Vous êtes sur la page 1sur 2

Arah Pandangan Mata Ketika Solat

Arah pandangan mata ketika solat di dalam mazhab Syafi`i :

Dinyatakan dalam "Fathul `Allam bi Syarhi Mursyidil Anaam" pada halaman 359 - 360, juzuk ke2, sebagai berikut:"Di antara sunnat haiah dalam solat adalah memandang ke tempat sujud walaupun ketika solat di sisi
Ka'bah. Berbeza dengan pendapat yang dipegang oleh Imam al-Mawardi dan orang yang
mengikutinya yang berpendapat bahawa orang yang solat di sisi Ka`bah disunnatkan memandang
kepada Ka'bah. Perbuatan memandang ke arah tempat sujud ini disunnatkan dalam seluruh
solat tersebut daripada awal sehingga akhirnya melainkan ketika mengucapkan "illa Allah"
dalam tasyahhud. Maka ketika itu, sunnat memandang kepada jari telunjuk yang diangkat walaupun
ianya tertutup (yakni jari telunjuk tersebut terlindung di bawah kain seperti rida` yang digunakan
oleh mushalli) berdasarkan kepada hadits yang shahih. Dan berkekalan memandang kepadanya
selama ianya diangkat dan ianya (yakni jari telunjuk tadi) diangkat sehinggalah si mushalli berdiri
untuk rakaat seterusnya dalam tasyahhud awwal dan sehingga si mushalli mengucapkan salam dalam
tasyahhud akhir."

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaaf hafizahullah dalam "at-Taqriirat as-Sadiidah" pada halaman 150
yang merupakan nukilan daripada ajaran guru beliau, al-Habib Zain Bin Sumait hafizahullah,
menjelaskan bahawa antara sunnat haiah dalam solat adalah memandang ke tempat sujud walaupun
ketika bersolat di belakang Ka'bah atau di belakang Junjungan Nabi. Maka pandangan adalah di
jatuhkan ke tempat sujud secara mutlak melainkan ketika mengucapkan "illa Allah", di mana
pandangan dijatuhkan ke jari telunjuk sehinggalah salam.

Oleh itu, ketika solat, apa jua jenis solat, sunnat mata kita memandang ke arah tempat sujud pada

setiap masa melainkan ketika menaikkan jari telunjuk tatkala mengucapkan "illa Allah"dalam
tasyahhud. Ketika jari telunjuk diangkat maka pandangan mata kita sunnat diarahkan kepadanya
sehinggalah ianya diturunkan ketika bangkit untuk ke rakaat ketiga atau ketika salam setelah
tasyahhud akhir. Inilah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan ulama kita termasuklah Imam
Ibnu Hajar rahimahullah dan Imam Ramli rahimahullah.

Wallahu 'alam

Vous aimerez peut-être aussi