Vous êtes sur la page 1sur 9

MODEL ASSURE

MODEL ASSURE

1.Pengenalan
Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini
telah menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang
pendidikan. Justeru itu, adalah mustahak bagi guru untuk mendalami
pengetahuan mengenai teknologi pendidikan dan pengajaran.Teknologi
pendidikan adalah kaedah sistematik denganmenggabungkan pelbagai
media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran
digunakan adalah untuk mempengaruhi pembelajaran supaya
pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada pengajaran guru tetapi
kepada media dan bahan. Antara elemen-elemen rasional kepentingan
teknologi dalam pendidikan seperti berikut:
1. Motivasi
Dengan menggunakan teknologi dapat memotivasikan pelajar untuk
belajar.Menurut Kozma dan Croginger (1992), menerangkan beberapa cara
teknologi dapat membantu dalam proses kognitif, motivasi dan membantu
keperluan sosial pelajar.
2. Keunikan pengajaran
Selain itu, keunuikan pengajaran boleh memudahkan suasana pembelajaran
menjadi lebih hebat dan berkesan. Ia juga dapat menghubungkan pelajar dengan
sumber maklumat dan alat pembelajaran.
3. Sokongan kepada pendekatan baru pengajaran
Dewasa ini masyarakat mula sedar kepentingan teknologi dalam pelbagai
bidang. Pelbagai pendekatan baru yang digunakan bagi memotivasikan
pelajar dalam bidang pendidikan. Antaranya pembelajaran koperatif , berkongsi
kecerdikan dan mempunyai kemahiran yang tinggi.
4. Meningkatkan produktiviti guru
Tidak dinafikan dengan penggunaan teknologi dapat mengurangkan kerja guru
dan mejimatkan masa dalam penyimpanan rekod dan data. Sudah semestinya
guru akan lebih produktif sekiranya mereka dilatih dan didedahkan dalam
kaedah berasaskan teknologi dan mampu mengakses dengan pantas maklumat
bagi keperluan mereka.

5. Sebagai keperluan kemahiran ICT


Seperti yang telah diketahui keperluan ict pada zaman globalisasi ini amatlah
penting dan ia perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyediakan mereka untuk
menjadi pelajar bermaklumat. Menurut Moursund (1995), tiga jenis laluan yang
dikenali sebagai kemahiran asas untuk semua rakyat dalam Teknologi Maklumat
(IT) ialah Literasi maklumat, literasi teknologi dan literasi Visual.
2. Definisi Teknologi Pengajaran
Menurut Silber (1970) teknologi pengajaran ialah pembangunan
(penyelidikan, reka bentuk, penerbitan, penilaian, penggunaan) komponen
sistem pengajaran ( mesej, manusia, bahan, alatan, teknik , keadan) dan
pengurusan pembangunan ( organisasi, personel) yang sistematik bagi
menyelesaikan masalah pendidikan.

Teknologi pengajaran ; ialah satu cara sistematik untuk mereka bentuk,


menjalankan, dan menilai proses keseluruhan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan objektif khusus, penyelidikan yang berdasarkan kepada
pembelajaran manusia dan komunikasi. ia juga melibatkan kombinasi sumber
manusia dan sumber bukan manusia. Tujuannya ialah untuk membolehkan
pengajaran menjadi efektif ( Suruhanjaya Teknologi Pengajaran 1970)

Menurut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran ialah teori dan praktis
reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses
pelbagai sumber pembelajaran.

3. Model
ASSURE
Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan
pengajaran seperti yang diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim ASSURE ini
seperti berikut:
A

Analyze Learners ( menganalisis pelajar)

State Objective ( Menyatakan objektif)

S
dan

Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media


bahan )

Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)

Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)

Evaluate and revise

( menilai dan menyemak semula bahan)

Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan
prosuder atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau
media dengan mengambil kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003),
modelASSURE adalah panduan prosuderal untuk perancangan dan
pengendalian pengajaran dengan integrasi media. Proses pembagunan
pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan sama ada
pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE
digunakan kepada perancangan media di bilik darjah

3.1 Menganalisis Pelajar


Sebelum menggunakan bahan atau media dalam pengajaran guru perlu
mengenali ciri-ciri pelajar, isi kandungan pelajaran, media dan bahan pelajaran.
ini sebagai langkah pertama guru untuk persediaan sebelum memulakan
pengajaran pembelajaran. Antara faktor yang di ambil kira untuk membuat
keputusan dalam pemilihan media ialah:

i. Ciri-ciri am merangkumi sosial pelajar seperti umur, tahap gred, kedudukan,


pekerjaan, faktor budaya dan sebagainya.
ii. Ketrampilan kemasukan khusus adalah pengetahuan kemahiran atau
kekurangan yang ada pada pelajar.
iii. Gaya pembelajaran pula meliputi baka, psikologi yang mempengaruhi pelajar
untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan.
Berdasarkan fakta yang dijelaskan, guru perlulah mengenal pasti pelajar
sama ada dari segi umur, latar belakang, sosio ekonomi dan tahap gred yang
dicapai oleh pelajar sebelum menggunakan media berdasarkan model ASSURE
dalam pengajaran pembelajaran. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang
pasif guru perlu membina model bahan atau media yang sesuai supaya
pembelajaran tidak membosankan pelajar.
Oleh itu, aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada
juga perlu diambil kira supaya bahan media yang digunakan dapat mencapai
sasaran objektif pengajaran guru. Sebagai contoh guru ingin membina bahan
dan media bagi tajuk pekerjaan rasulullah S.A.W dan kehidupan baginda, guru
perlu mengenal pasti latar belakang murid sama ada pernah mendengar cerita
Nabi Muhammad dan mengalami suasana kehidupan di Tanah Arab tersebut atau

tidak. Jika pelajar belum pernah melalui suasana kehidupan masyarakat di tanah
Arab, guru boleh memikirkan alternatif yang boleh memberi pengalaman kepada
pelajar tanpa perlu berada di Tanah Arab. Dan sudah semestinya tayangan video
merupakan pilihan yang tepat untuk tajuk tersebut. Dengan mengaplikasikan
tayangan video kehidupan masyarakat arab dan pekerjaan mereka itu murid
dapat mengalami dan memahami cara kehidupan sebenar Rasulullah S.A.W.
Sehubungan dengan itu, proses menganalisis pelajar amat penting kerana
melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat membina bahan
media yang baik dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Bahan media yang
baik akan mendorong pelajar lebih memahami dan mengetahui maklumat
pembelajaran dengan lebih mudah.

3.2

Menyatakan Objektif

Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas


oleh guru. Ini adalah sebagai sasaran pengajaran pembelajaran dan semestinya
pernyataan objektif mestilah tepat. Kepentingan objektif pengajaran adalah
sebagai mengetahui dan memilih kaedah dan media pengajaran yang
tepat. Dengan mengetahui objektif, guru dapat merancang dan mencipta
suasana pembelajaran bagi mencapai objektif tersebut. Melalui objektif juga
guru dapat menilai pelajar dengan tepat sama ada objektif yang diingini oleh
guru tercapai atau tidak. Pernyataan objektif yang baik mempunyai empat
kriteria.
i.

Siapakah yang hendak dicapai?

ii.

Apakah yang hendak dicapai?

iii.

Bagaimana hendak mencapai sasaran ?

iv.

Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

i.

Siapakah yang hendak dicapai?

Dalam komponen ini tertumpu kepada perkara yang dilakukan oleh pelajar
bukan yang dilakukan oleh guru. pembelajaran hnaya berlaku apabila pelajar itu
aktif, mental yang sihat, iaitu dia dapat memproses idea atau secara fizikal
seperti menguasai kemahiran dalam pengajaran pembelajaran.

ii.

Apakah yang hendak dicapai?

Soalan ini merujuk kepada tingkah laku pelajar. Tingkah laku yang
menggambarkan keupayaan pelajar selepas mengikuti pengajaran dan
merupakan unsur penting dalam sesuatu objektif. Tingkah laku yang dinyatakan
dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah dapat diukur dan dilihat

pencapaiannya. Untuk menyatakan tingkah laku dalam objektif mestilah


menggunakan istilah yang tepat dan sesuai. Istilah yang kabur seperti
menyatakan, mengetahui, memahami dan sebagainya tidak akan dapat
menghuraikan objektif dengan jelas.
Antara istilah yang boleh digunakan seperti:

iii.

menganalisis

memilih

mengkelaskan

mengkategorikan

menyebut

menyusun

membina

melabelkan

mewarna

menilai

membanding

mereka cipta

menggambarkan

mengukur

mengeneralisasikan

Bagaimana hendak dicapai?

Untuk pencapaian objektif pengajaran pembelajaran hendaklah termasuk


syarat tingkah laku baru yang dapat diperhatikan. Pernyataan syarat pencapaian
objektif juga dapat membantu guru menyediakan suasana dan langkah
pengajaran pemberlajaran.
iv.

Apakah tahap pencapaian yang telah dicapai?

Darjah atau aras pencapaian yang dicapai oleh pelajar sama ada aras 1,
aras 2 atau aras 3. Ia merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti
tingkah laku tempuh masa yang ditetapkan dan sebaginya.Kriteria berkenaan
dinyatakan secara kualitif dan kuantitatif.
Contoh penulisan objektif bagi tajuk Pahala dan Dosa Pendidikan Islam Tahun 4.

Pada akhir pembelajaran murid dapat :


Aras 1
Menyebut pengertian pahala dan dosa secara lisan.
Aras 2
Mengenal pasti amalan yang boleh diberi ganjaran pahala dan amalan yang
dibalas dosa.
Aras 3
Mengklasfikasikan perbuatan yang boleh membawa kepada dosa dan pahala.

Berdasarkan penulisan objektif tadi, sebelum memulakan sesuatu


pengajaran guru perlu menyatakan objektif pengajaran pembelajaran bagi
menetapkan apa yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bahan media yang
digunakan dalam pengajaran pembelajaran. Menurut Nicholson (1996)
menyatakan bahawa objektif bagi sesuatu bahan media amat perlu bagi
memastikan keberkesanan bahan media yang digunakan dalam pengajaran
pembelajaran. Contohnya dalam tajuk perkara perkara yang membatalkan solat
guru menetapkan murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 6 perkara
yang membatalkan solat. Guru boleh menggunakan bahan media seperti power
point atau cdri berkaitan perkara-perkara yang membatalkan solat menerusi
tayangan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengukur kebolehan murid
dan objektif tercapai.

Klasifikasi objektif
Objektif diklasifikasikan mengikut jenis pembelajaran asas yang dikehendaki.
terdapat 3 kategori bagi menerangkan dan menyusun jenis pembelajaran
iaitu kemahiran kognitif, kemahiran afektif dan kemahiran psikomotor.

3.3

Pemilihan kaedah, media dan bahan.

Seterusnya, perancangan yang sistematik dengan menggunakan


media memerlukan kaedah, media dan bahan yang akan dipilih oleh guru
dengan sistematik melalui langkah berikut:

I.

Menetapkan kaedah yang tepat

Guru perlu memilih kaedah yang sesuai dalam mata pelajaran yang akan di ajar
kepada pelajar. Contohnya aktiviti permainan boleh digunakan sebagai kaedah
untuk menarik perhatian dan meningkatkan minat pada permulaan pelajaran.
Sebagai mengembangkan pelajaran guru boleh melaksanakan kaedah sumbang
saran atau perbincangan. Lantaran itu pelajar dapat mencambahkan maklumat
baru.
II.

Memilih media yang sesuai bagi melaksanakan kaedah.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, format media ialah bentuk fizikal paparan
mesej. Format media termasuk carta flip, slaid, audio, video, filem, komputer
multimedia, CDRI , CDROOM dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru
perlu memilih media dalam bentuk aliran atau senarai semaik. Guru perlu
memilih media berdasarkan kumpulan sasaran, situasi pengajaran, angkubah
pengajaran dan objektif sama ada kognitif, efektif dan psikomotor mesti di ambil
kira bagi setiap format media yang digunakan.
III.

Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan.

Menurut Rozinah Jamaluddin (2003), bagi memperoleh bahan yang sesuai, guru
perlu melibatkan 3 alternatif iaitu

memilih bahan yang tersedia ada.

mengubah suai bahan yang sedia ada.

mereka bentuk bahan yang baru.

Memilih kaedah dan media yang sesuai juga adalah berdasarkan


kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Sebagai contoh
guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan Beriman pada Hari Akhirat
kepada murid tahun 3. Sebelum tajuk ini di ajar, guru haruslah memilih terlebih
dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran
tajuk ini tercapai. Guru boleh menayangkan tanda-tanda hari kiamat seperti
bencana alam, tsunami, gempa bumi, peperangan di Palestin dan seaginya
melalui tayangan video atau YOU TUBE. Melalui tayangan tersebut pelajar akan
mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tajuk pengajaran dan dapat
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan baik dan berkesan serta kondusif.
bahan ini sangat releven kerana ia akan dapat memberi pengalaman baru
terhadap pelajar. Selain itu guru juga boleh meminta pelajar menjalankan aktiviti
atau latihan di papan interaktif dengan menggunakan power point atau cdri
mata pelajaran Pendidikan Islam .

3.4

Menggunakan Media dan Bahan


Berdasarkan ASSURE terdapat 5 prinsip tatacara penggunaan media.

Langkah ini perlu dibuat sebelum media digunakan dalam pengajaran


pembelajaran. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti

menyemak,

pratonton,

kaji bahan sumber sebelum digunakan,

sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup,

rancang penggunaan bahan sumber,

sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber


agar mudah dicapai serta

menggunakan bahan secara optimum dalam proses pengajaran


pembelajaran.

Walaubagaimanapun, guru perlulah mengambil kira kos dan waktu pengajaran


dalam penggunaan media. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak
semestinya dapat disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya dalam 1
waktu dengan peruntukan masa 30 minit.

3.5

Memerlukan penglibatan pelajar

Bagi langkah yang kelima, iaitu penglibatan pelajar dalam


pembelajaran.Pembelajaran yang melibatkan pelajaran secara aktif akan
menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Ini telah disokong oleh semua teori
pembelajaran seperti teori kognitif dan teori behavioris. Pengalaman kejayaan
pelajar terhadap pembelajaran akan meningkatkan motivasi pelajar terhadap
aktiviti pembelajaran. Contohnya pembelajaran secara hand-on seperti
melabelkan Hukum Tajwid pada skrin komputer pada ayat-ayat Al Quran
mengikut Surah yang di ajar oleh guru. Situasi ini akan memberi pengalaman
baru terhadap pelajar bagi memahami dengan lebih jelas mengenai hukumhukum tajwid berbandiing guru hanya menceritakan sahaja hukum tajwid
tersebut sehingga murid menjadi bosan. Namun begitu, jika bahan media yang
di bina oleh guru tidak melibatkan aktiviti yang aktif oleh pelajar akan
menyebabkan objektif dan sasaran guru tidak akan tercapai. Oleh itu guru
perlulah membina bahan atau media yang kreatif sebagai menggalakkan pelajar
terlibat secara aktif dalam pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung
dapat memupuk budaya berfikir di kalangan pelajar. Justeru itu, bahan media
yang berasaskan model ASSURE perlu digunakan oleh guru sebagai merancang
tingkah laku dan minda pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran.
3.6

Menilai dan menyemak semula bahan

Komponen yang terakhir dalam Model ASSURE ialah menilai dan


menyemak semula bahan. Kedua-dua komponen ini merupakan aspek penting

kepada pembangunan kualiti pengajaran dan ia melibatkan langkah yang


berterusan . Penilaian seharusnya dilakukan oleh guru sepanjang pengajaran
pembelajaran bagi memastikan pilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai
dengan keupayaan pelajar.Oleh itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi
mengetahui pencapaian kemahiran mereka seperti yang dikehendaki oleh guru.
Penilaian semasa pengajaran juga mempunyai tujuan diagnostik yang direka
sebagai mengesan dan memperbaiki masalah yang boleh mengganggu
pencapaian objektif pengajaran pembelajaran. Menurut Yusup (2006), terdapat
beberapa aspek yang boleh digunakan antaranya:

Adakah objektif pembelajaran tercapai?

Adakah bahan media yang digunakan dapat membantu pengajaran


pembelajaran?

Apakah kesemua pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan


menggunakan media?

Berapakah bilangan pelajar yang menggunakan bahan media dengan


betul?

Adakah suasana pembelajaran berada dalam keadaan yang kondusif?

Manakala penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi mengetahui


keupayaan pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain itu, penilaian
terhadap media dan bahan juga perlu dilaksanakansebagai mengetahui
pengajaran itu berkesan dan dapat difahami oleh pelajar dengan jelas serta
mencapai tahap sasaran guru dalam tajuk yang di ajar. Sekiranya terdapat
kelemahan dalam penggunaan bahan dan media guru hendaklah memperbaiki
kelemahan media sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran
pembelajaran.

4. Kesimpulan
Jelaslah model ASSURE mempunyai peranan penting dalam
membangunkan pengajaran pembelajaran yang berkualiti. Dengan
menggunakan model ASSURE sebagai panduan reka bentuk pengajaran guru, ia
akan dapat membantu guru merancang rancangan pengajaran yang rapi dan
sistematik. Dalam masa yang sama juga penggunaan model ASSURE ini akan
menimbulkan minat pelajar untuk beralih kepada bahan lain, dan memberi
kefahaman kepada pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa pengajaran
pembelajaran yang selalu dianggap sebagai membosankan.

Vous aimerez peut-être aussi