Vous êtes sur la page 1sur 4

Amalan Guna Semula dan Kitar Semula

Merujuk ensiklopedia bebas Wikipedia, guna semula ialah penggunaan semula


bahan terpakai, sama ada untuk tujuan yang sama atau yang lain manakala kitar
semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan
barangan yang baru. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan
Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa
pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.

Guna semula dan kitar semula boleh membantu menjimatkan masa, wang, tenaga
dan sumber. Hal ini kerana guna semula dan dan kitar semula mengurangkan sisa
buangan dan sisa industri, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan
mentah.

Selain itu, amalan guna semula dan kitar semula dapat meningkatkan jangka hayat
tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita
didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian
besar meliputi kawasan tadahan air.Bahkan amalan guna semula dan kitar semula
membantu memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Oleh
itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau
dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru
bagi pengilangan. Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan
menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat
terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene
terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.

Antara amalan kitar semula yang boleh dilakukan:


Kitar semula mengikut jenis barang
Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan
kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan
kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk
memulakannya.
Beli produk yang boleh dikitar semula
Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang
boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.
Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula
Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk
tersebut.
Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu

cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang
mengandungi bahan-bahan toksik.
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran
dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

Sabtu, 27 April 2013

Kepentingan Memelihara Dan Memulihara Alam


Sekitar
Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana terdapat interaksi antara
organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Bagaimanapun
keseimbangan alam sekitar akan terancam jika alam sekitar tidak dipelihara dan
dipulihara dengan sewajarnya.

Oleh itu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar penting kerana:


1) Mengekalkan kesihatan yang baik. Udara dan air tercemar menyebabkan
penyakit. Contohnya, bahan pencemar udara, CFC boleh menyebabkan kanser kulit
dan katarak mata.

2) Memastikan air bersih mencukupi. Oleh itu dapat mengelakkan masalah


kekurangan air untuk makan, minum dan membasuh. Sungai dan laut yang bersih
menjamin kemandirian organisma akuatik.

3) Mengekalkan kesuburan tanah dan mengelakkan hakisan tanah. Tanah yang


subur dan tidak terhakis sesuai untuk pertanian dan pembangunan.

4) Melindungi haiwan dan tumbuhan. Ia dapat mengelakkan daripada kepupusan


flora dan fauna. Rafflesia dan orang utan adalah antara flora dan fauna yang
terancam akibat pemusnahan hutan. Selain itu, ia memastikan haiwan dan
tumbuhan membiak kerana manusia bergantung kepada haiwan dan tumbuhan
untuk keperluan harian.

5) Mengekalkan hutan. Hutan adalah sumber utama kayu balak. Kayu balak
diperlukan sebagai bahan binaan. Hutan juga habitat kepada pelbagai jenis flora
dan fauna.

6) Mengekalkan suhu bumi Jika pemanasan global terlaku, ais dikutub utara dan
selatan akan cair, menyebabkan peningkatan paras air laut. Malah pemanasan
global juga menyebabkan banyak haiwan akan mati kepanasan, contoh seperti
pengiun

Vous aimerez peut-être aussi