Vous êtes sur la page 1sur 13

PENGENALAN

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad,


pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan
membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja
perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini,
nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan
menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan
mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata
dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000),
biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil
diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula,
kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula
pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf
yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama
semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua
huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan
pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk
perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan
dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan
penyebutan suku kata itu.
Zulkifley Hamid (1994), berpendapat, kaedah abjad

berpegang kepada

prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa


membolehkan

murid-murid

membaca

perkataan,

mereka

huruf. Untuk
terlebih

dahulu

diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan


kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf dahulu sebelum
didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah. Kaedah
abjad juga adalah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan
suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku
kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah
ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan
dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan
huruf-huruf tersebut.

11

Sebelum.

12

Selepas.

13

Cara penggunaan.
1. Guru menerangkan satu persatu rantaian huruf yang ada daripada a hingga
z.
14

2. Selepas menerangkan rantaian huruf maka guru hendaklah memalingkan


rantaian huruf dan menyesuaikan huruf tersebut dengan gambar yang ada di
belakang kad huruf tersebut.
3. Selepas itu, guru memanggil seorang murid ke hadapan.
4. Guru menyuruh murid tersebut menyebut satu barisan huruf dan
menyesuaikan huruf tersebut dengan gambar yang ada di belakang kad huruf
tersebut.
5. Guru memanggil lagi murid sehingga habis semua huruf.

15

Sebelum.

16

Selepas.

17

Cara penggunaan.
1. Guru memberi penerangan tentang cara bermain kepada pelajar.
2. Guru membahagikan kumpulan kepada dua bahagian. Kumpulan lelaki dan
kumpulan perempuan.
3. Guru memaparkan slide roda impian di hadapan.
4. Guru memanggil kumpulan pertama dan memutarkan roda serta
menyelesaikan suku kata yang ada pada slide tersebut.
5. Jika salah guru menyuruh pula kumpulan yang kedua.
6. Habiskan semua slide dan umumkan pemenang berdasarkan markah yang
mereka peroleh.
7. Guru memberikan hadiah kepada kumpulan yang menang.

18

PENUTUP
Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat prabacaan atau
kesediaan membaca, sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai
pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca
dengan lebih mudah. Kajian menunjukkan kanak-kanak bersedia membaca seawal umur
empat tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat
mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang
terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di
sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih
cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak seusianya yang tidak mendapat
peluang yang sama.
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat
penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan
kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat
buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Konsep kesediaan membaca ini samalah
dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot
tubuh mereka.

19

3.0 REFLEKSI
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Bersyukur kehadrat llahi kerana atas segala nikmat kesihatan dan
kelapangan yang diberikan, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan Literasi
Bahasa ini dengan jayanya menepati peruntukan masa yang telah diberikan
kepada saya hampir sebulan. Di atas bantuan dan keperihatinan pelbagai pihak,
seperti pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Mohamad Shamsudin bin Jamiran
dari Jabatan Bahasa, saya telah berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya. Alhamdulillah, dengan bimbingan beliau, saya telah dapat melatih dan
memahirkan diri saya untuk menghasilkan sebuah penulisan yang berbentuk
ilmiah dengan format yang standard terutama mengikut format APA.
Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini pelbagai pengalaman telah
saya dapati dalam melaksanakannya. Salah satu daripadanya ialah proses
mengumpul maklumat, bahan atau dokumen - dokumen yang berkaitan dengan
tugasan. Saya memulakan pencarian maklumat berkaitan tugasan ini di internet.
Seperti yang pensyarah sedia maklum, tidak semua maklumat yang terdapat di
dalam internet adalah benar. Oleh itu,untuk mendapatkan kesahihan maklumat
tersebut,saya telah membuat rujukan di perpustakaan dan mencari buku-buku
yang berkaitan dengan subjek ini. Setelah maklumat yang diingini telah didapati
saya akan kumpulkan semua maklumat dan kaji atau olah semua maklumat
berikut berdasarkan soalan dan mengambil maklumat yang perlu sahaja.
Melalui tugasan ini, saya dapat menimba pelbagai maklumat dan
pengetahuan berkaitan dengan subjek literasi bahasa ini di bawah tajuk kaedah
abjad. Saya dapat mendalami tentang konsep kaedah abjad ini dengan lebih
mendalam lagi, yang mana dalam kaedah ini, murid-murid diajar berkaitan
dengan cara mengeja, membaca huruf, frasa dan ayat. Oleh itu, melalui tugasan
ini pengetahuan saya semakin bertambah dan minda saya turut terbuka untuk
berfikir secara kreatif dan kritis apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan
apabila bergelar seorang guru kelak.
Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan
tugasan ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlunya kita
memahami dan mendalami kaedah abjad ini amnya. Sebelum ini secara jujurnya

20

saya tidak mengambil berat mengenai kemahiran asas ini kerana beranggapan
bahawa murid-murid hanya akan terus belajar untuk membaca tanpa mengenal
terlebih dahulu proses yang mesti dilalui sebelum dapat melangkah ke alam
membaca. Tetapi kini saya sudah mula memahami tentang peri pentingnya
menguasai kaedah abjad ini sebelum melangkah kepada kemahiran seterusnya.
Pengetahuan ini amat penting bagi saya kerana kelak sayalah salah seorang
pendidik yang bakal membentuk anak bangsa supaya celik huruf suatu hari
nanti.
Selain itu, tugasan ini secara tidak langsung membantu saya untuk
mengulang kaji sukatan pelajaran yang saya pelajari terutamanya dalam mata
pelajaran Literasi Bahasa dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
diperolehi melalui tugasan ini . Tugasan ini turut membantu mengeratkan
hubungan persaudaraan antara pelajar dan pensyarah apabila berkongsi-kongsi
maklumat dan bersama-sama duduk berbincang bagi menghasilkan kerja yang
terbaik. Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan
komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga
berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan
saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa
melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan
datang.
Tambahan

lagi,

saya

turut

mendapat

pengalaman

baru

ketika

menghasilkan power point mengenai aktiviti kaedah abjad yang akan


digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa
Malaysia. Sebelum menyempurnakan tugasan ini, saya beranggapan bahawa
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran adalah tidak penting dan
tidak perlu di ambil berat. Namun, selepas menyiapkan tugasan menyediakan
power point ini, ternyata andaian saya mengenai penggunaan teknologi
maklumat tidak penting dalam dunia pendidikan adalah salah. Hal ini kerana jika
dilihat kepada salah satu daripada 6 tunjang utama Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) adalah tunjang Sains dan Teknologi. Jadi, sebagai seorang guru
yang mahu mencorak anak bangsa supaya menguasai pengetahuan dan
kemahiran berasaskan teknologi, saya haruslah terlebih dahulu menguasai
bidang tersebut berbanding mereka.
Bahkan, saya turut bermotivasi untuk sentiasa berfikiran secara kreatif
dan kritis. Hal ini kerana saya terpaksa memerah otak saya ketika menyediakan
21

power point dan bahan bantu mengajar yang dikehendaki. Jadi, saya perlu
mempunyai fikiran yang kreatif dan inovatif agar bahan bantu mengajar yang
saya bina mampu menarik perhatian murid-murid dan mampu memberi satu
pembelajaran bermakna buat mereka. Jadi, pentingnya di sini untuk seorang
guru berfikiran kreatif dan kritis supaya apa yang disampaikan dapat diterima
dengan baik. Sepertimana kata James Allen, Semua yang dicapai oleh manusia
dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. Oleh itu,
pentingnya berfikir secara kreatif dan kritis supaya kesan yang diperoleh
bermanfaat kepada diri dan orang lain.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa lagi kekurangan dan kekangan


yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali, saya
akui bahawa kemudahan internet di IPG ini tidak begitu memuaskan hati saya
kerana saya sering menghadapi kesulitan

untuk mencari dan mengakses

maklumat melaluinya. Hal ini disebabkan, banyak laman web yang disekat
daripada diakses walaupun ianya berunsurkan ilmiah. Selain itu, bahan rujukan
di perpustakaan kampus juga amat terhad walaupun saya cuba untuk
meminjamnya sejak awal lagi. Namun diharapkan agar pihak perpustakaan peka
akan kekurangan bahan bacaan tentang subjek literasi bahasa ini yang saya kira
amat penting kepada guru-guru pelatih di sini yang bakal bergelar guru tidak
lama lagi.
Namun, walaupun wujudnya masalah-masalah sedemikian, saya dapat
mengatasinya dengan meminjam buku-buku daripada rakan-rakan saya serta
membelinya di kedai buku yang berhampiran. Saya sedar, bahawa masalah ini
hanyalah ibarat celah gigi sahaja bagi seorang guru berbanding dengan cabaran
yang bakal saya hadapi kelak ketika berhadapan dengan murid yang pastinya
akan lebih berat.
Sebagai kesimpulannya, saya mengambil kata-kata sarjana terdahulu
yang menyebut bahawa ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tidak berbuah. Justeru
itu, saya mengambil kesempatan yang ada di dalam tugasan ini sebagai salah
satu platform atau medium untuk saya mengaplikasikan segala ilmu yang telah
saya timba berkenaan subjek Perkembangan Kanak- Kanak ini.

Harapan saya

dengan adanya ilmu dan kemahiran-kemahiran yang saya timba sepanjang


proses untuk menyiapkan tugasan ini, saya harap agar ianya serba sedikit dapat
22

meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang profesional dan


berkualiti suatu hari nanti.

23

Vous aimerez peut-être aussi