Vous êtes sur la page 1sur 6

PENGSAN

Pengsan atau syncope , adalah keadaan dimana seseorang itu hilang


kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak.
Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi
yang perlahan. Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan
biasanya cepat dan sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden
penghadan oksigen yang membawa kepada pengsaan boleh menyebabkan
kerosakan otak kumulatif.
Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya,
sehingga boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap
bahagian badan dan dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit
menjadi lembap. Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut,
gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makanan. Ia juga boleh
berlaku selapas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan
yang panas dan atau dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih
mudah terkumpul di bahagian bawah badan. Apabila seseorang pengsan,
mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam keadaan vertikal
menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak.
Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakan dari berlakunya
pengsan seperti :

Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga
yang keterlaluan
Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan

Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk
jangka masa yang lama.

Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya


terjatuh semasa pengsan.

Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan


berasa pening, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti

hendak pengsan. Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan
mengalihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan
membawa seseorang itu supaya duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam
mungkin dengan menundukan kepala diantara kedua lutut.Bertenang, diam dan
ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan mungkin terkejut.
Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang
boleh mengganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk
memastikan bekalan darah mengalir ke otak. Mereka mungkin sedar dengan
cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam beberapa minit awal. Biarkan
mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri. Biarkan
juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih. Jika mereka tidak sedar
untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan segara. Periksa
pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan
pernafasan jika anda tahu. Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih
tidak sedar, sakit dan sekejap sedar sekejap tidak, terutamanya jika drug
diberikan.

Rawatan Kecemasan
Seseorang boleh pengsan apabila darah tidak beredar ke bahagian otak
secukupnya. Oleh itu, apabila seseorang itu merasakan bahawa dia hendak
pengsan, dia harus duduk dengan kepala diletakkan di antara kedua lulutnya.
Kemudian bolehlah dia meneguk sedikit air supaya cepat pulih.
Tetapi apabila seseorang itu sudah peng-san, baringkan dia dengan cermat.
Jika mukanya kelihatan pucat, tinggikan kakinya supaya darah di anggota
bawah dapat turun ke jantung dan seterusnya ke bahagian kepala. Longgarkan
pakaiannya di leher, dada dan pinggang serta pastikan udara bersih tidak
terhalang. Jika pesakit bernafas, gunakan larutan ammonia dan tempatkan di
bawah hidung. Sebaliknya jika dia tidak bernafas, bantuan pernafasan perlu
diberikan terlebih dahulu.
Rawatan Homeopati
Pengsan boleh disebabkan oleh bebe-rapa faktor. Sekiranya pesakit
pengsan akibat terperanjat atau gangguan emosi seperti kerana mendengar
berita ngeri dan melihat kejadian mengejutkan, penawar paling awal yang harus
diberikan ialah Aconite 30.
Sekiranya diketahui pesakit pengsan akibat tercedera atau sebarang kesan
trauma, Arnica 30 adalah penawar yang lebih sesuai. Kalau pesakit itu pengsan
kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan, gunakan Cocculus Indicus. Aplikasi
setiap penawar haruslah bergantung kepada sebab-musabab pesakit itu pitam
atau pengsan dan simptom-simptomnya yang nyata.
Bagi sebarang kejadian pengsan yang tidak diketahui sebabnya dan tidak
upaya
dirawat, seseorang itu haruslah mengambil tindakan
segera
dengan mendapatkan ban-tuan pakar dan hospital. Apa yang dicontohkan di sini
hanyalah sekadar menunjukkan beberapa kemungkinan preskripsi yang biasa
diberikan oleh ahli-ahli homeopati dalam menangani kes-kes sebegini.

Ringkasan:
Aconite 30 pengsan kerana mendapat berita ngeri atau menyaksikan
kejadian mengejutkan.
Arnica 30 pengsan selepas tercedera.
Cocculus 30 pengsan kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan.

DEWASA PENGSAN (TIDAK SEDARKAN


DIRI)

Seseorang yang pengsan tidak ada kawalan otot dalam kerongkong


menyebabkan lidahnya boleh terjatuh ke belakang dan menyekat saluran
udara, menyebabkan pernafasan terhalang. Mangsa tidak dapat batuk atau
telan menyebabkan dirinya berisiko untuk tercekik atau termuntah. Tindakan
pantas boleh menyelamatkan nyawa.

Periksa Keadaan
Pastikan kawasan adalah selamat untuk anda dekati.

Langkah-langkah Pertolongan Cemas


1.

BETULKAN KEPALA. Duduk di sebelah mangsa sama betul dengan


bahunya letak satu tangan di atas dahinya di bawah sedikit dari garis
rambutnya dan tolak sedikit kepala mangsa ke belakang. Mulut mangsa
akan jadi terbuka sedikit.
2.
ANGKAT DAGU. Letakkan dua batang jari anda dari tangan satu lagi
pada hujung dagu mangsa, kemudian angkatnya. Tindakan ini akan
membuatkan lidah mangsa terangkat dari belakang kerongkongnya,
membuka laluan udara ke paru-parunya.

Periksa pernafasan
mangsa. Rasa hembusan nafas dengan muka dan lihat pergerakan dada
mangsa.
3.
PERIKSA PERNAFASAN. Letakkan telinga anda sedekat boleh
dengan mulut dan hidung mangsa sambil melihat pada dadanya. Dengar
bunyi bernafas, rasa hela nafasnya dengan kulit muka anda dan perhatikan
sama ada dadanya bergerak. Lakukan ini selama 10 saat.
4.
JIKA TIDAK BERNAFAS. Panggil bantuan kecemasan.
Mulakanresusitasi kardiopulmonari (CPR). Jika anda di tempat awam,
minta seseorang untuk mendapatkan mesin AED, yang boleh membetulkan
ritma jantung.
5.
JIKA BERNAFAS SEPERTI BIASA. Periksa dan rawat sebarang
keadaan yang menjejaskan peredaran, seperti pendarahan teruk atau
lecur. Panggil bantuan kecemasan. Jika mungkin, letakkan mangsa dalam
posisi pemulihan. Perhatikan sebarang perubahan keadaan mangsa
sepanjang anda menunggu bantuan tiba.

Amaran

Jika mangsa tidak bernafas, jantung boleh berhenti berdegup, jadi


lakukan CPR serta-merta.
Jika mangsa adalah kanak-kanak atau bayi, rujuk kanak-kanak
pengsan atau bayi pengsan terdapat perbezaan cara mengendalikan
mangsa yang tidak sedarkan diri golongan ini.

Dapatkan Bantuan

Lihat sama ada mangsa yang pengsan ini bernafas atau tidak sebelum
membuat panggilan perkhidmatan bantuan kecemasan, kerana ini
mungkin soalan yang pertama yang akan ditanya pada anda oleh anggota
bantuan cemas.

Jika anda tidak bersendirian, hantar seseorang untuk mendapatkan


pertolongan sejurus anda mempastikan pernafasannya. Minta orang itu
untuk datang kembali pada anda dan pastikan panggilan telah dibuat.
Jika anda ada rakan membantu, apabila anda meletakkan mangsa
dalam posisi pemulihan, seorang boleh memberi sokongan kepada kepala
mangsa semasa anda memusingkan mangsa kepada keadaan mengiring.

Vous aimerez peut-être aussi