihak terutamanya para pelajar.Pelbagai maklumat terkini serta kemajuan
teknologi maklumat (ICT dalam P&P) dapat disalurkan kepada para pelajar. Hal ini
dapat member peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan menikmati
dan melalui pelbagai situasi P&P yang menarik, serba canggih dan bermaklumat.
Sekiranya PSS berada dalam keadaan yang serba kekurangan, sudah tentu
objektifnya serta pengujudannya tidak dapat dicapai. Apa yang menyedihkan lagi
peranannya sebagai pembantu dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dari segi
rohani dan jasmani, beilmu pengetahuan, berketerampilan, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan dan member sumbangan buah fikiran tidak dapat dilaksanakan.
MATLAMAT
Menambah baik keadaan fizikal dan mutu perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
yang sedia ada boleh menjadikan sebuah pusat sumber yang lengkap, bermaklumat,
selesa serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses Pengajaran dan
pembelajaran (P&P) selaras dengan kehendak Pusat Sumber Pendidikan (PSPN) dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
1.

Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa


kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.

2.

Menambah bilangan peralatan Audio Visual selaras dengan kemajuan teknologi


maklumat (ICT dalam P&P) serta kehendak Kementerian Pendidikan supaya
guru-guru dapat mewujudkan situasi dan teknik P&P yang pelbagai dan menarik.

PSS SMK KBSR


3.

Menambah bilangan bahan rujukan di perpustakaan selaras dengan fungsinya


sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.

4.

Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan,


mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai
dengan sukatan pelajaran masa kini.

5.

Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.

6.

Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping
peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

PERANCANGAN PROGRAM
A. Penambahan Koleksi Bahan
BIL
1.

PERANCANGAN
Membeli CD/DVD berkaitan sukatan pelajaran terkini
dan PDP.
Membeli model, carta atau bahan bantu mengajar.

2.

ANGGARAN
PERBELANJAAN
RM 500.00
RM 1500.00
RM 2000.00

B. Pembangunan Fizikal
BIL
1.
2.
3.
4.
5.

PERANCANGAN
Membeli bahan-bahan untuk keceriaan seperti cat,
bunga, jam dinding, bingkai gambar, alas meja dan
banting berinfomasi.
Melengkapkan papan kenyataan, papan tulis dan
perabot.
Membeli kipas untuk menambahkan keselesaan
dalam bilik APD.
Membeli peralatan audio visual.
Membaikpulih alat penghawa dingin dan soket.

ANGGARAN
BELANJAWAN
RM 1500.00
RM 1500.00
RM 500.00
RM 3500.00
RM 1000.00
RM 8000.00

Jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM 10000.00

PSS SMK KBSR


SUMBER KEWANGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Wang Sekolah ( Peruntukan Geran Perkapita)


Wang SUWA
Sumbangan PIBG
Peruntukan Geran Perkapita Bagi Panitia Matapelajaran
Sumbangan pembekal sekolah
Sumbangan pihak luar.

PERMOHONAN DERMA DAN SUMBANGAN


1.
2.
3.
4.
5.

Ibubapa dan penjaga murid


KOPERASI SEKOLAH
Wakil Rakyat dan Wakil Parlimen
Syarikat-syarikat sekitar Port Dickson.
Aktiviti jualan dan Perkhidmatan PSS

TEMPOH PERLAKSANAAN
Adalah diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan serta
tercapai objektifnya dalam tempoh masa dari Januari hingga Oktober 2015.
TENAGA
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pihak pentadbir sekolah


Jawatankuasa kerja PSS
Panitia-Panitia Matapelajaran
Persatuan Ibu bapa dan Guru
Pustakawan
Pekerja sekolah

STRATEGI PERLAKSANAAN
1. Membuat dan membincangkan beberapa cadangan rancangan pembangunan
PSS bersama-sama Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Induk.
2. Membuat anggaran perbelanjaan yang diperlukan berdasarkan kos semasa.

PSS SMK KBSR


3. Membentangkan kertas kerja program menaik taraf bilik APD kepada pihak
pengurusan dalam sesi perbincangan.
4. Merancang aktiviti dan sasaran untuk mendapatkan sumber kewangan.
5. Membuat agihan tugas yang menyeluruh.
6. Melaksanakan aktiviti dan tindakan mengikut kesesuaian berdasarkan
perancangan yang telah dibuat.
7. Memantau perlaksanaan dari segi pengurusan dan kelancaran (terancang dan
berterusan)
8. Mengenalpasti

masalah-masalah

atau

kekangan

yang

timbul

daripada

perancangan yang telah, sedang atau belum dilaksanakan.


9. Mencari jalan penyelesaian dan membuat persediaan bagi mengatasi masalah
dan sebarang kemungkinan yang timbul.
10. Menilai perlaksanaan program dari

segi

keutamaan,

keperluan

dan

keberkesanan.
11. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti dan perlaksanaan program yang dipantau
atau dinilai.
12. Mengekal dan menambah baik perancangan yang telah dibuat.
PENUTUP
Besarlah harapan kami warga SMK KG BARU SI RUSA, agar kertas kerja ini mendapat
perhatian dari pihak Datuk/Tuan/Puan demi mencapai kecemerlangan Akademik,
sahsiah, Jasmani dan rohani pelajar-pelajar Kami juga ingin menikmati pembaharuan
dan pembangunan yang dirancang supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan
dan ke arah kecemerlangan sekolah

Ini juga menyahut slogan kerajaan RAKYAT

DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN . Segala keprihatinan dari pihak


Datuk/Tuan/Puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh,

PSS SMK KBSR


..
(JESSIE LAWRENCE ENING)
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
Disemak oleh,
.
(AHMAD JAIS BIN AHMAD)
PENOLONG KANAN AKADEMIK
Disahkan oleh,
..
(HJH NORMAH BT MD TAHIR)
PENGETUA CEMERLANG
SMK KG BARU SI RUSA

Vous aimerez peut-être aussi